Saturday, 8 February 2020

FIqh Solat - Hikmah Solat

Saturday, 23 February 2019

FIQH SOLAT - HIKMAH SOLAT

FIQH SOLAT - HIKMAH SOLAT
Penceramah : Ustaz Tuan Badrul Hisyam
Bismillah
Hikmah pensyariatan solat - Penting tp selalu disalah faham atau kurang cermat.
Ada ‘illah dan hikmah. Hikmah / wisdom.
Hikmah - ia tidak consistent antara sorang dgn sorg yg lain
‘Illah - sebab kenapa benda itu jd wajib, sunat, makruh.. ia consistent.
Contoh : ‘illah, diwajibkan solat zuhur kerana gelincirnya matahari.
Tapi hikmah solat, berbeza antara org.
Allah bgtau :
‏﴿٤٥﴾ ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
❬45❭Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al 'Ankabut 29:45)
Solat itu mencegah perkara keji dan mungkar. Tp ada juga org yg solat tp dia buat perkara mungkar... hikmah itu tidak consistent sesama manusia.
Hikmah tiada kaitan dgn hukum. Ada org dpt, ada org xdpt.
‘illah puasa - sbb masuk ramadhan. Hukum puasa wajib bila lihat anak bulan.
Hikmah puasa - akan lahirkan jiwa yg bertaqwa. Ada org jd bertaqwa, ada juga yg berpuasa tp xlahir taqwa.
Walaupun kita belum capai hikmahnya, tp kita tetap wajib solat.
Ataupun, sekalipun seseorang itu sudah baik perangainya, tidak buat perkara keji / mungkar, tetap wajib solat.
Kita kena faham kenapa Allah nak kita solat - kalau kita xcapai apa yg sepatutnya kita dpt, kita kena muhasabah, kena buat sampai dpt.
Hikmah solat :
1- solat merupakan satu alat yg plg efektif utk manusia mengingati hakikat diri sebagai hamba Allah.
Tinggi mana pun pangkat seseorang, dia tetap hamba Allah. Ngantuk setara mana, atau xkuat setara mana, malas setara mana pun, tetap kena buat sbb kita adalah hamba!
2- juga sebagai alat / method yg efektif utk establish dlm diri kita bhw xda siapa yg dpt berikan pertolongan sebenar melainkan Allah.
Dlm solat, Allah paksa kita kurang2 sebut dgn mulut, bahawa yg bagi rezeki pd kita ialah Allah...
‏﴿٥﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
❬5❭Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
(Al Fatihah 1:5)
Dan Allah adalah boss kpd segala boss..
‏﴿٢﴾ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعٰلَمِينَ
❬2❭Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
(Al Fatihah 1:2)
Kitq diajar dlm solat, bhw Allah adalah Tuhan segalanya...
3- solat merupakan satu method Allah nak sucikan dosa kita
Dosa kecil terlalu byk kita buat..
Dari sebuah Hadis : solat 5 waktu yg wajib ibarat sebatang sungai yg lalu depan rmh.. solat itu ibarat seseorang terjun dlm sungai tu 5 kali, maka org ini bersih dari kotoran.
Banding org yg kotor tapi xmandi.. dia anggap lepas mandi tu kotor semula, baik xpayah mandi. Ini silap.
4- sebagai makanan yg berterusan utk akidah kita.
Benda yg plg mulia, plg hebat, ialah kalimah tauhid, laailaha illallah...
Nabi kata jika kalimah tauhid itu ditimbang, ia lebih berat dari amalan2 yg lain.
Bila kalimah ini ada dlm hati manusia, dia boleh naik (kukuh/kuat), boleh turun (lemah), dan boleh hilang!
Allah bgtau : wahai org beriman, hendaklah kamu beriman.
‏﴿١٣٦﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلْكِتٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلْكِتٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِٱللَّهِ وَمَلٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًۢا بَعِيدًا
❬136❭Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
(An Nisaa 4:136)
Ibnu kathier kata : org xberiman, dia wajib beriman. Dan org yg dah beriman, kena pastikan imannya sentiasa kembang dan subur.
Iman akan bertambah dgn ketaatan, dan berkurang dgn kemaksiatan.
Antara perkara yg boleh mengekalkan iman ialah dgn melaksanakan solat.
Dlm alfatihah, kita memuji Allah, sebelum menyatakan perhambaan kita dan memohon doa pd Allah..
Sejarah pensyariatan solat - solat bukan ibadah baru, ia kesinambungan dari agama samawi terdahulu, seperti ibadah puasa, haji.
Solat merupakan ibadah yg klasik / lama. Dlm kisah nabi ismail - nabi ismail menyuruh keluarganya utk solat dan zakat.
Dan nabi isa juga bgtau kpd para pengikutnya bhw dia disuruh oleh Allah utk solat dan zakat.
Walaupun mungkin kaedahnya berbeza, tp apa yg sama ialah ia dinamakan solat, dari zaman dahulu. Ia adalah legacy dari nabi2 terdahulu.
Kita kena bangga kerana hidup cara nabi, meneruskan legacy.. iaitu dgn melaksanakan solat.
Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment