TARIKH PENTING ZULHIJJAH & AMALAN SUNAT (2018)
Tempoh akhir untuk memotong kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban adalah sebelum tenggelamnya matahari pada hari Ahad, 12 Ogos 2018 bersamaan 30 Zulkaedah 1439H.
Daripada Ummu Salamah r.a daripada Nabi s.a.w: "Apabila masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban maka janganlah dia menyentuh (memotong) sedikitpun bahagian dari rambutnya dan kukunya". (Sahih An Nasai)
13 Ogos 2018 = 1 Zulhijjah 1439H (Isnin)
🍁 Puasa sunat hari Isnin
🍁 Mula puasa sunat di bulan Zulhijjah
🍁 Banyakkan amal kebaikan pada 10 hari pertama termasuk puasa 9 hari di awal Zulhijjah (bagi orang yang tidak wuquf di Arafah)
“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (HR al-Bukhari)
16 Ogos 2018 = 4 Zulhijjah 1439H (Khamis)
🍁 Puasa sunat hari Khamis
🍁 Puasa sunat di bulan Zulhijjah
20 Ogos 2018 = 8 Zulhijjah 1439H (Isnin)
🍁 Puasa sunat hari Isnin
21 Ogos 2018 = 9 Zulhijjah 1439H (Selasa)
🍁 Puasa sunat hari Arafah
Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Imam Muslim)
22 Ogos 2018 = 10 Zulhijjah 1439H (Rabu)
🍁 Hari raya korban
23, 24, 25 Ogos 2018 = 11, 12, 13 Zulhijjah 1439H (Khamis, Jumaat, Sabtu)
🍁 Hari tasyriq
🍁 Haram berpuasa
🍁 Hari pelaksanaan korban
26, 27, 28 Ogos 2018 = 14, 15, 16 Zulhijjah 1439H (Ahad, Isnin, Selasa)
🍁 Puasa sunat hari putih
No comments:
Post a Comment