Nota Perkongsian Ramadhan Hari 12(7.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 33-35
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Selawat pada Nabi SAW dan Doa.
Bacaan:
هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن تَأْتِيَهُمُ ٱلْمَلٓئِكَةُ أَوْ يَأْتِىَ أَمْرُ رَبِّكَ ۚ كَذٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Tidak ada yang ditunggu-tunggu orang kafir selain dari datangnya para malaikat kepada mereka atau datangnya perintah Tuhanmu. Demikianlah yang telah diperbuat oleh orang-orang (kafir) sebelum mereka. Dan Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang selalu menganiaya diri mereka sendiri,
(An Nahl 16:33)
فَأَصَابَهُمْ سَيِّـَٔاتُ مَا عَمِلُواْ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ
Maka mereka ditimpa oleh (akibat) kejahatan perbuatan mereka dan mereka diliputi oleh azab yang selalu mereka perolok-olokan.(An Nahl 16:34)
وَقَالَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ لَوْ شَآءَ ٱللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍ نَّحْنُ وَلَآ ءَابَآؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن دُونِهِۦ مِن شَىْءٍ ۚ كَذٰلِكَ فَعَلَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۚ فَهَلْ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلْبَلٰغُ ٱلْمُبِينُ
Dan berkatalah orang-orang musyrik: "Jika Allah menghendaki, niscaya kami tidak akan menyembah sesuatu apapun selain Dia, baik kami maupun bapak-bapak kami, dan tidak pula kami mengharamkan sesuatupun tanpa (izin)-Nya". Demikianlah yang diperbuat orang-orang sebelum mereka; maka tidak ada kewajiban atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.(An Nahl 16:35)
Tafsir-
Suasana meliputi penurunan surah ini, suasana Mekah, Nabi menghadapi kafir Makkah yang mjority dan dominant. Antara sifat orang kafir ialah suka menunda ketika mendapat hidayah. Mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh Nabi dan nampak kelebihan keistimewaan yang dibawa Nabi, namun mereka menunda nunda. Allah cuba untuk tunjukkan kepada mereka kesalahan yang mereka lakukan. Allah cuba sindir mereka...apal lagi yang mereka tunggu, segala bukti dalil hujah telah dikemukan kepada mereka.
Allah sindir mereka, apa lagi yang mereka tunda tunda dan menunggu apa lagi setelah diberi petunjuk Al Quran. Adakah mereka tunggu malaikat datang cabut nyawa dan mati baru nak percaya .
Atau adakah mereka tunggu ketetapan/perintah Tuhan, iaitu azab dan datang qiamat baru mereka nak sedar. Sikap orang kafir majoritinya menunda taubat dan menunda menerima kebenaran. Ada antara mereka yang nampak kebenaran namun tunda untuk mengambil tindakan , tidak mahu segera sahut petunjuk Allah dan masuk Islam.
ADalah sikap ini untuk kafir quraisy sahaja? TIdak. Sikap ini merupakan kerja orang kafir sebelum Nabi Muhammad. Sikap menunda hidayah dan lambat taubat ada pada orang kafir dizaman Nabi lain . Firaun ketika sudah dalam azab sakaratul maut baru mengaku beriman dengan Allah Tuhan Isa dan Harun . Taubat pada masa itu tak berguna dan tiada manfaat.
Perbuatan menunda adalah perbuatan orang kafir zaman nabi dan sekarang.
Oleh itu, Allah ingatkan, Allah tak pernah menalimi sesorang, apa yang patut orang kafir dapat, Allah bagi , iaitu Hidayah (2 jenis - Irsyad & Taufiq). Hidayah Irshad Allah bagi pada semua, semua dapat, juga memberikan petunjuk2 lain yang memang sudah ada pada diri kita, Allah bekalkan pada kita
1. Hidayah Fitri , secara fitrah kita mencari sesuatu yang besar ,hebat dan agong dan mencari Tuhan, memerlukan Tuhan. Fitrah bertuhan. Ada yang betul dalam pencarian ada yang silap. Ada yang nampak pokok besar yang ada syaitan jin yang cuba simpangkannya. secara fitrah manusia perlukan tuhan. Fitrah perlukan tuhan ada pada semua manusia.
2. Hidayah Hawwas/pancaindera juga mencari cari Tuhan, (telinga dan mata), memerlukan Tuhan. Allah bagi untuk digunakan untuk menemukan Tuhan yang hakiki.
3. Hidayah Akal - Allah bagi kita akal untuk kita befikir dan memahami sesuatu. Kalau betul pemahaman kita akan sampai pada hakikat yang Tuhan adalah Esa dan kita perlukan Tuhan. Bila hidayah akal tak berfungsi dan tergendala, jadi gila - dia tidak dihukum, tiada tanggungjawab, Allah tak mewajibkan dan tidak dihukum bila buat kesalahan.
4. Hidayah Din (Deen) Agama - Allah tahu tidak semua orang akan samapi pada hakikkat ketuhanan. Level awam dan tak boleh pikir lebih. Allah tahu ada orang yang tak boleh fikir lebih kerana Tuhan itu abstrak/ Ghaib. Maka Allah mengutus Rasul dan beri risalah dan kitab . Kitab itu mengenalkan manusia pada Allah , pencipta manusia.
Sejak zaman Nabi Adam hingga kini. Allah sentiasa bimbing manusia dengan agama. Namun ada yang mengabaikan tools hidayah.Semua di atas adalah peralatan/tools hidayah. Kalau betul nak belajar, boleh guna .
Hidayah Irshad, Taufiq dan Maunah - bentuk hidayah lain.
Semua dah ada. Kalau nak guna maka boleh capai. Tapi kalau tak nak belajar, semua yang ada tak pakai ( perumpamaan handhphone canggih)
Allah bagi yang patut untuk mudah kita dapat hidayah. Tiada yang kurang. Allah bagi cukup semua orang Muslim, Kafir, beriman, tak beriman, rajin , malas - semua diberi cukup. Kebanyakkan tak guna. Ada hati tapi tak guna untuk memhamai, ada mata tapi takguna untuk melihat, ada telinga tapi tak guna untuk mendengar. Tools yang memudahkan hidup kita. Tiada yang kurang. Semua dapat cukup2.
Jika sesorang berada dalam azab di akhirat nanti, bukan salah siapa tapi diri sendiri. Allah berkata,kamu zalimi diri kamu sendiri.
وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Jom Periksa diri, sudahkah kita guna segala potensi yang Allah bagi kita untuk mendapat hidayah Allah untuk mengerjakan kebaikkan. Tidak sampai darjat tinggi disisi Allah jika kita tidak gunakan segala semua potensi kita ada untuk buat kebaikkan. Ini orang berjaya dan hebat. Memang Hebat orang beriman yang benar benar beriman. Baik belaka apa yang diturun pada kita orang beriman dan mereka bersyukur dengan segala nikmat. Digunakan untuk melakukan kebaikan . Moga kita jadi orang hebat dimata Allah SWT
Jika mereka ditimpa azab akibat perbuatan dan sikap mereka sendiri, menunda menunda taubat.
Apa tanda taubat dterima? Kita tak buat kesalahan dahulu, tak U turn. kita berubah dan kecenderung kepada kebaikkan walapun belum tahap maksimum potensi ktia. Keinginan kita pada yang baik baik belaka...dapat qiyamulail, solat awal waktu, mengaji Al Quran. Berubah dari dulu. Dulu teruk, lepas tu jaga segalanya yang patut, dan berubah - berubah 180 degrees. Tanda taubat diterima Allah.
Solat yang lepas tak buat, kene Qada , ganti balik. Puasa kene ganti, takkan solat tak ganti. Macam mana, setiap waktu solat, qada satu solat . Sebelum dan selepas kalau boleh. Kira anggaran /estimate berapa lama kita tinggalkan dan gantikan. Jangan anggap remeh. Dalam kesungguhan kita mungkin ada lupa2 dan tak exactly buat qada seperti rancang, jangan sedih dan lelah KERANA...
INGAT Allah Maha Pengampun Pengasih Penyayang dan akan bertoleransi dengan manusia hubungan dibina berdasarkan asas bertolak ansur. Bukan macam manusia , kalau tak exactly seperti yang diinginkan tak nak terima. Allah apabila melihat kesungguhan kita dalam mengqada yang lepas, Insya Allah Allah akan ampun kan dosa. Qada fardu lebih besar dari yang sunat. Boleh buat qada dan lepas tu buatlah yg sunat kalau lapang.
Azab yang belaku pada manusia semua itu berpunca dari perbuatannya sendiri. Orang beriman juga ? YA
Orang beriman juga berlaku zalim pada diri sendiri. Orang beriman akan lebih cepat dapat kesan dari apa yang dia lakukan . semalam buat, esok dah kena, dia sedar...ini mesti silap aku semalam. Tanda sayang Allah pada hambanya, ialah dia tunjuk buruk perbuatannya terus dan segera supaya dia sedar. Didunia dia kena, di akhirat tiada lagi. Orang beriman, tak kan kene dua kali. ORang kafir dua dua kena.
Berbaik sangkalah dengan Allah .Ada soalan, sejak lebih taat dan rajin makin banyak ujian yang dulu tak kene pun hukum. Ketahuilah bila kita sudah taat Allah tak akan tunda hukuman.Allah tak tunda hukuman . Kalau taubat benar, dia takkan terkilan dan teringat kesilapannya dan terus taubat, dan bersyukur Allah beri peringatan terus. Tak sempat lama buat kesilapan.
Tapi orang kafir Allah turunkan azab sebab perbuatan mereka itu sendiri dan antara sebabnya orang kafir memperolok-olokkan dan mempermainkkan azab dan tanya bila nak datang kerana nak tengok azab itu . Jangan permainkan azab Allah . Pasti akan kena.
Orang orang kafir dan musyrik bila berada dalam kesyirikan itu mereka beralasan
menyalahkan takdir dan Allah. Dia menyalahkan Allah dan takdir. Mereka kata, Dah Allah nak menjadi macam ni , kalau Allah nak,boleh dia jadi kami orang yang beriman, kalau Allah nak kita tak jadi syirik macam ni, nenek moyang kami pun mcm tu... Ini cara fikir yang SALAH.
Mereka juga salahkan Allah dalam mereka mengharamkan yang halal melanggar hukum Allah. Cara fikir yang salah.
Orang Arab Quraisy.
Haiwan Bahirah :
Kisah unta betina yang telah lahirkan anak 5 kali. Anak kelima jantan, mereka akan belah telinga dan membebaskannya, tak boleh tunggang sembelih kerana unta keramat. Haram.
Saibah (Surah Al An Am)- mereka yakin unta betina yang dibiarkan kemana sahaja sebab unta itu telah dinazarkan,adalah unta nazar (ditandakan) tak boleh diganggu dan disembilah
Wasilah - Kambing biri2 yang melahirkan anak kembar jantan dan betina. Yang jantan haram disembelih.
Siapa yang suruh /bagi arahan mereka haramkan haiwan2 ini?. Mereka sendiri. Allah tak pernah beri arahan untuk haramkan binatang itu. Bila tanya kenapa? Dia kata Allah bagi buat. Mereka salah faham dalam memahami takdir
Mereka beranggapan Allah tak marah mereka syirik kerana mereka masih hidup dan Allah tak tegur. Allah tak tegur terus. Allah tegur melalui Rasul dan Nabi. Perintah Allah sampai kan melalui perantara, untuk nabi dari malaikat, untuk kita dari Rasul dan Nabi,
Teguran tak terus turun secara langsung .Sama juga rezeki, melalui orang, kerja dll, bukan melayang dari langit. Peringatan Allah ada perantaranya,iaitu Nabi dan Rasul. Tugas mereka hanya untuk menyampaikan sahaja...tak lebih. Sama juga tugas ulamak dan ustaz.Jangan salahkan ulama ustaz dll kalau orang tak berubah. Salah masing2
Tadabbur:
Perkataan يَنظُرُونَ/Yanzurun** iaitu menunggu nunggu/ menunda nunda. Ingat ketetapan Allah ada tempoh masa, maka hidayah Allah juga ada tempoh masanya. Setiap sesuatu ada tempoh masa. Jadi bila kita sedar ada satu hidayah dan petunjuk, kerana tiap ketetapan itu akan diberi hidayah, ketika kita dapat tapi kita tak ambil pada masa itu, ia boleh pergi dan takkan kembali.
Setiap petunjuk Allah tu cepat grab dan guna sebaiknya. Mukmin produktif adalah orang mengambil peluang/kesempatan dengan cepat dan segera. Tak terhegeh hegeh, segera
Nampak baik untuk dunia dan akhirat dan tidak menjejaskan hubungannya dengan Allah, dia guna sebaiknya. Jangan tunda2.
Zalim pada diri ialah tidak menggunakan segala potensi yang diberi pada kita,
Kenal pasti kelebihan dan kekurangan. Dalam Al Quran dijelaskan potensi kita - Kami telah menciptakan manusia sebaik baik bentuk...memulikan anak cucu Adam. Banyak kelebihan yang Allah beri pada manusia.
Bersegeralah kamu dalam meraih keampunan Tuhan kamu dan syurga!
Surah Al Waqiah
2 jenis orang mukmin /beriman
1.Ashabul Yamin - mukmin biasa biasa, followers
2. Asabiqunas Sabiqun - AlMuqarabun (paling dekat dengan Allah) - orang yang berlumba dan bertanding cepat dalam melakukan kebaikkan. Fastabiqul khairat. Cepat dan pantas dalam mengambil peluang kebaikkan. Perintis dalam membuat sesuatu. Orang awal pioneer akan dapat pahala daripada orang yang mengikuti kita.
Kerja mengasaskan sesuatu bukan kerja senang, susah tapi mereka ketepikan kerana Akhirat mereka. Akan dapat lebih menjadi orang awal.
Ashabul Shimal (orang kafir)
Grab oportunity dan jangan tunda. Apa boleh buat hari ni buat terus jangan tunda esok . Berlumba lumba kita.
Perkataan وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ- Allah sekali kali tidak pernah menzalimi manusia (kafir dan beriman) Allah selalu berlaku adil pada makhluknya. Tak kira siapa, semua. Bila dapat sesuatu yang berlaku pada kita, berfikirlah dengan beberapa tahap iaitu:-
Bila dapat sesuatu , Fikir dengan cara
1. Berfikir Tauhid - DARI ALLAH .mesti segalanya ini datang dari yang SATU, Allah
2. Berfikir luasnya ilmu Allah, Allah Maha Mengetahui
3. Berfikir kebijaksanaan Allah. Selain Tahu, Allah Maha Bijaksana. Pasti ada hikmah disebaliknya. Ini kene ingat cepat.
4. Berfikir keadilan Allah - especially time dizalimi
5. Berfikir Kasih Sayang Allah - Allah itu Maha Penyayang. Takkan Allah akan biarkan kita dalam keadaan seperti ini. Yakin dengan rRahmat Allah.
*Merasakan kasih sayang Allah adalah sangat penting, dan kita akan lebih bijaksana dalam menghadapi apa jua ketetapan.Bimbinglah dengan sabar dan doa hati kita agar mudah menghadapi ujian.
Allah sentiasa berlaku adil pada kita. Jadi apabila berlaku apa jua fikir seperti di atas.
Allah tidak menguji kita melainkan disebabkan ilmunya yang luas, kebijaksanaan yang tak terbatas dan tinggi dan keadilan yang merata, serta kasih sayangnya.
*Merasakan kasih sayang Allah adalah sangat penting dalam kehidupan kita, dan kita akan lebih bijaksana dalam menghadapi apa jua ketetapan.Bimbinglah dengan sabar dan doa hati kita agar mudah menghadapi ujian. Banyak perkara dlaam hidup akan dapat dengan lebih mudah ringan dan lebih bijaksana kalau kita berfikir seperti ini.
Allah sekali kali tidak pernah menzalimi Manusia semuanya. (termasuk kafir). Apatah lagi orang beriman? Iaitu orang yang percaya pada ALlha, yang mempetuhankkanNya dan menjadi perbuatan dan ibadah hanya untuk NYA , Lalu dia akan menzalimi kita? No WAY. Impossible!, Allah SAYANG dan MAHA PENYAYANG. Allah Sangat penyayang pada orang beriman. Bila jadi sesuatu, check balik apa yang kita lakukan. Namun SEDARLAH Tanda kasih sayang Allah, dia uji kita untuk meninggikan kedudukannya. Allah tidak pernah menzalimi Manusia apatah lagi orang beriman. Allah Maha ADIL -
Perkataan مَا عَمِلُواْ
Keburukkan yang datang pada diri kita adalah sebab kesalahan diri kita sendiri.
Walaupun dari orang lain. Kita kadang tak beri usaha yang maksimum atau tidak buat dengan betul. Namun tidak menghalangkan kita menegur irang itu..staff, anak2 dengan cara baik. Tapi kene check balik, muhasabah diri untuk perbaikki. J
angan negative. Tak mahu jadi orang beriman kerana diuji. Semua pun diuji - kafir ke orang biasa orang berima. Dunia tempat untuk diuji
Silap anak kita. Kita hisab balik..kita dah buat betul ke dalam mendidik mereka dengan kasih sayang dan ilmu?. Muhasabah diri senantiasa.
Semua berlaku kembali pada apa yang kita buat. Confirm, semua yang terjadi dari kita sendiri.Kita senang dan suka lepaskan diri dan menyalahkan orang lain. Ini kesilapan yang tidak patut.
Untuk orang beriman dijadikan sesuatu untuk memperbaiki diri kita. Semua orang pun diuji, orang biasa atau orang beriman.
Bila kita dah dilahirkan, ada akal dan baligh.
Usaha untuk menghadapinya (kehidupan dan ujian), TERUS mara kehadapan. Tiada patah balik. Pilihan satu sahaja, jadilah Hamba Allah yang Terbaik. Be the best untuk Allah. Sekirangan ini jadi pegangan hidup kita , Insya Allah kita akan jadi terbaik dalam banyak urusan.
Mesti jadi the Best untuk Allah.
Ayat 35 tadabbur esok Insya Allah.
No comments:
Post a Comment