Tadabbur Surah An Nahl Ayat 27-29
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Selawat pada Nabi SAW dan Doa.
Bacaan:
ثُمَّ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ يُخْزِيهِمْ وَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَآءِىَ ٱلَّذِينَ كُنتُمْ تُشٓقُّونَ فِيهِمْ ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ إِنَّ ٱلْخِزْىَ ٱلْيَوْمَ وَٱلسُّوٓءَ عَلَى ٱلْكٰفِرِينَ
Kemudian Allah menghinakan mereka di hari kiamat, dan berfirman: "Di manakah sekutu-sekutu-Ku itu (yang karena membelanya) kamu selalu memusuhi mereka (nabi-nabi dan orang-orang mukmin)?" Berkatalah orang-orang yang telah diberi ilmu: "Sesungguhnya kehinaan dan azab hari ini ditimpakan atas orang-orang yang kafir",
(An Nahl 16:27)
ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّىٰهُمُ ٱلْمَلٓئِكَةُ ظَالِمِىٓ أَنفُسِهِمْ ۖ فَأَلْقَوُاْ ٱلسَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِن سُوٓءٍۢ ۚ بَلَىٰٓ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
(yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatanpun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan".
(An Nahl 16:28)
فَٱدْخُلُوٓاْ أَبْوٰبَ جَهَنَّمَ خٰلِدِينَ فِيهَا ۖ فَلَبِئْسَ مَثْوَى ٱلْمُتَكَبِّرِينَ
Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu.
(An Nahl 16:29)
Tafsiran.
Orang yang sombong adalah yg menolak kebenaran yang dibawa Rasul dan meremehkan orang yang membawa kebenaran.
Kesudahan Orang Sombong
1. Dapat Dosa akibat perbuatan menolak kebenaran
2. Dapat Dosa orang yg mengikuti jejak mereka kerana teladan buruk mereka
3. Dibinasakan oleh Allah dengan Azab di dunia dan akhirat.
Di dunia lagi, mereka tidak disukai keluarga dan kawan. Berbagai bentuk azab Allah didunia. Namun dia tak sedar dan terus sombong sampai mati.
Di akhirat pula ada 2 bentuk azab
1. Azab yang menghinakan - mental* - rasa hina. Dibangkitkan kecil dan dipijak pijak oleh orang. Mereka dihina dgn perkataan..Mana sekutu kutu yg kamu syirikkan Aku dan yang engkau agungkan?. Datangkan mereka sekarang. Soalan perlian. Mereka rasa amat hina dan keji. Psychological torture. Mereka sedar Kuasa hanya ditangan Allah SWT.
Dapat celaan dari orang beriman dan baik2. Mereka kata - kehinaan dan keburukkan pasti akan dirasakan oleh orang kafir. Semua sepakat menghina. Di dunia orang sombong dahulu menghina orang. Balasan Allah sesuai dgn apa yg kita lakukan dulu.
Pepatah Arab - sebagaimana awak buat kat orang. Orang akan buat pada awak.
Kawal diri supaya hanya buat perkara yang diredhai agar tak terjerumus dalam dosa.
Orang yg beriman dibangkitkan besar dan tinggi macam mada Nabi Adam diciptakan.
Orang sombong juga akan diseksa ketika sakaratul maut. Menghinakan diri dengan menzalimi diri dgn tidak melakukan perintah Allah dan melakukan larangan Allah dan Rasul.
Mahu tak mahu semua akan mati. Allah akan tunjuk kesan kekafiran kesombongan dan kejahatan mereka. Apa mereka kata masa itu pula?. Kami tak pernah buat salah. Orang sombong tak sedar diri, mereka masih ingat mereka buat kebaikkan.
Tanda Allah sayang hambanya, .
dia nampakkan kita segala kesalahan dan kekurangan kita. Tambah sayang bila Allah datangkan keluarga dan sahabat baik yg mengingatkan kita pada kesalahan kita.. Mereka sayang dan ingatkan. Bila kita marah org yg kita menasihati, lama2 mereka pun malas nak nasihat. Bahaya sombong..sampai mati tak sedar diri dan cakap mereka buat baik dan tidak langsung buat keburukan.
Punca org sombong berada dalam kesombongan kerana tak sedar kesilapan.
Jawapan Malaikat, kami dah catat segalanya dan Allah akan tunjukkan. Tempat org sombong adalah neraka paling dahsyat, jahanam. Boleh masuk dalam semua pintu manapun. Dia sangat dahsyat. Penghinaan yg amat besar. Semua dosa dia pernah dilakukann. Zalimi orang, rampas harta orang, memburukkan orang. Betapa dahsyatnya balasan untuk orang sombong.
Ahli syurga juga ada yg boleh masuk dalam semua pintu.Ini menunjukkan kemuliaan dan keistimewaan.
Tadabbur :
Kesombongan adalah menolak ketetapan Allah dari sumber wahyu Al Quran. Allah sangat benci. Orang yang sombong tidak kenal Allah dan diri sendiri. Berada dalam keterpedayaan diri sendiri. Istakbara maksud merasa dan memandang diri sebagai besar.
