Thursday, 25 July 2019
Duhai Anak
*ANAK YANG SEJUK MATA MEMANDANG*
= = = = = = = = = = = =
= = = = = = = = = = = =
1⃣ Dalam al-Quran, Allah mendidik orang beriman supaya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sejuk mata memandang. Firman Allah:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ
“(dan sifat hamba Allah itu) mereka (sentiasa) berdoa: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata memandang.”
2⃣ Apakah yang dimaksudkan dengan anak yang menyenangkan mata memandang ini? Dalam memahami ayat ini, seorang sahabat Nabi bernama al-Miqdad ibn al-Aswad mempunyai pandangan yang agak menarik.
3⃣ Menurut al-Imam al-Tabari, seorang lelaki lalu di hadapan Saidina al-Miqdad ibn al-Aswad, lalu memujinya. Lelaki itu berkata: “Beruntunglah engkau (wahai Miqdad) kerana kedua matamu dapat melihat Rasulullah." Saidina Miqdad tiba-tiba marah lalu berkata:
ما يدري لو شهده كيف كان يكون فيه
“Sesungguhnya lelaki tersebut tidak mengetahui (apa yang diucapkannya). Sekiranya dia menyaksikan (dan bersama dengan dakwah Rasulullah), dia pasti tidak tahu bagaimana dia akan bertindak (samada menerima dakwah Rasulullah atau tidak).”
Bererti bukan mudah berada dalam situasi bersama dengan Rasulullah. Silap-silap, kita juga menentang dakwah.
Bererti bukan mudah berada dalam situasi bersama dengan Rasulullah. Silap-silap, kita juga menentang dakwah.
4⃣ al-Miqdad menerangkan mengapa dia marah dengan kata-kata lelaki tersebut. Kata al-Miqdad: Sesungguhnya Rasulullah dibangkitkan kepada satu kaum yang merasakan menyembah berhala adalah agama yang paling mulia. Ketika Rasulullah datang, Quraysh terpecah kepada dua. Satu kumpulan yang menerima dakwah, dan kumpulan lain menolak seruan Tauhid ini.
5⃣ Ketika itulah kaum Muslimin diuji. Apakah mata mereka akan tenang melihat anak-anak mereka kufur kepada Allah. Apakah tenang mata anak muda Muslim melihat ayah ibu mereka kufur kepada Allah. Kata Miqdad:
فلا تقر عينه و هو يعلم أن حبيبه في النار
“Mata orang-orang beriman tidak akan tenang melihat orang yang dicintainya itu akan berkesudahan di dalam neraka.”
6⃣ Menurut al-Miqdad, inilah yang dimaksudkan oleh doa yang diajarkan oleh Allah di dalam al-Quran itu tadi. Anak sejuk mata memandang adalah mereka yang beriman kepada Allah dan melakukan amal soleh. Mata orang beriman tidak akan tenang melihat anak mereka melakukan amalan yang membawa mereka ke neraka.
7⃣ Bererti, yang dimaksudkan dengan sejuk mata memandang itu adalah anak-anak yang enak dilihat melakukan ketaatan. Orang Mukmin bukan sekadar senang melihat anak mereka berjaya merangkul dunia, menjadi seorang yang bijak atau jutawan yang berjaya sahaja.
8⃣ Orang beriman hanya akan tenang melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Biar anak mereka tidak mewah atau kaya, asalkan mampu menjadi anak yang soleh. Doa anak yang soleh tidak boleh dibeli dengan dunia.
Semoga Allah mengurniakan kita anak-anak yang soleh, yang menyenangkan pandangan mata dan hati.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
= = = = = = = = = = = =
Ibadah Korban adalah Ibadah tertua. Bersambung hingga ke Zaman Nabi Adam AS. Diangkat kehebatan Ibadah ini melalui sirah yang selalu kita ulang dengar, kisah Cinta dan Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Tidak terkecuali isterinya Siti Hajar. Inilah contoh agong kecintaan dan ketaatan luar biasa terhadap perintah Allah!
Ibadah Korban adalah Ibadah tertua. Bersambung hingga ke Zaman Nabi Adam AS. Diangkat kehebatan Ibadah ini melalui sirah yang selalu kita ulang dengar, kisah Cinta dan Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Tidak terkecuali isterinya Siti Hajar. Inilah contoh agong kecintaan dan ketaatan luar biasa terhadap perintah Allah!
Hari ini kita dengan mudah menyebut yang kita cintakan Allah SWT, Cintakan Rasulullah SAW. Namun apabila masuk musim korban, sebenarnya kita semua sedang Allah nak uji. Siapa yang lebih kita Cintai? Allah atau duit simpanan kita?
Kerana besarnya Ibadah Korban ini, Rasulullah SAW pernah tegaskan dalam satu hadith:
_*"Barang siapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka, jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami"*_
(HR Ibnu Majah)
_*"Barang siapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka, jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami"*_
(HR Ibnu Majah)
Dengan sedikit pengorbanan harta ini pun kita masih berbelah bagi. Adakah kita mampu nanti ke hadapan bila datang seruan jihad untuk membela Islam, Allah dan Rasul Nya?
*Peluang masih ada. Jom laksanakan ibadah korban bersama AMAN PALESTIN❗Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK👇🏻*
wasap.my/60133513040/Ibadah_Korban_AP
wasap.my/60133513040/Ibadah_Korban_AP
wasap.my/60133513040/Ibadah_Korban_AP
wasap.my/60133513040/Ibadah_Korban_AP
Tunjukkan kecintaan kita yang sejati terhadap Allah dan Rasulullah. Saudara kita di Palestin dan Syria, mereka berjuang di sana, kita berKORBAN di sini. Anda MAMPU 👍
No comments:
Post a Comment