Thursday, 14 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 23 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 16.05.2020



Nota Perkongsian Ramadhan Hari 23(16.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 56-60
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar. Selawat pada Nabi SAW  dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

وَيَجْعَلُونَ لِمَا لَا يَعْلَمُونَ نَصِيبًا مِّمَّا رَزَقْنٰهُمْ ۗ تَٱللَّهِ لَتُسْـَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَفْتَرُونَ
Dan mereka sediakan untuk berhala-berhala yang mereka tiada mengetahui (kekuasaannya), satu bahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepada mereka. Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanyai tentang apa yang telah kamu ada-adakan.

(An Nahl 16:56)

وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ ٱلْبَنٰتِ سُبْحٰنَهُۥ ۙ وَلَهُم مَّا يَشْتَهُونَ
Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (yaitu anak-anak laki-laki).

(An Nahl 16:57)

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِٱلْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُۥ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ
Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.

(An Nahl 16:58)

يَتَوٰرَىٰ مِنَ ٱلْقَوْمِ مِن سُوٓءِ مَا بُشِّرَ بِهِۦٓ ۚ أَيُمْسِكُهُۥ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُۥ فِى ٱلتُّرَابِ ۗ أَلَا سَآءَ مَا يَحْكُمُونَ
Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.

(An Nahl 16:59)

لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ مَثَلُ ٱلسَّوْءِ ۖ وَلِلَّهِ ٱلْمَثَلُ ٱلْأَعْلَىٰ ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(An Nahl 16:60)

Tafsir Ringkas:

Amalan dibuat buat dan bukan berdasarkan syariat. Mereka menyediakan makanan/minuman /bahagian khas utk sembahan berhala mereka , dari rezeki yang Allah berikan. Allah bersumpah - Demi Allah , apa yang kamu ada adakan pasti akan dipertanggungjawabkan.

Lebih parah, kafir quraisy mempunya keyakinan Allah ada anak dan menjadikan anak untuk Allah, anak perempuan. Mereka berkeyakinan malaikat2 adalah  anak anak dan anak perempuan. Ada sebahagian kabilah - kabilah . Bila ditanya macam mana  Allah ada anak perempuan. Mereka jawab - Allah kahwin dengan jin dan lahirkan malaikat.

Subhanuhu - Maha Suci Allah

Mereka nisbahkan anak perempuan pada Allah dan untuk mereka anak lelaki. Mereka nak anak lelaki sahaja. Hanya suka lelaki. Aib bila dapat anak perempuan. Marah dan tak boleh terima. Allah tempelak /kecam mereka kerana sikap buruk mereka. 

Mereka rasa malu dengan apa yang mereka dapat..berita dapat anak perempuan, mereka cuba untuk menyembunyikan diri disebabkan berita buruk yang mereka dapat...mereka rasa dalam dillemma. Adakah nak biar anak perempuan hidup sedangkan mereka rasa terhina atau mereka tanam anak perempuan hidup hidup. Mereka anggap tak salah dengan berpandukan kisah Nabi Ibrahim dan Ismail. Sah menyembelih anak. Boleh-boleh sahaja...mereka bunuh. Gali dan tanam anak dan timbus, anak menangis dia tak kisah

Kisah Nabi Ibrahim adalah kisah pergorbanan seorang ayah dan anak semata mata kerana ketaatan pada Allah. Ianya bukan syariat membunuh anak. Pengorbanan untuk beri apa yang dikasihi kerana Allah. Allah ganti Nabi Ismail dengan kibas.

Apa mereka tetapkan/putuskan itu - menanamkan anak mereka hidup hidup adalah satu yang parah dan dashyat.  Orang 2 tak berima pada hari akhirat ada sifat sangat buruk, suka buat perangai tak elok, kejahatan apa pun boleh buat bila tak 
Iman pada hari akhirat, menahan dari buat benda yang jahat. Kerana semua yang dilakukan akan dipertanggungjawab di akhirat
Perbuatan mereka teruk/parah / dahsyat.

Allah tidak akan buat begitu.
Sifat yang tinggi dan hebat dan tidak akan buat perkara tersebut
Sifat Mulia Allah - Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Tafsir - menjelaskan maksud ayat sepenuhnya
Tadabbur - mengambil pelajaran dengan mengkaitkan ayat itu dgn ayat sebelum selepas dan pada diri dan lebih pada penyucian jiwa. Hati yang tak suka tadabbur - maksudnya hati terkunci. Kalau suka, maksudnya terbuka dan insya Allah Hidayah dan Rahmat Allah akan masuk ke hati kita.

Tadabbur-
وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ
Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.
(An Nahl 16:53)

ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain),
(An Nahl 16:54)

لِيَكْفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيْنٰهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُواْ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).
(An Nahl 16:55)

Ikhas yang hakiki berlandaskan mengenali Allah dan Tauhid yang sebenarnya. Ikhlas yang betul memang kita kenal siapa Allah dan semua balik kepada Allah. Jelas tujuan adalah untuk Allah yang SATU. Semua dilakukan dikembalikan pada yang SATU. Ikhlas dibelakang adalah . Makrifatullah - betul betul kenal Allah, tahu bertapa Rahman, Rahim, RAuf...
Hanya untuk yang SATU

Surah Al Ikhlas -
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa. (Al Ikhlas 112:1)
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.(Al Ikhlas 112:2)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,(Al Ikhlas 112:3)
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".(Al Ikhlas 112:4)

Ikhlas yang benar akan menghantar kepada sifat/maqam selanjutnya iaitu SYUKUR
Syukur yang perlu tanamkan dalam diri kita. 

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّ
Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)

Syukur ada 3 komponent
1. Menyedari apa saja kita dapat dari Allah. Allah yang bagi segalanya. Alhamdulillah
2. Memuji Allah tak berhenti. Syukur yang amat sangat
3. Menggunakan nikmat  sebaiknya  ke jalan yang diredhai /dibenarkan Allah SWT - Amalan dan perbuatan. Perkara dimurkai kita takkan langsung buat.

Syukur menyedari kita pada segala nikmat Allah
Syukur yang lebih hebat apabila masih mengingat Allah ketika ditimpa musibah. Masih mengingat kebesaran Allah ketika ditimpa musibah . Syukur yang baik ingat Allah masa susah. Bila susah, tak ingat nikmat Allah - itu syukur yang tak lengkap.
Tandanya - hanya mohon padaNYA. - Bantulah Aku Ya Allah

ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ
dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.

Allah akan mengingatkan manusia akan nikmat nikmat kurniannya ketika mereka ditimpa ujian. Masa susah, syukur sangat penting untuk mengeluarkan kita daripada kesusahan. 

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِـَٔايٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): "Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah". Sesunguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.(Ibrahim 14:5)

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ ٱذْكُرُواْ نِعْمَةَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَىٰكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَآءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَآءَكُمْ ۚ وَفِى ذٰلِكُم بَلَآءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu".(Ibrahim 14:6)

Hari Hari Allah - hari yang Allah tolong kita, Allah muliakan kita
Yakin , Allah akan tolong kali ini, sebab sudah banyak pertolongan Allah bagi dulu
Cara keluar dari kesusahan - Ingat pada pertolongan dahulu dan bersyukur
INGAT balik semuanya

Syukur yang betul bukan hanya pada masa senang, syukur kene bawa pada masa kita susah - dan menyebabkan kita mudah untuk sabar. Kalau takde syukur , susah nak sabar. Mcm mana nak sabar sebab tak syukur, rasa marah dan meluat

Syukur yang betul adalah pada masa nikmat dan susah. Tanda syukur masa susah, adalah hanya meminta pertolongan pada Allah. Jangan ambil pendekatan orang yang salah dalam menanggapi kesusahan . Iaitu tidak syukur

ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain),

Kita akan merasakan Allah sangat dekat dan penyayang dengan kita. Hati kita makin merapat dengan Allah. Makin YAKIN hanya Allah 
Syukur adalah sepanjang MASA. Alhamdulillah adalah pada setiap masa

Sunnah Nabi ketika mendengar musibah - kita Al Azkar karangan Imam Nawawi
Zikir ketika mendengar musibah
Alhamdulillah, Innalillah.....
Allah bagi pahala yang BESAR.

Kenapa perlu syukur ketika ditimpa musibah? - kerana ada pahala BESAR dengan sabar.
Ingat segala nikmat Allah sebelum ini. 
Pahala SABAR besar 
Balasan Pahala sabar- hanya Allah yang tentukan, tak terkira
Jangan ingat yang hilang, ingat yang masih ada. 

Allah tolong kita, dengan cabut asbab lain yang biasa tolong kita, sampai takde yang boleh tolong kecuali DIA. Makin sedar kita pada keesaan Allah. Hanya DIA yang boleh menolong kita. Menyedarkan kita untuk mengenali ALLAH. 

Apabila seseorang dapat nikmat dan tidak bersyukur dengan betul - nikmat itu hanya sementara. Seronoklah dulu . Semua akan bungkus dan terduduk, hina- tiada apa2

لِيَكْفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيْنٰهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُواْ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).
(An Nahl 16:55)

Apabila keluar dari kesusahan, makin yakin pada kuasa dan tauhid Allah - Insya Allah nikmat itu berkekalan. Malah akan bertambah/lebih baik kalau dapat bersabar

Perlu mengiring semua keadaaan dengan rasa syukur dan rasa limpah ruah - nikmat Allah termasuk segalanya -- seluruh ciptaan alam , keluarga dll.

Kenikmatan yang selalui diriingi syukur yang betul akan menyebabkanmakin banyak amal soleh yang kita buat -nikmat berkah - mudah untuk membuat kebaikkan , macam2 boleh buat dan dimudahkan urusan - berkah.

إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثٰرَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
(Yaa Siin 36:12)

Tinggalkan kesan (tapak) kebaikkan didunia. Asar' - Mudah -Mudahaan Allah ambil sebagai amal jariyah untuk kita. 









No comments:

Post a Comment