๐ฏ *Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan* ๐ฏ
Thursday, 30 May 2019
Ramadhan....
๐ฑ❄๐ฑ❄๐ฑ❄๐ฑ❄๐ฑ❄
๐ฏ *Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan* ๐ฏ
๐ฅDaripada Syaikh Tawfique Chowdhury, CEO Mercy Mission yg diterjemahkan Ustadz Hilman Rosyad Lc.
Bismillah...⛳
☺⏰1. Mulakanlah dengan *niat yang bersih dan tulus.* Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!
๐๐ช๐ป2. Hari ini, *bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr.* Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.
๐ฏ3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. *Bangunlah setiap malamnya.* Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.
๐ณ❎4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. *Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.* Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
๐๐คฒ5. *Hafalkan* doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:
*ุงَُّูููููู َّ ุฅََّูู ุนٌَُّูู ุชُูุญِุจُّ ุงูุนََْูู َูุงุนُْู ุนَِّูู*
Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).

๐๐ฌ6. *Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan.* Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. *Jangan lupakan saudara-saudara muslimin* yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.
๐ค๐7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.
๐จ๐ฉ๐ง๐ฆ8. *Jangan lupakan keluargamu!* Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!
๐๐9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.
๐๐10. *Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah,* sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.
๐ฑ๐ป11. Ini *BUKAN malam untuk pasang status* (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. *Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!*
๐ช๐ด12. *Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah* antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.
๐๐13. *Sabar adalah kuncinya.* 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?
๐๐ป๐14. Ini *yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah.* Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.
❤ *Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!*๐ช๐ผ
Allahumma baariklana fii Ramadhan.. Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.๐
Tuesday, 4 June 2019
Doa Akhir Ramadhan
DOA AKHIR RAMADHAN ๐น
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin ๐น

Doa Perpisahan Ramadhan
*DOA PERPISAHAN RAMADHAN*
*Ya Allah* bulan RAMADHAN yg mulia ini akan berakhir utk tahun ini. Tolonglah aku utk istiqamah dlm amalan agama.
Kurniakanlah aku ilmu Agama.
*Ya Allah* Engkau sesungguhnya maha pengampun, ampunilah daku. Pilihlah utk ku apa yg terbaik.
*Ya Allah* tolonglah aku utk berjaya dlm kehidupan ini Dan kehidupan akhirat.
*Ya Allah* sekiranya daku pernah tidak bersyukur, tidal adil, tidak amanah , ampunilah daku.
*Ya Allah*, aku tidak tahu samaada aku akan hidup lg di RAMADHAN akan dtg, ampunilah aku. Kurniakanlah aku tempat di syurga mu. Selamatkanlah daku dari nerakaMu.

*Ya Allah* masukkanlah aku di kalangan mereka yg akan di masukkan dlm syurga tanpa hisab.
*Ya Allah*, tolonglah aku sebarkan AgamaMu dgn cara terbaik.
*Ya Allah*, hindarlah daku dari kalangan org yg mengumpat.
*Ya Allah*, ampunilah aku kiranya aku diantara yg degil
*Ya Allah*, ampunilah daku dan org yg menghantar ini kpd ku. Kurniakanlah kami kejayaan.
Sesungguhnya *Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani*
*Aamiin*
Tlg sebarkan ini sebagai sedekah jariah
Doa2 Ramadhan
DOA KETIKA AKAN BERPISAH DENGAN RAMADHAN
َُّูููู
َّ ูุงَ ุชَุฌْุนَُْูู ุขุฎِุฑَ ุงْูุนَْูุฏِ ู
ِْู ุตَِูุงู
َِูุง ุฅَِّูุงُู، َูุฅِْู ุฌَุนَْูุชَُู َูุงุฌْุนَ ِْْููู ู
َุฑْุญُْูู
ًุง َู ูุงَ ุชَุฌْุนَِْْููู ู
َุญْุฑُْูู
ًุง
“Yaa Allah!
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku.
“Yaa Allah!
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku.
Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.”
“Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Engkau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku disiksa karenanya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.”
Yaa Allah! Terimalah puasaku dengan se-baik² penerimaan, perkenan, kema’afan, kemurahan, pengampunan & krridhaan-Mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.”
“Selamatkanlah aku dari bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke dalam golongan orang² yang mendapatkan (keutamaan) di Lailatul-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.”
Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya & bukan juga pertemuan terakhirku.
Semoga aku dapat kembali bertemu dgn Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan & kesejahteraan.” “Aamiin aamiin Yaa Mujiibas-Saailiin”
Semoga aku dapat kembali bertemu dgn Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan & kesejahteraan.” “Aamiin aamiin Yaa Mujiibas-Saailiin”
Tuesday, 4 June 2019
Penghujung Ramadhan
Berada di penghujung Ramadhan ini,
mengalir air mata lagi,
mengenang dosa yang masih ditanggung ini,
apakah di sana adanya keampunan Ilahi,
untuk diri yang hina dengan dosa ini,
air mata itu mengalir dengan sendiri,
bila hati direntap keinsafan diri,
perjalanan hidup di dunia ini memang begini,
tak pernah sepi dari dosa yang dilakukan ini,

teman-teman,
ambillah kesempatan untuk memuhasabah diri,
renungkanlah berkali-kali,
bukan kepada jasad ini,
tetapi
kepada nun jauh di lubuk hati...
Masih ada lagikah peluang akan datang nanti,
sepemurah ini,
Allah terhadap hamba-Nya ini...
Terbuka pintu syurga menanti...
Amin

No comments:
Post a Comment