Ramadhan 9 , 2.5.2020
Tadabbur Surah An Nahl
Menjadi Mukmin Produktif
Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Surah An Nahl, Ayat 14 ke 18
وَهُوَ ٱلَّذِى سَخَّرَ ٱلْبَحْرَ لِتَأْكُلُواْ مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُواْ مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى ٱلْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُواْ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
(An Nahl 16:14)
وَأَلْقَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ رَوٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهٰرًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk,
(An Nahl 16:15)
وَعَلٰمٰتٍ ۚ وَبِٱلنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ
dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.
(An Nahl 16:16)
أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لَّا يَخْلُقُ ۗ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.
(An Nahl 16:17)
وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nahl 16:18)
Dari segi tafsir, ayat 14 menerangkan nikmat2 dari laut iaitu sebagai makanan segar yg terbaik untuk kesihatan kerana daging yang segar dan dapat mengeluarkan perhiasan..permata...mutiara. Ada kapal dan bahtera untuk transportasi laut dan pengangkutan barang.
Laut juga tempat utk mendapatkan kurnian Allah...termasuk minyak dan mineral. Lautan mengandungi khazanah yg boleh membantu kehidupan manusia. Manusia perlu bersyukur. Sangat hebat dan dahsyat kurniaan Allah di bumi langit dan laut. Perlu bersyukur dengan sebaiknya. Diakhirnya akan menuntut manusia apabila betul pandangan mata dan hati kita akan banyak bersyukur
Ayat 15
Nikmat Hissi yg lain..gunung dan bukit ditancapkan agar bumi kukuh dan tak hoyang hayang. Adanya sungai mengalir dalam simpanan guning dan bukit..tersimpan dalam perut gunung. Bila ada sungai ada jalan jalan. Ada sungai ada kehidupan...Jalan mengikuti jalan sungai. Mudahan dgn jalan tersebut kamu akan dapat petunjuk untuk sampai destinasi. Gunung, Sungai dan Jalan menjadi petunjuk destinasi.
Ayat 16
Selain itu Allah buat petunjuk yang lain *Alamat* . Mewujudkan dan Menunjukkan tanda2 yg banyak atas dasar kasih sayang pada manusia. Manusia istimewa. Diciptakan banyak perkara.Antara cara manusia mencari arah dan destinasi ialah dengan adanya bintang. Memgambil Petunjuk dgn bintang2
Ayat 17
Matlamat Allah menyebutkan nikmat ciptaan utk manusia adalah untuk kita faham perbezaan Allah dengan tuhan2 lain yg direka manusia yg lain. Allah yg kita sembah dan mohon petunjuk mampu menciptakan dan menjadikan macam2. Tuhan manusia lain spt berhala tak boleh buat. Yahluqu.
Dalam surah Al fatihah dan doa iftitah dijelaskan ini.
Allah menunjukkan pada kita ciptaan dan mahkluknya untuk kita mengenal diri Allah bahawa dia lah Tuhan yg layak disembah kerana dia mencipta mengadakan dan membekal kehidupan pada manusia.
*Alam* - tanda petunjuk utk mengenal sesuatu..mengenal Allah. Alam dicipta untuk mengenal Allah. Dari alam kita dapat ilmu. Ilmu paling utama adalah ilmu mengenali Allah . Ilmu lain termasuk ilmu bumi lautan biology bintang dll melalui perhatian Alam. Ilmu yg betul adalah ilmu yang ilmu yg mengenal Pencipta yang mencipta Alam dan ini memerlukan Tafakkur untuk sampai hikmah. Hikmah paling besar ialah mengenal Allah. Ayat ini mengajak kita mengenal Allah. Selanjutnya
Ayat 18
Jika kamu hitung2 nikmat Allah..kamu tak mampu menghitung. Muara drpd Allah menyebutkan segala alam dan makhluk ciptaan Allah untuk mengenal diri Allah dan selanjut mengenali segala nikmatnya.
Bila manusia kenal segala nikmat Allah kita selanjutnya perlu bersyukur.
Realiti manusia macam mana pula? Ramai tidak bersyukur.
Surah Ibrahim, ms 260, ayat 34
وَءَاتَىٰكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ ٱلْإِنسٰنَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).
(Ibrahim 14:34)
Allah telah beri segala yg kamu minta dan doakan dahulu. Satu cara untuk check bahawa Allah telah makbulkan doa kita..dengan ingatkan doa doa yg lepas. Akan pasti jumpa banyak doa kita Allah makbulkan...cuma kita tak perasan. Doa nak belajar and graduate..doa kerja dapat.doa perniagaan....doa jodoh..doa anak...dll.
Manusia lupa. Ayat ini bukan melarangkan kita menghitungkan nikmat Allah. Hitunglah..bagus sebenarnya. Brp banyak umur rezeki dan nikmat. Hitunglah utk bersyukur sebanyaknya. Kesimpulannya nanti kita tak boleh nak hitung sebab teramat banyak.
Realitinya manusia banyak berlaku zalim..tidak menempatkan sesuatu pada tempatnya. Lawannya ialah adil. Kita banyak zalim..yg nikmat kita anggap laknat...manfaat kita anggap mudharat...kufur nikmat * menutup nikmat...
Kafar* tutup benih dengan tanah. Nikmat ada tapi tertutup padanya. Orang kafir disebut kafir kerana ada kebenaran tapi menutupinya..tak mahu terima kebenaran
Realiti manusia yg zalim dan kufur diberi peluang oleh Allah. Allah tahu kekurangan manusia, dalam surah An Nahl..Allah tutup hujung ayat 18 sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Kezaliman yg kamu lakukan dan kekufuran yang kamu lakukan , Allah bagi peluang utk bertaubat.
Bagi peluang untuk taubat..mohon ampun..Allah Maha Pengampun. Allah sedar kekurangan manusia maka Allah bagi jalan keluar.
Ini menunjukkan betapa sayany Allah pada manusia. Salah..diberi peluang utk dimaafkan. Sentiasa Allah bantu dan mudahkan manusia. Ketika silap...Allah bukak pintu taubat seluasnya..seluas langit dan bumi...anytime anywhere any condition.
Ini yg Allah ingin kita faham dengan ayat2 ini..dgn nikmat yg disebut kita kenal Allah dan sedar nikmatnya dan mensyukuri. Kalaupun terlupa..cepat bertaubat.
Taddabur
Bahawasanya bagaimana hidayah yg kita peroleh. Ketetapan Allah perlukan usahakan dan ketetapan itu ditunjukkan dgn hidayah dan petunjuk. Petunjuk pada diri kita, langit bumi air lautan tumbuhan dll. Berusahalah untuk mendapat petunjuk dengan doa dan munajat. Allah sentiasa beri kita petunjuk
Hidayah Irsyad. Semua dpt. Cuma bukan semua org yg menggunakanya.
Urutan untuk memfaatkan hidayah
1. Kumpulkan info dan data dari hidup dan alam.
2. Gunakan segala deria pancaindera untuk memahami mengkaji sehingga dapat ilmu pengetahuan..*yangqilun
3. Amalkan..laksanakan..practise dan ianya akan masuk dalam hati dan jiwa..experience dari pengalaman...kemudian ada pemahaman lain..hayati...kait dengan Allah..bertafakkur dan kita akan dapat kebaikkan dalam bentuk hikmah.
Keistimewaan hikmah ialah apabila nanti berhadapan dgn sesuatu perkara akan cuba bandingkan dengan hikmah yg diperoleh pada pengalaman yant lepas.
Selapas dapat hikmah ada yazaqarun(pelajaran)...selepas tafakkur(zikir dan fikir) akan dpt hikmah. Nanti disituasi sama....kita akan ingat balik hikmah kita dapati sebelumnya... dan akan cuba buat sesuatu dgn cara yg hikmah.
Allah akan menjadikan pengalaman lepas utk membantu kita pada situasi baru.
Lepas itu u yg baru akan ajar kita benda baru untuk masa hadapan...dan seterusnyaa..hari demi hari tambah ilmu hikmah dan bijaksana..makin matang.
Dalam tiap ujian kita hadapi kita collect hikmah dan pengajaran dari padanya . Taffakur dan kemudian yazaqarun. Teringat situasi lama dan compare. Sekiranya betul berfikir, tafakur dan banding2 kita akan tambah rasa syukur ..rasa amat bertuah dalam hidup kita. Kerana dengan Hikmah akan membantu segala urusan..akan nampak banyak jalan mudah kalau gunakan potensi kita sebetulnya. Terdapat Banyak jalan mudah . Potensi kita amat besar berbanding ujian.
Al Baqarah, 155
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصّٰبِرِينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2:155)
Pasti kami akan uji kamu ***dengan sedikit****bi syaiin. Sedikit!. Rasa takut. Pointnya ialah sedikit supaya kita memahami kedudukan ujian yg kita hadapi, iaitu sedikit dan kecil dibandingkan dgn potensi diri kita. Nature ujian Allah adalah kecil. Berbandinf potensi yang dianugerahkan pada kita.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكٰفِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(Al Baqarah 2:286)
We have Big potential. Compare ujian dgn potensi..kita dapati ujian hanya sikit. Allah takkan uji dengan sesuatu yg melebihi kemampuan. Kalau potensi 100...ujian 10 atau 20.
Jangan besarkan dan melebihkan ujian..zalim pada diri. Nikmat dikecilkan. Tak kene tempat. Kita akan dapat faham nilai2 Allah ajarkan pada kita..Al Quran sebaik baik panduan untuk kehidupan. Kita pasti diuji sepanjang masa sampai kita mati. Muda dan Tua. Ujian akan bersambung ke ahkirat kalau tak lalui ujian dunia dgn baik.
Kalau siakan hidup dan ujian...dan tak usaha sabarkan diri kita akan menghadapi ujian kubue alam barzakh mahsyar titian sirat. Orang beriman hanya akan diuji di dunia. Lepas itu dia menerima hasil amal solehnya di dunia.
Sumber rezeki kehidupan kita seluas nya. Petunjuk Allah merata rata...jadi rezeki Allah ada dimana mana. Kalau ditakdirkan berada di kampung...ada rezeki. Rezeki kita ada dimana mana...darat laut langit...
Maka utk jadi mukmin produktif..buka hati dan diri utk menerima rezeki yang bermacam macam ini..ia blh datang dari laut langit darat. Maka dgn membuka diri kita dgn peluang...Allah akan tunjukkan jalan macam macam. Nanti jadi kreatif.. boleh buat macam macam tapi kita perlu ke focus dgn kemampuan dan keadaan. Dalam melihat rezeki..lihatlah sebagai pelbagai.
Jadi seperti lebah...di padang pasir boleh hidup...hutan..gunung..berbagai jenis madu bandar..kampung...seorang mukmin yg digambarkan spt lebah boleh hidup mana2. Jangan malas. Kene usaha sungguh2
Ambil peluang untuk menguasai ekonomi pertanian..perikanan..yg disebutkan oleh Allah dengan ayat ini. Orang beriman sentiasa memanfaatkan nikmat Allah sebaiknya. Itu tanda syukur dia pada Allah.
Bersyukur pada 3 cara
1. Qalbi/hati - kene sedar segala nikmat kita dari Allah
2. Lisan - menyebut Nama Nama Allah
3. Perbuatan yg menunjukkan ketundukan kita pada Allah. Kongsi manfaat. Manfaat nikmat2 Allah berikan.
Orang Islam semestinya kreatif dan innovatif. Jangan buntu. Mesti jadi orang produktif dan memberi manfaat sebanyak banyaknya.
Kalau malas fikir means kita menolak hidayah Allah. Kunci utk hidup adalah berfikir. Allah akan bantu. Bantuan Allah bermula dengan fikir. Zikir dan kemudian fikir. Tanpa zikir, fikir akan penat dan takut selewang.
Kita dituntut utk belajar. Org beriman sentiasa buka dirinya utk mempelajari benda baru.
❤Zikir Fikir Buat!
Buat utk nampak hasil dan natijah
Usahakan...ikhtiarkan
Belajar dari kesilapan...bangkit
No comments:
Post a Comment