Saturday, 8 February 2020

Harga Seorang Tamu

Thursday, 13 June 2019

Harga Seorang Tamu

*☪❤💚HARGA SEORANG TAMU❤💚☪*
*ADA seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah SAW kerana perilaku suaminya.*
*Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan  menjamu mereka hingga menyebabkan si isteri menjadi kelam-kabut dan merasa penat.*
*Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasulullah SAW dan tidak mendapatkan jawapan apa pun daripada Baginda Rasulullah SAW.*
*Setelah beberapa waktu...*
*Rasulullah SAW pergi ke rumah suami-isteri tersebut, Rasulullah SAW bersabda kepada si suami: "Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu pada hari ini."*
*Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan Rasulullah SAW tersebut, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasulullah SAW.*
*Si isteri pun merasa bahagia kerana kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat.*
*Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.*
*Ketika Rasulullah SAW mahu pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredaan pasangan itu.*
*Rasulullah SAW bersabda kepada suaminya:*
*قال للزوج عندما أخرج من بيتك دع زوجتك تنظر إلى الباب الذي أخرج منه*
*"Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."*
*Maka si isteri melihat Rasulullah SAW keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasulullah SAW.*
*Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.*
*Maka Rasulullah SAW bersabda:*
*فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلك.*
*"Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."*
*"Maka inilah hikmah  memuliakan tamu dan tidak berkeluh-kesah kerana kedatangan mereka."*
*Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH!*
*Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak-anak kecil dan orang dewasa.*
*Rumah yang di dalamnya turun rahmat  dan berbagai keberkahan dari langit.*
*قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية.*
*Rasulullah SAW bersabda: "Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka."*
*قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت."*
*Para sahabat bertanya : "Hadiah apakah itu, ya Rasul?"* *"Rasul SAW bersabda: "Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan  menghapuskan dosa-dosa penghuni rumah."*
*وقال صلى الله عليه وسلم: كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة."*
*Rasulullah SAW bersabda: "Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."*
*وقال صلى الله عليه وسلم: " الضيف دليل الجنة."*
*Dan Rasulullah SAW bersabda: "Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga!"*
*وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه*
*Rasul SAW bersabda : "Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tamunya."*
*Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H. Maaf zahir dan batin. Marilah, saling bersilaturahmi.... Wasalam.*

No comments:

Post a Comment