Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub.
Nota Perkongsian Hari 9 Syawal (01.06.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: 40 Kelebihan Lebah dan kaitannya dengan Mukmin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan mudah mudahan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepada kita semua dan hidayahNya sehingga hidup kita sentiasa dalam bimbingan dan panduan. Selawat dan salam tidak lupa juga kita sampaikan peruntukan kepada junjungan Nabi besar kita Muhammad SAW. Mengikut Sunnah dan ajaran baginda Rasulullah SAW akan selamat dunia dan akhirat. In Shaa Allah.
Point 32.
Kalau haiwan lain seperti burung ia mudah ditangkap orang. Kalau letak biji bijian letak makanan dia akan datang ke sana lalu memakannya sampai kenyang dan kadang kadang lupa bahawa makanan itu adalah perangkap. Ketahuilah lebah tidak terperangkap dengan apa pun juga. Dia tak kisah melainkan 3 perkara iaitu dengan air kemudian nektar bunga dan sarang dia. 3 itu sahaja yang menjadi perhatiannya dalam hidup lebah. Dan madu yang dikeluarkan jadi kalau haiwan haiwan yang lain ada makanan yang boleh memerangkap dia perkara yang boleh membunuhnya kadang kadang. Lebah ini tidak terpancing oleh jebakan oleh perangkap perangkap yang orang buat sebab dia tahu apa yang dia buat.
Dia jelas dengan misi dan visi hidup dia. Demikian juga seorang mukmin dia tidak terpengaruh dengan apa yang orang buat dengan habuan habuan yang orang sediakan. Maka kalau mukmin yang benar dia tidak terpengaruh dengan itu sebab dia tahu apa yang menjadikan misi dan visi hidupnya. Misi hidupnya di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Mengikhlaskan setiap amal perbuatan hanya untuk Allah swt dan visinya adalah agar mendapat redha Allah masuk ke dalam syurga yang nikmat. Ini yang menjadi targetnya ini yang menjadi keinginan dia. Dia tahu itu. Jadi ketika orang menawarkan kepadanya sesuatu yang bersifat duniawi itu kurang menarik bagi dia. Dia tidak tergiur tidak terpedaya dengan itu.
Maka Rasulullah SAW kalau baca sirah ketika di awal dakwahnya pernah ditawarkan oleh orang kafir khuraisy melalui lidah bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Kata mereka “Wahai Abu Talib, beritahu Muhammad kalau dia nakkan wanita yang dia nak kahwinkan dia nak nikah dengan dia kami akan carikan wanita paling cantik dikalangan khuraisy ini kami akan bagi kat dia. Kalau dia inginkan kekayaan kami akan kumpulkan kekayaan kami yang ada di Mekah ini bagi dekat dia. Asalkan dia meninggalkan usaha dakwah dia ini. Kami akan sediakan. Kalau dia memerlukan seorang doctor untuk mengubatnya kami akan cari doctor di luar sana. “ dan jawapan Rasulullah SAW “demi Allah saya tidak akan tinggalkan usaha dakwah ini walaupun mereka berikan di tangan kanan aku matahari di tangan aku bulan aku tidak akan tinggalkan usaha ini.”
Ini menunjukkan bahawa seorang mukmin jelas visi dan misi hidup dia agar dia tidak tergiur dengan habuan habuan dunia . duniawi bagi dia remeh bagi dia adalah benda kecil. Bukanlah satu keutamaan dalam hidup dia. Yang dikejar selalu adalah redha Allah. Yang dia inginkan selalu adalah agar akhiratnya lebih baik jadi jelas bagi dia dalam hidupnya. Maka dikatakan lebah hanya mati apabila dia berada di tengah longgokan madunya itu. Dalam ertikata mengeluarkan madu adalah kerja utama kepada lebah tersebut.
