Monday, 31 December 2018
Fiqh Solat
FIQH SOLAT (Kuliah Maghrib - 30.12.18)
Penceramah : Ustaz Tuan Badrul Hisyam
Bismillah
Setiap amalan bergantung pd niat.
3 jenis org yg dtg belajar :
1- belajar supaya dia jd pandai, nak org panggil dia ustaz atau pangkat2 lain
2- nak tunjuk dia lebih alim
3- nak org pandang dia lebih mulia
Nabi kata 3 golongan diatas akan masuk neraka.
Tujuan kita belajar, agar kita dekat dgn Allah.
Ulamak susun kitab2 feqah, kebanyakannya bermula dgn bab bersuci, berkenaan dgn air. Kerana utk memulakan ibadah solat, perlukan utk bersuci.
Solat - pembeza antara org kafir dan org islam.
Kita perlu risau, sejauh mana Allah terima solat kita.
Wuduk merupakan syarat utk solat. Asalnya wuduk tidak wajib... tapi bila nak solat, wuduk akan menjadi wajib.
Bab Solat :
Maksud solat - doa
Dlm masalah zakat, Allah bgtau...
﴿١٠٣﴾ خُذْ مِنْ أَمْوٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
❬103❭Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(At Taubah 9:103)
Perkataan صل dlm ayat diatas membawa maksud doa.
Allah juga sifatkan solat sebagai satu bentuk keimanan.
﴿٥٦﴾ إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا
❬56❭Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
(Al Ahzab 33:56)
Perkataan يُصَلُّونَ membawa kpd maksud selawat.
Dlm kitab feqah, bab solat cerita pasal solat, sembahyang. Bukan pasal doa atau selawat.
Dlm istilah feqah, solat merujuk kpd 2 komponen :
1- bersifat qaul - sebut dgn mulut, lidah.
2- perbuatan - pergerakan fizikal tertentu.
Jika benda tu patut kena sebut dgn mulut tapi xbuat, maka xsah solat. Begitu juga dgn perbuatan2 yg kena buat.
7 bahagian yg mesti kena cecah tanah / tempat sujud ketika sujud - dahi, 2 tapak tgn, 2 lutut dan 2 hujung jari kaki.
Ada yg wajib, sunat, haram dibaca dlm solat. Antara yg wajib dibaca dlm solat - bacaan al fatihah.
Hadis nabi hatta hadis qudsi pun xboleh disebut dlm solat.
Bermulanya solat bila seseorang itu mula angkat takbir. Dan diakhiri dgn salam.
Apa kaitan solat (doa) dan solat (sembahyang)? Kenapa Allah gunakan perkataan solat? Kerana perbuatan kita itu, kebanyakannya adalah doa, selain itu zikir.
Dlm alfatihah, ada bahagian utk Allah, ada bahagian utk hambanya. Kita memuji Allah dahulu, kemudian baru kita minta petunjuk.
Akhirnya sebelum bagi salam, selepas bacaan tahiyat akhir, nabi ajar kita utk baca doa..
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]
Wallahu a’lam

FIQH SOLAT (Kuliah Subuh - 5.1.19)
FIQH SOLAT (Kuliah Subuh - 5.1.19)
Penceramah : Ustaz Maad Ahmad
Bismillah
Sebelum kedatangan islam, nabi muhammad berpegang kpd agama nabi ibrahim.
Sebelum pensyariatan solat, ada 2 kali solat, 2 rakaat pagi dan 2 rakaat petang. Tiada penceritaan khusus berkenaan solat itu, bagaimana rukun, pergerakan, bacaannya.
Sewaktu israk mikraj, nabi muhammad mengimamkan solat utk sekalian nabi.
Pd asalnya solat yg diterima pd israk mikraj ialah 50 waktu, dan setelah diminta kurang, menjadi 5 waktu shj.
