Monday, 28 May 2018
Nota 2012 - Asas Fardhu Ain
ASAS FARDHU AIN
Pengertian Islam dan Rukun Islam
Islam berasal dari bahasa Arab dengan pengertian: keselamatan, perdamaian dan penyerahan diri kepada Tuhan
Berserah diri dan patuh dan taat, agar mendapat selamat dalam lindungan Allah SWT
Hadith Nabi Muhammad SAW – Islam adalah engkau mengakui bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan melakukan Haji jika mampu
Rukun Islam -5
Mengucapkan dua kalimah Syahadah – 2 kalimah penyaksian yang harus diucapkan dimulut dan membenarkan di dalam hati tentang adanya Allah yang Maha Esa dan mengakui serta membernarkan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah utusan Allah. Syahadah Tauhid –penyaksian tentang keesaan Allah, Syahadah Rasul – penyaksian tentang kerasulan Muhammad SAW – tidak boleh dipisahkan sebab pengertiannya memiliki makana berkaitan, antara Allah dan utusannya
Melaksanakan solat lima waktu sehari semalam
Membayar zakat
Melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan
Menunaikan ibadah haji bagi yang mampu
Pengertian Iman & Rukun Iman
Iman berasal dari bahasa Arab – pengertian bahasa – “Kepercayaan”
Iman mengikut pengertian agama dalam hadis Nabi: Iman ialah engkau percaya kepada Allah, malaikat-Nya, kitab suci-Nya, para utusan, hari kemudian/hari pembalasan dan engkau percaya kepada takdir baik dan buruknya (qada’ dan qadar’)
Tujuan dari iman/kepercayaan – adalah taat dan patuh kepada Allah, melaksanakan perintah-perintahNya dan menjauhi segala larangan-laranganNya – Orang Mukmin
Rukun Iman -6
Beriman kepada Allah
Laailaaha illallah – tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah – Tuhan Allah maha besar, maha kuasa dan patut disembah dan ditaati dengan sepenuh hati
Allah itu ada,hidup dengan tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan, Allah Maha Esa ertinya Tunggal – tidak ada yang menyerupai, tidak berkehendakkan dengan sesuatu pun
Seluruh alam semesta ini dijadikan diatur oleh Allah dan tidak ada sesuatu pun yang luput dari pengawasanNya
Maha Mendengar dan Maha mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi, bahkan baru berniatpun sudah diketahuiNya. Oleh itu, orang yang beriman akan merasai dirinya menjadi
Bersikap rendah diri, berpandangan luas, tidak mudah putus asa, taat patuh dan berwaspada, bersih jiwanya dan lurus keyakinannya, tenteram dan damai semata-mata berorientasikan keselamatan dunia dan akhirat
Wajib orang yang beriman yang sudah baligh dan berakal mengetahui sifat2 wajib, sifat2 mustahil dan sifat jaizNya (41)
Sifat2 wajib bagi Allah – Wujud (Ada), Qidam(Telah Sedia, Dahulu Dari Segala-galanya), Baqa (Kekal), Mukhaalafatuhu Lil Hawaadith(Berlainan dari segala makhluk dan kejadian), Qiyamuhubi nafsihi (berdiri dengan sendirinya) Wahdaniyyat (Maha Ehsa Tunggal), Qudrat (Maha Berkuasa), Iradat (Berkehendak/Berkemahuan), Ilmu(Maha Mengetahui), Hayat (Maha Hidup), Sama’ (Maha Mendengar), Bashar(Maha Melihat), Kalam(Maha Berkata-kata), Kaunuhu Qaadiran (Hal keadaannya yang Maha Berkuasa), Kaunuhu Muriidan (Hal keadaanya yang Maha Mengkehendaki), Kaunuhu Al’liman (Hal keadaanya yang Maha Mengetahui), Kaunuhu Haiyyan (Hal keadaannya Hidup), Kaunuhu Samii’an (Hal Keadaanya Yang Maha Mendengar), Kaunuhu Bashiiran (Hal keadaanya yang Maha Melihat), Kaunuhu Mutakalliman (Hal keadaannya yang Maha Berkata)
