- anjuran Persatuan Muballighat Negeri Selangor @i MSSAAS
A. Tausiyah dan Majlis Zikir – Us Dr Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi
B. Solat Sunat Dhuha, Tasbih dan Hajat – Us Mohammad Imran
C. Tadarus, Solat Jemaah Zuhur, Majlis Khatam, Doa dan Ikrar
A. Majlis Tausiyah dan Majlis Zikir – Us Dr Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi
- Dimulakan dengan sedekah Alfatihah secara khusus kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, Sahabat dan Para Salafulsaleh, Para Tabiin, Para Umarra dan Ulamak Negara Malaysia, Insititusi Masjid/Surau/ Pondok/Madrasah Ilmu/Tahfiz dll, Institusi Kesultanan Malaysia yang menjadi pendokong agama islam dan majlis fatwa negara, Guru-Guru dan Para Pendidik, Keluarga ( termasuk dato nenek moyang dan keturunan yang sempat jumpa atau tidak sempat)/Sahabat/Jiran/Saudara dan Muslimin Muslimat
- Dapat dirumuskan, amalan baik sebelum memulakan majliz zikir dan lain2, adalah dengan bersedekah Al Fatihah satu persatu kepada setiap golongan ini mengikut urutan
- Bacaan/Alunan Bacaan Zikir seperti dalam buka program – antaranya, Solawat Nariyah, Qasidah Iftitah, 7 Ayat dari AL Quran, Lain-Lain, Solawat Badriyah
Lagu Munajat Sufi – Karya Ayahanda Walid – Hamba Bersimpuh
Hu Allah…. Hu…Allah….3X; LailahaillAllah
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Ampun Dari Mu,
Pada Diri Yang Penuh Dosa, Bagai Lautan Lumpur Membentang.
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Bertali DenganMu,
Wujud Mu Tiada Bertempat, Tiada Bersentuh Tiada Berjarak
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Membuka Hijab,
Kalimah Alif Rahsia Diri Mu, Berdiri Sendiri Tanpa Berhajat
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Asrar Dari Mu,
Engkaulah Tunggal Dalam Wujudmu, Segala Lain Bayangan TajalliMu
Hu Allah…. Hu…Allah….3X; LailahaillAllah
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Hampir DenganMu,
Engkaulah Hampir Yang Amat Hampir, Berpisah Tiada Walau Sedetik
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Mohon Kasih Genggam RahmanMu,
Engkaulah Pemilik Segala Jiwa, Engkaulah Berkuasa Segala Gerak.
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Rintihan Kami
Engkaulah Pemakbul Segala Doa, Engkau Pemegang Segala Nyawa.
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Cinta DariMu,
Pada Diri Yang Penuh Rindu, Untuk Menghirup Makrifat DenganMu.
Ya Allah, Hamba Bersimpuh, Memohon Kasih Rahmat DariMu,
Dengan Syafaat Rasul Yang Mulia, Dengan Barakah Para Auliya’
Hu Allah….Hu Allah….3X… LailahaillAllah
Amin…Amin…Amin…Amin… 3X
Amin Ya Rabbal A’lamin.
TAJALLI CINTA
Duhai Nabi pujaan hati…diriku umat yang menyintai..
namun apakan daya diriku ini….insan biasa
namun apakan daya diriku ini….insan biasa
Terkadang culas dalam cinta…moga tiada terluka…
dirimu yang amat menyinta…pada semua manusia….
dirimu yang amat menyinta…pada semua manusia….
Syafaatmu amat ku damba…walaupun rintangan melanda….
cinta ini luar biasa..membuka pintu bahagia….
cinta ini luar biasa..membuka pintu bahagia….
Moga cintaku pada mu…bakal membuka tauhidku…
kepada Yang Maha Kuasa…semuanya kerana CINTA
kepada Yang Maha Kuasa…semuanya kerana CINTA
Moga…di akhirat nanti…sudilah memandang kami…
Duhai…tajalli NUR RAHMANI….rahmat mu abadi
Duhai…tajalli NUR RAHMANI….rahmat mu abadi
Dengan asbab sanad mulia…tetap ku berpaut padamu….
kerana diri ku hanya ada…nilai sebuah cinta….
kerana diri ku hanya ada…nilai sebuah cinta….
Duhai semua para pencinta…sebarkanlah dengan nyata…
cinta yang membawa bahagia….pada umat manusia….
cinta yang membawa bahagia….pada umat manusia….
SELAWAT TAUHID TASAUF
Sollallahu ‘Alan Nabi…Ya Nabi, Sollallahu ‘Alar Rasul
Sollallahu ‘Alal Habibi, Nabi Muhammad Afdholur Rasul
S. Umar, Uthman, Ali, Abu Bakar Sahabat Nabi
Siti Fatimah Binti Rasuli, Ya, Rasullallah, Junjungan Kami
La Ilaha Illah Ya Allah, Kalimah Tauhid Penyejuk Hati
Siapa Benci Kalimah Allah, Kelu Lidah Di Waktu Mati
Ya Rasulallah Ya Habibi, Tunggu Kami Di Titian Meniti
Peganglah Kami Duhai Nabi, Agar Tiada Neraka Menanti (2X)
Islam, Iman, Tauhid, Makrifat, Pegang Teguh Syariat Nabi
Islam itu Membawa Rahmat, Hidup Bahagia Mukmin Sejati
Baitul Makmur Di Langit Tinggi, Tempat Tawaf Malaikat Suci
Rajin-Rajin Menyuci Qalbi, Itu Amalan Allah Cintai
A. Majlis Tausiyah - Us Dr Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi
DIAM
- Selepas berzikir/ bertadarus/beribadah – DIAM. Nikmati selimut Nur /Cahaya Allah. Jangan terus bercakap. Rasakan dan nikmati manis ibadah dengan banyak berdiam. Kalau terus bercakap bermaksud pakaian /selimut nur dari berzikir dan membaca Al Quran belum menutupi atau belum meresap ke dalam jiwa kita. Connection dengan ALLAH belum berpaut sebaiknya.
