Saturday, 8 February 2020

Ciri Diterimanya Taubat Seorang Hamba

Thursday, 30 May 2019


Ciri diterimanya taubat seorang hamba

Ciri diterimanya taubat seorang hamba itu, biasanya akan diikuti dengan 5 kemudahan.
Pertama, Allah mudahkan dalam hatinya muncul rasa nikmat beribadah. Solat bisa khusyuk, nikmat duduk berlama sambil zikir, nikmat qiamullail, nikmat puasa, nikmat di majlis ilmu dan seterusnya. Bahagian hatinya saat beramal kebaikan.

Kedua, Allah mudahkan ia menegakkan amalan sunnah. Jika sudah nikmat dengan yang wajib, ia akan dekat dengan yang sunnah. Mulai cemburu amal lain sebagai upayanya menutup kekurangan.

Ketiga, Allah mudahkan baginya bertemu dengan kawan yang soleh. Ini sebagai penjaga bagi pertaubatannya. Allah menjaganya dengan menghadurkan kawan-kawan soleh di dalam perjalanan taubatnya.

Keempat, Allah mudahkan hatinya menerima nasihat. Hatinya melembut. Hidayah mudah masuk saat menerima nasihat kebaikan. Sehungga perilakunya terjaga dari keburukan.

Kelima, Allah mudahkan air mata keluar dari dua matanya. Ia mudah menangis. Bukan kerana cengeng... Tapi kerana mengingat semua dosa masa lalunya. Ia menangis kerana mengingat semua nikmat Allah. Ia menangis atas kesempatan yang sudah Allah berikan. Ia menangis sebagai bentuk penyesalan, sekaligus rasa bersyukur kepada Allah.

No comments:

Post a Comment