Sunday, 31 May 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 9 SYAWAL 1441H/1 JUN 2020M

Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub. 

Nota Perkongsian Hari  9 Syawal (01.06.2020)

Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: 40 Kelebihan Lebah dan kaitannya dengan Mukmin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan mudah mudahan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepada kita semua dan hidayahNya sehingga hidup kita sentiasa dalam bimbingan dan panduan. Selawat dan salam tidak lupa juga kita sampaikan peruntukan kepada junjungan Nabi besar kita Muhammad SAW. Mengikut Sunnah dan ajaran baginda Rasulullah SAW akan selamat dunia dan akhirat. In Shaa Allah.


Point 32. 

Kalau haiwan lain seperti burung ia mudah ditangkap orang. Kalau letak biji bijian letak makanan dia akan datang ke sana lalu memakannya sampai kenyang dan kadang kadang lupa bahawa makanan itu adalah perangkap. Ketahuilah lebah tidak terperangkap dengan apa pun juga. Dia tak kisah melainkan 3 perkara iaitu dengan air kemudian nektar bunga dan sarang dia. 3 itu sahaja yang menjadi perhatiannya dalam hidup lebah. Dan madu yang dikeluarkan jadi kalau haiwan haiwan yang lain ada makanan yang boleh memerangkap dia perkara yang boleh membunuhnya kadang kadang. Lebah ini tidak terpancing oleh jebakan oleh perangkap perangkap yang orang buat sebab dia tahu apa yang dia buat. 


Dia jelas dengan misi dan visi hidup dia. Demikian juga seorang mukmin dia tidak terpengaruh dengan apa yang orang buat dengan habuan habuan yang orang sediakan. Maka kalau mukmin yang benar dia tidak terpengaruh dengan itu sebab dia tahu apa yang menjadikan misi dan visi hidupnya. Misi hidupnya di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Mengikhlaskan setiap amal perbuatan hanya untuk Allah swt dan visinya adalah agar mendapat redha Allah masuk ke dalam syurga yang nikmat. Ini yang menjadi targetnya ini yang menjadi keinginan dia. Dia tahu itu. Jadi ketika orang menawarkan kepadanya sesuatu yang bersifat duniawi itu kurang menarik bagi dia. Dia tidak tergiur tidak terpedaya dengan itu. 

Maka Rasulullah SAW kalau baca sirah ketika di awal dakwahnya pernah ditawarkan oleh orang kafir khuraisy melalui lidah bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Kata mereka “Wahai Abu Talib, beritahu Muhammad kalau dia nakkan wanita yang dia nak kahwinkan dia nak nikah dengan dia kami akan carikan wanita paling cantik dikalangan khuraisy ini kami akan bagi kat dia. Kalau dia inginkan kekayaan kami akan kumpulkan kekayaan kami yang ada di Mekah ini bagi dekat dia. Asalkan dia meninggalkan usaha dakwah dia ini. Kami akan sediakan. Kalau dia memerlukan seorang doctor untuk mengubatnya kami akan cari doctor di luar sana. “ dan jawapan Rasulullah SAW “demi Allah saya tidak akan tinggalkan usaha dakwah ini walaupun mereka berikan di tangan kanan aku matahari di tangan aku bulan aku tidak akan tinggalkan usaha ini.” 


Ini menunjukkan bahawa seorang mukmin jelas visi dan misi hidup dia agar dia tidak tergiur dengan habuan habuan dunia . duniawi bagi dia remeh bagi dia adalah benda kecil. Bukanlah satu keutamaan dalam hidup dia. Yang dikejar selalu adalah redha Allah. Yang dia inginkan selalu adalah agar akhiratnya lebih baik jadi jelas bagi dia dalam hidupnya. Maka dikatakan lebah hanya mati apabila dia berada di tengah longgokan madunya itu. Dalam ertikata mengeluarkan madu adalah kerja utama kepada lebah tersebut. 


Maka seorang mukmin dia hanya akan mati ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah baru dia mati dalam keadaan menjalankan tanggungjawab yang Allah bagi kepadanya melaksanakan misinya menjadi seorang hamba Allah yang taat. Lebah juga akan mati kalau orang serang dia. Maknanya mati dalam jihad di jalan Allah swt. Mukmin seperti itu mati apabila jihad dalam berusaha mencari menjalankan apa yang memang Allah swt perintah. Jadi sekali lagi keistimewaannya ialah lebah tidak terpikat tidak terpengaruh dengan apa pun habuan yang ditawarkan padanya. Dia hanya focus kepada apa yang ditugaskan yang diberi tanggungjawab oleh Allah swt demikian juga mukmin.


Kata Iman Abu Talib al Makki, seorang mukmin seperti itu juga mukmin ini perlukan kepada guru bimbingan dia. Yang arahkannya. Dan seorang guru ini hendaklah seorang yang beramal, pemimpin yang mengikut perintah dan ajaran Allah SWT maka apabila pemimpin ini ataupun ulama’ yang baik ini membimbing mereka dengan baik maka hidup mereka akan aman hidup tenteram mereka akan bekerja dengan baik. Hidup dengan normal. Ketahuilah orang mukmin perlukan juga teladan seperti itu. Samada daripada pemimpin kerajaannya ataupun ulama yang diikuti yang mereka belajar daripadanya. 


Apabila tak ada pemimpin yang adil ini mengikut kepada ajaran al quran dan Sunnah serta ulama yang boleh membimbing mereka maka kehidupan seorang mukmin ini akan huru hara. Hidupnya akan hilang panduan.Maka oleh itu umat Islam sekarang ini huru hara kerana tidak ada satu pun pemimpin yang jelas yang tegas yang memperjuangkan agama Allah ini yang membawa kepada keredhaan Allah SWT. Dan perkara ini akan lebih huru hara lagi apabila tak ada tak ada ulama yang beramal dengan ilmunya yang membimbing mereka kepada keredhaan Allah swt. 


Oleh itu keberkatan umat ini akan hilang dengan hilangnya ulama’.Ilmu akan dicabut oleh Allah swt dengan dimatinya ulama’. Mudah mudahan kita sentiasa masih lagi diberi oleh Allah swt alim alim ulama ulama yang beramal dengan ilmunya yang boleh kita ikutinya. Amin ya rabbal alamin. Jangan jauh daripada ulama apabila jauh daripada ulama maka akan hilang keberkatan hidup kita. Jangan fanatic jangan taasub dengan mana mana guru ataupun ustaz atau ulama selain Rasulullah saw kita ini ada salah silapnya. Ada kelemahan dan kekurangannya. Maka ambil yang baik tinggalkan yang buruk. Yang baik sebarkan yang buruk simpankan.


Dalam Islam kepimpinan bukanlah untuk dikejar kepimpinan adalah satu khidmat satu ibadah apabila kita diamanahkan maka tanggungjawab kita untuk menunaikan dengan baik. Ratu lebah baik lebah lebah akan baik. Pemimpin yang baik maka baiklah mukmin tersebut. Ketahuilah juga adalah sebaliknya sekiranya kita mahukan pemimpin yang baik jadilah baik dahulu rakyat yang baik inshaa Allah .Allah swt akan anugerahkan kepada kita pemimpin yang baik. Jangan harapkan pemimpin yang baik sedangkan diri kita sendiri tak tahu hala tuju kita. Tidak tahu apa yang patut dibuat. Jadi jaga jaga jangan sampai kita meminta sesuatu padahal kita sendiri jauh daripada apa yang kita minta.