- Bila bercakap kita lupa Allah, baik jangan bercakap, cakap bila perlu dan selebihnya diam ingat Allah
- Kurangkan/Berhenti
- Cakap Hal Orang Lain – politik, parti, Menteri, negara, jiran
- Bongkarkan rahsia ibadah dan hal baik kita – nanti mudah tergugur kebaikkan, tertanggal langsung nanti…selain menimbulkan riyak
- Sembang keaiban/buruk diri kita – kelemahan kita, sakit kita, aib kita, dosa kita, hal rumah tangga ..jangan sembrono… anak2, cucu2, menantu. Pekung dalaman jangan sembang dekat orang., tak bawak kepada kebaikkan apapun. Jadi apa yang tinggal? DIAM
- Buang 3 benda di atas, banyak waktu dapat berdiam, rasailah kenikmatan BERDIAM iaitu – berseronok dengan Allah, kita merasai dalam ‘tadbir Allah’ dan kita semakin lama bersangka baik kepada Allah. Bertambah sangka baik kita kepada Allah, semakin baik Allah mentadbir diri kita. Itu Rahsia Berdiam.
- Ini termasuk apa yang kita Cakap dan Tulis (juga). Semua benda nak baca, fikir dan ulas. Buruk bonda main Instagram, kalau ibu-ibu umur 50/60 tahun nak main Instagram ‘I cannot brain’…Facebook pun tak perlu, diactivate semua dalam bulan Ramadhan ini. Tinggal group whatssap utk family/masjid/persatuan. Tinggalkan group2 yang update bermacam update/news/fakenews dan yang ulas sini sana.
- Pesanan Nabi – Tinggalkan segala perkara yang tiada kaitan dengan kita. Apakah perkara yang tidak berkaitan dengan diri kita? Segala perkara yang tidak menyambungkan ingatan kita kepada Allah, maka ianya tiada kaitan dengan diri kita. Maka, pastikan bila nak besembang.. pastikan, adakah ini perkara yang mengingatkan kita kepada Allah atau sebaliknya bahkan menyebabkan kita lupa Allah.... Kalau tak menyambung ingatan kita kepada Allah , tinggallah kerana ia tidak berkaitan dengan diri kita , barulah kita akan jadi baik dan Allah akan membaikki kehidupan kita. BERMULA dengan DIAM. Tapi bonda kalau lepas zikir, waktu berzikir atau pada majlis zikir tak dapat nak diam… memanglah tak boleh DIAM.. Kita tak dapat merasai kenikmatan.
- KENIKMATAN HIDUP ADALAH MERASAI DALAM TADBIR ALLAH – bukan dapat suami understanding/ dapat menantu pandai masak/rumah besar/tadarus laju/harta kekayaan/anak berjaya dll
- Bonda-bonda – kalau bercakap dalam keadaan lupa Allah, anak2 akan paham sebagai kita ini berleter. Ingat Allah, less talkative. Kalau betul2lah. Jangan jadi macam automative bercakap sampai lupa Allah. Nanti energy aura negative/tak elok akan limpah kepada anak kita. Anak kita akan pandang kita sebagai berleter dan ianya takkan merapatkan hubungan malah merenggangkan hubungan dan mungkin boleh bawa kepada tercetusnya pergaduhan dan pertelingkahan.
- Mulakan dengan DIAM. Ingat Allah Dulu. Dalam keadaan ingat Allah baru menyampaikan..biasanya orang dalam keadaan ingat Allah, tak banyak bercakap, dia sampaikan sedikit sahaja, point delivered, selesai – selebihnya, sebagaimana Allah mentadbir diriku, Allah juga yang mentadbir orang didepan ku (anak, suami dan lain2). Maka biarlah sahaja di bawah tadbir Allah, pastinya baik.
- Bila bonda tak banyak berleter, ianya membawa kepada kelegaan kepada orang sekeliling… tak cakap benda yang bukan2… Diam itu kebijaksanaan, dalam diam kita CONNECTED dengan Allah dan bercakap pada yang perlu. Percayalah, orang tak akan anggap kita sombong, Guru berpesan suruh diam. Diam dalam ingatan kepada Allah, Orang tak akan ingat kita sombong. Bahkan orang akan lebih senang dan suka mendampinginya.. kenapa? Rohani dia detect limpah kasih Ar Rahman di dalam diri kita…. senyum dalam limpahan kasih Allah….tak sembang mana pun.. senyum dengan penuh limpahan cahaya Allah, pantul memantul diantara dua hamba Allah yang Allah beri kebaikkan ini, Macam mana pun, satu pihak kena mulakan dengan DIAM. Sekarang ni, nak harapkan bonda diam ke ayahanda yang diam dulu? Saya rasa biarlah bonda diam dulu… nanti ayahanda LEGA..maka bila ayahanda lega, datanglah keberkatan dan kebaikkan pada bonda.. dalam keadaan begitu… Bonda nak berkidmat untuk ayahanda / menguruskan rumah tangga/ menangani anak menantu besan, semuanya dalam keberkatan Allah. Semuanya bermula dengan bonda DIAM.
- Usaha cari bekalan Kekuatan untuk berdiam – sanad kita selawat dalailul-khairat Imam Al-Jazuli
- Niat atau Doa sebelum selawat / zikir 'Ya Allah dengan zikir / selawat ini, pakaikanlah / selimutkanlah aku dalam NUR cahaya MU sehingga bertemu dengan MU dengan syafaat Nabi MU'.
No comments:
Post a Comment