Saturday, 9 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 19 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 12.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 19(12.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 41-44
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُواْ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,
(An Nahl 16:41)


ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
(An Nahl 16:42)

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓاْ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
(An Nahl 16:43)

بِٱلْبَيِّنٰتِ وَٱلزُّبُرِ ۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,
(An Nahl 16:44)

Tafsir:
Pada ayat sebelum ini, orang kafir quraisy menolak hari kebangkitan akan berlaku. Allah membantah , hari berbangkit PASTI dan ianya bukan perkara yang susah atau berat untuk Allah. Bagi Allah mudah sekali . Hanya sebut KUN dan akan jadi.

(An Nahl 16:41)
Allah menjelaskan mengenai orang yang beriman, sahabat2  dan penyokong Nabi SAW. Allah menghargai mereka dalam Al Quran.

Sahabat Nabi Muhajirin yang berhijrah ke Habsyah (ada raja yang adil) - 80 orang mengikut ulamak. Rombongan dipimpin oleh Uthman B Affan, Isterinya Ruqayah (anak Nabi)

Allah beri khabar gembira dalam ayat ini.Orang yang hijrah untuk mempertahankan aqidah iman dan menjaga agama Islam - mereka berhijrah kerana dizalimi.
Bukan saja saja untuk duniawi yang lebih baik.

Kami akan sediakan kebaikkan/tempat yang baik di dunia dan akhirat.
Allah dah sediakan Kota Madinah , Allah sentiasa provide untuk kita apa yang kita perlukan yang bermanfaat dan sifat hasanah - baik, cantik dan senang.

MAdinatul Munawarrah (bercahaya). Ini janji Allah pada sahabat nabi yang terpaksa tinggal kampung halaman mereka. Adakah itu sahaja?. TIDAK, di akhirat balasan lebih hebat sekali, lebih besar sekiranya meraka ketahui. AKBAR (Balasan Akhirat) Amat/ Sangat Besar...didunia hanya sikit berbanding akhirat. Dahsyat dan pasti kita an redha dan amat puas hari dengan balasan itu. Kau pasti akan redha! Kalau kamu tahu, balasan akhirat memang dahsyat.

Balasan Dunia dan Akhirat
Bandingan -
Balasan Dunia 1%
Balasan Akhirat 99%

Dalil - HAdis Nabi Muhammad
Allah punya 100 Rahmat, 1 dikeluarkan di dunia, 99 Allah simpan untuk diberikan untuk hamba yang beriman di akhirat nanti.
1 ini dikongsi oleh Manusia, Haiwan

(An Nahl 16:42)
Untuk dapat balasan dunia dah akhirat, hijrah mestilah bersifat dengan 2 sifat/belakan utama
1. SABAR
berhijrah kalau tak sabar, akan cepat putus asa - hijrah yang betul perlukan kesabaran. KEtika kita melakukan satu perubahan dari biasa, kita akan menghadapi cabaran dan tentangan. Kalau tak sabar hadapai, kita akan give up dan GAGAL lah hijrah kita. Penting untuk sabar , berat hijrah dan perlukan kesabaran

2. TAWAKKAL - pergantungan penuh pada Allah SWT. Sangat penting dalam setiap usaha yang kita lakukan. Apatah lagi yang dinama Hijrah  perlu perhubungan dan pergantungan yang kuat dengan Allah. Kita kene yakin Allah akan tolong, bantu dan sempurnakan usaha2 kita. Ilmu Balaghah, mendepankan perkataan yang semestinya di belankang.
Alla Rabbiham, kepada tuhan mereka, mereka bertawakkal
Tawakkal yang betul hanya pada Allah

Surah Al Insyirah
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
(Asy Syarh 94:5)

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Asy Syarh 94:6)

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
(Asy Syarh 94:7)

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
(Asy Syarh 94:8)

Fainna maal - Senang itu datang bersama kesusahan. Focus kesenangan, jangan focus kesusahan. Cari kesenangan  /manis yang ada.  Satu Package.

Dalam time kita susah dan senang -
Faiza Faragta fansab
Apabila selesai satu tanggungjawab, buat yang lain - kita tetap active dan tetap buat sesuatu, jangan bagi diri kosong, tetap kerja dan berusaha. Lebih dari biasa .Cuba buat lain lepas selesai satu perkara,

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Tawakkal yang penuh pada Allah dan pengharapan hanya pada Allah

Sahabat nabi yang berhijrah  dengan sifat diatas dan Allah berikan Madinah Al Munawarrah (anugerah Allah)

Proses perubahan diri perlukan tawwakal penuh pada Allah dan berharap sepenuhnya pada Allah.Sifat Hijrah yang betul  seperti ayat ini
Akhir proses hijrah, Allah berikan Madinah , perubahaan peradabban dunia (anugerah Allah)

(An Nahl 16:43)
Keinginan Kafir Quraisy ialah nak rasul diutus itu adalah malaikat bukan manusia.
MEminta quran turun terus dari langit atau melalui malaikat. Kalau mcm tu baru depa akan beriman. Ini keyakinan yang salah. Keyakinan yang tidak betul. Betapa banyak kerenah orang quraisy untuk mereka nak beriman dan sebenarnya mereka tidak mahu pun beriman.

Surah Al Israa, Ayat 90-96

وَقَالُواْ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا
Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,
(Al Israa' 17:90)

أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلْأَنْهٰرَ خِلٰلَهَا تَفْجِيرًا
atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,
(Al Israa' 17:91)

أَوْ تُسْقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلٓئِكَةِ قَبِيلًا
atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
(Al Israa' 17:92)

أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتٰبًا نَّقْرَؤُهُۥ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"
(Al Israa' 17:93)

وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤْمِنُوٓاْ إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولًا
Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasuI?"
(Al Israa' 17:94)

قُل لَّوْ كَانَ فِى ٱلْأَرْضِ مَلٓئِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَكًا رَّسُولًا
Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul".
(Al Israa' 17:95)

قُلْ كَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدًۢا بَيْنِى وَبَيْنَكُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرًۢا بَصِيرًا
Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".
(Al Israa' 17:96)

Mendedahkan permintaan2 Orang Kafir Quraisy untuk syarat mereka beriman
1. Minta Muhammad memancarkan mata air dipancarkan dari perut bumi (selain zam zam) untuk membentuk sungai di Makkah
2. Atau alirkan sungai2 dicelah kebun tamar dan anggur
3. Atau jatuhkan berkeping keping dari langit untuk kami
4. Atau kau datangkan Allah untuk sendiri datangkan wahyu, ataupun malaikat. Kami tak mahu manusia. Tak istimewa
5. Atau Engkau ada rumah dari emas
6.  Nabi naik ke langit
(Isra Miraj - mereka tak percaya juga pastu mintak lain pula
7. Atau Nabi naik langit dan bawa kitab khas untuk mereka untuk kami baca.

Mereka tak mahu beriman sebab diri mereka sendiri tak boleh menerima ketentuan Allah. Allah dah utus manusia, maka terima , jangan banyak permintaan. Mereka nak mintak apa yang mereka nak,iaitu malaikat.
Macam macam permintaan sebagai syarat mereka beriman dan percaya

Sekiranya di bumi ada malaikat jadi rAsul, berjalan tenang di muka bumi...nescaya kami turunkan malaikat. Kalau Allah hendak boleh sahaja. Namun Allah kehendakkan manusia sebagai utusan
Cukuplah Allah jadi saksi apa yang aku sampaikan. Allah Maha Melihat dan Mengetahui akan hamba2nya


Ayat 43, An Nahl
*Rijalan* رِجَالً
KAmi hanya utuskan lelaki sebagai Rasul
Nabi dan Rasul hanya lelaki, tiada perempuan. Ulamak sepakat
MAryam didatangani malaikat untuk masukkan janin, malaikat bercakap dengan Maryam - tidak maksud Maryam itu nabi walaupun malaikat bercakap dengannya
Wahyu  datang kepada ibu Nabi Isa - bukan maksud ibunya seorang Rasul Nabi...
Mnegapa bukan perempuan - banyak sebab termasuk berat tanggungjawab seorang perempuan

Rasul hanya lelaki sahaja. Kalau tak paham tanya Ahlul zikri : orang berilmu- ahli kitab.
Dari Nabi Adam ke Nabi Isa, semua lelaki.

Dibekalkan  pada Nabi dan Rasul dengan
1. Bukti dan Hujah yang jelas (bil bainat) - hujah logic, hujah mantik dan termaksud mukjizat..cth tongat jadi ular, tangan keluar cahaya, laut terbelah
*Nabi Muhammad ada mukjizat selain Al Quran..cth belah bulan, ulamak kumpul kebih 100

2. Wa Zubur - (jamak Zabur) Kitab - Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran


Allah menjelaskan apa yang diberikan kepada Nabi SAW
Dan kami turunkan pada kamu zikr (peringatan) iaitu Al Quran bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan dan menyampaikkan pada manusia. Mudahan mereka bertafakkur. Dapat mengambil hikmat dalam semua yang disebutkan dalam Al Quran untuk kegunaan kehidupan mereka.

Tadabbur-
Dalam Surah An Nahl -selepas jelas nikmat2 hissi (jelas) dan boleh dilihat 1-16. Langit bumi, manusia, binatang ternak, gunung dll

Ayat 17 - 44 dan selanjutnya -Allah jelaskan nikmat maknawi
Allah sebenarnya nak menunjukkan nikmat maknawi- iaitu hidayah, betapa mahalnya  dan specific hidayah taufiq, tidak semua dapat (tak banyak). Hidayah amat perlu kita syukuri.. nikamt islam dan iman,.Takkan rasa nikmat ini sehingga masuk syurga. Hidayah - Benih dan Akar segala amal soleh


وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهٰرُ ۖ وَقَالُواْ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَىٰنَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْلَآ أَنْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ ۖ لَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلْحَقِّ ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلْكُمُ ٱلْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan".
(Al A'raf 7:43)

Siapa berjaya didunia berjaya cabut rasa iri, cemburu, dendam dan boleh memaafkan, tidak benci - spt satu nikmat syurga. Kalau sebaliknya, satu seksaan.
Nikmat orang disyurga, dicabutkan Ghil - dendam iri cemburu

Terasa bagi dia betapa bertuah mereka dapat hidayah petunjuk Allah didunia  untuk mengamalkan amal soleh yang membawa mereka jadi Ahli Syurga  .Sangat bersyukur dan rasa bertuah. Akan merasa kepentingan hidayah dalam diri dan hidup

Nikmat Akhirat bermula dengan nikmat hidayah. Maka hargai dan guna sebaiknya. Jangan sia siakan. Seseorang akan merasa ini amat penting dalam dirinya. Sangat berharga.
Jaga dan peliharalah..samapi Allah mintak kita mohon 17 kali sehari. Kuncinya pada hidayah. Tunjukkan kami jalan yang lurus (17 kali dalam Al Fatihah - kunci pada hidayah . Mahal. Sayang bila kita siakan.

Orang kafir nampak hidayah depan mata, tapi masih tolak. Ada yang nampak dan guna sbeaiknya, dia jaga dan sedar harga hidayah. Asalakan dapat pegang hidayah ini, tak kisah tinggal kampung, harta...tak apa
Sahabat Nabi menjaga elok2 hidayah dan sanggup hijrah meninggalkan kampung halaman
Orang yang faham nikmat BESAR hidayah, walaupun kadang dipegang bagai memegang bara api. Sahabat nabi terpaksa berhijrah.

Consequent hidayah - kita kene tinggalkan /buang (Tahali)segala buruk yang ada. Remove something from ourselves. Kalau tak buang, Allah takkan sempurnakan hidayah itu pada kita.

لَهُۥ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Ar Ra'du 13:11)

Manusia ada malaikat yang jaganya untuk melaksanakan perintah perintah Allah...Allah takkan merubah keadaan sesuatu kaum sampai dia ubahkan apa ada dalam diri dia (hati - buang yang kotor)
Ubah cara fikir dan respons. Hidayah memerlukan pada perubahan dan meninggalkan kebiasaan atau tempat yang buruk. Hijrah.

An Nahl -41
Kalau niat kerana Allah *Fillah* insya Allah , Allah akan tolong . Di dunia lagi akan dapat kebaikkan yang banyak - tunjukkan kesan transformasi, nampak kebaikkan yang banyak.

Rasul bersabda,
Allah akan PASTI  ganti dengan lebih baik apa yang kita tinggalkan yang haram/kemaksiatan/lagha) kerana Allah, untuk jaga iman dan hidayah, . Jaga niat, kerana Allah. Untuk menjaga iman dan hidayah. Allah sedang siapkan sesuatu yang hebat sekiranya kita SABAR.

Kisah seorang ulamak yang warak dan sangat zuhud, didatangi seorang lelaki yang susah yang ingin belajar dengannya. Ulamak beri syarat, awak kene buat segala yang saya buat. Pemuda bersetuju. Banyak puasa dari makan. Dia bertahan kerana
Sampai satu hari, tuan guru tak makan 3 hari dan dia mula tidak tahan pada hari ketiga - dia keluar untuk lihat rumah jiran apa yang boleh dimakan. Dia tengok ke dapur...rumah 1 ada orang, rumah 2 ada orang dan satu rumah takde orang, dia lompat masuk dan cuba ambik makanan....terung (dia dah tergigit - dia teringat kata2 Tuan Guru - kalau kau sabar, Allah akan ganti dengan lebih baik), Dia sabar dan tak makan, terus keluar

Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu tuan guru, yg datang seorang perempuan yang janda yang berharta dan ingin mencari orang baik untuk jadi suami.  Minta Tuan Guru carikan. Dia syorkan anak muridnya, yang baik dan gagah dan taat pada saya. Insya Allah puan akan bahagia. Tuan Syeikh panggil anak murid ni, nak kahwin tak? . Dia jawab macam mana nak kahwin diri saya pun tak lepas...Tuan guru explain puan ni nak peneman dalam ketaatan , lain dia dah ada.

Dinikah merekahari tu juga. Lepas nikah, perempuan tu bawak balik kerumah...ternyata rumah isteri itu adalah rumah yang dia masuk gigit terung tadi. Dia menceritkan hal itu pada isterinya . Conclusion -Benarlah, siapa yang meninggalkan yang haram, Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Sangat penting mengiringi hijrah (keinginan jadi lebih baik) kita *FILLAH* - kerana Allah.Insya Allah akan beri ganjaran dunia dan akhirat.




































No comments:

Post a Comment