Friday, 7 February 2020

Amalan Menjelang Peperiksaan & Doa SPM

Saturday, 15 September 2018


Amalan Menjelang Peperiksaan

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada Ust. Zahazan Mohamed
(YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Al insyiraah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...

Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN 2018 


------------

Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan 'mahal' yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan. 

Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh. 

Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan. 

1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 
2) Ambil segelas air kosong. 
3) Baca Surah Al A'la ini.
4) Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan. 

Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga. 

Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan. 

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala. 

Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. 

Kredit : 
Mohd Fadli Salleh

- Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. - 


..........................................................................


Tuesday, 13 November 2018

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2018

Asalamualaikum...

Kepada semua ahli group yang anaknya akan menduduki pep.
 SPM yg akan bermula pd 13/11 ini saya mendoakan agar mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG.

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM/18

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Pd 13hb. Nov ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami  akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH.... Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH.... Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH...., semoga mnjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu agar akhlak anak2 kami diperbaiki..

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak2 kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak2 kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat2 yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat2 yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan2 yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان SPM هذا العام...،   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.


No comments:

Post a Comment