Saturday, 8 February 2020

Doa Menghayati Hari Arafah

Saturday, 10 August 2019


Doa Menghayati Hari Arafah

*DOA MENGHAYATI HARI ARAFAH DENGAN MERENUNG HARI AKHIRAT*
بسم الله الرحمن الرحيم.
اللهم صل على محمد وآل محمد..
لا إله إلا الله وحده لا شريك له،
له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير..
"Allahumma Ya Malikul Mulk, Sesungguhnya Engkaulah Raja & Penguasa Hari Pembalasan yg Mutlak. Sesungguhnya Mahsyar yg Engkau Hamparkan di Akhirat itu akan dikumpulkan semua hambaMu utk Dihisab dgn Penuh Adil ya Hasib ya Muhsi ya Adl dan diBalas semua apa yg dilakukan saat di dunia.
Ya Allah, dihari yg Mulia ini kami yg kerdil ini dtg Memanjatkan DOA dgn Penuh Pengharapan agar Engkau Lindungi kami dari Huruhara Mahsyar nanti *Ya Hafiz Ya Muhaimin. Letakkanlah kami dibawah Lembayung kasih-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud*.
*Ya Hafiz Ya Muhaimin* Lindungilah Anggota² Tubuh kami dari Menjadi Saksi ke atas Kejahatan yg telah kami lakukan sepanjang hidup kami juga Penyaksian Hukuman-Mu ya Hakam
Sucikanlah Ya Allah Segala Dosa² yg telah dilakukan oleh Anggota² tubuh badan kami *Ya Quddus Ya Jalil*. Kami juga Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Tergelincir tatkala kami Menyeberangi Titian sirat-Mu. Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dari Pengait² Ahli neraka yg berada dibawah titian siratMu.
Ya Allah kami Merintih kpd-Mu dihari Arafah yg Mulia ini, Engkau Tutupkanlah Pintu² Neraka buat kami dgn Serapat²nya *Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Karim*. Lindungilah kami Ya Allah *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr azab NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim*.
Sesungguhnya Azab NerakaMu tidak Mengenal Pangkat, Darjat & Keturunan, Semuanya akan Menerima Balasan yg Setimpalnya atas Kejahatan & Kezaliman masing² *Ya Adl Ya Hakam*.
*Ya Allah Ya Muntaqim Ya Zohir , Zohirkan keadaan  Neraka pd pandangan Matahati kami agar kami sentiasa Merasa takut pada azabMu dengan Patuh akan Arahan²Mu & Menjauhi larangan²Mu.
Sesungguhnya NerakaMu itu Rumahnya Penuh dgn Ular & Kala jengking berbisa yg akan membaham ahli didalamnya. NerakaMu itu makanannya dari Buah Zaqqum yg Berduri & Minuman dari Air Nanah Mendidih yg Menghancur Luluhkan. Seringan² Siksaan, apabila dipakaikan Selipar nerakaMu maka menggelegaklah Otak² Ahli NerakaMu.
Maka Ya Allah Ya Qohhar, Tundukkanlah Nafsu buruk kami agar Tidak Melakukan Dosa² & Maksiat dimuka Bumi ini. Sesungguhnya kami Tak Mampu utk Menanggung Azab nerakaMu *Ya Muntaqim* Walaupun Sesaat dan kurang dari itu.
Kami Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Bersihkanlah kami *Ya Quddus Ya Jalil* sebelum kami Pulang ke Pangkuan-Mu. Sesungguhnya kami ingin kembali kpd-Mu dgn jiwa yg Tenang *Ya Mu'id Ya Mukmin*.
Ya Allah ya Razzak ya Ghoni, Rezekikan kami dibangkitkan bersama Para Rasul-Mu utk Menerima Buku Catitan Amal kami dgn Tangan Kanan kami.
Ya Allah jadikanlah Kubur kami Taman² SyurgaMu, Temanilah kami yg Keseorangan & Kesepian didlm kubur nanti dgn Kasih syg-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim*.
Tempatkanlah kami Ya Allah Ya Jaami' dikalangan Orang² yg Soleh & Para Syuhada'Mu. Lindungilah kubur kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Menjadi Kawah NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim*
Ya Allah *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab ya Karim,* Bantulah kami agar Dapat Menjalankan Sebaik-baik Tugas Sbg Hamba dan Khalifah-Mu di dunia ini.
Elokkanlah Urusan Dunia kami Ya Barr Ya Naafi' yg padanya tempat kami Memberi Manfaat. Elokkanlah juga Urusan Akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali buat Selama²nya *Ya Mu'id Ya Baaqi*.
Ya Allah, Terimalah Amalan kami. Terimalah Taubat kami *Ya Tawwab* Ampuni kami *Ya Ghaffar Ya Ghoffur*, Amankanlah Kehidupan kami di Dunia ini dan Akhirat nanti yg Kekal Abadi *Ya Mu'id Ya Mukmin Ya Baaqi*.
Ya Allah, Rezekikanlah kami *Ya Rozzaq* akan Syurga FirdausMu yg Maha Luas Nikmatnya &
Bantulah kami Ya Allah utk Kekal Taat kpd-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim Ya Baaqi*.
Sungguh Kami Tidak Berdaya tanpaMu, Akal dan Amalan kami Lemah untuk Memahami Segala Aturan-Mu yang Maha Sempurna maka Hanya Redha, Rahmat-Mu dan CintaMu Ya Wadud yang Kami Harap-harapkan.
Sebelum kami Mengundur diri, Sembuhkanlah Semua yang Sakit ya Salam ya Fattah khususnya Anak-anak di Wad Kanser. Rezekikanlah Kami semua dan Anak Keturunan kami pandai Baca, Faham, Amal Alquran. Berikan Cahaya HidayahMu ya Nuur ya Hadi ya Haq buat Ummat Akhir zaman ini khusus pada Anak Remaja kami dan LGBT.
Kpd-Mu kami Berserah Diri ya Baari' ya Somad. Makbulkanlah *Ya Sami' Ya Mujib* kami yakin dgn Kekuasaan-Mu *Kun Fayyakun*,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar & Memakbulkan DOA. Aamiin Ya Robbal'Alamiin.
Waktu mustajab doa @ Waktu Wuquf esok :
Mula Zuhur @Arafah : 12:30pm, *waktu Malaysia 5:30pm*
Akhir Maghrib @Arafah : 7:10pm, *waktu Malaysia 12:10am*

..................................................................


Saturday, 10 August 2019

Doa Doa

DOA ARAFAH - Esok, 10/8/19 Rebutlah satu jam ini
Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕
Like & Share fb Pujangga Mama
In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2019 jatuh pada 10/08/2019 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).
Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!
Aamiiin...

No comments:

Post a Comment