Maka seorang mukmin dia hanya akan mati ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah baru dia mati dalam keadaan menjalankan tanggungjawab yang Allah bagi kepadanya melaksanakan misinya menjadi seorang hamba Allah yang taat. Lebah juga akan mati kalau orang serang dia. Maknanya mati dalam jihad di jalan Allah swt. Mukmin seperti itu mati apabila jihad dalam berusaha mencari menjalankan apa yang memang Allah swt perintah. Jadi sekali lagi keistimewaannya ialah lebah tidak terpikat tidak terpengaruh dengan apa pun habuan yang ditawarkan padanya. Dia hanya focus kepada apa yang ditugaskan yang diberi tanggungjawab oleh Allah swt demikian juga mukmin.
Kata Iman Abu Talib al Makki, seorang mukmin seperti itu juga mukmin ini perlukan kepada guru bimbingan dia. Yang arahkannya. Dan seorang guru ini hendaklah seorang yang beramal, pemimpin yang mengikut perintah dan ajaran Allah SWT maka apabila pemimpin ini ataupun ulama’ yang baik ini membimbing mereka dengan baik maka hidup mereka akan aman hidup tenteram mereka akan bekerja dengan baik. Hidup dengan normal. Ketahuilah orang mukmin perlukan juga teladan seperti itu. Samada daripada pemimpin kerajaannya ataupun ulama yang diikuti yang mereka belajar daripadanya.
Apabila tak ada pemimpin yang adil ini mengikut kepada ajaran al quran dan Sunnah serta ulama yang boleh membimbing mereka maka kehidupan seorang mukmin ini akan huru hara. Hidupnya akan hilang panduan.Maka oleh itu umat Islam sekarang ini huru hara kerana tidak ada satu pun pemimpin yang jelas yang tegas yang memperjuangkan agama Allah ini yang membawa kepada keredhaan Allah SWT. Dan perkara ini akan lebih huru hara lagi apabila tak ada tak ada ulama yang beramal dengan ilmunya yang membimbing mereka kepada keredhaan Allah swt.
Oleh itu keberkatan umat ini akan hilang dengan hilangnya ulama’.Ilmu akan dicabut oleh Allah swt dengan dimatinya ulama’. Mudah mudahan kita sentiasa masih lagi diberi oleh Allah swt alim alim ulama ulama yang beramal dengan ilmunya yang boleh kita ikutinya. Amin ya rabbal alamin. Jangan jauh daripada ulama apabila jauh daripada ulama maka akan hilang keberkatan hidup kita. Jangan fanatic jangan taasub dengan mana mana guru ataupun ustaz atau ulama selain Rasulullah saw kita ini ada salah silapnya. Ada kelemahan dan kekurangannya. Maka ambil yang baik tinggalkan yang buruk. Yang baik sebarkan yang buruk simpankan.
Dalam Islam kepimpinan bukanlah untuk dikejar kepimpinan adalah satu khidmat satu ibadah apabila kita diamanahkan maka tanggungjawab kita untuk menunaikan dengan baik. Ratu lebah baik lebah lebah akan baik. Pemimpin yang baik maka baiklah mukmin tersebut. Ketahuilah juga adalah sebaliknya sekiranya kita mahukan pemimpin yang baik jadilah baik dahulu rakyat yang baik inshaa Allah .Allah swt akan anugerahkan kepada kita pemimpin yang baik. Jangan harapkan pemimpin yang baik sedangkan diri kita sendiri tak tahu hala tuju kita. Tidak tahu apa yang patut dibuat. Jadi jaga jaga jangan sampai kita meminta sesuatu padahal kita sendiri jauh daripada apa yang kita minta.
Maka Allah swt berfirman maka “jangan kamu palingkan mata kamu daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia. Mukmin yang betul nanti justeru nanti ketika kita susah mukmin yang betul akan bantu akan tolong , dan kita akan nampak bahawa orang yang ikhlas ini akan bersama kita masa susah. So Allah ingatkan kita melalui surah al Kahfi “jangan kita merasa terganggu dengan kelemahan kelemahan yang ada pada saudara saudara kita yang beriman. Kita tahu kelemahan mereka itu kadang kadang kelemahan yang hanya sementara. Apabila masa berlalu kita akan nampak perubahan sebagaimana sahabat sahabat Nabi tak selamanya miskin apabila mereka sudah ada satu peluang berubah maka mereka berubah.