Maka Allah swt berfirman maka “jangan kamu palingkan mata kamu daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia. Mukmin yang betul nanti justeru nanti ketika kita susah mukmin yang betul akan bantu akan tolong , dan kita akan nampak bahawa orang yang ikhlas ini akan bersama kita masa susah. So Allah ingatkan kita melalui surah al Kahfi “jangan kita merasa terganggu dengan kelemahan kelemahan yang ada pada saudara saudara kita yang beriman. Kita tahu kelemahan mereka itu kadang kadang kelemahan yang hanya sementara. Apabila masa berlalu kita akan nampak perubahan sebagaimana sahabat sahabat Nabi tak selamanya miskin apabila mereka sudah ada satu peluang berubah maka mereka berubah. 

Oleh itu sabarkan diri kita dan jangan sesekali kelemahan sahabat mengganggu kita melakukan amalan amalan produktif kita. Maintain dan teruskan sebab jelas misi dan visi hidup kita. Kita bukan nak diganggu oleh hal hal yang tidak penting.

Tidak ada salah kerana Allah swt menciptakan kita pelbagai . tak sama. Hal ini pernah digambarkan oleh Rasulullah saw melalui kisah seorang sahabat Amru bin Asr pada masa Ibn Umar bin Ibnu Asr yang mana satu hari Rasulullah saw ada dekat masjid nabawi maka dia berdiri didepan pintu masjid tersebut dan berkata sekejap lagi akan lalu ahli syurga katanya. Maka lalulah seorang lelaki biasa lelaki yang orang tak pandang pun maka dia syak betul ke ni maka lelaki itupun masuk masjid solat lepastu keluar balik rumah buat kerja dia. Datang waktu solat lagi Rasulullah berdiri lagi dan berkata akan lalu sekejap lagi lelaki ahli syurga so ternyta yang lalu lelaki itu juga yang tidak dipandang pun seperti tadi juga masuk solat dan keluar balik rumah jenis tak cakap dengan orang buat kerja dia je. Apabila balik rumah lepas itu perkara sama diulang dan Rasulullah tunggu lagi didepan pintu masjid. Lalu sahabat ini berkata apa benda istimewanya lelaki ini dia bukan macam Umar bin Khattab dan sahabat sahabat terkenal yang lain. 


Maka sahabat ini yang muda ini dan dia pergi jumpa sahabat tadi dan dia pura pura dengan berkata Wahai Tuan, boleh tak saya duduk dirumah awak selama tiga hari? Saya bergaduh dengan bapak saya dia tak bagi saya balik rumah boleh tak saya duduk dngan awak? Katanya. Sahabat tersebut berkata Silakan duduklah dengan saya maka sahabat ini pun duduk dirumah lelaki tersebut untuk mengetahui apa yang dibuat oleh lelaki ini sehingga dia menjadi ahli syurga. Maka dia tengok lelaki ini tidak ada amalan istimewanya.


 Malam dia tidur Cuma masa tidur kadang dia bangun dengar lelaki berzikir lepas tu tidur balik. Dan solat malam pun tak banyak mengaji pun tak banyak. Akhirnya hari ketiga dia mengaku pada sahabat ini, Wahai Tuan sebenarnya saya ini tak ada masalah pun dengan bapak saya sebenarnya. Tapi saya ni duk dengar Rasulullah saw engkau ni orang yang istimewa saya nak tahu macammana keistimewaan tu. Saya duduk dengan awak saya nampak awak biasa biasa saja, maka terima kasih kerana layan saya selama 3 hari dekat sini. Dan saya minta diri. Maka keluarlah lelaki tersebut dan dipanggil oleh lelaki tadi sahabt tersebut maka “saya rasa saya memang tak ada istimewa Cuma saya satu je iaitu saya tak pernah nak berdengki nak berburuk buruk dengan orang. Saya tak nak ganggu orang dalam hati saya ikhlas dengan orang”. Lalu sahabat yang mendengarnya berkata “inilah hebat awak saya ni dok sibuk fikir orang. Orang ni kenapa dan sebagainya.”


Kesimpulannya daripada hal ini kita tengok kelebihan kita apa yang menjadi kelebihan kita ada yang jenis bermasyarakat dan ada yang buat hal sendiri seperti introvert dan extrovert. Benda benda wajib je dia buat. Jangan pandang remeh orang. Kita pelbagai dan berbeza. Oleh itu, mukmin ada pelbagai. Siapa yang membesar dalam suasana tertentu maka itulah jati diri dia.


Point 33, lebah ini sangat bergantung kepada ratunya. Selagi ratunya itu ada bersama mereka maka mereka akan bekerja dengan baik kehidupan mereka akan berjalan dengan normal. Apabila ada ratu tersebut maka kerja kerja berjalan dengan kemasnya. Tak ada orang yang akan menganggu mereka. Tak ada makhluk lain yang akan menganggu. Apabila ratu itu mati, akan berlaku kucar kacir pada kehidupan lebah. Mereka tidak tahu hala tuju. Mereka perlukan pemimpin. 


Point 34, jika ratu lebah baik, maka lebah lebah lain akan bekerja dengan baik.Jika sebaliknya maka kerja mereka bermasalah. Demikian juga mukmin dan pemimpin mereka. Apabila pemimpin kita guru kita baik memang orang yang layak kita jadikan guru maka hidup kita pun akan menjadi baik. Seorang mukmin bergantung kepada pemimpinnya. Maka hati hati dalam memilih pemimpin dan pastikan pemimpin yang membawa kita kepada keredhaan Allah swt. Yang membantu kita untuk lebih taat kepada Allah swt. Kalau tidak kita akan dipersoalkan nanti di akhirat. Maka kepada siapa yang menjadi pemimpin hati hati akan diminta dipertanggungjawabkan oleh Allah swt. 


Point 35, Lebah tidak terganggu dengan kelemahan lebah lain.contohnya ada lebah yang malas maka lebah yang lain akan bekerja walaupun lebah sakit yang lain berusaha dan produktif.  Demikian juga mukmin tidak terganggu dengan kelemahan mukmin yang lain. Apabila melihat mukmin yang lain lemah tidak melemahkan atau patah semangat atau tidak terhalang daripada melakukan kebaikan juga. Sebab dia tahu visi dan misi hidupnya. Tidak mengugatkan diri mukmin itu untuk terus melakukan kebaikan. Ada sesetengah kita kadang kadang tak sabar dengan melihat kelemahan orang lain maka Allah swt dalam surah al kahfi ayat 28


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Al Kahfi 18:28)

Daripada ayat ini, cuba tahan diri kita mengatakan kata kata yang tidak baik kepada saudara saudari kita yang beriman dan jangan tinggalkan mereka. Kerana iman ini yang menyatukan kita. Sabarkan pada orang menyembah Allah yang menyeru Allah siang dan malam. Dan kita tahu orang itu ikhlas dan orang itu mengharapkan redha Allah swt. Cuma mungkin ada kelemahan kelemahan dia. Diantara yang berlaku zaman Nabi.kelemahan daripada sahabat sahabat Nabi adalah iaitu ada diantara mereka miskin dan tak kaya tetapi dalam hidup mereka ini nak cari redha Allah swt ikhlas dalam beramal solat dia jaga puasa dia jaga menuntut ilmu rajin Cuma ekonomi dia lemah namun nampak dalam diri dia itu ketaatan kesolehan dan keikhlasan dalam hidup dia. Ketahuilah tahan diri kita untuk dapat tetap bergaul dengan mereka. 


