Nota Perkongsian Hari 2 Syawal (25.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: Keistimewaan lebah dan kaitannya dengan seorang mukmin
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas pelbagai limpah rahmat dan karunia pada kita semua dan Alhamdulilah pada bulan Syawal yang menyenangkan ini dan menggembirakan ini mudah mudahan kita semua dalam keadaan sebaik baik keadaan, baik dari segi fizikalnya dan juga baik dari segi mental dan spritualnya. Mudah mudahan puasa yang sudah dilakukan dan ibadah Ramadhan yang dilakukan pada bulan lepas Allah SWT ampunkan dosa dosa kita dan dilimpahkan rahmat kepada kita.
Ketahuilah hati yang lapang pada bulan syawal ini menunjukkan dosa dosa kita diampunkan oleh Allah SWT dan dimudahkan kita untuk kembali melakukan ketaatan. Itu merupakan satu nikmat Allah yang besar juga dan perlu kita syukuri dan kita hargai dan kita jaga. Maka sentiasalah berada dalam kebaikan dalam hati kita macammana kita nak selalu menambah amal soleh kita peluang peluang kebaikan yang ada di sekeliling kita, kita boleh beramal dengannya. Kalau kita tak boleh beramal kita minta “Ya Allah, walaupun aku tak boleh melakukannya. Ya Allah, Engkau bagilah pahala dengan niat baik aku ingin sebenarnya untuk melakukannya.” Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Setiap amalan itu bergantung pada niatnya maka seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan.Oleh itu penuhkan hati kita dengan niat yang baik baik. In Shaa Allah, Allah SWT akan limpah ruahkan kepada kita kebaikan dunia dan akhirat. Tak lupa juga sampaikan selawat dan salam kita kepada Nabi Rasulullah SAW mudah mudahan kita dapat sentiasa melaksanakan sunnahnya mengamalkan ajaranNya dan juga menyampaikanNya kepada orang orang yang sudi mendengarkan yang baik daripada Rasulullah SAW.
Bacaan:
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:69)
(An Nahl 16:69)
21. Antara keistimewaan lebah ialah lebah hanya makan daripada hasil kerja keras dia sendiri. Dia tak akan makan daripada hasil kerja orang lain. Apa yang dia buat dan usahakan adalah dari sana dia makan. Lebah antara haiwan dan makhluk Allah yang tidak pernah mengambil hak orang lain, makanan orang lain, bahagian orang lain. Lebah hanya akan mengambil daripada usaha dia sahaja.
Seorang mukmin seperti itu juga, dia makan daripada hasil kerja dia sendiri dari usaha dia sendiri dan dia tak akan mengambil hak orang lain. Tidak akan mengambil harta orang lain bahkan tak teringin pun kepada apa yang ada ditangan orang lain apa yang dimiliki orang lain. Maka Rasulullah SAW pernah bersabda
“Zuhudlah kamu dengan apa yang ditangan manusia jadilah kamu zuhud erti dia tidak menginginkan apa yang ada ditangan orang lain kamu akan menjadi orang yang paling kaya nanti orang yang paling dihormati nanti.”
Jadi apa yang ditangan orang lain tak payah nak fikir dah. Orang mukmin dia yakin dia ada bahagian sendiri. Takdir kita sudah ada bahagian kita sudah ada.Seolah itu kita sedia menerima apa yang Allah bagi dan kita menyakini bahawasanya setiap yang Allah bagi itu adalah yang terbaik bagi kita. Jadi, zuhudlah kamu dengan apa yang ada ditangan orang maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Dengan demikian, orang tidak akan menginginkan banyak perkara. Orang akan merasa miskin bila nak. Apabila nampak orang tukar baju baru, nak seperti orang lain tukar baju baru tukar kasut baru. Jadi menginginkan apa yang dinginkan orang menyebabkan kita penat. Penat nak kejar dia. Jadi apabila kita merasa bahawa apa yang ada pada diri kita itu adalah terbaik, ini yang dinamakan “qanaah”.
Lebah adalah makhluk Allah yang memang hanya akan bekerja daripada hasil jerih payahnya sendiri. Oleh usahanya sendiri dan ketika itu juga orang beriman adalah dia bekerja dan dia akan mengambil daripada hasil kerjanya tersebut dan tidak akan ambil daripada orang lain dan dia tak akan meminta minta sehingga Allah dalam surah Al Baqarah ayat 273**ada menyebutkan tentang ada orang orang yang beriman,
kadang kadang kerana dia susah dan dia tak ceritakan maka orang yang susah ini dalam Islam ada dua kategori
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.
(Al Baqarah 2:273)
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya
Kategori pertama ialah orang sail. Orang fakir yang meminta minta yang dia tunjukkan dia tak ada apa apa dan meminta minta wang sedekah dan sebagainya. Kategori kedua iaitu mahrum. Orang fakir miskin namun dia tidak meminta minta, Ini yang disebutkan oleh Allah dalam ayat ini yang mana ada sedekah dan infaq yang nak diberi diantaranya jangan lupa yang mahrum ini yang tidak meminta minta. Kata Allah swt “ dan apa yang kamu infaqkan ini adalah untuk orang fakir yang terhalang usahanya kerana jihad di jalan Allah kerana dia melaksanakan kerja kerja dijalan Allah kadang kadang dia tak dapat rezeki. Tak dapat bekerja sepertimana biasanya.”Kata Allah juga “bagi orang yang terhalang daripada usaha kerana jihad di jalan Allah kerana usaha usahanya di jalan Allah sehingga dia tak dapat berusaha di bumi”. Maksudnya tak ada kerjaya khasnya itu. Tak berniaga tiada business kerana sibuknya berdakwah sibuknya bekerja di jalan Allah SWT. Dan orang lain tidak mengetahui kesusahan yang dihadapinya.Kerana mereka menjaga diri dari meminta minta dan dia banyak mengadu kepada Allah SWT dan dia begitu tenang.
22. yang seterusnya ialah lebah sekiranya tiada makanan untuk dimakan maka dia akan berpuasa dan hanya duduk di sarangnya sahaja. Jika tiada makanan akan tahan lapar.Dan berpuasa dan tidak akan kacau orang lain punya. Dan ia merupakan kemuliaan lebah.
Ia merupakan sifat lebah. Demikian juga dengan seorang mukmin,betapapun dia memerlukan bahan makan dia tidak akan ke rumah orang lain untuk meminta minta dan dia tidak akan berani mengambil hak orang lain secara paksa atau melalui kekerasan betapapun susahnya ia mendapatkan bahan makanan tersebut. Jika ada orang memberi sukarela makan dia akan terima. Sifat orang mukmin. Dia hanya makan apa yang ada sahaja dan tidak akan mengambil orang lain punya. Hanya bertahan dengan apa yang ada dan dia akan bekerja dan kemudian memohon meminta kepada Allah SWT agar dilapangkan rezekinya.
Rasulullah SAW mengumpamakan seorang mukmin itu seperti burung juga dalam bertawakal seperti burung . Bangunnya manusia burung sudah pun bangun pada waktu pagi. Habisnya pagi burung berkicau dan maksudnya untuk solat dan dia bertasbih kemudian terbang mencari makanan merata rata.Seperti itu juga orang beriman, dia akan keluar dan akan berusaha untuk buat sesuatu. Mukmin seperti lebah yang mana ketika tak ada dia tahan diri dan dia akan cuba berpuasa.
23. Pelajarannya seterusnya ialah lebah ini tidak bekerja dan tidak berbuat ikut suka hati sendiri. Lebah apabila dia bekerja maka dia akan mengambil pandangan dan pendapat daripada orang orang yang bertanggungjawab iaitu antaranya ratu dia. Lebah apabila bekerja mengikut arahan dan mengikut kepada SOP yang telah ditetapkan oleh ratu lebah. Pada lebah ratu yang berkuasa dan memimpinnya. Orang beriman apabila dia bekerja dan berbuat juga berdasarkan SOP Allah SWT yang telah ditetapkan maka dia seorang yang patuh. Apa yang Allah SWT tetapkan apa yang Rasulullah SAW tentukan bahkan nanti sekiranya Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak tetapkan tapi dia tetapkan para pemimpinnya. Dan para pemimpin pemimpinnya yang taat yang menginginkan kebaikan kepada umatnya pada masyarakatnya maka dia taat laksanakan. Ketahuilah apabila kita melaksanakan ketentuan ketetapan pemimpin yang tidak zalim yang tidak bercanggah dengan syarak dan tidak mengajak pada maksiat maka kita laksanakan. Itu termasuk ibadah. Semakin orang itu memahaminya Sunnah dan cuba untuk mempraktikkannya maka orang itu semakin tinggi nilainya disisi Allah SWT dan dianggap sebagai mukmin yang lebih baik disisi Allah.
24. Terus bekerja apabila pulang ke rumah dengan cara sembunyi -Diantara yang dilakukan lebah apabila dah masuk sarang dan dia mahu buat kerja kerja yang ada di dalam sarangnya. Seperti menyelesaikan ruangannya dan untuk mengeluarkan madu iaitu dia akan pastikan tutup semua pintu pintu yang terbuka dan lepas itu barulah melakukan perkara produktifnya iaitu mengeluarkan madu. Sama juga dengan seorang mukmin. Apabila dia pulang kerumahnya dan dia tutup pintu pintu yang boleh mendatangkan fitnah kepada rumahnya. Dia akan jaga agar amalannya yang ada dirumahnya tidak keluar. Cukuplah dia sahaja dan di dalam rumahnya tentang apa yang dia buat. Sembunyikan amalan soleh yang dilakukan di rumah.
Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang menyambung puasa Ramadhannya dengan puasa 6 pada bulan Syawal maka seolah olah dia puasa satu tahun penuh”. Satu bonus Allah SWT beri kepada kita. Alangkah sayangnya bila kita mensia siakan peluang yang Allah SWT berikan ini. Bagi orang mukmin setiap peluang yang Allah bagi ini dia akan tangkap dan guna sebaik baiknya. Oleh itu, sama sama berlumba lumba menyempurnakan puasa pada syawal ini.
Mengenai puasa qadha’ dan puasa 6, Ulama ada yang berpendapat bahawasanya ia boleh digabungkan maka diniatkan pada Syawal ini untuk mengqadha’ puasa dan Inshaa Allah akan dapat sekali iaitu pahala puasa pada bulan Syawal. Menurut sebahagian Ulama. Oleh itu, niat sahaja untuk “qadha’ puasa saya yang tertinggal sebelum ini”. Ganti dulu kerana laksanakan pada bulan syawal Inshaa Allah fadhilat daripada bulan syawal itu pun dapat. Sebahagian Ulama seperti itu juga, sekiranya ada nak ganti puasa di luar bulan syawal seperti sengaja menggantikannya pada hari Isnin dan Khamis, dan sekiranya qadha’ puasa pada hari Isnin dan Khamis maka selain dapat menyelesaikan qadha’ puasa malah mendapat fadhilat daripada puasa sunat Isnin dan Khamis itu. Oleh itu, qadha’ lah pada bulan syawal Inshaa Allah pada masa yang sama Allah bagi sesungguhnya Allah Maha Tahu isi hati kita bahwanya Allah tahu kita ingin juga melaksanakan sunat tetapi kerana kita ada tanggungjawab ada hutang maka kita selesaikan dahulu. Allah Maha mengetahui isi hati kita dan Allah akan membalas pada kita ikut pada niat kita. Allah itu Maha Adil.
No comments:
Post a Comment