Nota Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69 - 4 Syawal, 27.5.2020
Tema: Bagaimana Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Segala Pujian Bagi Allah untuk segala rahmat dan kurnia, nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar. Selawat pada Nabi SAW dan Doa.
Perbincangan yang mulia bila cerita mengenai Al Quran - Qalamullah. Allah suka dan Nabi SAW suka. Agar dapat menambahkan kekuatan kita dalam menghadapai ujian dunia. Mendekatkan hati pada Allah SWT pada setiap ketika
Manis iman dan indah agama buat kita rasa amat bertuah.
Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub.
Bacaan:
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.(An Nahl 16:69)
Nabi SAW pernah bersabda mukmi sebenar adalah seperti lebah.
Apabila berhadapan situasi yang susah, kita tetap tenang (iaitu kaum yang bertafakur - berfikir akan segala hikmah) dia kait dengan peristiwa sebelum ini, Allah akan tolong seperti Allah tolong banyak kali sebelum ni. Reflection pada segala yang dah berlaku untuk mengambil pelajaran BUKAN untuk tidak move on dan step back. Refleksi untuk ambil HIKMAH kisah lalu
Hikmah pada persitiwa berlaku pada kita dan pada makhluk ciptaan Allah yang lain, Ada hubungkait pada apa yang berlaku pada kita dan pada makhluk ciptaan lain.
Alam Sugra (dalam diri ) dan Alam Kubra (luar diri kita- langit bulan bintang binatang)Dalam hati kita- ada yang umpama bulan, bintang dll - cuba kait pada diri- ini namanya tafakkur - kaitan apa dalam diri dan luar.
(40 persamaan lebah dan mukmin sejati - kelebihan lebah yang kita patut teladani)
25. Lebah hanya perlu 3 perkara dalam hidupnya dan hanya fokus ambil 3 perkara dari dunia 1. Air 2. Nektar Bunga untuk hasil madu 3. Memerlukan tempat bersih .Lain dari itu dia tak padang sangat- tak peduli. MAKA mukmin sejati hanya perlu 3 perkara utama dalam kehidupannya di dunia
Mukmin produktif sejati :-
1. Perlukan Ilmu (Pencinta Ilmu) - sangat mencintai ilmu . Ambil peluang apa bidang yang baik dan sesuai.
Dalam bab ilmu, kata Rasulullah SAW -
a. jadi orang alim/ulama - yang mana kita ada prinsip2 ilmu pada diri kita - boleh apply dan boleh ajar. Malaikat cemburu orang alim yang mengamal. Nabi Adam diajar ilmu yang tidak diajar malaikat.
Malaikat mencintai majlis ilmu dan naungi.Maklhluk lain akan berdoa untuk orang yang alim.
b. Kalau tidak sampai darjat itu - teruskan belajar sampai mati . Belajar technology untuk berdakwah , belajar edit video, keep improving.
c. Kalau tidak boleh paling kurang, jadilah pecinta orang yang alim dan orang yang belajar/mencari ilmu. Cinta
d. Jangan jadi macam ini, takde ilmu, taknak belajar, benci pulak pada orang alim dan orang belajar, jadi jahil dan memudharatkan
AIR - Hidayah petunjuk Allah yang bawa kepada ilmu
2. Banyak zikrullah yang memberi ketenangan (ilmu tak cukup tanpa zikir) - Ulul Albab (Zikir diiringi ilmu)
Nektar - kita perlu makanan yang baik dan halal dan berkhasiat.
3. Ambil peluang untuk beramal banyak dan beri manfaat yang lebih lagi (diri dan orang lain).tempat yang bersih , aman dan selesa
Rasullullah kata asbab bahagia dan nikmat
1. isteri/pasangan yang soleh
2. anak yang soleh
3. rumah yang baik
4. kenderaan yang baik
5. jiran yang baik
3 perkara fokus-
Hidayah, makanan yang halal (sangat penting), tempat yang baik
26. Lebah dari segi penampilan - tidak nampak hebat atau menarik sangat tetapi jiwa dan hati /kedudukan /hasil lebah adalah hebat.
Mukmin juga adalah orang yang pentingkan quality , penampilan perlu iaitu kebersihan (Allah itu Maha Cantik, Dia suka yang cantik).Fokus utama adlah kualiti diri dan dalamannya. Kualiti diri manusia bergantung pada hati, iman dan keyakinan dan manfaat yang dia hasilkan . Pastikan apa kita buat adalah niat yang sebetulnya dan sebaiknya iaitu hanya harap redha Allah, jauh dari riyak atau syirik. Pentingkan kualiti apa yang dihasilkan.
Allah SWT pabila bila lihat kita buat amalan. 2 soalan
1. Limaza - WHY, kenapa kamu lakukan - jawapan - KERANA Mu YA ALLAH
2. Bagaimana kita lakukan - jawapan - lakukan berdasarkan Al Quran dan Sunnah
27. Lebah ada 3 keadaan dalam hidup dia, iaitu 1. terbang dengan sayap 2. kerja dengan tubuh badan utk hasilkan sesuatu (kuat kerja keras dan berbuat) 3. keadaan berehat (tapi sedikit)
Mukmin produktif sejati mempunyai 3 keadaan yang ketiga tiga keadaan dia menghasilkan manfaat.
1. Terbang dengan hati untuk dekatkan hati kepada Allah - terbang dalam khusyuk - hati yang sentiasa ingat Allah dan selalu ingin dekat dengan Allah. Minta tolong Allah bantu dia, yakin Allah melihat segalanya.
(senyap dan bersendirian)
2. Bekerja dan berbuat - berusaha hasilkan sesuatu yang baik (perbuatan yang diperintah Allah tidak bercanggah). Guna kaki,tangan, fikiran dan lain
Fokus dalam kerja. Ingat Allah masa kerja dengan ingat di awal dengan bismillah dan doa dan di akhir dengan sebut Alhamdulillah. Lupa di awal, ingat di tengah. Sentiasa berharap Allah tolong kerja kita.
Cikgu tengah mengajar, ibu buat kerja rumah,
Ingat Allah pada mula dan akhir.
3. Mukmin berehat - ambil masa untuk diri makan tidor , penuhi keperluan diri dan keluarga. Semua ibadah kalau niat kerana Allah
Conclusionnya - setiap keadaan -Semuanya dalam keadaan produktif. Tiada yang tidak bermanfaat.
28. Lebah antara makhluk Allah yang kuat jaga amanah (apa yang dia milikki yang Allah telah augerah).
Mukmin tahu hak dan amanahnya, dia akan pertahankan dan jaga. Dia all out. Contoh - Amanah hurriyatul ikhtiar=amanah memilih (amanah memilih paling besar - perkara yang baik), Harta, anak, ilmu , tubuh badan dll .Mukmin yang betul tahu HAK dia dan guna elok2. Dia tahu Allah akan nilai dengan amanahya.
Setiap kamu adalah pemimpin dan pemegang amanah dan tangungjawab dan akan diminta pertanggungjawabkan kelak.
Rasullullah kata siapa mati pertahankan harta , dia mati syahid akhirat (contoh pertahankan harta dan keluarga dari serangan pencuri)
Perbincangan kita adalah cara tafakkur ayat Allah.
No comments:
Post a Comment