Sifat2 mustahil bagi Allah – Adamun (Tiada), Huduthun (Baharu), Fana’ (Musnah/Binasa), Mumaat hilatuhu Lil Hawaadith (sama atau serupa dengan makhluk dan kejadian), Qiyaamuhu Lil Ghairiihii (berdiri dengan bantuan atau pertolongan), Ta’addud (berbilang), Ajzun (lemah), Karahah (terpaksa), Jahlun (bodoh dan tidak berpengetahuan), Mautun (Tidak hidup/mati), Shamamun (pekak), A’maa ( Buta), Bakmun (Bisu), Kaunuhu Ajizan (hal keadaannya yang lemah), Kaunuhu Kaarihan (hal keadaanya terpaksa), Kaunuhu Mukrahan, Kaunuhu Jaahilan (hal keadaannya bodoh), Kaunuhu Mayyitan (hal keadaanya mati), Kaunuhu Asammu (hal keadaannya tuli/pekak), Kaunuhu A’maa (hal keadaannya buta), Kaunuhu Abkam(hal keadaannya bisu)
Sifat Jaiz bagi Allah Azza Wa Jalla – Allah berhak menciptakan atau tidak menciptakan segala sesuatu yang mungkin terjadi
Beriman kepada Malaikat-malaikat Allah
Diciptakan dari nur cahaya, mahluk dan tidak sama dengan kita dari asal kejadiannya, sifat2nya dan pekerjaannya
Tidak makan, minum, tidak tidur, tiada nafsu dan tak boleh dilihat oleh mata, tidakpernah melanggar suruhan-Nya dan makhluk yang paling taat
Menurut ajaran Nabi Muhammad SAW terdapat beribu-ribu maalaikat tetapu yang wajib kita ketahui ada 10 yang mempunyai tugas tersendiri
1. Malaikat JIBRIL – menyampaikan wahyu kepada Rasul dan Nabi Allah
2. Malaikat MIKAIL – bertugas pembawa rezeki, mengatur dan menjaga persedaran alam semesta
3. Malaikat IZRAIL – malaikat maut bertugas mencabut nyawa segala makhluk di dunia bila tiba saatnya
4. Malaikat ISRAFIL – bertugas meniup sangkakala, untuk membangkitkan arwah dati kubur, hari itu namanya hari kebangkitan
5. Malaikat RAQIB bertugas mencatat amalan manusia yang baik
6. Malaikat ‘ATID bertugas mencatat amalan manusia yang jahat/buruk
7. Malaikat MUNKAR dan
8. Malaikat NAKIR – bertugas memeriksa atau menanyakan keimanan manusia semasa memeriksa atau semasa di dunia setelah berada dalam kubur
9.Malaikat RIDWAN – bertugas menjaga syurga
10. Malaikat MALIK – bertugas menjaga neraka
Beriman kepada kitab-kitab Allah
Wahyu dari Allah yang dikumpulkan dalam Al-Kitab Suci, wahyu diturunkan kepada nabi dan rasul Allah
Kitab
Taurat –di turunkan kepada Nabi Musa Allaihissalam
Zabur – diturunkan kepada Nabi Daud Allaihissalam
Injil – diturunkan kepada Nabi Isa Allaihissalam
Al-Quran – diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
Beriman kepada rasul-rasul Allah
Rasul adalah utusan Allah untuk menyampaikan wahyu Allah kepada seluruh umat manusia sebagai ajaran yang dapat membawa kebahagian ke dalam kehidupan manusia di dunia hingga ke akhirat serta terhindar dari seksaan Allah
Semua nabi dan rasul mempunyai tugas yang sama iaitu menyampaikan ajaran Allah – bezanya hanya pada caranya mengikut keadaan umat pada masa itu
25 Nabi dan Rasul yang disebut dalam Al-Quran yang wajib kita percayai
Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh
Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub,
Yusof, Syuaib, Musa, Harun, Ayob
Zulkifli, Ilyas, Daud, Sulaiman, Ilyasa
Zakaria, Yahya, Yunus, Isa, Muhammad
Beriman kepada hari kiamat
Beriman kepada hari kemudian adalah masa datangnya kehancuran alam semesta beserta isinya adalah kehendak Allah SWT – semua yang bernyawa akan mati, segala yang ada akan hancur lebur dan tidak bangun lagi kecuali Allah yang maha kuasa yang tetap ada – hari kiamat
Israfil diarahkan meniup sangka kala maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah – itulah hari pembalasan.
