Friday 7 February 2020

Cara Bebas Stress Berdasarkan al Quran

Friday, 17 August 2018

Cara Bebas Stress

Cara Bebas Stress Berdasarkan al Quran

1. Dalam kelas kesihatan "Detoksifikasi: Demi Kesihatan Lebih Baik" Selasa lepas, kami belajar bahawa setiap kerisauan (worry) akan mengakibatkan matinya sel saraf atau neuron seseorang.

2. Kerisauan kerap menjadi punca stress pada seseorang. Stress pula menjadi punca kepada banyak penyakit pada seseorang.

3. Dalam al Quran, Allah memberi jaminan kepada sesiapa menjaga dua perkara berikut, maka dia akan selamat daripada kerisauan, ketakutan dan kesedihan yang menjadi punca kepada stress dan penyakit itu.

4. Allah berfirman:

 ۙ فَمَنِ اتَّقَىٰ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ)
[Surat Al-A'raf 35]

Maksudnya:
"Maka sesiapa yang bertakwa dan membuat islah, maka tidak ada kerisauan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih."

5. Dua perkara yang dapat menghilangkan kerisauan berdasarkan ayat di atas adalah:

a. Takwa, iaitu keimanan dan keyakinan kepada Tuhan yang direalisasikan dalam bentuk ketaatan dalam melaksanakan perintahNya dan kesungguhan dalam menghindarkan laranganNya. Maka setiap ketaatan yang dilandaskan kepada keimanan dan keyakinan kepada Tuhan yang kuat, akan melenyapkan kerisauan dan kesedihan pelakunya.

b. Membuat Islah, iaitu berusaha membuat yang terbaik untuk dirinya sendiri, amanah yang dibebankan dan setiap yang ada di sekelilingnya. Maka setiap islah yang dilandaskan keimanan, akan membawa kepada ketenangan dan kebebasan daripada kerisauan dan stress.

6. Berusahalah meraih takwa dan membuat yang terbaik dalam hidup ini, nescaya sihat, tenang, tentram dan bahagia akan meliputi hidup kita.

Wallahu A'lam

Kelas : Kesihatan Perut & Detoksifikasi, Hq Abqaf Mutiara Damansara, Selasa 14 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment