Nota Perkongsian Ramadhan Hari 26(19.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 65-67
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar. Selawat pada Nabi SAW dan Doa.
Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.
Bacaan:
Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).
(An Nahl 16:65)
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.
(An Nahl 16:66)
وَمِن ثَمَرٰتِ ٱلنَّخِيلِ وَٱلْأَعْنٰبِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan dari buah korma dan anggur, kamu buat minimuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesunggguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:67)
Tafsir:
Nikmat Allah Air yang turun dari langit - sumber kehidupan dan dari airlah Allah jadikan segala yang hidup. Sumber utamakehidupan manusia, Ulamak tafsir mengumpamakan ayat ini perumpamaan wahyu - Al Quran - penyelesai khilaf dan perbezaan antara manusia, petunjuk dan rahmat bagi orang beriman , air yang hidupkan hati orang orang mati, bila dibacakan Al Quran dan mereka mendengarnya, hati itu boleh menerima kebaikkan2 selepas itu
Dahsyatnya nilai Al Quran, Syaratnya - mahu mendengar (walaupun mungkin belum boleh baca) pasti ada kesan, hati boleh berubah.
Hati yang mati boleh hidup kembali . Hati itu boleh berubah dengan mendengarkan ayat Al Quran - akan menghidupkan hati yang mati, lebih lagi hati yang hanya sakit boleh sembuh, apa lagi yang sihat akan jadi sangat subur.
Jadi Al Quran sebagai sumber rahmat kebaikkan bagi kita. Siapa yang tinggalkan Al Quran - akan hidup susah dan sempit.
Hati kene sayang dan rasa melekat dengan Al Quran dan merasa rahmat yang tak terhingga dengan Al Quran. Niatkan Al Quran jadi pendamping hingga mati, di kubur dan di titian sirat.
Jangan jauh dengan Al Quran walau sekejap atau kurang dari itu.
Tagline - Bersama Al Quran sampai ke akhir hayat. Jangan jauh dari Al Quran. Inilah kehidupan kita. POWERFUL. Tanpa Quran umpama mcm zombie- hati yang mati.
1- 16 - nikmat hissi (boleh lihat)
Nikmat maknawi - Nikmat hidayah (ayat 17-ayat 65) - betapa beza nikmat hidayah, digunakan akan jadi manusia luar biasa, jadi orang beriman dan bertaqwa, ambil segala pelajaran setiap apa berlaku , mengambil kesempatan untuk meningkatkan quality diri dan upgrade diri di sisi Allah atas apa sahaja yang belaku, menerima takdir dan ketentuan dengan redha, Sangat BERBEZAdgn orang yang tak ambil hidayah dan merasakan situasi buruk dan tidak menerima takdir..spt orang kafir quraisya ketika dapat anak perempuan
Allah menegaskan pentingya kita ambil iktibar dengan nikmat hissi (nyata) binatang ternak yang ada pelajaran berharga untuk mu, Allah suruh kembali hayati binantang ternak di sekeliling kita - apa yang kita dapat (hidayah dan pelajaran yang boleh dapati bila digali dan dikaji.
Hikmah binatang ternak - boleh jadi bahan minimum, iaitu Susu yang suci dan bersih. Susu keluar dari 2 benda yang kotor DARAH & KOTORAN. )- dapat suci yang suci walaupun keluar dari 2 elemen yg tak baik tapi keluar yang MURNI dan mudah diminum.
Selain tu Allah ajak kembali memahami nikmat hissi tumbuhan disekeliling kita yang banyak ada pada tanah Arab. Pokok Anggur, kurma dll. Dari ini kamu boleh menjadikan buahan ini sebagai minuman yang memabukkan atau jadi rezeki, atau jual dapat rezeki.
Tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir dan akan mendapat pelajaran yang membawa kepada ketauhidan pada ALLAH. Pencipta segala sesuatu. Pelajaran yang sampai pada ketauhidan pada Allah SWT. Bukan setakat Ilmu, tapi Ilmu yang membawa kepada mengenal Allah yang sebenarnya. Pencipta Langit dan Bumi.
Tadabbur :
Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih.
(An Nahl 16:63)
Sambungan
Syaitan wujud dan tak nampak. Kebanyakkan masalah manusia adalah dari godaan
Ketahui peranan besar Syaitan dalam mengelabui mata hati kita ini. Usaha utama Syaitakn Bagaimana nak jauhkan dari perangkap2 syaitan , Ulamak suruh tutup pintu masuk syaitan.
Covid 19 mengingatkan kita pada MUSUH utama kita iaitu syaitan. Covid attack badan sahaja, hati dan jiwa tak.. Syaitan attack hati dan badan juga (physical). Kita kene perangi syaitan setiap saat. Syaitan wujud dan kesannya dahsyat. Dahlil? Kisah Nabi Ayob.
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhan-nya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".
