Tadabbur Surah An Nahl
Menjadi Mukmin Produktif
3.5.2020
Nabi bahagikan Ramadhan pada bahagian
10 Hari Pertama
Peringkat Rahmah. Allah menebarkan
10 Hari Kedua
Maghfirah
10 hari terakhir
Pembebasan dari Api Neraka
Surah An Nahl 19 - 23
وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan.
(An Nahl 16:19)
وَٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْـًٔا وَهُمْ يُخْلَقُونَ
Dan berhala-berhala yang mereka seru selain Allah, tidak dapat membuat sesuatu apapun, sedang berhala-berhala itu (sendiri) dibuat orang.
(An Nahl 16:20)
أَمْوٰتٌ غَيْرُ أَحْيَآءٍ ۖ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
(Berhala-berhala itu) benda mati tidak hidup, dan berhala-berhala tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan.
(An Nahl 16:21)
إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۚ فَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ
Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah orang-orang yang sombong.
(An Nahl 16:22)
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْتَكْبِرِينَ
Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.
(An Nahl 16:23)
Dari segi tafsir, Allah meneranhkan tentanh dirinya..dgn nikmat, dia menjelaskan dia mencipta segala nikmat. Kita kene bersyukur dengan segala nikmat.
Kemudian Allah menerangkan mengenai ilmunya yg luas merangkumi zahir dan batin. Kemudian menerangkan berhala tiada kuasa..mati..tiada nyawa...tidak boleh bercakap jalan atau buat apa2. Tidak punyai ilmu dan tidak tahupun bila pemyembah alan dibangkitkan(ayat perli). Allah menyatakan Tuhan yg benar dan patut sembah hanya Tuhan yg satu iaitu Allah swt.
Ayat ini menuju pada orang kafir Quraisy yg telah menyimpang (sebelim itu asa ajaran nabi ibrahim) disebabkan hati mereka masalah. Hati sering nak bantah ingkar dan sudah ditutup. Wlpn kebenaran yg terang dan jelas...hati itu sudah tertutup kerana hati itu biasa menolak dan bantah. Hati sudah kotor sakit dan masalah. Hati ini punca pada menolak kebaikkan dan kebenaran.
Tadabbur utk basuh cuci clorox hati kita..agar senang terima kebenaran dan kebaikkan.
Org yg sombong adalah org yang menolak kebenaran dan meremehkan penyampaim
Allah mengetahui hati2 orang kafir. Isi hati punca masalah mereka. Mereke tolak kebenaran. Allah tidak suka orang yg sombong. Iaitu org yg menolak kebenaran wlpn sejelas nya.
Tadabbur pada ayat2 ini. Setiap ketetapan Allah berla daska ilmu Allah yg tiada batasan.
Sifat Ilmu Allah
1. Azali - dari dulu..awal lagi.
Dulu skrg dan akan datang
2. Mutlak - Ultimate
3 Wasiq - luas seluasnya
Nampak yg zahir dan batin...yg kita nyatakan dan sembunyikan
Tuhan kamu tidak pernah lupa.
Ada ilmu khas hanya utk NYA
Ada ilmi dia limpah pada manusia dan malaikat...namun sgt kecil dam sedikit
Rasul menjelaskan ilmu manusia berbanding ilmu Allah. Jari yg celup dalam lautan..air yg tertitis sikit ada ilmu manusia.
Ketetapan Allah berdasarkan Ilmu Allah yg sempurna. Yakin pada ketetapannya macam mana pun. Serah diri padanya. Ilmu Allah Maha Luas...mesti yakin confident.
Kenapa dgn doctor yakin..tapi ketetapan Allah kita ragui. Jadi terima dgn hati yg lapang redha ...syukur dan yakin ini adlaah solusi utk kehidupan kita.
Allah tuntut
1. Kita gunakan hidayah yg disampaikan
2. Menggunakan nikmat2nya
3. Syukur dgn nikmat...syukur means tambah
Tambah nikmat bahagia tenang
4. Bila kufur..nikmat tak kurang namun akan rasa azab...dlm rumahtangga semua cukup tapi tak tenang...huru hara..tak mesra.
Jadi
Check syukur...cukup ke?. Banyak ke kufur. Betulkan syukur kita.
Allah Maha Mendengar...doa
Allah Maha Melihat dan Menyaksikan
Allah hidup takkan mati2
Seperti dalam ayat Qursyi..Maha Hidup membagi kehidupan kebaikkan..Tak pernah ngantuk penat tidor.
