Tadabbur Al Quran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah
Al Nahl. 28 Ramadhan-Menjadi Mukmin Produktif 21.05.2020
Nota Perkongsian Ramadhan Hari 28 (21.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 66-69
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Semoga semua dalam keadaan sejahtera dan semoga Allah membalas
kebaikan semua dan semoga Allah SWT
memberkati dan merahmati kehidupan semua.
Bersyukur kepada hadrat Allah swt di atas pelbagai limpahan rahmat
dan kurniaan atas kita semua. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan
menganugerahkan kepada kita nikmat nikmat yang bermanfaat untuk dunia dan
akhirat kita. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Selawat dan Salam tidak lupa juga
kita sampaikan peruntukkan ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Bacaan surah An Nahl Ayat 66-69
وَإِنَّ لَكُمْ فِى ٱلْأَنْعٰمِ لَعِبْرَةً ۖ نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِى بُطُونِهِۦ مِنۢ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَّبَنًا خَالِصًا سَآئِغًا لِّلشّٰرِبِينَ
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.
(An Nahl 16:66)
وَمِن ثَمَرٰتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلْأَعْنٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minimuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesunggguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:67)
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",
(An Nahl 16:68)
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:69)
Maha Benar Allah terhadap firman firmanNya
Tadabbur ayat ini :
Ayat ini adalah untuk menghayati kehidupan binatang ternak. Binatang ternak itu seperti unta, lembu, kambing dan lain lain yang mungkin tidak disebutkan di dalam al Quran dan secara asasnya setiap binatang terdapat pelajaran pelajaran yang berharga untuk diri kita dalam kehidupan mengharungi pancaroba kehidupan ini dan juga adalah untuk mengenal Allah SWT sebab Allah SWT dikenal melalui dua perkara iaitu
• Dapat kenal Allah melalui nama nama Allah yang indah dan sangat digalakkan membaca dan menghayati Asma ul Husna dan mengenali nama nama yang terkandung di dalamnya.
• Dapat mengenal Allah melalui ayat ayatNya dan ayat ayat Allah itu mempunyai dua iaitu
✓ Ayat Quranic –ayat Al Quran yang kita baca
✓ Ayat yang terbentang di Alam –yang tersirat dan kita perlu memikirkan, mentadabbur, menghayati untuk kita dapat tangkap pelajaran berharga untuk diri kita sebagai individu dan juga adalah untuk diri kita mengenal Allah SWT.
Allah mengajak kita melalui ayat ini untuk mengambil pelajaran dan Allah kata
Disini ada dua penegasan yang Allah datangkan huruf penegasan atau nama huruf tawqid apakah dia iaitu “Inna” kemudian “lam” pada “Laibrath” itu. Sesungguhnya pada binatang ternak itu terdapat “Ibrath” pelajaran berharga pelajaran yang bernilai dan dari sudut tafsir yang kita nampak ia nakirah ia general ertikata akan selalu terbongkar pelajaran demi pelajaran yang boleh kita dapatkan mungkin kawan ketika melihat haiwan tertentu dan dapatkan pelajaran bentuk seperti ini dan kita lihat dan perhatikan pula terdapat yang lain pula maka ia berbagai macam pelajaran yang kita boleh dapat daripada haiwan haiwan ini.
Kita perlu melihat binatang ternak sebagai sumber pelajaran untuk hidup kita. Inspirasi untuk kita mengharungi kehidupan ini dan juga untuk mengenal Allah terutamanya. Haiwan ternak diantara keistimewaan yang boleh diambil pelajaran hidup kita adalah kalau kita membela dan memberi makan maka haiwan ini akan tunduk dan patuh kepada kita.
Oleh itu, Mukmin yang tahu bahawasanya hidupnya ini dianugerahkan oleh Allah pelbagai nikmat pelbagai manfaat dan kebaikan didunia ini datangnya daripada Allah SWT maka dia tirulah sikap haiwan ternak ini berkhidmatlah untuk Allah dan jadikan semuanya yang kita lakukan untuk Allah SWT maka unta ketika sudah diberi makan dan minum dan kita bawanya mengangkat barang maka dia berjalan.
Allah dah bagi nikmat kepada kita ketika Allah suruh kita tunaikan solat kita buat tak? Maka Ulama suka mengaitkan haiwan ini dengan ketaatan sedar dia dapat nikmat makan daripada tuan dia maka dia berkhidmat untuk tuan dia sama juga seperti kerbau, lembu.Apa yang disuruh dilakukan oleh haiwan ini. Sebab dia tahu itu adalah tuannya yang memberi nikmat kepadanya.
Pada ayat ini Allah SWT mengisyaratkan lagi pada pelajaran lain yang secara khusus Allah sebutkan tentang binatang ternak ini. Tentang manfaat daripada binatang ternak iaitu
Iaitu dia mengeluarkan dan memberi minum kepada manusia daripada susu susu. Susu ini dikeluarkan daripada berada di antara darah dan kotoran dan dikeluarkan susu yang bersih,suci, berkhasiat dalamnya mempunyai vitamin dan merupakan minuman terbaik. Susu yang segar daripada perut haiwan ternak tersebut. Rasulullah SAW juga meminum air susu daripada haiwan ternak.
Pelajarannya dan tadabburnya ialah mukmin itu sentiasa memberi manfaat menghasilkan sesuatu yang produktif walaupun dia berada dalam situasi yang orang lain anggap situasi itu tidak mungkin dapat menghasilkan sesuatu.
Maka mukmin yang benar walaubagaimanapun situasinya dia akan menghasilkan sesuatu dan hasilnya itu bermanfaat. Umpama seperti situasi kesusahan, miskin atau sakit. Namun masih lagi produktif walau dimana pun dicampakkan diletakkan dia akan sentiasa memberi manfaat. Jangan berhenti memberi manfaat dan cari sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain. Allah akan angkat darjat kita.
➢ Manfaat yang murni iaitu ikhlas kerana Allah SWT. Lima kategori amal terbaik
❖ Ikhlas
❖ Berdasarkan Ilmu
❖ Istiqamah
❖ Paling banyak manfaat
❖ Paling mencabar
➢ Manfaat yang lain juga ialah muda ditelan. Mudah dipraktiskan dan mudah diamalkan. Kalau diberi nasihat maka nasihat itu mudah difahami mudah dipraktiskan sehingga orang terasa kesannya.
Tadabbur ayat tentang tanda tanda kebesaran Allah pada buah buahan. Khususnya adalah buah kurma dan buah anggur. Kata Allah SWT, buah kurma dan anggur ini boleh memberi dua kesan
▪ Memabukkan
▪ Rezeki yang baik
Setiap yang Allah bagi kepada kita seumpama pedang yang ada dua mata
▪ Boleh membawa kepada yang haram
▪ Boleh membawa kepada yang halal
Maka kurma dan anggur sesuatu yang baik dan halal tetapi walaupun bermanfaat dan halal ia boleh sahaja disalahgunakan dan dijadikan arak serta memabukkan. Memabukkan ini memberi keburukan dan bukanlah sesuatu yang baik maka Allah haramkan arak kerana ia telah menghilangkan akal dan Allah sangat menuntut kita menggunakan akal sepanjang masa dalam setiap masa dan situasi. Dan kita mesti memilih yang membawa manfaat yang baik.
Seperti nikmat yang Allah bagi kepada kita seperti gaji dihujung bulan halal.maka sekiranya kita gunakan gaji untuk ke jalan Allah maka ia menjadi manfaat yang baik kepada kita dan begitulah sebaliknya.
Pelajarannya ialah mukmin yang baik mengambil rezeki yang halal perlu digunakan kepada perkara yang halal juga. Maka Allah SWT mengatakan bahawasanya
Iaitu ada tanda tanda kebesaran Allah bagi orang orang yang berfikir. Sempurnakan akal. Guna dengan betul dan baik. Apabila dapat rezeki hidupkan untuk anak anak memberi nafkah. Suami yang memberi nafkah kepada isteri dan anak anak adalah sedekah dan pahala paling besar. Dan sekiranya lebih, diberikan orang lain yang memerlukan juga.
Allah SWT juga menyuruh kita menghayati dan mentadabbur kepada satu makhluk yang istimewa ini.
Allah mewahyukan dan memberi Ilham kepada lebah. Allah tidak menyebut kepada binatang lain. Walaupun ada juga binatang lain yang Allah beri. Namanya ialah Ilham Fitri iaitu secara fitrahnya memang Allah bagi sehingga haiwan haiwan ini dapat menjalankan kehidupannya. Ini ialah ilham.
Manusia terutama orang beriman merasakan bahwa dia sentiasa mendapat ilham daripada Allah SWT dan manusia memang Allah berwahyu di dalam bentuk al Quran dan kitab yang diturunkan sebelum ini. Dan Allah datangkan fikiran dan idea idea yang bermanfaat kepada mereka. Kesimpulannya, Allah beri hidayah kepada kita. Lebah merupakan makhluk Allah yang betul betul menggunakan petunjuk Allah. Maka mukmin yang produktif ialah mukmin yang menggunakan wahyu Allah sebetulnya dan apa yang Allah dah tunjukkan dan sampaikan.
Dan kepada lebah juga dia dapat memilih tempat yang sesuai, lebah merupakan makhluk Allah yang senang berpindah pindah. Mukmin yang baik ialah mukmin yang pandai memilih tempat dia beralih. Lebah ini pandai memilih tempat yang sesuai walaupun berpindah pindah. Bumi Allah itu luas maka berhijrah kemana pun.
Allah jadikan bumi ini untuk orang yang beriman.Cari tempat yang boleh kita hidup dengan lebih baik. Asalkan produktif ditempat yang dipilih walaupun jauh dari tempat halaman.
Belajar daripada binatang. Allah menyuruh kita belajar daripadanya. Rasulullah walupun Mekah tempat kelahirannya namun Madinah lebih bermakna untuk baginda tempat baginda berhijrah malah Rasulullah wafat di Madinah. Kata Ulama “semakin jauh tempat meninggal dari tempat kita dilahirkan jauh lebih baik”. Sebab di alam barzakh nanti, pintu semakin luas seluas dari tempat lahir dan tempat kita meninggal dan kubur dilapangkan.
Kesimpulannya, tempat tinggal kita yang baik itulah menjadikan kita lebih produktif dan lebih dekat kepada Allah SWT.
Pelajarannya yang seterusnya ialah memilih makanan yang baik untuk diri kita.
Seperti lebah memilih makanan yang baik dan berkhasiat untuk mereka. Orang yang beriman makan makanan yang betul dan baik untuk diri mereka dan tempat mereka juga tempat yang bersesuaian kepada mereka. Ditempat kerja memberi manfaat dan juga di rumah mereka memberi hasil yang bermanfaat. Mukmin yang baik mukmin yang menjaga makanan mereka. Umpama orang beriman seperti binatang lebah yang pembersih dan jaga makanan dan tempat tinggal.
Dan diantara kesan apabila kita dekat dengan wahyu Allah iaitu al Quran kita akan terpandu untuk memilih tempat tinggal. Memilih kerjaya yang kita lakukan yang mana ia akan menentukan apa yang akan kita suap dalam mulut kita dan anak anak kita.
Apabila kita ikut hidayah Allah kita akan tempuh jalan yang mudah nanti. Apabila sesuatu itu memang rezeki permulaan memang susah dan perjalanan seterusnya dipermudahkan oleh Allah dan ketahuilah yang mana yang mudah itulah yang Allah inginkan. Allah tunjukkan jalan yang mudah untuk lebah maka kepada kita pilih jalan yang mudah untuk kita dan jangan pilih jalan yang susah.
Dan jangan pula memudah mudahkan. Tiada yang sepenuhnya mudah dalam kehidupan kita. Mesti pada awalnya akan susah tetapi ketahuilah sekiranya jalan yang betul akan dimudahkan. Iaitu dijumpakan dengan orang yang menolong kita. Seperti itulah jalan orang yang beriman.

No comments:
Post a Comment