Allah itu Maha Besar. Menciptakan segalanya tanpa apa kesulitan. Layak untuk dimembesarkkan diri. Manusia tak buat apa pun. Manusia yg sombong merasa besar dan berada dlm penipuan diri sendiri.
Sombong yg menolak wahyu ayat Al Quran applicable utk orang kafir. Sombong pada tahap paling tinggi. Namun
Orang beriman akan cantas akar sombong, akar sombong bermula dari ujub..rasa hebat dan gah. Ada pada orang islam dan orang kafir. Ujub benih pada kesombongan. Rasa megah hebat dan lebih dari orang lain. Kalau tak cantas...boleh besar jadi *Sum ah*. Nak dengar hanya pujian orang terhadapnya..jadi bila ada yg menasihatinya..dia rasa tercabar dan marah. Ini ada pada orang islam dan orang kafir. Nak dengar perkara yg meninggikan dan melambung kan dirinya sehaja.
Sum'ah akan besar menjadi Riyak. Iaitu berpura pura dan buat sesuatu utk pujian. Bukan ikhlas dari hati tapi utk mendapat pujian. Ini wujud pada orang yang beriman.
Kalau riyak tidak dijaga, cantas , potong tarbiyah dengan betul naik satu lagi darjat kepada *kibbir*
Lepastu naik jadi Takkabur - sombong dan angkuh. Berlagak. Mula menolak kebenaran yg lebih hebat..termasuk fakta2 Al Quran dan Sunnah. Akan diiringi dengan menghina orang dan sampai peringkat ini boleh terjerumus dalam kekafiran.
Kemuncak kesombongan adalah kazzabu. Mendustakan segala kebenaran dan ambil tindakkan dan rancangan utk membawa mudarat pada pembawa kebenaran.
Ghururun Nafs. Orang yg tertipu dgn diri sendiri. Tanda utama orang yang takbur.dia tak mahu belajar.
Imam Al Ghazali - Ihya Ulumiddin
Tazkiyatul Nafs - proses penyucian jiwa/ diri ada 2 peringkat.
1.Takhalli - membersihkan diri dari sikap mazmumah..Keluarkan. Contoh buang Ujub..contoh ujub sebab kaya berharta, Ilmu, kemasyuran, rupa paras. Buang riyak sum ah jangan bagi kembang biak, nanti boleh bawak pada kibbir. Perumpamaan, rumah cat dah pudar dan lumut, kene buang dulu. Kikis karat dari gate. Barulah cat balik dgn warna cantik. Itu proses kedua.
Penting mengenal sifat buruk kita. Muhasabah banyak2. Kenali perangai buruk, cth pandang remeh orang, cepat marah, kedekut, over kiasu,bangga dengan usaha sendiri,bangga dengan amal baik sendiri
2. Tahhalli (lawan kibbir jadilah tawadhuk)
Mengganti sombong dgn tawadhuk.
Berbaik sangka dengan semua
Kanak2, orang yang berdosa, orang yg jahil.
Orang Kafir dll.
Cakap pada diri,kalau Allah beri hidayah padanya..sekelip mata dia mungkin jauh baik dari kita disisi Allah. Kita dengan ilmu pun buat kemungkaran...mereka kalau dijentik sedikit hidayah akan jadi jauh lebih baik dari kita.
Sombong :
Zahir- mungkin nampak sedikit berlagak tapi sebenarnya tidak.
Batin- sombong dalam hati
*Dalam islam kita dituntut untuk hindar kedua dua jenis sombong..zahir dan batin.
Hamba2 Allah dituntut jalan dgn humble* bercakap dengan baik sopan dan selamat.
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18)
وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
(Luqman 31:19)
Nak sombong tahap mana kita ?. Kita akan mati juga. Mahu tak mahu kita perlu orang untuk uruskan jenazah kita. Setiap sesuatu ada ajal tempohya, kalau kaya cantik akan berakhir . Takkan berani sombong kalau betul faham ketetapan Allah. Kita tiada apa. Takkan bawa apa pun kecuali amal soleh dan akhlak.
Hadis
Terhalang kita nak masuk syurga kalau ada sombong sedikit pun. Takkan masuk syurga bila dalam hati ada sebesar zarah kesombongan.
Cantas !Buang! Takhali
Bukan senang nak buang penyakit hati! Yes. Namun yg pertama dan utama, Sedar segala kelemahan kita.Khususkan masa untuk hisab diri. Orang berjaya yg soleh dahulu ada masa khas. Check and balance balik !. Jangan syok sendiri dan senang puas hati. Namun tetap kita rasa amat bersyukur pada hidayah yg Allah kurniakan pada kita untuk buat kebaikkan dan keinsafan.
Dalam proses penyucian diri, utama sekali DOA!! Doa mintak Allah tunjuk segalanya dan mintak tolong Allah permudahkan kita nak keluarkan sikap buruk itu..sebab kalau harap dan bergantung kemampuan diri kita sendiri mmg akan rasa lemah dan tak terdaya, cepat emosi/drama dan sedih. Jadi, kita doa merintih dan munajat sebanyak mampu tanpa putus asa.
No comments:
Post a Comment