Oleh itu sabarkan diri kita dan jangan sesekali kelemahan sahabat mengganggu kita melakukan amalan amalan produktif kita. Maintain dan teruskan sebab jelas misi dan visi hidup kita. Kita bukan nak diganggu oleh hal hal yang tidak penting.
Tidak ada salah kerana Allah swt menciptakan kita pelbagai . tak sama. Hal ini pernah digambarkan oleh Rasulullah saw melalui kisah seorang sahabat Amru bin Asr pada masa Ibn Umar bin Ibnu Asr yang mana satu hari Rasulullah saw ada dekat masjid nabawi maka dia berdiri didepan pintu masjid tersebut dan berkata sekejap lagi akan lalu ahli syurga katanya. Maka lalulah seorang lelaki biasa lelaki yang orang tak pandang pun maka dia syak betul ke ni maka lelaki itupun masuk masjid solat lepastu keluar balik rumah buat kerja dia. Datang waktu solat lagi Rasulullah berdiri lagi dan berkata akan lalu sekejap lagi lelaki ahli syurga so ternyta yang lalu lelaki itu juga yang tidak dipandang pun seperti tadi juga masuk solat dan keluar balik rumah jenis tak cakap dengan orang buat kerja dia je. Apabila balik rumah lepas itu perkara sama diulang dan Rasulullah tunggu lagi didepan pintu masjid. Lalu sahabat ini berkata apa benda istimewanya lelaki ini dia bukan macam Umar bin Khattab dan sahabat sahabat terkenal yang lain.
Maka sahabat ini yang muda ini dan dia pergi jumpa sahabat tadi dan dia pura pura dengan berkata Wahai Tuan, boleh tak saya duduk dirumah awak selama tiga hari? Saya bergaduh dengan bapak saya dia tak bagi saya balik rumah boleh tak saya duduk dngan awak? Katanya. Sahabat tersebut berkata Silakan duduklah dengan saya maka sahabat ini pun duduk dirumah lelaki tersebut untuk mengetahui apa yang dibuat oleh lelaki ini sehingga dia menjadi ahli syurga. Maka dia tengok lelaki ini tidak ada amalan istimewanya.
Malam dia tidur Cuma masa tidur kadang dia bangun dengar lelaki berzikir lepas tu tidur balik. Dan solat malam pun tak banyak mengaji pun tak banyak. Akhirnya hari ketiga dia mengaku pada sahabat ini, Wahai Tuan sebenarnya saya ini tak ada masalah pun dengan bapak saya sebenarnya. Tapi saya ni duk dengar Rasulullah saw engkau ni orang yang istimewa saya nak tahu macammana keistimewaan tu. Saya duduk dengan awak saya nampak awak biasa biasa saja, maka terima kasih kerana layan saya selama 3 hari dekat sini. Dan saya minta diri. Maka keluarlah lelaki tersebut dan dipanggil oleh lelaki tadi sahabt tersebut maka “saya rasa saya memang tak ada istimewa Cuma saya satu je iaitu saya tak pernah nak berdengki nak berburuk buruk dengan orang. Saya tak nak ganggu orang dalam hati saya ikhlas dengan orang”. Lalu sahabat yang mendengarnya berkata “inilah hebat awak saya ni dok sibuk fikir orang. Orang ni kenapa dan sebagainya.”
Kesimpulannya daripada hal ini kita tengok kelebihan kita apa yang menjadi kelebihan kita ada yang jenis bermasyarakat dan ada yang buat hal sendiri seperti introvert dan extrovert. Benda benda wajib je dia buat. Jangan pandang remeh orang. Kita pelbagai dan berbeza. Oleh itu, mukmin ada pelbagai. Siapa yang membesar dalam suasana tertentu maka itulah jati diri dia.
Point 33, lebah ini sangat bergantung kepada ratunya. Selagi ratunya itu ada bersama mereka maka mereka akan bekerja dengan baik kehidupan mereka akan berjalan dengan normal. Apabila ada ratu tersebut maka kerja kerja berjalan dengan kemasnya. Tak ada orang yang akan menganggu mereka. Tak ada makhluk lain yang akan menganggu. Apabila ratu itu mati, akan berlaku kucar kacir pada kehidupan lebah. Mereka tidak tahu hala tuju. Mereka perlukan pemimpin.
Point 34, jika ratu lebah baik, maka lebah lebah lain akan bekerja dengan baik.Jika sebaliknya maka kerja mereka bermasalah. Demikian juga mukmin dan pemimpin mereka. Apabila pemimpin kita guru kita baik memang orang yang layak kita jadikan guru maka hidup kita pun akan menjadi baik. Seorang mukmin bergantung kepada pemimpinnya. Maka hati hati dalam memilih pemimpin dan pastikan pemimpin yang membawa kita kepada keredhaan Allah swt. Yang membantu kita untuk lebih taat kepada Allah swt. Kalau tidak kita akan dipersoalkan nanti di akhirat. Maka kepada siapa yang menjadi pemimpin hati hati akan diminta dipertanggungjawabkan oleh Allah swt.
Point 35, Lebah tidak terganggu dengan kelemahan lebah lain.contohnya ada lebah yang malas maka lebah yang lain akan bekerja walaupun lebah sakit yang lain berusaha dan produktif. Demikian juga mukmin tidak terganggu dengan kelemahan mukmin yang lain. Apabila melihat mukmin yang lain lemah tidak melemahkan atau patah semangat atau tidak terhalang daripada melakukan kebaikan juga. Sebab dia tahu visi dan misi hidupnya. Tidak mengugatkan diri mukmin itu untuk terus melakukan kebaikan. Ada sesetengah kita kadang kadang tak sabar dengan melihat kelemahan orang lain maka Allah swt dalam surah al kahfi ayat 28
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Al Kahfi 18:28)
Daripada ayat ini, cuba tahan diri kita mengatakan kata kata yang tidak baik kepada saudara saudari kita yang beriman dan jangan tinggalkan mereka. Kerana iman ini yang menyatukan kita. Sabarkan pada orang menyembah Allah yang menyeru Allah siang dan malam. Dan kita tahu orang itu ikhlas dan orang itu mengharapkan redha Allah swt. Cuma mungkin ada kelemahan kelemahan dia. Diantara yang berlaku zaman Nabi.kelemahan daripada sahabat sahabat Nabi adalah iaitu ada diantara mereka miskin dan tak kaya tetapi dalam hidup mereka ini nak cari redha Allah swt ikhlas dalam beramal solat dia jaga puasa dia jaga menuntut ilmu rajin Cuma ekonomi dia lemah namun nampak dalam diri dia itu ketaatan kesolehan dan keikhlasan dalam hidup dia. Ketahuilah tahan diri kita untuk dapat tetap bergaul dengan mereka.
Point 36, ketahuilah ada dua jenis lebah . pertama ialah lebah yang tinggal di pergunungan. Atau di dahan dahan pokok. Dan ada lebah yang tinggal dirumah rumah manusia atau dikawasan yang crowd. Kadang kadang di bangunan di office di hotel. Jadi ada dua jenis. Dan ketahuilah mukmin ini ada dua jenis juga yang pertama ialah mukmin yang tidak boleh hidup di tengah crowd. Mukmin yang suka bersendiri, suka menyendiri. Maka dia banyak berzikir. Di masjid, dirumah. Dia tidak boleh masuk ke dalam masyarakat yang bermacam bagai kerenah. Dan ini umpama lebah yang memilih untuk tinggal di pergunungan dan di pohon pohon. Dan ada mukmin itu yang memang dia lebih selesa apabila hidup ditengah tengah masyarakat apabila dia bergaul bertemu dengan macam macam orang sifat dan kerenah dia sebenarnya dua dua ini ada kelebihan dan ada kekurangan dia tetapi apabila dua dua ini menjalankan peranannya seperti mana yang diminta oleh Allah swt dua duanya adalah baik.
No comments:
Post a Comment