Friday, 7 February 2020

Nota 2012 -Himpunan Doa-Doa Dalam Bahasa Melayu

Monday, 28 May 2018

Nota 2012 -Himpunan Doa-Doa Dalam Bahasa Melayu



Doa Lepas Solat dalam Bahasa Melayu (Hafalan)  (Written in 2012)

PUJIAN
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar dan tiada keupayaan mentaati perintahMu dan tiada kekuatan untuk menjauhi laranganMu melainkan dengan izinMu Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Maha Suci Allah dengan pujian Yang Maha Mulia di waktu pagi dan petang.
Selawat serta salam ke atas Rasullullah SAW
Engkau ya Allah Maha Penyabar, Maha Mulia, Maha Agung yang menyukai keampunan
Penyaksian
Ya Allah, Engkaulah pemeliharaku, tiada Tuhan selain Engkau yang menciptakan aku
Aku ini hamba-Mu, memenuhi janji dan ikatan pada-Mu sejauh kemampuanku

DOA
Wahai Allah/Ya Allah/Wahai Tuhan sekalian Alam, Sesungguhnya
PART 1 – Akhirat/Lepas Mati

Aku memohon dari-Mu keampunan dan kesejahteraan dan penolakan yang berkekalan terhadap bala bencana pada agama, dunia dan akhirat dan kemenangan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari azab api neraka

Peliharalah aku dari azab-Mu di hari yang Engkau kelak membangkitkan hamba-hamba-Mu.
Anugerahkanlah aku syurga tanpa dihisab

Aku mohon kepada Mu keredhaan dan syurga-Mu, dan aku berlindung pada-Mu dari murka Mu dan seksa neraka

Aku berlindung pada Mu dari fitnah kubur, fitnah kehidupan dan derita kematian

Rahmatlahkan roh kami, tutupkan keaiban dan kecacatan sesudah mati dan mudahkan mayat kami dimandikan dan disembahyangkan oleh orang yang solihin dan bertakwa dan luaskanlah kubur kami dan jadikanlah kubur kami dari satu taman dari taman2 syurga dan bukan satu kawah dari kawah api neraka

Lindungilah aku dibawah naungan siggahsana-Mu pada hari yg tidak ada naungan selain dari naungan-Mu dan tidak ada yang tinggal kekal selain dari Zat-Mu dan berilah aku minuman dari telaga nabi Muhammad SAW dengan satu minuman yang lazat, nyaman, sesudah itu aku tidak haus untuk selamanya

Aku mohon pada-Mu syurga serta nikmatnya dan apa-pun yang dapat mendekatkan kepadanya, baik ucapan ataupun amal perbuatan dan aku berlindung pada-Mu dari neraka serta apapun yang mendekatkan aku kepadanya baik ucapan ataupun amal perbuatan

PART 2 - Dunia untuk akhirat
Cintakanlah kami pada iman dan perindahlah ia dihati kami, bencikanlah kami pada perbuatan kufur, fasik, maksiat dan derhaka serta masukkanlah kami ini dalam golongan orang yang mendapat petunjuk

Aku berlindung pada mu dari keraguan dan syirik, pertengkaran, munafik, buruk budi perkerti, buruk pandangan dan salah urus terhadap harta benda keluarga
Kurniakanlah haji yang mabrur, Sa’e yang diterima, dosa yang diampuni, amal soleh yang diterima dan usaha yang tidak akan mengalami rugi

Keluarkanlah aku dari kegelapan ke cahaya yang terang benderang
Puaskanlah aku dengan anugerah yang telah engkau berikan, berkatilah untukku atas semua yang engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa2 yang hilang dari ku dengan kebajikan dari-Mu

Engkau mempunyai banyak hak yang ada diantara aku dengan-Mu dan banyak kewajipan yang ada di antara aku dengan makhluk-Mu – Ampunilah kesalahanku terhadap-Mu dan apa pun kesalahanku antara makhluk-Mu, bebaskanlah aku darinya

Cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal, terhindar dari yang haram dan dengan bebuat taat kepada-Mu dari perbuatan derhaka dan dengan nikmat kelebihan-Mu dari mengharapkan orang lain selain dari-Mu

Aku mohon pada Mu iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang selalu berzikir, rezeki yang halal dan baik, taubat nasuha dan taubat sebelum mati

Aku memohon pada-Mu iman yang kekal yang melekat terus dihati, keyakinan yang bersungguh sehingga aku dapat mengetahui bahawa tiada sesuatu yang menimpa aku selain dari yang telah Engkau tetapkan bagi-Ku. Redhailah aku terhadap apapun yang Engkau berikan padaku

Janganlah Engkau biarkan sesuatu dosapun kecuali Engkau ampunkan, tiada satu dosapun kecuali Engkau lapangkan, tiada suatu hajat keperluan kecuali Engkau penuhi dan mudahkan maka mudahkanlah segenap urusan kami dan lapangkanlah dada kami, terangilah hati kami dan sudahilah semua urusan kami dengan baik

Berilah petunjuk dan taufiq kepada kamu, peliharalah kami daripada terjerumus dalam kejahilan dan kemusnahan, selamatkanlah kami dari segala penyakit jiwa, kerana seungguhnya ia adalah seburuk-burk penyakit, jadikanlah kami ke dalam golongan orang yang menjauhkan dari dari runtunan hawa nafsu yang buas semata-mata untuk mendapat keredhaanMu

PART 3 – Dunia Keseluruhan

Perlindungan dari syirik, fasik dan munafik

Memohon untuk senantiasa mengingati dan mentaati Allah dan peroleh kemaafan

Perbaikilah dan terima amalan kami dan jadikanlah amalan kami amalan ikhlas semata-mata mencari keredhaanMu

Bersihkan hati dari lalai dalam solat, sombong, takkabur, bakhil kedekut, hasad dengki, buruk sangka, riak

Kesihatan yang baik, jauh dari segala penyakit berat/kronik/serius termasuk penyakit hati
Panjangkan Umur dalam keimanan, ketaatan dan ketaqwaan. Ambil kami setelah kami menunaikan sekalian kewajipan kami kepada hamba-hambaMU dan mohon kami dapat hidup lama dunia dalam ketaatan, kebahagian dan keredhaan-MU dan kami dapat mendidik anak2, cucu dan cicit kami , selesaikan segala amanah dan cita-cita kami dan langsaikan segala hutang dengan manusia dan pada pencipta.

Memohon kesabaran dan jiwa yang bertaqwa melalui khusyuk dalam solat 5 waktu
Kebahagian Sekeluarga, Jodoh yang bahagia yang berkekalan, Saling kasih mengasihi, cinta mencintai dan kasihan mengasihani

Doa untuk kedua IbuBapa, Nenek Moyang, Packcik, Makcik, Saudara dan mereka yang terdahulu – ampun dosa, panjang umur dalam ketaatan, kesihatan yang baik, murahkan rezeki dan jadikan mereka hamba yang beriman dan bertakwa hingga akhir hayat

Keturunan yang baik, doa anak cucu mendirikan solat, anak yang - soleh, baik, amanah, cerdik-bijaksana, taqwa, sopan,

Menolak bala, bencana, kemudaratan, kemalangan, malapetaka, kejahatan, musuh
Perlindungan daripada gangguan syaitan, nafsu,perbuatan maksiat, orang kafir, buruk perangai dan sikap negatif

Kelapangan hati, kesabaran dan keredhaan dan permudahkanlah kami menitis air mata dalam solat dan doa kami

Rezeki yang murah, banyak, sehalal-halalnya dan berkat– peluang perniagaan, memudahkan bayaran hutang sendiri dan syarikat, jadikan segala/setiap satu usaha dan keringat dalam perniagaan sesuatu yang mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah dan bukan usaha yang sia-sia. Mohon Harta dan kekayaan yang diberkati

Kejayaan dalam pelajaran dan kerjaya

Ilmu yang manfaat yang menjadikan kami hamba yang soleh dan perlindungan dari ilmu yang tak guna, permudahkan perfahaman dan kuat Ingatan
Permudahkan urusan harian dan keringanan

Eratkan perhubungan silaturrahin kami dengan penuh hormat, kasih sayang dan kelembutan.

·  Doa untuk umat islam yang dizalimi orang kafir dan orang islam sendiri di Palestin, Myanmar,Syria, Afghanistan dll –kemenangan dan kekuatan kepada mereka

Khusus (untuk solat hajat)
Doa mendapat khusyuk hati dalam setiap solat dan amalan, serta dipermudahkan pemahaman dan kekuatan ingatan dan niat yang ikhlas semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT

Doa memperoleh rezeki yang luas, banyak dan halal, jadi hartwan yang dermawan

Doa mendapat hidayah/nur yang terang-benderang setiap saat dalam hidup

Doa untuk musafir dalam perjalanan tertentu

Doa khusus untuk hal-hal perniagaan
-Perolehan/Jualan yang banyak dan perniagaan yang menguntungkan
-Kejayaan mendapatkan kontrak/tender
-Kakitangan yang bijak, rajin,setia, amanah dan dedikasi

Doa khusus perhubungan silaturrahim antara orang-orang tertentu - sambungkan, pulihkan, perbaiki

Doa khusus untuk kejayaan dalam peperiksaan anak2

Doa khusus untuk menghilangkan kesusahan, stress, penyakit tertentu

Doa khusus untuk anak - perubahan sikap, kejayaan, keselamatan, kesihatan

Doa khusus untuk dapat anak

PART 4 - Penutup

Aku memohon pada-Mu segala hal yang mendatangkan rahmat mu dan segala ampunan mu, selamat dari segala dosa dan beruntung dengan mendapat pelbagai kebaikkan, beruntung mendapat syurga, terhindar dari seksa neraka

Aku mohon pada-Mu kebaikkan yang diminta oleh Nabi Muhammad SAW dan aku berlindung pada-Mu dari kejahatan sebagaimana yang diminta oleh Nabi Muhammad SAW.

Aku mohon pada mu iman yang sempurna, keyakinan yang benar, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang selalu berzikir, rezeki yang halal dan baik, taubat nasuha dan taubat sebelum mati, ketenangan ketika hendak mati, keampunan dan rahmat sesusah mati, keampunan ketika dihisab, keberuntungan memperoleh syurga dan terhindar dari neraka dengan rahmat kasih sayang-Mu dan berilah aku tambahan ilmu pengetahuandan masukkanlah aku ke dalam golongan orang2 yang soleh

Aku mengharapkan rahmat-Mu, kasih saying-Mu, aku takut akan seksa-Mu, aku mohon kepada-Mu agar Engkau tinggikan namaku, hapuskan dosaku, perbaiki segala urusanku, bersihkan hatiku, berilah cahaya kelak dlam kuburku. Berilah ampunan dosaku dan aku mohon padamu martabat yang tinggi didalam syurga

Matikanlah kami dalam keadaan muslim, hidupkanlah kami dalam Islam dan masukkanlah kami ke dalam golongan orang2 yang soleh tanpa kehampaan dan fitnah.

Perkenanlah permintaan dan hajat2 kami, terimalah daripada kami permintaan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, sesungguhnya Engkau Penerima Taubat, Lagi Penyayang dan janganlah Engkau menyeksakan kami dengan sebab kami melakukan dosa-dosa besar dan kecil

No comments:

Post a Comment