Friday 7 February 2020

Akibat Membaca Al Quran Terus Menerus

Monday, 3 September 2018


AKIBAT MEMBACA AL-QURAN TERUS MENERUS

AKIBAT MEMBACA AL-QURAN TERUS MENERUS 

Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi

"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran dan jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan Al-Quran yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah

"Bahawasanya para malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiq dan hidayahnya kepada Kami dan kepada semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

Jika anda cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang faham dan mula membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda insyaAllah..

JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHERAT

Aamiin ya Rabbal 'Alamin

No comments:

Post a Comment