Monday, 28 May 2018
Nota 2013 - Peranan Dalam Hidup (Source from Book)
Peranan Dalam Hidup
DOA: Rabbana Atinna Fiddunya Rahmah ,Wa hayiilana min amrina rashada
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini!
(Surah al-Kahfi 18:10)
Jadikanlah doa ini sebagai zikir dalam kehidupan hairan agar mudah-mudahan Allah memberi rahmat, petunjuk dan bimbingan-Nya dalam segala urusan kehidupan – tanpanya tiada daya bagi kita untuk mencapai kenikmatan dan kebahagiaan yang berpanjangan, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang
INGATLAH
Kita hanya hamba yang tidak memiliki apa-apa kecuali
kurniaan daripada Allah
kekuatan daripada Allah
kasih sayang Allah
kehendak Allah
kemuliaan daripada Allah
dan keampunan Allah
dengan belas kasihan daripada Allah, barulah kita mampu melakukan ketaatan kepada-Nya dan mampu mencegah diri dari kemurkaanya-Nya
Ketika Allah masih lagi meminjamkan kepada kita sedetik nafas, gunakanlah ia sebaik mungkin dalam mencapai REDHA ILAHI- Jadikanlah ia anugerah termahal yang pernah dikurniakan oleh-Nya untuk mencapai matlamat yang abadi
Kita semua datang daripada Allah, maka Allahlah yang menjadi tujuan dan matlamat kita Ingatlah , kepada-Nya jua kita kembali
Berusahalah agar detik kembali kepada Allah menjadi saat yang terindah, Yang mana pada ketika itu, kita akan disambut oleh jutaan malaikat yang berbondong-bondong mengiringi roh kita yang harum mewangi menuju ke hadrat Allah
Detik yang mana nama kita akan bergema-gema di langit menghiasi jalan raya Tuhan dan dialu-alukan kedatangan kita oleh seluruh penduduk langit. Bersunggu-sungguhla untuk menjadikan hidup kita bermakna dan punya nilaian hebat di dunia dan akhirat.
Seseorang hamba itu dikatakan telah berada di atas landasan yagn benar ketika:-
Melaksanakan ketaatan kepada Allah
Meninggalkan segala larangan Allah
Mengikut syariat Allah dalam kehidupan
Mengikhlaskan ubudiyyah iaitu dalam memperhambakan diri kepada-Nya
Masa Adalah Kehidupan
Surah al-Asr 103:1-3 : Maksudnya: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh , yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengankesabarah
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara – mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayumu sebelum papamu, hidupmu sebelum matimu, masa lapang sebelum sibuk(Sabda Nabi Muhamammad SAW , Riwayat al-Hakim no 7846)
Ketahuilah, masa sebenarnya ialah nyawa kita. Mereka yang membiarkan masanya dengan sia-sia adalah orang yang khianat/zalim terhadap kehidupan mereka, diri sendiri dan Allah
Semakin berdisiplin kita mengisi masa, semakin banyak hasil kebaikan yang akan kita kecapi . Sebagai seorang Muslim, masa ini harus diperhalusi dengan sebaiknya. Ia bermula dengan perancangan harian yang harus dijadualkan dalam kehidupan kita
Pengurusan Masa
Menentukan masa tidur – 6-7 jam, tidur waktu malam adalah terbaik. Allah berfirman Surah al-Qasas 28:73 – Maksudnya: Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirihat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepadaNya
Memanfaatkan masa sebelum fajar
Raihlah ketenangan diri dengan amalan2 sunat seperti solat Tahajud, Tilawah al Quran, Muhasabah diri dan memohon keampunan kepada Allah SWT sebelum fajar tiba
Kehidupan duni sangat mencabar dan amanah yang ditanggung sangat berat. Tanpa sifat sabar, segalanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna
Amalan Qiyamullail ialah penawar dan sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW. Terasa rugi dan janggal sekiranya kita tidak memanfaatkan penghujung malam dengan qiamullail dan bermunajat kepada-Nya
Allah berfirman dalam Surah Al-Isra 17:79 – Maksudnya: Pada sebahagian malam hari, bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji
Tidak melepasi waktu Fajar dengan perkara yang sia-sia
Carilah keberkatan hidup dengan memanfaatkan masa selepas fajar yang penuh barakah. Alangkah baiknya jika dapat melihat fajar mulai terbit dan memanjatkan doa kepada Allah agar dikurniakan kehidupan yang lebih baik dari semalam
Elakkan tidor selepas fajar/subuh
Peruntukan sedikit masa untuk Qailulah
Iaitu tidur sebentar pada tengah hari sebelum masuk waktu zuhur. Tidur sekejap walaupun 15 minit boleh memberi kekuatan dan kesegaran pada tubuh badan dan menjadi rahsia seseorang muslim mampu untuk berquiamulail
Amalan Rasullullah SAW , tidur yang sekejap tapi efektif, 10-15 minit tapi yang penting selepas sedar terus bingkas bangun dan sambunglah tugasan harian seperti biasa.
Tidur petang terutama hampir solat asar dan selepas asar bukan sahaja akan memaksa kita tidur lebih lama, bahkan akan membuatkan badan terasa letih tidak bermaya dan fikiran juga kosong dan hambar sahaja.
Memperuntukkan waktu untuk mengeratkan silaturahim dan beraktiviti
Binalah hubungan harmoni yang meliputi sahabat, jiran, keluarga dan saudara mara- Jangan biarkan hubungan terputus dek kesibukan yang tak akan pernah kurang
Libatkanlah diri dalam aktiviti yang menyihatkan fizikal juga rohani seperti beriadah yang menyihatkan badan dan menghadiri aktiviti dakwah atau majlis ilmu mampu memberi ketenangan jiwamu.
Penuhilah kewajipan fardhu dengan membawa langkahmu ke rumah Allah kerana disitu terdapat ketenangan yang berpanjangan.
No comments:
Post a Comment