Thursday, 14 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 22 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 15.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 22(15.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 51-55
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW  dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

۞ وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓاْ إِلٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَإِيّٰىَ فَٱرْهَبُونِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".

(An Nahl 16:51)

وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا ۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ
Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk-Nya-lah ketaatan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertakwa kepada selain Allah?

(An Nahl 16:52)

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ
Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.

(An Nahl 16:53)

ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain),

(An Nahl 16:54)

لِيَكْفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيْنٰهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُواْ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).

(An Nahl 16:55)

Tafsir:-

Selepas Allah menjelaskan tentang makhluknya yang taat pada ayat sebelumnya. Allah menjelaskan kepada semua supaya jangan sembah selain Allah.
Pada zaman Nabi SAW ada agama yang menyembah banyak Tuhan, golongan majusi - yakin ada tuhan kebaikkan/ cahaya (aru mazda) dan tuhan keburukkan/kegelapan (hariman). Allah mengingatkan bahawa hanya ada ! Tahun - segala kebaikkan dan keburukkan dari Allah. 
sebab datangnya baik buruk berbeza. Jangan bezakan . Kafir Quraisy juga begitu. Alam Nusantra ada keyakinan Animisme (roh baik dan roh buruk), roh baik sembah cara ini roh buruk ada cara sembah lain. 

Kenapa manusia sembah selain Allah , kerana ada perasaan takut, takut yang tak betul disalurkan pada bomoh, pokok dll, sebab syirk

2 jenis takut
Positif- Rasa takut mengecewakan Allah, Takut kita buat Allah murka, Berusaha untuk mencari keredhaan Allah. Redha Allah lebih besar
Negatif- 
Takut Tabii - Takut semulajadi - takut pada perkara yang memang boleh bawa pada mudarat. Nabi Musa takut Firaun dan Ular
Takut Ghairal Tabii - Takut pada sesuatu yang mana tiada mudaratnya melaikan Allah izinkan. Perkara pada asasnya tiada mudarat. Takut gelap, naik kereta, naik plane
Ini diluar kebiasaan dan ada gangguan pada orang tersebut. Selalunya ada gangguan syaitan.

Ramai orang salah menyalurkan rasa takut ini. Semua rasa takut kene pulang pada Allah. Hanya DIA boleh datangkan mudarat dan dan datangkan kebaikkan
Besarkan TAKUT pada Allah, takut yang lain akan mengecil. Nampak aneh sedikit terus dan gerun. Ini negative. Lagilah kalau takut menyebab

Takut hanyalah pada Allah. Bukan dengan yang lain. Kenapa? Segala yang ada di langit dan bumi adalah miliknya. Semuanya dia punya dan dia berkuasa atas segalanya. Tiada yang terjadi tanpa Izinnya 

Orang beriman keberaniannya lain macam. Sekarang Covid 19 ada mudarat
Hati kita yakin covid 19 milik dan makhluk Allah, kita bergantung pada Allah agar menghindarkan kita dari penyakit ini. Doalah dengan doa yang diajar Nabi.
Segala hanya berlaku dengan izin Allah. 

Biasanya orang ketakutan dan salah menyalurkan perasaan itu, buat sesuatu pada apa yang dia takut. Kadang buat perkara bersifat ibadah...cth bagi sajian pada pokok yang ditakuti.

Ibadah,rasa takut  dan ketaatan hanya /wajib/mesti untuk Allah selamanya dan semata mata BUKAN untuk selainnya . Mengapa takut pada selain Allah


Beza takut
Farhabun* - Takut yang umum , gerun pada sesuatu.
Fattaqun - Takut yang diringi oleh tindakan/amalan - sajian/ritual untuk sesuatu

JANGAN, hanya pada Allah objek taqwa manusia

Surah Al  Mudatsir, 56*

Mintak hanya pada Allah untuk pengampunan dosa dosa kita. Hanya Allah sahaja berhak dan layak untuk mengampunkan dosa2.

Apa jua ykebaikkan yang kamu dapat , ianya dari Allah. Ketika kamu ditimpa keburukkan, jangan cari Tuhan lain, tetap meminta pertolongan dan  perlindungan dengan Allah. Keburukan ditimpada Allah untuk mu sebagai ujian.

Ada juga manusia, pada time susah/gerun, dia mohon pada Allah. Namun bila dah selamat dari situasi susah itu, dia kembali syirikkan Allah. Ada orang mensyirikkan Allah masa susah (minta pada selain Allah) dan ada yang meminta pada Allah masa susah dan masa senang mereka syirikkan Allah. Lepas diangkat Allah kesusahan, mereka melakukan syirik.
Allah kata, biarlah mereka KUFUR pada segala nikmat dan bersenang senanglah , nanti kamu akan tahu akibat perbuatan kamu 

Tadabbur:-
Semalam ada bincang pada ayat 48-50, bagaimana orang beriman dengan mengambilkan iktibar Alam dan Makhluk lain di muka bumi dan Juga Malaikat. Malaikat adalah makhluk yang patuh, dicipta akan taat dan takkan pernah derhaka

Ada 2 ketataan
1. Paksaan -  Ketaatan ala- Iradiyah dicipta oleh Allah seperti itu - tiada pilihan
2. Ada Pilihan -  Ketaatan Iradiyah  - dimana kita diberi pilihan untuk lakukan ketaatan atau tidak. Inilah beza manusia dengan mahkluk lain
Kerana ada pilihan akan ada ganjaran /
Ketaatan ini menjadi keistimewaan makhluk

Keadaan2 dan Kedudukan hati yang perlu kita capai untuk DEKAT dengan Allah
Sabar, Tawakkal, Redha, Tawadduk, Khauf(Takut), -- Ikhlas (semurninya)

Setiap peringkat hati kita, kalau betul akan makin mengenalkan kita pada Allah dan kedudukan Allah dimata kita. Kedudukan Apa ? Kedudukan yang bahawa HANYA dialah segalanya. Makin mantap Tauhid kita pada Allah dan makin kita bezakan hak Allah dan hak Makhluk - kalau tak betul, tak tahu beza apa yang datang dari Allah atau dari manusia/makhluk
Takkan buat RIYAK. Bila betul, semakin Jelas , takkan syirik - syirik akbar dan syirik (Riyak)

Bila Ikhlas sebenarnya- takkan syirik pada Allah
Orang yang ikhlas ini nanti akan rasa bahawa takutnya adalah kepada Allah
samada permulaa takut bersifat risau/gundah gulana - tak risau sangat pada dunia, dia risaukan syirik - apa yang dibuat /niatnya agar tidak bercampur

Ikhlas - 3 peringkat
Pra Beramal - perbaikki niat untuk betul2 cari redha Allah untuk Allah suka..sebab nak membalas kebaikkan Allah

Semasa Beramal - Biasanya masa amal, akan datang was-was/ujian/cabaran - sebabkan kita nak give up dan patah semangat. Kalau ikhas kita betul, kita akan Istiqamah - tidak berhenti atau terpengaruh dengan pujian dan kejian orang. Istiqamah sampai jadi. Akan fokus sampai capai apa yang kita muhukan. Orang ikhlas akan jaga niat dan hatinya dari pujian dan pertikaian

Pasca Beramal - Jaga niat berterusan . Hanya kepada Allah. Buang ujub, su'mah.
Perasaan2 (marah, sedih,dll) sedang dan selepas amal adalah BIASA, 

Nabi kata Allah akan memaafkan perasaan2 ini - fikiran yang muncul ini biasa
1. selagi dia tak ungkapkan (diungkit). Kalau simpan dan doa pada Allah, minta perlindungan Allah. kadang Allah  datangkan  perasaan itu untuk kita berhubung dengannya untuk mintak tolong

2. Selagi tak buat perbuatan atas perasaan itu. Kalau buat, boleh merosakkan amal

Ikhlas ada 2
Ikhlas Kasbi - Mukhlisin (Orang) - Perlu usaha dan mujahadah mengahdapai cabaran dan menjaga hati dari ujub sum'ah . Bila kita sungguh2 nak cari redha Allah, nanti Allah akan anugerahkan pada kita Ikhlas.

Ikhlas Wahbi- Mukhlasun -  Orang yang telah dianugerahkan Ikhlas dari Allah. Mudah baginya iklhas dan dia istiqamah. Ikhlas ini diberi pada Nabi dan Rasul ..Wali. Allah jadikan mudah dan dipilih untuk ikhlas. Mudah dan ringan pada dia. Senang bagi dia untuk ikhlas. Tak terkesan. Amalan consistent dan istiqamah.

Kita? Masih berperang /fight ke kita dalam keikhlasan kita? YA - Kita dalam tahap Ikhlas Kasbi - kita usahakan memurnikan niat kita hanya kerana Allah.

Allah akan keep upgrade keikhlasan kita dengan ujian lagi. Itulah Ujian keiklasan - kalau faham ,jangan DOWN dan putus asa - Bila putus asa kita rugi .Orang yang skip dengan apa dia perlu buat...rugi. Mulanya niat dia betul. 

Diuji keikhlasan kita dengan perkara2 yang berlaku masa kita buat sesuatu amalan.
Allah uji kualiti keikhlasan kita, kalau dapat jaga sampai keahkirnya amalan itu - ganjaran besar

6 Kategori Amalan (Tengok video ustaz - review buku - bicara santai - Dabibunamal - bincang riyak dan ikhlas.)
1. Ikhlas (tiada campuran riyak langsung) - awal ke akhirnya
2. Riyak (dari awal ke akhir) - amalan bukan tujuan 
3. 

وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا
tanda orang ikhlas - Semua dan Setiap ketaatan dan perbuatan hanya kerana Allah

Esok - Tadabbur 52 dan selanjutnya insya Allah
















No comments:

Post a Comment