Thursday, 28 May 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 6 SYAWAL 1441H/29 MAY 2020M

Tadabbur Al Quran Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah Al Nahl.  Syawal- Bagaimana menjadi mukmin produktif. 29.05.2020

Nota Perkongsian Hari  Syawal (29.05.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: Bagaimana menjadi mukmin produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman


Alhamdulilah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas pelbagai limpah rahmat dan karuniaNya kepada kita semua. Kemuliaan kepada al Quran ini diberikan juga kepada kita sehingga kita mulia di dunia dan mulia di akhirat nanti. In shaa Allah. Tak lupa juga kita sampaikan selawat dan salam kepada Nabi kita Rasulullah SAW mudah mudahan kita dapat sentiasa berada di dalam Sunnah dan ajaran baginda Rasulullah SAW sampai ke akhir hayat kita sehingga kita termasuk di dalam kalangan umatnya dan mendapat syafaatnya jika memerlukan dan hidup di syurga kelak.Amin Ya Rabbal Alamin.

Kali ini membincangkan seperti kelas yang lepas iaitu keistimewaan lebah. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita bahawasanya perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Maka kita berusaha untuk memahami lebah ini lebih detail dan lebih dalam supaya kita dapat kaitkan dengan diri kita. Mudah mudahan kita menjadi apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW.

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

(An Nahl 16:69)

Di hujung ayat 69, yang bercerita tentang lebah. Allah SWT menyuruh kita untuk tafakkur terhadap lebah ini maka oleh itu kita mengambil kesempatan ini untuk mentafakkuri lebah dengan cara kaitkan dengan diri kita dengan keadaan diri kita. Disini sambil itu kita muhasabahkan diri kita mana yang perlu diperbaiki yang mana yang dah ada kita maintainkan bahkan kita improvekan lagi kita tingkatkan lagi. Kita takkan berhenti belajar dan terus belajar. Pengajian sepanjang hayat dan mukmin sejati adalah hanya mati yang akan memisahkannya daripada majlis ilmu.

Point ke 29. Di antara keistimewaan lebah adalah dia bukan makhluk yang dianggap najis. Maka lebah hinggap kemana pun dia tidak akan merubah tempat yang dia singgah itu menjadi kotor. Bahkan kalau mati dia bangkai lebah tersebut masuk ke dalam jatuh ke dalam makanan maka makanan tersebut tidak akan berubah menjadi najis. Maknanya lebah hidup suci mati pon suci, hidup bersih mati pun bersih. 

Ketahuilah seorang mukmin itu seperti itu juga. Hidup dalam keadaan mulia, hati yang bersih, jiwa yang baik. Dikasihi dan disayangi oleh sesiapapun juga. Manfaatnya terasa oleh orang maka meninggalnya seorang mukmin itu manfaatnya tidak berhenti. Manfaatnya dirasakan oleh orang orang selepas dia meninggal. Sebab oleh amal jariahnya Dia smart dalam beramal. Amalan tersebut bukan hanya dapat dirasakan oleh orang ketika dia masih hidup bahkan selepas dia meninggal pun orang rasakan. 

Janganlah sebaliknya ketika masih hidup orang terasa sakit hati, orang rasa tertekan dengan wujudnya dia dan apabila dia meninggal orang orang merasa bebas dan gembira. Janganlah seperti itu. Seorang mukmin yang baik adalah seorang mukmin yang sejati. Seorang mukmin yang produktif. Wujudnya dirasakan manfaatnya dan matinya pun dirasakan manfaatnya. Banyak keutamaan yang ditinggalkan.

 Maka ulama ulama silam, dermawan dermawan silam seperti Usman bin Affan sampai sekarang masih ada akaun bank Usman bin Affan yang mana akaun tersebut berjalan membantu orang sampai sekarang sudah 1400 tahun bayangkan ini yang menjadi amalan jariah bagi Usman bin Affan. Apa yang anda tinggalkan apabila anda meninggal dan ia masih mengalir lagi dan ia masih memberi manfaat kepada orang orang di belakang kita ?Iaitu orang orang yang kita tinggalkan samada anak anak kita ataupun jiran tetangga, masyarakat disekeliling kita bahkan orang Islam secara keseluruhan.Apa yang kita buat? Apa yang kita tinggalkan?  Dalam surah Yassin, Allah SWT berfirman dalam surahNya:


إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثٰرَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
(Yaa Siin 36:12)

Ketahuilah amal itu ada dua. Iaitu amal yang kita buat pahalanya itu daripada tangan kita sendiri hasil jerih payah kita. Kita sendiri buat.Itu ialah amalan solat, amalan zikir, amalan puasa dan amalan yang kita sendiri buat. Dan ada satu lagi iaitu kesan daripada amalan ada yang merupakan pengaruh daripada amalan kita yang lain. “Asarohum” yang dibuat oleh Allah SWT dalam bentuk jamak dan mufraq dia adalah “Asarun” itu ialah satu kesan ternyata seorang mukmin tersebut mempunyai “assar”. Banyak kesan dia kesan kesan kebaikannya. Maka hiduplah mulia mati pun mulia.

Hiduplah dalam keadaan hati bersih suci orang nampak kita  Alhamdulilah diselamatkan daripada aib buruk kekurangan yang mencacatkan kita di mata manusia. Dan pada mati pun akan mati terserlah makin terserlah kesolehan biasanya seorang yang betul betul soleh meninggal makin nampak kesolehan biasanya seorang yang meninggal soleh orang akan sebut sebut kesolehannya itu. Maka ada orang suka membincangkan wali wali. Wali yang hakiki orang yang perasan dia wali apabila dia dah meninggal hidupnya mungkin simple dan ringkas.

Tapi diantara ciri khasnya ialah dia ikhlas dalam beramal ikhlas dalam membantu membuat sesuatu yang kadang kadang impak yang begitu besar kepada manusia. Tapi dia humble. Tidak menonjol tidak menunjuk. Ketahuilah mukmin yang betul mukmin yang sejati hidup mulia mati pun mulia. Hidup dalam keadaan jiwa bersih dan orang tak ada isu dengan dia.


Point 30. Madu merupakan hasil paling manis dan paling menaikkan selera daripada lebah.Lebah menghasilkan madu. Ulama sepakat bahawa makanan paling berkhasiat adalah madu.
Dengan manisnya madu tak sama dengan manisnya gula. Makan gula banyak boleh menyebabkan sakit gula. Gula tinggi. Bertanya pakar dalam madu dan pakar dalam diabetis, katanya adakah madu boleh memudaratkan orang diabetis dan pakar mengatakan tidak. Kalau madu yang betul menjadi asbab kesembuhan diabetis tersebut. Dia jaga maintainkannya.

Oleh itu, makanan paling berkhasiat di dunia ini adalah madu. Maka mukmin sejati mukmin yang produktif iman dan amal soleh adalah hasil paling manis. Paling manis untuk orang tersebut. Untuk dirinya sendiri. Untuk pelakunya dan sebabkannya teringin lagi beramal, berusaha dan ingin menambahkan iman dan keyakinannya lagi .Makin lama makin kuat iman tersebut. Menaikkan semangatnya dalam memberi manfaat kepada manusia.

Mukmin yang baik adalah yang paling banyak manfaat kepada manusia. Hari hari dia akan memberi manfaat. Dan inshaa Allah manfaat dia ada “busyra” dalam surah Yunus . Apabila seseorang itu benar benar dalam imannya dalam keyakinannya pada Allah. Dia akan dapat “busyra”. Busyra di dunia lagi iaitu maksudnya berita gembira. Dalam surah yunus mukasurat 216. Ayat 62, 63 dan 64. Rujuk pada surah ini.


أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Yunus 10:62)

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ
(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.
(Yunus 10:63)

لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمٰتِ ٱللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

(Yunus 10:64)

Ayat ini menceritakan  tentang mukmin sejati ini.Merekalah yang dianggap wali Allah sebenarnya. Jangan anggap wali Allah itu yang boleh terbang yang boleh berjalan di atas air. Wali itu orang yang istiqamah dalam ketaatan.Dia bukan up and down. Mungkin ada up and down namun tidak ketara. Maintain sampai mati. Nampak dia istiqamah dalam kebaikan. 

Kata Allah wali Allah itu orang yang diantaranya tidak ada rasa takut. Kata ulama bukanlah rasa takut pada Allah maksud dia tidak ada rasa takut terhadap dunia terhadap pancaroba kehidupan. Dia yakin bahawa manfaat dan mudarat itu datangnya daripada Allah SWT. Maka dia menghindarkan tetapi dia yakin yang mendatangkan manfaat dan mudarat hanya Allah. Maka hati dia tak takut pada bahaya tetapi dari segi zahir dia menghindar. Takut kita ini dengan pertimbangan iaiitu yakin kita itu dengan pertimbangan. Allah SWT letakkan asbab di muka bumi ini. Setiap asbab tersebut akan ada kesan daripada apa yang kita ambil itu.

Antara ciri khas orang yang tenang dapat menghilangkan rasa takut yang tak sepatutnya mungkin pada peringkat awal muncul tapi dia berjaya untuk minimisekannya. Sampai habis.

Antara ciri khas juga dia tidak ada sedih Kata ulama “khaufun” ini untuk “mustaqbal” untuk akan datang apa yang akan berlaku dan “Yahzanu” untuk perkara yang sudah berlaku. Jadi peristiwa lepas tidak akan menganggu fikirannya. Sesetengah orang dengan apa yang sudah berlaku dia teringat ingat menyebabkan menahan diri dia untuk tidak maju kehadapan. Mara mencari sesuatu yang bermanfaat. Ini tidak baik.Kita perlu betulkan. 

Ciri khas wali yang sebenar iman yang kuat pada Allah SWT dan keyakinan yang tidak terbelah bahagi pada Allah. Dan mereka yang sangat menjaga amalan. Taqwa jika digabungkan dengan iman maka iman berkaitan dengan hati dan taqwa ialah amal soleh.Mereka akan mendapatkan khabar gembira lagi. Kata ulama ketika mentafsirkan ayat ini. Khabar gembira dalam bentuk apa iaitu manfaat manfaat duniawi yang disegerakan oleh Allah. Kebaikan di dunia yang Allah mudahkan. 

Bagi mukmin sejati duniawi ini tidak akan mempengaruhinya. Dunia dia dapat. Tetapi dunia itu ditangan dan bukan di hati. Harta, popular, kemasyhuran digunakan sebaik baiknya di jalan Allah. Maka ketika hasil dia nampak iaitu busyra itu makin semangat ternyata Engkau melihat segala yang aku lakukan yang menyebabkan keyakinan makin bertambah. Memang Engkau tidak sia siakan apa yang telah aku lakukan Ya Allah. Sebab Allah tunjukkan Busyra tadi untuk menjadikan dia makin istiqamah dan semangat.Dalam kebajikan yang tak pernah kenal erti lelah. Disebabkan Allah telah tunjukkan hasil busyra itu yang menyebabkan orang orang ini semakin kuat dan istiqamah dalam melakukan amalannya. 

The more you give the more you get. Tidak ada perubahan dalam janji janji Allah. Antara nikmat sebelum syurga juga antaranya baru berniat untuk dapatkan sesuatu dan sesuatu itu sudah dapat dan berada di depan mata kita. Ketahuilah orang yang istiqamah dalam iman dan taqwa Allah bagi keistimewaan seperti itu.

Lebah semakin dia menghasilkan madu semakin dia bersemangat walaupun kadang kadang madu diambil oleh manusia. Bahkan dia lagi bersemangat dan terus buat dan hasilkan lagi. Demikian juga seorang mukmin ketika manfaat yang dia berikan itu digunakan oleh manusia dia tidak akan berhenti malah terus menerus buat. Kalau dia ada harta dia infaqkan harta. Makin banyak dia bagi. 

Dia makin usaha lagi untuk memberi lagi dan dia tak merasa penat dan putus asa. Jika kamu memberi sesuatu dan orang itu layak untuk menerima sesuatu tersebut. Memang orang itulah yang layak. Jangan kita rasa kecewa apabila bantuan yang kita beri itu tidak sampai kepada yang sepatutnya. Apabila penerima itu tidak layak maka engkaulah yang memberi itu yang layak melakukan kebaikan itu. Jangan sedih dan yang berlaku biarkan berlaku ada hikmahnya. Inilah mukmin yang produktif dia sentiasa menghasilkan manfaat tidak kiralah manfaat itu diambil oleh orang lain. Justeru dia merasa bahagia apabila ada orang yang mengambilnya dan memanfaatkannya.

Point 31, iaitu lebah ini diantara makhluk Allah yang tidak berputus asa. Apabila lebah ini jatuh dan dia akan bangkit balik. Dan terbang semula. Terjerumus pada lumpur dia akan cuba cari jalan cara untuk keluar sedaya upaya. Lebah terkenal dengan bangkit kembali. Bangun apabila terbaring

Bukan bermakna mukmin itu tidak akan jatuh atau tidak pernah jatuh tidak pernah melakukan kesilapan. Mukmin sejati akan bangkit dan keluar daripada kesalahan tersebut dengan mengambil pelajaran dan  pengajaran.dengan mengambil satu kefahaman satu hikmah. 

Mukmin yang sejati apabila dia melakukan kesalahan dia akan melakukan tafakkur, muhasabah diri dia check balik diri dia apa yang dia dah buat. Muhasabah diri yang betul menyebabkan kita bangkit daripada kesalahan yang dilakukan dan membuat perkara yang lebih baik lagi dan menaikkan semangat diri lagi. Itulah mukmin sejati. Orang yang beriman yang sampai level taqwa mukmin yang paling tinggi darjat disisi Allah adakah dia tak melakukan dosa? Ada. Maka Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135.

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

(Ali Imran 3:135)

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Keji itu merupakan perbuatan yang sangat tercela. Keji ini pernah melakukan seperti zina. Perkara yang tak elok. Seperti tidak menjaga solat dan semua perkara yang wajib ditinggalkan. Namun dia tidak berlama lama dalam kemaksiatan tersebut. Lalu dia ingat Allah dia berzikir dia solat maka ketika itu dia pulihkan hatinya. Zikir akan membantu hati membersihkan hati. Meminta ampun kepada Allah. Hanya Allah yang boleh mengampunkannya. Allah SWT gantikan keburukannya itu dengan keampunan dan juga kebaikan kebaikan yang lain. 

Mukmin yang sejati ialah mukmin yang belajar dari kesalahannya. Ulama menambahkannya ada 3 elemen penting dalam taubat untuk membantu taubat kita itu diterima oleh Allah SWT jika ia berhubungan dengan dosa dengan Allah SWT tapi bila dosa berkaitan dengan manusia.tambahkan satu lagi jadi 4. Apakah yang menjadi 3 asas pada penerimaan taubat pada kesempurnaan taubat disisi Allah SWT.

• Menyesal.
• Meninggalkan perbuatan dosa tersebut.
• Berjanji dan berazam

 Sekiranya dosa berkaitan dengan manusia dan barang yang diambil mesti pulangkan balik tidak cukup dengan hanya minta maaf dan mesti pulangkan balik barang yang diambil. Apabila berkaitan dengan maruah manusia kita kena minta maaf dan ia berkaitan dengan sebarkan aib kena isytiharkan bahawa si fulan yang disebarkan aib itu tidak seperti yang digambarkan.

 Bangkit daripada kesalahan dan jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Terutama dengan bisikan syaitan yang mahu menunda nunda taubat kita. Yang benar ialah Apabila kita melakukan dosa kita cepat bertaubat dan banyak kali ingat Allah. Tanda sempurnanya lagi tanda penyesalan kita itu kita lengkapkan lagi dengan solat sunat taubat. Allah suka melihat orang taubat.


................

No comments:

Post a Comment