Point 36, ketahuilah ada dua jenis lebah . pertama ialah lebah yang tinggal di pergunungan. Atau di dahan dahan pokok. Dan ada lebah yang tinggal dirumah rumah manusia atau dikawasan yang crowd. Kadang kadang di bangunan di office di hotel. Jadi ada dua jenis. Dan ketahuilah mukmin ini ada dua jenis juga yang pertama ialah mukmin yang tidak boleh hidup di tengah crowd. Mukmin yang suka bersendiri, suka menyendiri. Maka dia banyak berzikir. Di masjid, dirumah. Dia tidak boleh masuk ke dalam masyarakat yang bermacam bagai kerenah. Dan ini umpama lebah yang memilih untuk tinggal di pergunungan dan di pohon pohon. Dan ada mukmin itu yang memang dia lebih selesa apabila hidup ditengah tengah masyarakat apabila dia bergaul bertemu dengan macam macam orang sifat dan kerenah dia sebenarnya dua dua ini ada kelebihan dan ada kekurangan dia tetapi apabila dua dua ini menjalankan peranannya seperti mana yang diminta oleh Allah swt dua duanya adalah baik. 






Thursday, 28 May 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 6 SYAWAL 1441H/29 MAY 2020M

Tadabbur Al Quran Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah Al Nahl.  Syawal- Bagaimana menjadi mukmin produktif. 29.05.2020

Nota Perkongsian Hari  Syawal (29.05.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: Bagaimana menjadi mukmin produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman


Alhamdulilah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas pelbagai limpah rahmat dan karuniaNya kepada kita semua. Kemuliaan kepada al Quran ini diberikan juga kepada kita sehingga kita mulia di dunia dan mulia di akhirat nanti. In shaa Allah. Tak lupa juga kita sampaikan selawat dan salam kepada Nabi kita Rasulullah SAW mudah mudahan kita dapat sentiasa berada di dalam Sunnah dan ajaran baginda Rasulullah SAW sampai ke akhir hayat kita sehingga kita termasuk di dalam kalangan umatnya dan mendapat syafaatnya jika memerlukan dan hidup di syurga kelak.Amin Ya Rabbal Alamin.

Kali ini membincangkan seperti kelas yang lepas iaitu keistimewaan lebah. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita bahawasanya perumpamaan mukmin itu seperti lebah. Maka kita berusaha untuk memahami lebah ini lebih detail dan lebih dalam supaya kita dapat kaitkan dengan diri kita. Mudah mudahan kita menjadi apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW.

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

(An Nahl 16:69)

Di hujung ayat 69, yang bercerita tentang lebah. Allah SWT menyuruh kita untuk tafakkur terhadap lebah ini maka oleh itu kita mengambil kesempatan ini untuk mentafakkuri lebah dengan cara kaitkan dengan diri kita dengan keadaan diri kita. Disini sambil itu kita muhasabahkan diri kita mana yang perlu diperbaiki yang mana yang dah ada kita maintainkan bahkan kita improvekan lagi kita tingkatkan lagi. Kita takkan berhenti belajar dan terus belajar. Pengajian sepanjang hayat dan mukmin sejati adalah hanya mati yang akan memisahkannya daripada majlis ilmu.

Point ke 29. Di antara keistimewaan lebah adalah dia bukan makhluk yang dianggap najis. Maka lebah hinggap kemana pun dia tidak akan merubah tempat yang dia singgah itu menjadi kotor. Bahkan kalau mati dia bangkai lebah tersebut masuk ke dalam jatuh ke dalam makanan maka makanan tersebut tidak akan berubah menjadi najis. Maknanya lebah hidup suci mati pon suci, hidup bersih mati pun bersih. 

Ketahuilah seorang mukmin itu seperti itu juga. Hidup dalam keadaan mulia, hati yang bersih, jiwa yang baik. Dikasihi dan disayangi oleh sesiapapun juga. Manfaatnya terasa oleh orang maka meninggalnya seorang mukmin itu manfaatnya tidak berhenti. Manfaatnya dirasakan oleh orang orang selepas dia meninggal. Sebab oleh amal jariahnya Dia smart dalam beramal. Amalan tersebut bukan hanya dapat dirasakan oleh orang ketika dia masih hidup bahkan selepas dia meninggal pun orang rasakan. 

Janganlah sebaliknya ketika masih hidup orang terasa sakit hati, orang rasa tertekan dengan wujudnya dia dan apabila dia meninggal orang orang merasa bebas dan gembira. Janganlah seperti itu. Seorang mukmin yang baik adalah seorang mukmin yang sejati. Seorang mukmin yang produktif. Wujudnya dirasakan manfaatnya dan matinya pun dirasakan manfaatnya. Banyak keutamaan yang ditinggalkan.

 Maka ulama ulama silam, dermawan dermawan silam seperti Usman bin Affan sampai sekarang masih ada akaun bank Usman bin Affan yang mana akaun tersebut berjalan membantu orang sampai sekarang sudah 1400 tahun bayangkan ini yang menjadi amalan jariah bagi Usman bin Affan. Apa yang anda tinggalkan apabila anda meninggal dan ia masih mengalir lagi dan ia masih memberi manfaat kepada orang orang di belakang kita ?Iaitu orang orang yang kita tinggalkan samada anak anak kita ataupun jiran tetangga, masyarakat disekeliling kita bahkan orang Islam secara keseluruhan.Apa yang kita buat? Apa yang kita tinggalkan?  Dalam surah Yassin, Allah SWT berfirman dalam surahNya:


إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُواْ وَءَاثٰرَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).
(Yaa Siin 36:12)

Ketahuilah amal itu ada dua. Iaitu amal yang kita buat pahalanya itu daripada tangan kita sendiri hasil jerih payah kita. Kita sendiri buat.Itu ialah amalan solat, amalan zikir, amalan puasa dan amalan yang kita sendiri buat. Dan ada satu lagi iaitu kesan daripada amalan ada yang merupakan pengaruh daripada amalan kita yang lain. “Asarohum” yang dibuat oleh Allah SWT dalam bentuk jamak dan mufraq dia adalah “Asarun” itu ialah satu kesan ternyata seorang mukmin tersebut mempunyai “assar”. Banyak kesan dia kesan kesan kebaikannya. Maka hiduplah mulia mati pun mulia.

Hiduplah dalam keadaan hati bersih suci orang nampak kita  Alhamdulilah diselamatkan daripada aib buruk kekurangan yang mencacatkan kita di mata manusia. Dan pada mati pun akan mati terserlah makin terserlah kesolehan biasanya seorang yang betul betul soleh meninggal makin nampak kesolehan biasanya seorang yang meninggal soleh orang akan sebut sebut kesolehannya itu. Maka ada orang suka membincangkan wali wali. Wali yang hakiki orang yang perasan dia wali apabila dia dah meninggal hidupnya mungkin simple dan ringkas.

Tapi diantara ciri khasnya ialah dia ikhlas dalam beramal ikhlas dalam membantu membuat sesuatu yang kadang kadang impak yang begitu besar kepada manusia. Tapi dia humble. Tidak menonjol tidak menunjuk. Ketahuilah mukmin yang betul mukmin yang sejati hidup mulia mati pun mulia. Hidup dalam keadaan jiwa bersih dan orang tak ada isu dengan dia.


Point 30. Madu merupakan hasil paling manis dan paling menaikkan selera daripada lebah.Lebah menghasilkan madu. Ulama sepakat bahawa makanan paling berkhasiat adalah madu.
Dengan manisnya madu tak sama dengan manisnya gula. Makan gula banyak boleh menyebabkan sakit gula. Gula tinggi. Bertanya pakar dalam madu dan pakar dalam diabetis, katanya adakah madu boleh memudaratkan orang diabetis dan pakar mengatakan tidak. Kalau madu yang betul menjadi asbab kesembuhan diabetis tersebut. Dia jaga maintainkannya.

Oleh itu, makanan paling berkhasiat di dunia ini adalah madu. Maka mukmin sejati mukmin yang produktif iman dan amal soleh adalah hasil paling manis. Paling manis untuk orang tersebut. Untuk dirinya sendiri. Untuk pelakunya dan sebabkannya teringin lagi beramal, berusaha dan ingin menambahkan iman dan keyakinannya lagi .Makin lama makin kuat iman tersebut. Menaikkan semangatnya dalam memberi manfaat kepada manusia.

Mukmin yang baik adalah yang paling banyak manfaat kepada manusia. Hari hari dia akan memberi manfaat. Dan inshaa Allah manfaat dia ada “busyra” dalam surah Yunus . Apabila seseorang itu benar benar dalam imannya dalam keyakinannya pada Allah. Dia akan dapat “busyra”. Busyra di dunia lagi iaitu maksudnya berita gembira. Dalam surah yunus mukasurat 216. Ayat 62, 63 dan 64. Rujuk pada surah ini.


أَلَآ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

(Yunus 10:62)

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ
(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.
(Yunus 10:63)

لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۚ لَا تَبْدِيلَ لِكَلِمٰتِ ٱللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

(Yunus 10:64)

Ayat ini menceritakan  tentang mukmin sejati ini.Merekalah yang dianggap wali Allah sebenarnya. Jangan anggap wali Allah itu yang boleh terbang yang boleh berjalan di atas air. Wali itu orang yang istiqamah dalam ketaatan.Dia bukan up and down. Mungkin ada up and down namun tidak ketara. Maintain sampai mati. Nampak dia istiqamah dalam kebaikan. 

Kata Allah wali Allah itu orang yang diantaranya tidak ada rasa takut. Kata ulama bukanlah rasa takut pada Allah maksud dia tidak ada rasa takut terhadap dunia terhadap pancaroba kehidupan. Dia yakin bahawa manfaat dan mudarat itu datangnya daripada Allah SWT. Maka dia menghindarkan tetapi dia yakin yang mendatangkan manfaat dan mudarat hanya Allah. Maka hati dia tak takut pada bahaya tetapi dari segi zahir dia menghindar. Takut kita ini dengan pertimbangan iaiitu yakin kita itu dengan pertimbangan. Allah SWT letakkan asbab di muka bumi ini. Setiap asbab tersebut akan ada kesan daripada apa yang kita ambil itu.

Antara ciri khas orang yang tenang dapat menghilangkan rasa takut yang tak sepatutnya mungkin pada peringkat awal muncul tapi dia berjaya untuk minimisekannya. Sampai habis.

Antara ciri khas juga dia tidak ada sedih Kata ulama “khaufun” ini untuk “mustaqbal” untuk akan datang apa yang akan berlaku dan “Yahzanu” untuk perkara yang sudah berlaku. Jadi peristiwa lepas tidak akan menganggu fikirannya. Sesetengah orang dengan apa yang sudah berlaku dia teringat ingat menyebabkan menahan diri dia untuk tidak maju kehadapan. Mara mencari sesuatu yang bermanfaat. Ini tidak baik.Kita perlu betulkan. 

Ciri khas wali yang sebenar iman yang kuat pada Allah SWT dan keyakinan yang tidak terbelah bahagi pada Allah. Dan mereka yang sangat menjaga amalan. Taqwa jika digabungkan dengan iman maka iman berkaitan dengan hati dan taqwa ialah amal soleh.Mereka akan mendapatkan khabar gembira lagi. Kata ulama ketika mentafsirkan ayat ini. Khabar gembira dalam bentuk apa iaitu manfaat manfaat duniawi yang disegerakan oleh Allah. Kebaikan di dunia yang Allah mudahkan. 

Bagi mukmin sejati duniawi ini tidak akan mempengaruhinya. Dunia dia dapat. Tetapi dunia itu ditangan dan bukan di hati. Harta, popular, kemasyhuran digunakan sebaik baiknya di jalan Allah. Maka ketika hasil dia nampak iaitu busyra itu makin semangat ternyata Engkau melihat segala yang aku lakukan yang menyebabkan keyakinan makin bertambah. Memang Engkau tidak sia siakan apa yang telah aku lakukan Ya Allah. Sebab Allah tunjukkan Busyra tadi untuk menjadikan dia makin istiqamah dan semangat.Dalam kebajikan yang tak pernah kenal erti lelah. Disebabkan Allah telah tunjukkan hasil busyra itu yang menyebabkan orang orang ini semakin kuat dan istiqamah dalam melakukan amalannya. 

The more you give the more you get. Tidak ada perubahan dalam janji janji Allah. Antara nikmat sebelum syurga juga antaranya baru berniat untuk dapatkan sesuatu dan sesuatu itu sudah dapat dan berada di depan mata kita. Ketahuilah orang yang istiqamah dalam iman dan taqwa Allah bagi keistimewaan seperti itu.

Lebah semakin dia menghasilkan madu semakin dia bersemangat walaupun kadang kadang madu diambil oleh manusia. Bahkan dia lagi bersemangat dan terus buat dan hasilkan lagi. Demikian juga seorang mukmin ketika manfaat yang dia berikan itu digunakan oleh manusia dia tidak akan berhenti malah terus menerus buat. Kalau dia ada harta dia infaqkan harta. Makin banyak dia bagi. 

Dia makin usaha lagi untuk memberi lagi dan dia tak merasa penat dan putus asa. Jika kamu memberi sesuatu dan orang itu layak untuk menerima sesuatu tersebut. Memang orang itulah yang layak. Jangan kita rasa kecewa apabila bantuan yang kita beri itu tidak sampai kepada yang sepatutnya. Apabila penerima itu tidak layak maka engkaulah yang memberi itu yang layak melakukan kebaikan itu. Jangan sedih dan yang berlaku biarkan berlaku ada hikmahnya. Inilah mukmin yang produktif dia sentiasa menghasilkan manfaat tidak kiralah manfaat itu diambil oleh orang lain. Justeru dia merasa bahagia apabila ada orang yang mengambilnya dan memanfaatkannya.

Point 31, iaitu lebah ini diantara makhluk Allah yang tidak berputus asa. Apabila lebah ini jatuh dan dia akan bangkit balik. Dan terbang semula. Terjerumus pada lumpur dia akan cuba cari jalan cara untuk keluar sedaya upaya. Lebah terkenal dengan bangkit kembali. Bangun apabila terbaring

Bukan bermakna mukmin itu tidak akan jatuh atau tidak pernah jatuh tidak pernah melakukan kesilapan. Mukmin sejati akan bangkit dan keluar daripada kesalahan tersebut dengan mengambil pelajaran dan  pengajaran.dengan mengambil satu kefahaman satu hikmah. 

Mukmin yang sejati apabila dia melakukan kesalahan dia akan melakukan tafakkur, muhasabah diri dia check balik diri dia apa yang dia dah buat. Muhasabah diri yang betul menyebabkan kita bangkit daripada kesalahan yang dilakukan dan membuat perkara yang lebih baik lagi dan menaikkan semangat diri lagi. Itulah mukmin sejati. Orang yang beriman yang sampai level taqwa mukmin yang paling tinggi darjat disisi Allah adakah dia tak melakukan dosa? Ada. Maka Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135.

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

(Ali Imran 3:135)

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Keji itu merupakan perbuatan yang sangat tercela. Keji ini pernah melakukan seperti zina. Perkara yang tak elok. Seperti tidak menjaga solat dan semua perkara yang wajib ditinggalkan. Namun dia tidak berlama lama dalam kemaksiatan tersebut. Lalu dia ingat Allah dia berzikir dia solat maka ketika itu dia pulihkan hatinya. Zikir akan membantu hati membersihkan hati. Meminta ampun kepada Allah. Hanya Allah yang boleh mengampunkannya. Allah SWT gantikan keburukannya itu dengan keampunan dan juga kebaikan kebaikan yang lain. 