Bila kita kenal Allah..kita berinteraksi dgn Tuhan yang Maha Hidup Maha Melihat Maha Mendengar.
Bila Solat...Allah perhatikan semuanya. Gerak geri dan bacaan kita.Tidak pernah lalai.
Beza ilmu makhluk dan ilmu Allah
Dalam satu masa semua ilmu boleh dijalankan dan digunakan dalam satu masa
Allah memyangkal yang ada hari Allah berehat.
يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ
Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
(Ar Rahmaan 55:29)
Allah suka makhluk yg sentiasa meminta. Tidak pernah rehat melayan permohonan dan doa manusia...diijabah. Selalu dengar rintihan manusia. Bertuhankan dgn zat yang Maha Melihat Mendengar Pengasih Pengampun Membantu...pada satu yang jelas dan nyata. Jangan lepaskan. Dalam kita ada Dia sahaja. Nak buat sesuatu terus ingat Allah. Hanya Allah yanf layaknkita sembah dan agungkan. Hati kita kene cenderung padanya dan tiada bergantung pada yanf lain...hubungan mukmin dgn Tuhannya sentiasa ingat Allah..
Allahlah segala gala untuk diri kita. Kalau sudah selalu ingat Allah..kita berada pada trek/jalan yang betul. Rasa syukur iman tenang tenteram kita diukur oleh hati kita.
Check hati kita tenang ke. Jangan cari faktor luar sebagai alasan tak tenang...kene fahami kehidupan kita sebagai Hamba Allah dan hubungan kita dgn Rabbnya. Adakah kita ada melawan Tuhan kita...muhasbah diri..sekiranya cth anak kita degil...
Banyak bertaubat dan beristighfar..Munajat banyak ..mohon pertolongan
Luaran cerminan pada dalaman.
Hati org yant mudah rapat dan taat pada Allah bukan hati yg cepat membantah..tapi hati yang sedia menerima kebenaran dengan lapan walaupun nafsu tak menyukai. Terima.
Redha dan Sabar itu amalan hati. Bukan duduk releks dan tak berbuat sesuatu.
Kita boleh minta ditukar takdir kita...mengikut Ulamak...kisah Umar Al Khatab dan wabak taun. Sahabar tanya adakah awak lari dari ketentuan? Dia jwabSaya lari dari ketentuan buruk pada ketetapan lebih baik. Kita boleh berusaha mencari yg lebih baik dan hati tetap terima.
Buat perubahan. Bukan menerima pastu pasrah tak buat apa2..duduk. kita ada pilihan nak terus dalam takdir buruk atau berusaha untuk pindah. Redha dan Sabar bukan maksud tidak buat apa. Hijrah jika perlu.
Kalau masalah suami?. Ada jalan keluar. Cerai yg betul apabila kebersamaan itu tidak membawa kita pada keredhaan Allah. Jika kita diduga dalam rumahtangga tapi kita makin dekat..teruskan. Jika makin jauh ada jalan lain. Sama dgn kerjaya..kalau kerjaya melaikan dan menjauhkan kita..kita ada pilihan. Kita boleh pindah dari takdir yg tak sesuai ke takdir yang lebih baik .
Takdir Mubram n Takdir Mualaq*
Takdir boleh ditukar dgn doa. Nabi suruh mintak. Riwayat doa Umar bin Khattab.
Doa Ya Allah sekiranya kau takdirkan aku buruk..pindahkan aku pada takdir yang baik.
Hati yang menerima kebenaran dan menampkkan kebaikkan dan menghargai..hati ini mudah terima rahmah dan kebaikkan dunia dan akhirat.
Selalu mintak doa bersihkan hati seperti nabi ajar***
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
Allahumma aati nafsi taqwaha wa zakkiha Anta khairu man zakkaha Anta Waliyyuha wa Maulaha.
“Ya Allah, anugrahkanlah pada jiwaku ketaqwaannya, dan sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkaulah Pelindung dan Junjungannya.”
Tadabbur mengingatkan kita pada ilmu Allah. Dengan sifat ilmu Allah kita harus dan mesti redha pada tiap ketetapannya.
Ulamak tasawuf..tazkiyatul nafs menyatakan amalan hati ada beberapa level..dinamakan juga maqammat/level/station/peringkat. Ada turutan kedudukan utk lepasi.
Maqammat kedudukan hati dan jiwa untuk sampai ke peringkat yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment