Friday 7 February 2020

Nasihat, Kata-Kata Hikmah, Soal Jawab

Wednesday, 11 July 2018


Nasihat2, Kata-Kata Hikmah, Soal Jawab

"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa. Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud). Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran. Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya. Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar. Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah). Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"

Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. Amin.

*********************************************************************************************************

(كدر الجماعة خير من صفو الفرد)
Keruh berjamaah lebih baik daripada jernih bersendirian.


Kata2 Imam Ali bin Abi Talib

*********************************************************************************************************

Soalan : Ustaz, bila kita rancang ibadah khusus harian kita, iaitu termasuk solat sunat, mengaji, zikir, qiyam dll (seperti mana kita buat pada bulan Ramadhan), kemudian kita tak dapat laksanakan rancangan kita atas beberapa sebab, apakah pendekatan dan hikmah kita perlu ambil ? 

Pertama - Bersyukur dengan sebaik baik syukur dengan apa jua Ibadah Khusus dan Umum yang Allah izinkan kita pada ketika dan hari itu walaupun jauh kurang dari rancangan/target harian kita.

Takdir dan Pemberian ALLAH tetap yang terbaik untuk kita. Kita Merancang (tiada salahnya dan baik ), Tuhan juga Merancang. Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Jadi, kalau kita berusaha merancang sehabis baik masa/jadual kita dengan niat untuk mendapat kasihan belas Allah, maka berbahagialah wahai hamba Allah, kerana dengan rancangan kita yang sudah baik itu , Allah takdirkan rancangan LAIN dari apa yang kita rancang, maka kita MESTI YAKIN apa yang ALLAH rancang untuk kita JAUH lebih baik daripada rancangan kita yang sudah kira tip top itu. 


Kedua - Berbaik sangka dengan Allah. Jangan sekali menganggap ianya balasan atas dosa/kekurangan kita dan yang Allah semakin menjauh daripada kita.

Allah sentiasa dekat  (urat leher) dan melihat kita dengan penuh kasih sayang dan kasihan belas WALAUPUN  kita tiap kali janji dan kemudian buat salah lagi, gagal lawan hawa nafsu lagi, lembik dengan godaan manusia dan syaitan lagi, lemah, malas, longlai lagi, buruk sangka lagi, niat buruk lagi.....

Hanya kita yang rasakan Allah jauh kerana kekhilafan kita sendiri. NAMUN yakinlah wahai hamba Allah yang dhoif , fakir dan lemah, bahawa RAHMAT dan BELAS KASIHAN ALLAH mengatasi murkanya. Walaupun apa yang kita buat dan apa yang kita tinggalkan selayaknya mendapat MURKANYA. 



Ketiga - Muhasabah Diri - Kaji balik dimanakan kekurangan dalam usaha dan azam kita pada hari itu . 
Adakah kita cukup berdoa dan minta pertolongan (bergantung harap dengan Allah) ,
Adakah kita terleka dengan perkara yang lagha/tidak mendatangkan manfaat dan tiada nilai ibadah - cthnya melayari internet/instagram/tengok drama/ membaca berita yang buat kita emotional, tidor lambat
Adakah kita banyak makan yang enak dan susah nak berhenti
Adakah kita banyak berkata-kata yang tak perlu

Adakah semangat dan azam kita mula lemah dan kurang bermaya kerana kita seronok dan sibok dengan dunia dan segala perhiasannya? - contohnya harta, benda cantik, emas dan permata, barangan mahal dll

Sekiranya ada diantara di atas atau sebahagian, Maka insaf,  istighar, bertaubat dan pohon keampunan dengan Allah dan seterusnya mohon bantuan  BESAR dan kasihan belasnya agar tidak mengulangi kesilapan. 


KEMUDIAN - MOVE ON dan teruskan usaha dengan istiqamah, jangan buang masa rasa sedih dan kecewa dengan sikap diri sendiri yang lemah. Rasa kecewa yang berlarutan akan membuat kita lagi lemah dan dukacita bukan menbuat kita lebih insaf.

Ataupun adakah sebab kita tidak dapat melaksanakan rancangan ibadah khusus pada hari itu kerana kita dianugerahkan/direzekikan dengan ibadah umum seperti

a. ziarah dan bersilaturrahim
b. menolong orang
c. buat aktiviti dan program kebajikan
d. bekerja mencari rezeki
e. menjaga keluarga atau orang yang sakit
f. menjamu orang makan

*Walapun ibadah umum di atas yang selalunya diadakan secara berjemaah, kadang kala ada kekhilafan dan kekurangnya, NAMUN kita tetap perlu istiqamah melakukannya dengan niat untuk mencari Redha Allah. Walapun yang mungkin lebih mudah, kurang risiko khilaf dan kurang remeh adalah ibadah khusus yang bersendirian.

NAMUN - dalam menjalankan ibadah umum di atas, ibadah FARDHU dan WAJIB mestilah dilakukan dan diutamakan dalam apa jua keadaan seperti solat AWAL WAKTU dengan penuh khusyuk.

Keempat - BANGKIT, BANGUN, TERUSKAN - INFIRU
Adjust dan adapt mana rancangan yang patut. Yang utama sentiasalah DOA Allah tolong baikki niat kita pada setiap ketika dan Allah Bantu dengan pertolongannya yang Maha Perkasa. Walaupun dalam keadaan berat. Jangan tunggu ringan dan mudah. TERUSKAN ISTIQAMAH...


Bantulah Kami Wahai Tuhan yang Maha Esa Maha Perkasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Lembut , Maha Pengampun, Maha menerima Taubat dan Maha Hidup..pada setiap masa dan ketika, pada setiap nafas kita.

Aamiin ya Rabbal'alamiin

Allahumma Aamiin...Wajamiian Aamiin.


.................................................................................


Sunday, 16 December 2018


Nasihat Nasihat Agama

F3 keadaan tanda Allah tak redha*********
1. Diberi ilmu tapi tak dpt nak amal.
2. Diberi sahabat dgn orang soleh..tapi tak boleh nak ikut dan teruk sekali siap hina
3. Diberi ruang dan jalan untuk buat amal dan ketaataan tapi tak dapat nak ikhlas.
************************************
Nak selamat dari seksa kubur....
Tinggalkan
1. Bohong / Dusta
Akan berangkai dan bawa kepada fitnah. Benda kecik jadi fitnah dosa besar
2. Khianat bila diberi amanah .Pecah amanah..khianat kepercayaan
3. Mengadu Domba
4.  Tidak Bersihkan kencing.
**********************************
Allah tidak suka kita buat 4 perkara
1. Solat main2 - kene faham bacaan dalam solat
2. Bacaan Al quran laju dan kelam kabut. Baca quran dgn cara Lagha.. sampai bila tak nak paham isi kandungan. Sekurang kurangya khatam 30 juzuk dgn terjemahan dan makna. Jangan ribut2 nak cepat.
3. Orang yang bercakap kotor n keji. Berdebat. Fasik. Maki Hamun. Nanti jadi biasa. Orang mukmin bukan mcm itu.
4. Tidak ambik iktibar dari kematian. Bergelak ketawa di kubur. Merokok di kubur
Perbanyakkan ziarah kubur.
**************************
3 Khazanah Ketaatan
1. Menyembunyikan Sedekah
2. Menyembunyikan Penyakit
3. Menyembunyikan Musibah
********************************
3 jenis Kesabaran
1. Sabar dalam melaksanakan ketaataan kepada semua perintah Allah.
2. Sabar dalam menjauhi segala larangan Allah
3. Sabar bila ditimpa musibah

No comments:

Post a Comment