Friday, 7 February 2020

Nota 2013 - 4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Monday, 28 May 2018

Nota 2013 - 4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W


4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 
Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Mari kita lihat bagaimana Luqman Al-Hakim mendidik anaknya... ( Terjemahan daripada surat luqman ayat 13 hingga ayat 19.
13." Dan ( ingatlah) ketika luqman memberi berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepada anaknya: " Wahai anak kesayanganku, jangalah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"

Kita perlu tanamkan sifat tidak syirik kepada Allah kerana ia perbuatan yang zalim, meletakkan sesuatu bukanpada tempatnya. contonhnya, tujuan belajar bukan kerana untuk mendapatkan kerja tetapi patuh kepada perintah Allah. Orang yang semakin tinggi ilmunya semakin takut kepada Allah bukannya semakin ingkar dan derhaka kepada Allah.

Dalam mendidik anak-anak, kita sering mendahulukan pembelajaran dalam kearah keduniaan, mesti atau lebih tetap lagi wajib pandai dalam berbahasa Inggeris, Matematik dan Sains lulus.. tetapi kita lupa kepada kehidupan yang abadi. (I try my best to teach my son bahasa arab, jawi dulu dan kenalkan kepada alif, ba dan ta dahulu..) sbbnya tujuan mengajar dan belajar kerana Allah.

14. "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"

Anak-anak perlu dididik supaya taat dan hormat keduaibubapa, rasa terhutang budi kepada ibubapa, menyedarkan mereka bahawa syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Reda Allah bergantung kepada reda ibubapa

# Kadang-kadang dala hati kita terlintas pelbagai perkataan negatif terhadap anak-anak kita kerana kerenah mereka yang kadang kala mengugat kesabaran kita... tetapi apa yang terlintas di hati biasa cepat diperkenan oleh Allah. (Gunakan perkataan yang positif, contohnya.. "lembutkan la hati anakku ini dalam mendengar arahan ku... insyaAllah, akan diperkenankan oleh Allah.

15. "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau(dengan fikiran sihatmu) tidak mengetahui sungguh adanya , maka janganlah engkau taat kepada mereka; bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal soleh), kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kerjakan"

-Patuh kepada ibubapa kepada perkara tidak bercanggah dengan perintah Allah.

# Kita adalah cermin kepada anak-anak kita, perkara yang baik dan buruk yang kita lakukan akan di contohi oleh anak-anak. Jika perkara baik dan tidak bercanggah dengan perintah Allah kita kerjakan insyaAllah, anak-anak akan melakukan perkara yang sama kepada kita. contohnya..berapa kerap kita menelefon ibu dan ayah kita di kampung di hadapan anak-anak kita, bahasa yang di gunakan untuk bertutur  dan sebagainya.

16."(Luqman menasihati ananknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada perkara yang baik atau buruk sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi"

-
Anak-anak sentiasa diingatkan, apa sahaja yang mereka fikirkan, lakukan semuanya diketahui Allah dan akan dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

# Penerapan sifat 20 Allah perlu diterap semasa kecil lagi supaya anak-anak mengenal pencipta mereka dan takut kepadaNya.

17."Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya"

-Solat wajib didirikan, tidak kira dalam apa jua keadaan, mengapa solat itu perlu? Kerana Allah berjanji solat mampu mencegah daripada melakukan perkara yang tidak baik.
contohnya sikap malas belajar adalah perkara yang keji. Solat sukar dilaksanakna pada awalnya, apabila di latih ia menjaid mudah. Oleh sbb itu, Rasullah menyuruh anak-anak mendirikan solat ketika berumur 7 tahun dan rotan pada umur 10 tahun jika tinggalkan solat.

# Sikap sabar perlu ditekan dari awal dan anak-anak perlu di latih agar tidak semua keinginan mereka mesti di patuhi ( no more promise, bila dh gaji nanti ummi belikan mainan )

18. "Dan jangan lah engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak sombong: Sesungguhnya Allag tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membangga diri"

-Anak perlu dididik mempunyai hati kasih belas dan sentiasa ingin membantu. Sikap pemurah, tidak kedekut, suka kongsi ilmu dan mengajar rakan yang lemah perlu ditanam kerana Allah suka orang yang pandai mengajar mereka.

# Semakin banyak ilmu di dada semakin banyak benda yang kita tidak tahu, jangan bongkak terhadap ilmu yang diperolehi kerana semuanya adalah hak Allah. Hanya dia yang Maha Mengetahui dan Maha Halus.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semsa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"

-Ibubapa perlu memberi contoh komunikasi yang berkesan. Cara berinteraksi dengan anak hendaklah sopan, tertib dan tidak menengking. Saidina Ali berpesan, jika percakapan dari hati yang iklas akan sampai ke hati, jika percakapan datang dari lidah maka ia masuk telinga kanan keluar dari telinga kiri

Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hinga 60.

No comments:

Post a Comment