Mukmin yang sejati ialah mukmin yang belajar dari kesalahannya. Ulama menambahkannya ada 3 elemen penting dalam taubat untuk membantu taubat kita itu diterima oleh Allah SWT jika ia berhubungan dengan dosa dengan Allah SWT tapi bila dosa berkaitan dengan manusia.tambahkan satu lagi jadi 4. Apakah yang menjadi 3 asas pada penerimaan taubat pada kesempurnaan taubat disisi Allah SWT.

• Menyesal.
• Meninggalkan perbuatan dosa tersebut.
• Berjanji dan berazam

 Sekiranya dosa berkaitan dengan manusia dan barang yang diambil mesti pulangkan balik tidak cukup dengan hanya minta maaf dan mesti pulangkan balik barang yang diambil. Apabila berkaitan dengan maruah manusia kita kena minta maaf dan ia berkaitan dengan sebarkan aib kena isytiharkan bahawa si fulan yang disebarkan aib itu tidak seperti yang digambarkan.

 Bangkit daripada kesalahan dan jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Terutama dengan bisikan syaitan yang mahu menunda nunda taubat kita. Yang benar ialah Apabila kita melakukan dosa kita cepat bertaubat dan banyak kali ingat Allah. Tanda sempurnanya lagi tanda penyesalan kita itu kita lengkapkan lagi dengan solat sunat taubat. Allah suka melihat orang taubat.


................

Tuesday, 26 May 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 4 SYAWAL 1441H/27 MAY 2020M

Nota Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69 - 4 Syawal, 27.5.2020

Tema: Bagaimana Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala rahmat dan kurnia, nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar. Selawat pada Nabi SAW  dan Doa.

Perbincangan yang mulia bila cerita mengenai Al Quran - Qalamullah.  Allah suka dan Nabi SAW suka. Agar dapat menambahkan kekuatan kita dalam menghadapai ujian dunia. Mendekatkan hati pada Allah SWT pada setiap ketika

Manis iman dan indah agama buat kita rasa amat bertuah.

Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub.

Bacaan:
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:69)

Nabi SAW pernah bersabda mukmi sebenar adalah seperti lebah. 

Apabila berhadapan situasi yang susah, kita tetap tenang (iaitu kaum yang bertafakur - berfikir akan segala hikmah) dia kait dengan peristiwa sebelum ini, Allah akan tolong seperti Allah tolong banyak kali sebelum ni. Reflection pada segala yang dah berlaku untuk mengambil pelajaran BUKAN untuk tidak move on dan step back. Refleksi untuk ambil HIKMAH kisah lalu

Hikmah pada persitiwa berlaku pada kita dan pada makhluk ciptaan Allah yang lain, Ada hubungkait pada apa yang berlaku pada kita dan pada makhluk ciptaan lain.

Alam Sugra (dalam diri ) dan Alam Kubra (luar diri kita- langit bulan bintang binatang)Dalam hati kita- ada yang umpama bulan, bintang dll - cuba kait pada diri- ini namanya tafakkur - kaitan apa dalam diri dan luar.

(40 persamaan lebah dan mukmin sejati - kelebihan lebah yang kita patut teladani)

25.  Lebah hanya perlu 3 perkara dalam hidupnya dan hanya fokus ambil 3 perkara dari dunia 1. Air 2. Nektar Bunga untuk hasil madu 3. Memerlukan tempat bersih .Lain dari itu dia tak padang sangat- tak peduli. MAKA mukmin sejati hanya perlu 3 perkara utama dalam kehidupannya di dunia
Mukmin produktif sejati :-

1. Perlukan Ilmu (Pencinta Ilmu) - sangat mencintai ilmu . Ambil peluang apa bidang yang baik dan sesuai.
Dalam bab ilmu, kata Rasulullah SAW - 
a. jadi orang alim/ulama - yang mana kita ada prinsip2 ilmu pada diri kita - boleh apply dan boleh ajar. Malaikat cemburu orang alim yang mengamal. Nabi Adam diajar ilmu yang tidak diajar malaikat.
Malaikat mencintai majlis ilmu dan naungi.Maklhluk lain akan berdoa untuk orang yang alim.  
b. Kalau tidak sampai darjat itu - teruskan belajar sampai mati . Belajar technology untuk berdakwah , belajar edit video, keep improving. 
c. Kalau tidak boleh paling kurang, jadilah pecinta orang yang alim dan orang yang belajar/mencari ilmu. Cinta
d. Jangan jadi macam ini, takde ilmu, taknak belajar, benci pulak pada orang alim dan orang belajar, jadi jahil dan memudharatkan
AIR - Hidayah petunjuk Allah yang bawa kepada ilmu

2. Banyak zikrullah yang memberi ketenangan  (ilmu tak cukup tanpa zikir) - Ulul Albab (Zikir diiringi ilmu)
Nektar - kita perlu makanan yang baik dan halal dan berkhasiat.

3. Ambil peluang untuk beramal banyak dan beri manfaat yang lebih lagi (diri dan orang lain).tempat yang bersih , aman dan selesa

Rasullullah kata  asbab bahagia dan nikmat
1. isteri/pasangan yang soleh
2. anak yang soleh
3. rumah yang baik
4. kenderaan yang baik
5. jiran yang baik

3 perkara fokus-
Hidayah, makanan yang halal (sangat penting), tempat yang baik

26. Lebah dari segi penampilan - tidak nampak hebat atau menarik sangat tetapi jiwa dan hati /kedudukan /hasil lebah adalah hebat.

Mukmin juga adalah orang yang pentingkan quality , penampilan perlu iaitu kebersihan (Allah itu Maha Cantik, Dia suka yang cantik).Fokus utama adlah kualiti diri dan dalamannya. Kualiti diri manusia bergantung pada hati, iman dan keyakinan dan manfaat yang dia hasilkan . Pastikan apa kita buat adalah niat yang sebetulnya dan sebaiknya iaitu hanya harap redha Allah, jauh dari riyak atau syirik. Pentingkan kualiti apa yang dihasilkan. 

Allah SWT pabila bila lihat kita buat amalan. 2 soalan
1. Limaza - WHY, kenapa kamu lakukan - jawapan - KERANA Mu YA ALLAH
2. Bagaimana kita lakukan - jawapan - lakukan berdasarkan Al Quran dan Sunnah

27. Lebah ada 3 keadaan dalam hidup dia, iaitu 1. terbang dengan sayap 2. kerja dengan tubuh badan utk hasilkan sesuatu (kuat kerja keras dan berbuat) 3. keadaan berehat (tapi sedikit)

Mukmin produktif sejati mempunyai 3 keadaan yang ketiga tiga keadaan dia menghasilkan manfaat.

1. Terbang dengan hati untuk dekatkan hati kepada Allah - terbang dalam khusyuk - hati yang sentiasa ingat Allah dan selalu ingin dekat dengan Allah. Minta tolong Allah bantu dia, yakin Allah melihat segalanya.
(senyap dan bersendirian)

2. Bekerja dan berbuat - berusaha hasilkan sesuatu yang baik (perbuatan yang diperintah Allah tidak bercanggah). Guna kaki,tangan, fikiran dan lain
Fokus dalam kerja. Ingat Allah masa kerja dengan ingat di awal dengan bismillah dan doa dan di akhir dengan sebut Alhamdulillah. Lupa di awal, ingat di tengah. Sentiasa berharap Allah tolong kerja kita. 
Cikgu tengah mengajar, ibu buat kerja rumah, 
Ingat Allah pada mula dan akhir.

3. Mukmin berehat - ambil masa untuk diri makan tidor , penuhi keperluan diri dan keluarga. Semua ibadah kalau niat kerana Allah

Conclusionnya - setiap keadaan -Semuanya dalam keadaan produktif. Tiada yang tidak bermanfaat.

28. Lebah antara makhluk Allah yang kuat jaga amanah (apa yang dia milikki yang Allah telah augerah).
Mukmin tahu hak dan amanahnya, dia akan pertahankan dan jaga. Dia all out. Contoh -  Amanah hurriyatul ikhtiar=amanah memilih (amanah memilih paling besar - perkara yang baik), Harta, anak, ilmu , tubuh badan dll .Mukmin yang  betul tahu HAK dia dan guna elok2. Dia tahu Allah akan nilai dengan amanahya.

Setiap kamu adalah pemimpin dan pemegang amanah dan tangungjawab dan akan diminta pertanggungjawabkan kelak.

Rasullullah kata siapa mati pertahankan harta , dia mati syahid akhirat (contoh pertahankan harta dan keluarga dari serangan pencuri)

Perbincangan kita adalah cara tafakkur ayat Allah.

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 2 SYAWAL 1441H/25 MAY 2020M

Nota Perkongsian Hari 2 Syawal (25.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: Keistimewaan lebah dan kaitannya dengan seorang mukmin
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT atas pelbagai limpah rahmat dan karunia pada kita semua dan Alhamdulilah pada bulan Syawal yang menyenangkan ini dan menggembirakan ini mudah mudahan kita semua dalam keadaan sebaik baik keadaan, baik dari segi fizikalnya dan juga baik dari segi mental dan spritualnya. Mudah mudahan puasa yang sudah dilakukan dan ibadah Ramadhan yang dilakukan pada bulan lepas Allah SWT ampunkan dosa dosa kita dan dilimpahkan rahmat kepada kita.

Ketahuilah hati yang lapang pada bulan syawal ini menunjukkan dosa dosa kita diampunkan oleh Allah SWT dan dimudahkan  kita untuk kembali melakukan ketaatan. Itu merupakan satu nikmat Allah yang besar juga dan perlu kita syukuri dan kita hargai dan kita jaga. Maka sentiasalah berada dalam kebaikan dalam hati kita macammana kita nak selalu menambah amal soleh kita peluang peluang kebaikan yang ada di sekeliling kita, kita boleh beramal dengannya. Kalau kita tak boleh beramal kita minta “Ya Allah, walaupun aku tak boleh melakukannya. Ya Allah, Engkau bagilah pahala dengan niat baik aku ingin sebenarnya untuk melakukannya.” Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW

إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Setiap amalan itu bergantung pada niatnya maka seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan.Oleh itu penuhkan hati kita dengan niat yang baik baik. In Shaa Allah, Allah SWT akan limpah ruahkan kepada kita kebaikan dunia dan akhirat. Tak lupa juga sampaikan selawat dan salam kita kepada Nabi Rasulullah SAW mudah mudahan kita dapat sentiasa melaksanakan sunnahnya mengamalkan ajaranNya dan juga menyampaikanNya kepada orang orang yang sudi mendengarkan yang baik daripada Rasulullah SAW.

Bacaan:
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:69)

Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan berdasarkan kitab Qutul Qulub karangan Imam Abu Thalib Al Makki yang membincangkan salah satunya iaitu keistimewaan lebah dan kaitannya dengan seorang mukmin. Ketahuilah setiap yang diterangkan tersebut penting untuk kita cuba untuk laksanakan kita berusaha untuk mengamalkannya kerana itu merupakan tanda seorang mukmin dan karakter seorang mukmin.

21. Antara keistimewaan lebah ialah lebah hanya makan daripada hasil kerja keras dia sendiri. Dia tak akan makan daripada hasil kerja orang lain. Apa yang dia buat dan usahakan adalah dari sana dia makan. Lebah antara haiwan dan makhluk Allah yang tidak pernah mengambil hak orang lain, makanan orang lain, bahagian orang lain. Lebah hanya akan mengambil daripada usaha dia sahaja.

Seorang mukmin seperti itu juga, dia makan daripada hasil kerja dia sendiri dari usaha dia sendiri dan dia tak akan mengambil hak orang lain. Tidak akan mengambil harta orang lain bahkan tak teringin pun kepada apa yang ada ditangan orang lain apa yang dimiliki orang lain. Maka Rasulullah SAW pernah bersabda  

“Zuhudlah kamu dengan apa yang ditangan manusia jadilah kamu zuhud erti dia tidak menginginkan apa yang ada ditangan orang lain kamu akan menjadi orang yang paling kaya nanti orang yang paling dihormati nanti.”

Jadi apa yang ditangan orang lain tak payah nak fikir dah. Orang mukmin dia yakin dia ada bahagian sendiri. Takdir kita sudah ada bahagian kita sudah ada.Seolah itu kita sedia menerima apa yang Allah bagi dan kita menyakini bahawasanya setiap yang Allah bagi itu adalah yang terbaik bagi kita. Jadi, zuhudlah kamu dengan apa yang ada ditangan orang maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Dengan demikian, orang tidak akan menginginkan banyak perkara. Orang akan merasa miskin bila nak. Apabila nampak orang tukar baju baru, nak seperti orang lain tukar baju baru tukar kasut baru. Jadi menginginkan apa yang dinginkan orang menyebabkan kita penat. Penat nak kejar dia. Jadi apabila kita merasa bahawa apa yang ada pada diri kita itu adalah terbaik, ini yang dinamakan “qanaah”.

Lebah adalah makhluk Allah yang memang hanya akan bekerja daripada hasil jerih payahnya sendiri. Oleh usahanya sendiri dan ketika itu juga orang beriman adalah dia bekerja dan dia akan mengambil daripada hasil kerjanya tersebut dan tidak akan ambil daripada orang lain dan dia tak akan meminta minta sehingga Allah dalam surah Al Baqarah ayat 273**ada menyebutkan tentang ada orang orang yang beriman,
 kadang kadang kerana dia susah dan dia tak ceritakan maka orang yang susah ini dalam Islam ada dua kategori

لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.

(Al Baqarah 2:273)
  
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya

Kategori pertama ialah orang sail. Orang fakir yang meminta minta yang dia tunjukkan dia tak ada apa apa dan meminta minta wang sedekah dan sebagainya. Kategori kedua iaitu mahrum. Orang fakir miskin namun dia tidak meminta minta, Ini yang disebutkan oleh Allah dalam ayat ini yang mana ada sedekah dan infaq yang nak diberi diantaranya jangan lupa yang mahrum ini yang tidak meminta minta. Kata Allah swt “ dan apa yang kamu infaqkan ini adalah untuk orang fakir yang terhalang usahanya kerana jihad di jalan Allah kerana dia melaksanakan kerja kerja dijalan Allah kadang kadang dia tak dapat rezeki. Tak dapat bekerja sepertimana biasanya.”Kata Allah juga “bagi orang yang terhalang daripada usaha kerana jihad di jalan Allah kerana usaha usahanya di jalan Allah sehingga dia tak dapat berusaha di bumi”. Maksudnya tak ada kerjaya khasnya itu. Tak berniaga tiada business kerana sibuknya berdakwah sibuknya bekerja di jalan Allah SWT.  Dan orang lain tidak mengetahui kesusahan yang dihadapinya.Kerana mereka menjaga diri dari meminta minta dan dia banyak mengadu kepada Allah SWT dan dia begitu tenang.

22. yang seterusnya ialah lebah sekiranya tiada makanan untuk dimakan maka dia akan berpuasa dan hanya duduk di sarangnya sahaja. Jika tiada makanan akan tahan lapar.Dan berpuasa dan tidak akan kacau orang lain punya. Dan ia merupakan kemuliaan lebah.

Ia merupakan sifat lebah. Demikian juga dengan seorang mukmin,betapapun dia memerlukan bahan makan dia tidak akan ke rumah orang lain untuk meminta minta dan dia tidak akan berani mengambil hak orang lain secara paksa atau melalui kekerasan betapapun susahnya  ia mendapatkan bahan makanan tersebut. Jika ada orang memberi sukarela makan dia akan terima. Sifat orang mukmin. Dia hanya makan apa yang ada sahaja dan tidak akan mengambil orang lain punya. Hanya bertahan dengan apa yang ada dan dia akan bekerja dan kemudian memohon meminta kepada Allah SWT agar dilapangkan rezekinya.

Rasulullah SAW mengumpamakan seorang mukmin itu seperti burung juga dalam bertawakal seperti burung . Bangunnya manusia burung sudah pun bangun pada waktu pagi. Habisnya pagi burung berkicau dan maksudnya untuk solat dan dia bertasbih kemudian terbang mencari makanan merata rata.Seperti itu juga orang beriman, dia akan keluar dan akan berusaha untuk buat sesuatu. Mukmin seperti lebah yang mana ketika tak ada dia tahan diri dan dia akan cuba berpuasa.

23. Pelajarannya seterusnya ialah lebah ini tidak bekerja dan tidak berbuat ikut suka hati sendiri. Lebah apabila dia bekerja maka dia akan mengambil pandangan dan pendapat daripada orang orang yang bertanggungjawab iaitu antaranya ratu dia. Lebah apabila bekerja mengikut arahan dan mengikut kepada SOP yang telah ditetapkan oleh ratu lebah. Pada lebah ratu yang berkuasa dan memimpinnya. Orang beriman apabila dia bekerja dan berbuat juga berdasarkan SOP Allah SWT yang telah ditetapkan maka dia seorang yang patuh. Apa yang Allah SWT tetapkan apa yang Rasulullah SAW tentukan bahkan nanti sekiranya Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak tetapkan tapi dia tetapkan para pemimpinnya. Dan para pemimpin pemimpinnya yang taat yang menginginkan kebaikan kepada umatnya pada masyarakatnya maka dia taat laksanakan. Ketahuilah apabila kita melaksanakan ketentuan ketetapan pemimpin yang tidak zalim yang tidak bercanggah dengan syarak dan tidak mengajak pada maksiat maka kita laksanakan. Itu termasuk ibadah. Semakin orang itu memahaminya Sunnah dan cuba untuk mempraktikkannya maka orang itu semakin tinggi nilainya disisi Allah SWT dan dianggap sebagai mukmin yang lebih baik disisi Allah.


24. Terus bekerja apabila pulang ke rumah dengan cara sembunyi -Diantara yang dilakukan lebah apabila dah masuk sarang dan dia mahu buat kerja kerja yang ada di dalam sarangnya. Seperti menyelesaikan ruangannya dan untuk mengeluarkan madu iaitu dia akan pastikan tutup semua pintu pintu yang terbuka dan lepas itu barulah melakukan perkara produktifnya iaitu mengeluarkan madu. Sama juga dengan seorang mukmin. Apabila dia pulang kerumahnya dan dia tutup pintu pintu yang boleh mendatangkan fitnah kepada rumahnya. Dia akan jaga agar amalannya yang ada dirumahnya tidak keluar. Cukuplah dia sahaja dan di dalam rumahnya tentang apa yang dia buat. Sembunyikan amalan soleh yang dilakukan di rumah.  

Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang menyambung puasa Ramadhannya dengan puasa 6 pada bulan Syawal  maka seolah olah dia puasa satu tahun penuh”. Satu bonus Allah SWT beri kepada kita. Alangkah sayangnya bila kita mensia siakan peluang yang Allah SWT berikan ini. Bagi orang mukmin setiap peluang yang Allah bagi ini dia akan tangkap dan guna sebaik baiknya. Oleh itu, sama sama berlumba lumba menyempurnakan puasa pada syawal ini.

Mengenai puasa qadha’ dan puasa 6, Ulama ada yang berpendapat bahawasanya ia boleh digabungkan maka diniatkan pada Syawal ini untuk mengqadha’ puasa dan Inshaa Allah akan dapat sekali iaitu pahala puasa pada bulan Syawal. Menurut sebahagian Ulama. Oleh itu, niat sahaja untuk “qadha’ puasa saya yang tertinggal sebelum ini”. Ganti dulu kerana laksanakan pada bulan syawal Inshaa Allah fadhilat daripada bulan syawal itu pun dapat. Sebahagian Ulama seperti itu juga, sekiranya ada nak ganti puasa di luar bulan syawal seperti sengaja menggantikannya pada hari Isnin dan Khamis, dan sekiranya qadha’ puasa pada hari Isnin dan Khamis maka selain dapat menyelesaikan qadha’ puasa malah mendapat fadhilat daripada puasa sunat Isnin dan Khamis itu. Oleh itu, qadha’ lah pada bulan syawal Inshaa Allah pada masa yang sama Allah bagi sesungguhnya Allah Maha Tahu isi hati kita bahwanya Allah tahu kita ingin juga melaksanakan sunat tetapi kerana kita ada tanggungjawab ada hutang maka kita selesaikan dahulu. Allah Maha mengetahui isi hati kita dan Allah akan membalas pada kita ikut pada niat kita. Allah itu Maha Adil.


Friday, 22 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 30 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 23.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 30 (23.5.2020)

Tadabbur Surah An Nahl Ayat 68-69
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar. Selawat pada Nabi SAW  dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq, rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia",
(An Nahl 16:68)


ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرٰتِ فَٱسْلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ فِيهِ شِفَآءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An Nahl 16:69)

Ramadhan adalah bulan latihan untuk istiqamah melakukan ketaatan  pada Allah . Secara asas kita bersedih atas pemergian Ramadhan tak lama lagi. 
Pastikan kita bersihkan hati kita sebelum kita bertemu Allah
Selamat orang yang datang bertemu Allah dengan hati bersih
Usaha kita di dunia dengan berbagai ujian dan nikmat, 
Ramadhan Covid 19 - Ujian dan nikmat

Kelebihan Lebah dalam Surah An Nahl (Lebah). Menjadi tajuk surah.

Rasullullah bersabda, Orang mukmin/beriman boleh diumpamakan sebagai orang yang beriman

Mukmin yang terbaik, produktif, dunia ini tempat transit utk buat terbaik bagi pindah ke alam yang lain. Bila menggunakan dunia dengan baik dan berpindah,

5 Fasa Kehidupan
1.Alam Roh - Allah cipta roh kita serentak di dalam syurga kita bersama Adam dan Hawa. Allah wujudkan kita di muka bumi berbeza masa , ada yang jadi ayah ,ada jadi anak. Namun semua sama masa awal dulu

2. Alam Rahim - dalam perut ibu, semua disediakan. Ambil manfaat dari ibu kita

3. Alam Dunia - bila dewasa kita berusaha untuk kehidupan kita. Fasa Pertengahan

4. Alam Barzakh (Transit- sama dengan alam roh dan alam rahim)

5. Alam Akhirat - 
Kehidupan yang sebenar dan hakiki. Di dunia kita akan tentukan jika akan sebahagia bahagianya di akhirat ATAU derita sederitanya
Tempat cari bekal , kumpul bekal untuk akhirat di dunia.

Lebah jadikan motivasi dan inspirasi bekerja keras di dunia

Kelebihan Lebah
(Recap yesterdays class)

8. Lebah ambil sesuatu dari bunga/kebun/air sesuai dengan keperluan sahaja
Mukmin produktif pada perkara dunia akan ambil yang perlu sahaja /sekucupnya - makan, tidur, beriadah, berhibur  - tidak berlebih - secukupnya
Nabi dan Sahabat - tidur sekadarnya - sedikit sekali tidur. Jarang letak diri atas tilam, lebih ibadah
Jumpa orang - untuk silaturahim dan terubat rindu - itu sudah cukup. Jangan terlajak umpat dan cela

Kalau berlebih akan menganggu hubungan dan hak pada orang yang sepatutnya

Nabi suruh tiru solat malam dan puasa nabi Daud.,, orang yang patut tiru untuk manage masa adalah Nabi Daud jaga.
Nabi Daud  - raja, hakim, ayah,  - baik hubungan dengan suami
yang berhak terhadap dirinya - dia dapat selesai
ada hak orang lain kita kene penuhinya

Masa nabi Daud dibahagikan
1. Masa dengan Allah - beribadah, munajat, zikir
2. Masa untuk diri - berehat
3. Masa untuk menyelesaikan keperluan diri dan keluarga
3. Masa untuk menyelesaikan keperluan orang lain

9. Lebah hanya keluar dari sarangya untuk mencari keperluan
bila hari dan cuaca tak elok, dia tak pergi ,
Orang beriman, bila diluar boleh mudaharatkan naywa dan iman, orang beriman akan bersabar dan kekal dirumah -akan berbuat di rumah - tingkat ibadah, tingkat hubungan dan selesai  apa kerja  yg boleh dibuat di rumah . Tiada istilah malas, sentiasa produktif- tiada yang dinamanya bosan bagi orang beriman.

10. Menjauhi benda2 yang kotor. Orang mukmin juga sama, cuba jaga kesucian hatinya - Boleh jauh dari orang yang boleh merosakkan iman dan hati, boleh lalu dengan baik  (setakat bagi salam, kalau sembang pun pada topik yg selamat yang tak bawa pada dosa...bila mula nakk e arah dosa, terus gerak- *contoh orang jahil yang tiada batas 
Menyelamatkan diri dan orang itu dari buat dosa
Jaga jangan pergi pada tempat yang boleh rosakkan hati dan iman kita

11. 10 Perkara yang boleh menganggu kehidupan lebah (asap, dingin, panas, angin dll - Perkara yang cuba dielakkan oleh orang beriman
1. Lalai/Leka - Kene tarik break dan patah balik dan
2. Dosa & Maksiat - merasa teramat terganggu apabila terlibat dgn dosa dan maksiat - cepat2 taubat
3. Nafsu Syahwat - bila mula memikirkan perkara yang luar keperluan
4. Muncul /Terjeback dengan Keraguan - pada iman, orang soleh, pada Allah - tepis dan berbaik sangka pada Allah, orang beriman - Kembalikan keyakinan
5. Amat terasa dengan perkara yang menjurus pada syiruk (Asrar dan Akbar) - riyak, ujub - cepat2 ingat
6. Cinta Dunia -Terlalu sayang pada dunia berlebihan - orang beriman cepat sedar diri dan tetap umpama kan akhirat, sebab akhirat lebih baik dan kekal.
7. Takutkan kejahilan - terjerumus kepada kebodohan - orang paling kuat menuntut ilmu dan semangat nak belajar
8. Takut pada perkara haram yang dilakukkannya
9. Manusia menzaliminya tanpa sebab

12. Lebah sangat berhati hati dalam berdampingan dengan makhluk lain. Lebah tak boleh bersahabat kecuali yang sejenis
Orang beriman dengan semua, tapi bersahabat dengan orang beriman yg sama hajat da . Dia tak cari lawan. Kawan ramai dan boleh jumpa siapa juga dengan hati yang lapang dan baik sangka. Namun akan memilih sahabat (yang selalu bersama) dapat sahabat betul yang sama visi misi hidup - jadi dunia tempat menabung utk akhirat. 
4 kategori orang/kawan
1. seperti makanan asasi - tak boleh putus dari mereka. Kene ambil jesempatan untuk bersama dengannya - orang yang kalau bertemu dengannya, bermbah iman dan terdorong buat lebih ingin buat amal soleh.  Orang yang ingin mendapatkan manfaat dari kita untuk ukhrawinya
2. seperti  makan ubat
Makan bila sakit sahaja. Bila sihat, tinggalkan. Kita jumpa masa perlu sahaja. Kene opportunis untuk akhirat. Tinggal dengna baik
3. seperti ada penyakit berjangkit - Jangan dekati kecuali Doctor & Nurse. Kalau ada kemampuan utk ubati mereka sempat, dekat pada dia tapi jaga jarak. Kene begitu waspada. Kalau tak boleh tolong, jauhkan diri. Kalau tidak, nanti jumpa, hati akan sakit.
4. seperti Ular berbisa - orang boleh bunuk kita - kafir harbi/musuh
Jangan terima semua orang sama sahaja,,,kene klasifikasi 

13. Keluarkan yang baik , Makan baik dan keluarkan hanya yang baik.
Orang mukmin, dari mulut dia keluar perkara manfaat- zikir, quran, ilmu, nasihat baik. Yang buruk disimpan.
Nabi bersabda - siapa yang beruman pada Allah dan hari akhirat, akan bercakap baik atau diam.

14. Lebah keluarkan berbagai jenis warna
Orang mukmin bila keluarkan sesuatu bermacam macam manfaat - ilmu, nasihat, motivasi, 

15. Lebah makan baik sahaja dan mengeluarkan yang baik sahaja
Orang beriman berifikir yang baik dan keluarkan manfaat yang baik baik sahaja.

16. Lebah bila hinggap di ranting atau dahan - tak mematahkan. bila meneguk air tak keruhkan air, kalau singgah dibunga- takkan patahkan
Orang mukmin pandai membawa diri - kemana dia pergi dia tak mudaratkan , Tahu cara nak handle. Pandai bawak diri dan tak menyusahkan orang lain dan beri manfaat

17.  Lebah bila diusik/diganggu - mahkluk sensitif dengan gangguan dan cepat bertindak. Mukmin yang produktif akan cuba pertahankan diri /jihad

18. Lebah hanya akan terbang  tempat yang indah, wangi dan tempat yang makanan sihat. Orang mukmin memiih tmpat dia pergi - tempat majlis ikmu, majlis zikira, masjid , surau.Tak boleh pergi tempat kotor

19. Lebah apabila dah dapat sampai tempat yang dituju (pokok bunga) dia takkan keluar dari tempat tersebut sehingga apa yang dihajati dapat.
Orang beriman kalau dah mula menuntut ilmu, dia takkan berhenti menuntut ilmu sehingga dapat. Kalau pergi majlis zikir akan stay. Persistent- buat sampai jadi. 

20. Lebah apabila pada musim panas akan pindahkan makanan kedalam sarang rumah. Seorang mukmin bijak membaca situasi dan keadaan. Jangan bila dah parah, baru nak bertindak

Kisah Nabi Yusof - dapat baca situasi..7 tahun aman sejahtera , jangan habiskan semua, sebahgian simpan untuk time diperlukan...simpan bekal dan benih. Kebijaksanaan Nabi Yusof - kita boleh menyimpan.