(Shaad 38:41)
Syaitan utama sekali ganggu HATI ,tapi bila tak dapat ganggu hati/dalaman/ batin nabi Ayob (yang tak terpengaruh), Iblis mintak boleh tak ganggu physical Nabi Ayob (wabak - mengikut Ulamak tafsir) Datang penyakit yang buat binatang ternakan mati, anak mati (12), harta hilang - Dia masih tenang dan cool, hati tak berubah - hati yang taat, syukur, redha dan sabar pada Allah . Iblis tak puas hati, nak kene sakit paling teruk untuk Ayob - sakit yang sgt dahsyat dan teruk.
Kene belajar tutup pintu syaitan. Bila BERPERANG dengan syaitan jangan bukak pintu yang sedia ada pada kita. Ulamak kata ada 10 Pintu Syaitan .
10 Pintu Syaitan (semua kita ada) - untuk menutup hati kita menerima kebenaran
1. MARAH -
Rasulullah cakap jangan marah, jangan marah, jangan marah
petua selamat di dunia dan akhirat bila ada sahabat yang tanya
Kene sedar cepat bila rasa marah, walaupun dah marah kena cepat tarik break - Sebut Aauuzubillahhi minassyaitanniraajiim (ulang) - kerana Syaitan sedang dekat dan bila kita minta perlindungan dari syaitan , ambik wudhu utk padam api kemarahan.
Ingat ini ujian Allah. Marah yang bukan sebabkan Allah.
Marah boleh pada hal Agama tapi itu juga dikawal
Kene sedar cepat bila rasa marah, walaupun dah marah kena cepat tarik break - Sebut Aauuzubillahhi minassyaitanniraajiim (ulang) - kerana Syaitan sedang dekat dan bila kita minta perlindungan dari syaitan , ambik wudhu utk padam api kemarahan.
Ingat ini ujian Allah. Marah yang bukan sebabkan Allah.
Marah boleh pada hal Agama tapi itu juga dikawal
2. NAFSU SYAHWAT- Yang diperturutkan
Nafsu bukan hina, ianya perlu - Ada positive ada negative (syahwat - keinginan yang melanggar had dan ketetapan - ini bahaya kerana dia langgar apa itu ketetapan dan ketentuan). Kene paham batasan nafsu. Kene STOP, kalau biarkan maknaya kita dah buka pintu untuk syaitan masuk
3. HASAD (DENGKI)-4 Level (tak semua tercela)
sifat semulajadi manusia .
Ketahui peranan besar Syaitan dalam mengelabui mata hati kita ini. Usaha utama Syaitakn Bagaimana nak jauhkan dari perangkap2 syaitan , Ulamak suruh tutup pintu masuk syaitan. Kene belajar tutup pintu syaitan. Ulamak kata ada 10 Pintu Syaitan .
1. Dengki pada segala nikmat (dunia dan akhirat) orang lain milikki dan harap nikmat orang itu hilang darinya dan dapat padanya (pindah)
2. Dengki pada nikmat duniawai orang lain milikki dan harap nikmat itu ada pada dia ingin/harapkan ianya hilang darinya - inipun tercela
3. Cemburu dengan nikmat akhirat orang lain, ingin untuk diri tapi nak pulak nikmat hilang dari orang tu.
4. Cemburu dengan nikmat akhirat orang lain, (Alim, pandai Quran, Dermawan) , inginkan untuk diri kita tanpa menginginkan nikmat itu hilang dari orang tu. *Ghibtah*
1. Dengki pada segala nikmat (dunia dan akhirat) orang lain milikki dan harap nikmat orang itu hilang darinya dan dapat padanya (pindah)
2. Dengki pada nikmat duniawai orang lain milikki dan harap nikmat itu ada pada dia ingin/harapkan ianya hilang darinya - inipun tercela
3. Cemburu dengan nikmat akhirat orang lain, ingin untuk diri tapi nak pulak nikmat hilang dari orang tu.
4. Cemburu dengan nikmat akhirat orang lain, (Alim, pandai Quran, Dermawan) , inginkan untuk diri kita tanpa menginginkan nikmat itu hilang dari orang tu. *Ghibtah*
4. TAMAK
Sering tak rasa puas padahal cukuo yang ada, tak kisah halal dan haram, tak kisah mudharat pada orang lain, nak lagi dan lagi, nak lumba kumpul untuk banyak, melalaikan dan melupakan batasan. Syaitan sangat suka, Hati2 jangan sampai tamak.
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,(At Takaatsur 102:1)
حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ
sampai kamu masuk ke dalam kubur.(At Takaatsur 102:2)
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),(At Takaatsur 102:3)
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.(At Takaatsur 102:4)
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,(At Takaatsur 102:5)
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ
niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,(At Takaatsur 102:6)
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ
dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin.