Dlm mazhab syafie, org yg meninggalkan solat kerana :
1- Ingkar / memandang remeh perintah solat - jatuh kafir dan keluar dari islam. Pemimpin wajib utk panggil org ini supaya bertaubat, sekiranya xbertaubat, kena hukum bunuh.
2- malas - dlm mazhab hambali, siapa2 yg tggal solat atas apa alasan, jatuh kafir. Tp mazhab syafie, bg org yg malas, dia adalah fasiq. Dia wajib utk ganti solat, kalau dia xbuat, kena paksa dia buat sehingga berlaku pembunuhan sekalipun. Menjadi tggjwb pemimpin utk memastikan org ini solat.
Hadis : aku disuruh utk memerangi manusia sehingga mereka mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan aku Rasulullah, dan sehingga mereka solat.
Hadis : perbezaan antara lelaki muslim dan lelaki syirik ialah solat.
Hadis : sesungguhnya Allah telah mewajibkan solat 5 waktu, siapa yg tunaikannya dgn sempurna, Allah telah berjanji utk memasukkannya dlm syurga, dan siapa yg tidak solat maka dia tiada jaminan sekiranya Allah nak masukkan dia dlm neraka, Allah akn masukkan, dan jika Allah nak masukkan dlm syurga, Allah akan masukkan.
Waktu2 yg dimakruhkan solat :
Makruh - perkara yg tidak disukai / ditegah tp tidak sampai haram.
Tp dlm mazhab syafie ada makruh yg sampai thp haram.
1- ketika istiwa’ - matahari atas kepala, sebelum zuhur (ini larangan sampai tahap haram)
2- selepas solat subuh sehingga matahari terbit (diharamkan solat sunat)
3- selepas solat asar sehingga matahari terbenam (diharamkan solat sunat)
Diharamkan jika tiada sebab sebelum. Yg boleh jika - masuk masjid, solat sunat tahiyyatul masjid, atau solat selepas wuduk.
4- waktu pengebumian jenazah.
Qada solat dibolehkan pd waktu larangan, kerana qada solat fardhu yg di tinggalkan.
Qada solat sebanyak mana yg termampu, bg mereka2 yg telah lama meninggalkan solat. Tapi dicadangkan qada solat selepas solat fardhu - contohnya selepas solat maghrib, dia solat sekali lagi utk qada 1 waktu maghirb yg di tinggalkan dulu. Ini adalah pandangan yg kuat, termasuk syafie.
Ada pendapat yg lemah mengatakan, ganti qada utk yg tidur / lupa. Utk yg xsolat tanpa sebab, tiada qada utk mereka, kena taubat nasuh. Tapi ini pendapat yg lemah.
Tiada qada solat utk org lain / org yg dah meninggal.
Solat diwajibkan atas muslim yg :
Baligh, berakal, suci dari hadas besar dan kecil.
Org kafir xwajib solat. Tp di akhirat akan dikenakan azab meninggalkan solat.
﴿٤٢﴾ مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ
❬42❭"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"
(Al Muddastir 74:42)
﴿٤٣﴾ قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ
❬43❭Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,
(Al Muddastir 74:43)
Kanak2 yg belum mukallaf tidak wajib solat.
Org yg hilang akal agak lama atau pengsan - tidak wajib solat
Org murtad, bila dia kembali kpd islam, dia wajib qada solat dlm waktu dia murtad.
Ada org keluar islam dlm beberpa cara - contohnya mempersendakan agama, persendakan solat, quran, ini juga boleh jatuh murtad.
Belajar agama dan mempelajari fardhu ain - kita kena cari / usaha. Bukannya nak tggu waktu free baru nak belajar agama.
Sbb kita mmg dicipta utk beribadah kpd Allah, jadinya kena ada ilmu utk beribadah.
﴿٥٦﴾ وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
❬56❭Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz Dzaariyaat 51:56)
Diangkat pena / tidak dicatit kesalahan bagi :
- kanak2 sehingga baligh
- org yg tidur sehingga dia sedar
- org yg gila sehingga dia berakal
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment