*INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA*
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIIM..
Ramai yang belum tahu apa kesan yang akan mereka rasakan apabila rajin mendirikan (melaksanakan) solat DHUHA.
Sesungguhnya.. Bertuahlah anda yg berkesempatan membaca artikel ini, semoga menjadi pengajaran berguna untuk kita semua.
Seperti dijelaskan oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiah tentang keutamaannya, penulis menjelaskan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT bagi hambaNya yang menunaikan solat DHUHA lengkap dengan sumber hadith-hadithnya.
*PERTAMA*
Orang yang solat DHUHA akan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT.
*“Sesiapa yang selalu mengerjakan solat DHUHA nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”*
(HR. Tirmidzi)
*KeDUA*
Sesiapa yang Istiqamah menunaikan solat DHUHA, dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaubat kepada Allah SWT.
*“Tidaklah seseorang yang selalu mengerjakan solat DHUHA kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”*
(HR. Hakim).
*KeTIGA*
Orang yang sering menunaikan solat DHUHA akan dicatat sebagai ahli Ibadah dan tergolong didalam golongan orang-orang yang ta'at kepada Allah SWT.
*“Sesiapa yang solat DHUHA 2 raka'at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 raka'at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli Ibadah. Sesiapa yang mengerjakannya 6 raka'at, maka dia diselamatkan di hari itu. Sesiapa mengerjakannya 8 raka'at, maka Allah tulis dia sebagai orang yang ta'at. Dan sesiapa yang mengerjakannya 12 raka'at, maka Allah SWT akan membangunkan (menyediakan) sebuah rumah di Syurga untuknya.”*
(HR. At-Thabrani).
*KeEMPAT*
Orang yang Istiqamah melaksanakan solat DHUHA, kelak dia akan masuk syurga melalui pintu khas, pintu DHUHA yang disediakan oleh Allah SWT.
*“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu DHUHA. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, "Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat DHUHA..??? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan Rahmat Allah SWT.”*
(HR. At-Thabrani).
*KeLIMA*
Allah SWT mencukupkan rezekinya.
*“Wahai anak Adam, janganlah kalian merasa lemah/lelah dari 4 raka'at DHUHA dalam mengawal harimu, nescaya AKU akan mencukupkan di akhir harimu.”*
(HR. Abu Darda`).
*KeENAM*
Sesungguhnya.. Orang yang mengerjakan solat DHUHA, dia telah mengeluarkan sedekah.
*“Hendaklah masing-masing kalian bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap Tahmid itu adalah sedekah, setiap Tahlil itu adalah sedekah, setiap Takbir itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang Ma’ruf itu adalah sedekah, mencegah yang mungkar itu adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukupkan lah mengerjakan 2 raka'at solat DHUHA.”*
(HR Muslim).
*Setelah membaca artikel ini, apakah anda masih tidak mahu atau malas untuk mengerjakan solat sunat DHUHA..???*
Solat DHUHA punya kedudukan yg sangat mulia. Disunnat mengerjakannya sejak terbit suria hingga sebelum masuk waktu solat Fardhu Zuhur.
Syukran.. Sedekahkan lah Al-Fatihah kepada Siapapun yg menulis Pertama tulisan ini semoga kita boleh mengambil pelajaran dan kita Istiqamah mengamalkan. Aamiin.
*SEMANGAT SOLAT DHUHA*
Sebarkan lah dan kongsikan lah semoga lebih bermanfa'at bagi orang ramai, jikalau di simpan sendiri pun tidak mengapa namun adalah lebih 'afdhal disampaikan kepada yang lain. Aamiin...
Rasulullah saw bersabda :
*"Sesiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap dapat pahala."*
(HR. Al-Bukhari)
Wallah hu a'lam.
No comments:
Post a Comment