(At Takaatsur 102:7)
ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ
kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).(At Takaatsur 102:8)
Kisah jutawan itali kaya raya, kene covid dan susah bernafas --dia kata harta dia tak boleh tolong dia menikmati nafas, dia mati lepas itu. Bukan tak boleh cari harta. Jangan sampai tamak
Keinginan dan kemahuan positif(Tumuh) untuk meningkat kualiti diri untuk memberi manfaat pada diri dan orang lain. iMskin nak kaya, dari bodoh ke pandai. Inginkan benda hebat (kaya, harta, kepandaian dengan niat yang ikhlas untuk memberi manfaat. Ini dibenarkan. Jangan takut ada keingginan. Boleh inginkan benda hebat kekayaan, pangkat, ilmu dan niat ikhlas untuk beri manfaat. con
Umar Bin Abdul Aziz (Khalifah Bani Ummaiyah yang Mahsyur - bukan silsilah/susur galor keturunan boleh jadi khalifah) - Dia mintak pada Allah untuk jadikan dia Gabenor Madinah (pada masa tu ida orang biasa . boleh aku damping dengan Nabi dan Sabahabt dan buat kebaikkan dan memberi manfaat, boleh sampai ilmu dengan hebat, mudahkan umat islam beribadah pada mu, Allah makbulkan.
Lepas tu dia berhenti ke?. Tidak Dia doa terus kat Allah, jadikah dia pemimpin umat Islam (khalifah), dia kemudian jadi Khalifah.. kebetulan kKhalifah yang baru meninggal, wasiatkan Umar jadi khalifah sebelum bagi orang lain (anak dia masih kecil)
Note: cicit pada Saidina Umar (tapi tak layak jadi khalifah)
Ada tamak ada tumuh. Syaitan suka tamak. Malaikat suka tumuh dan akan bantu dan tolong
Jangan berpikiran kecil, berpikiran besar dan bercita cita besar. Mukmin yang produktif banyak tumuh. Mintaklah macam2 yang positif yang bantu kita dekat dengan Allah. Dalam hal kebaikkan. Bersangka baik dengan Allah. Allah seperti sangkaan hambanya. Mintaklah macam2.Mintak pada Allah apa yang kita hajati dan minta, tidak menjauhkan hati kita dari Allah.
Tamak - syaitan masuk
Tumuh - pertolongan Allah akan datang
Mukmin produktif banyak keinginan dia, pada hal yang baik untuk akhiratnya. Jangan takde keinginan langsung. Jangan silap. tolonga Bezakan, jangan campur. Ramai yangsalah faham dan salah menilai orang .
KENYANG - Syaitan akan melemahkan
Makan itu untuk membuat dia bertenaga bagi melaksaakan tugas dan tanggungjawab
Bagusnya makan sikit. Berhenti sebelum kenyang
6. TERBURU-BURU /TERGESA-GESA - manusia diciptakan ada sifat ini
Kene kawal diri. Kita perlukan tenang. Sikap ini mempengaruhi ibadah kita, terkejar kejar dan tak rasa manis, Perlu mengawal diri. Percaya pada takdir sesuatu
Akan jadi kita lupa ini, tertinggal ini
7. BAKHIL - KEDEKUT
malas beri sesuatu manfaat pada orang lain
dalam banyak hal - wang, masa, ilmu, idea
Kawal bakhil kita kerana ian hanya bawa keburukkan dunia dan akhirat
8. TAKUT MISKIN
Risau sangat . Ingat Rezeki yang kita perlukan dah dijamin.
YAng lebih kena niat fisabillilah, jadi asbab untuk dapat redha Allah
Rasulullah ingatkan dalam hadis, sedekah terbaik pada
1. Masa Sihat
2. Masa itu kamu rasa kedekut dan bakhil (rasa berat), mcm poket ada 10 jahitan,macam nak nangis
3. Sangat takutkan miskin..mungkin itu je ada untuk diri dan keluarga
4. Sebelum meninggal -
wasiat mak ayah, banyak anak tak laksana. so buatlah masa hidup.
Selagi kuat dan boleh buat - lakukan kebaikkan , bercita cita tinggi -
9.TAKSUB - fanatik
Menyebabkan syaitan masuk untuk dia bertindak secara menyimpang. Kisah Nabi Noh, orang soleh diagungkan dan dibuat patut memorial - kemudian jadi sembahan
AMbil yang baik dari manusia, tinggal yang buruk
10. BERSANGKA BURUK - SANGKAAN - BERSANGKA SANGKA - ZAAN
Untuk selamat dari tipu daya syaitan kawal litasan dan fikiran kita. Sangka Baik pada semua orang. Sangka Buruk akan buat kita STUCK. Tutup pintu ini.
litasan syaitah- ajak pada yang buruk - doa untuk hapuskan dan minta keampunan
litasan malaikat - ajak pada yang baik - doa terus untuk mudahkan
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Al Hujuraat 49:12)
Conclusion:
Kita mesti ada semua di atas. Cuma Banyak ke tidak?. Baikkilah yang teruk. SETIAP HARI, kawal pintu pintu ini. Check selalu, jangan lupa!!
No comments:
Post a Comment