Siapa yang amalannya lebih banyak baik akan mendapat kebahagiaan di syurga dan sebaliknya siapa yang amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat seksaan dan ditempatkan di neraka
Beriman kepada qada (perlaksanaan) dan qadar (sukatan) Allah
Takdir adalah ketentuan dari Allah, tidak kira baik atau buruk yang terjadi pada diri manusia pada hakikatnya tidak terlepas dari ketentuan Allah SWT
Qada Mubram – ketentuan Allah yang pasti akan berlaku tidak dapat dihalang oleh sesiapa dan sesuatu – contoh MATI
Qada Muallaq - adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku, ie panjang umur. Boleh diubah dengan banyak cara, salah satunya adalah doa
Sabda Nabi – Islam kebaikkan adalah jalan daripada takdir yang baik. adalah suatu perbuatan yang Nampak, sedang iman adalah sesuatu kepercayaan dalam hati
Kemudian Nabi memberi isyarat kearah dadanya sampai 3 kali sambil bersabda – Takwa itu di sini, Takwa itu di sini
Antara Islam dan iman tidak boleh dipisah-pisahkan –apabila orang memeluk agama Islam, maka wajib dirinya untuk beriman
Asas Asas Ajaran Islam – 2 bahagian utama
A. Akidah/Iman/faith – terdiri dari enam rukun iman, akidah Islamiah berdasarkan atas landasan yang kuat - Al Quran dan hadit Mutawir
B. Syariah mengatur 2 aspek kehidupan manusia
Mengatur hubungan manusia dengan Allah disebut Ibadah – hamba, penyerahan dan ketaatan sseorang hamba kepada Tuhannya, mempunyai pengertian yang luas tidak terbatas kepada solat, zakat dan haji tetapi semua kegiatan manusia yang tidak bertentangan dengan hukum Allah dan dilakukan dengan niat yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah ibadah
Mengatur human relation dan human activity di dalam masyarakat/ dunia disebut ‘Muamalah’
Hubungan antara akidah dan syariah
Tidak dapat dipisahkan, tapi boleh dibezakan
Akidah adalah akarnya dan syariah sebagai batabng dan dahanya
Seseorang yang beriman tanpa menjalankan syariah - FASIK
Sedang bersyariah tapi berakidah yang bertentangan dengan akidah Islamiah – MUNAFIK
Seseorang yang tidak berakidah dan bersyariah Islamiah - KAFIR
Syarat2 Iman
Kasihkan Allah, Kasihkan Malaikat2 Allah, Kasihkan Kitab2 Allah, Kasihkan Rasul2 dan Nabi2 Allah, Kasihkan Wali-wali Allah
Bencikan segala musuh Allah
Takutkan segala azab Allah
Mengharapkan Rahmat Allah
Mengakui segala suruhan dan perintah Allah serta mengerjakannya
Mengakui kebenaran segala larangan Allah serta menjauhinya
Perkara2 yang merosakkan Iman
Mempersekutukan Allah
Mengekal perbuatan jahat dan selalu mengulanginya
Membinasakan dan menganiaya sesame makhluk
Bermusuhan sesame umat islam selama 3 hari atau 7 hari
Meringan-ringankan syariat Islam
Tidak Takut gugur iman
Meniru atau menyerupai perbuatan orang kafir
Memisahkan diri dari rahmat Allah
Memakai pakaian yang menyerupai orang kafir
Memutuskan/memalingkan diri dari menghadap qiblat
Hukum-hukum dalam Islam
Wajib – dapat pahala jika melakukan dan dapat dosa jika meninggalkan
Sunat – mendapat pahala jika melakukan dan tidak berdosa jika meninggalkan
Makruh – mendapat pahala jika meninggalkan dan tidak berdosa jika melakukan
Haram – mendapat pahala jika meninggalkan dan berdosa jika melakukan
Harus – Tidak dapat pahala jika melakukan, tidak berdosa jika meninggalkannya
Sah – Sesuatu yang mencukupi syarat/rukun menurut syarak
Batal – Sesuatu yang tidak mencukupi syarat/rukun menurut syarak
Halal – Sesuatu yang dibolehkan untuk dimakan, dipakai, mengerjakannya dan sebagainya menurut syarak
No comments:
Post a Comment