Tadabbur Al Quran 27 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 80-81. 19.06.2020
Nota Perkongsian Hari 27 Syawal (19.06.2020)
Tadabbur surah An-Nahl ayat 80-81.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ ٱلْأَنْعٰمِ بُيُوتًا تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ ۙ وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَآ أَثٰثًا وَمَتٰعًا إِلَىٰ حِينٍ
Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (kemah-kemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikan-Nya pula) dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu).
(An Nahl 16:80)
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِلٰلًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْجِبَالِ أَكْنٰنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرٰبِيلَ تَقِيكُمُ ٱلْحَرَّ وَسَرٰبِيلَ تَقِيكُم بَأْسَكُمْ ۚ كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri (kepada-Nya).
(An Nahl 16:81)
...............................
Tadabbur An Nahl 80-81
Kembali Allah SWT mengingatkan kita kepada nikmat-nikmatNya yang telah Dia berikan kepada hamba-hambaNya. Secara umum terbahagi kepada dua: nikmat hissi dan nikmat maknawi.
1. Nikmat Hissi
- Boleh dirasa dengan salah satu pancaindera kita. Dapat lihat, dengar, raba.
2. Nikmat maknawi
- Rasa dengan hati, perasaan dan jiwa.
- Paling penting nikmat Hidayah yang sudah dibincangkan dulu.
Begitu banyak nikmat hissi disebut supaya kita menyedari nikmat maknawi. Kita melihat nikmat hissi untuk kita merasakan dan menyedari nikmat maknawi.
Pada ayat ini menunjukkan dan mengingatkan kita kepada nikmat hissi. Antaranya:
Nikmat pertama: rumah sebagai tempat tinggal.
Allah beri manusia rumah dan Allah beri idea kepada manusia membuat rumah dengan lebih cantik, kemas. Menjamin ketenangan, ketenteraman dan keselamatannya.
Maka pelbagai jenis rumah dibina: rumah kayu sampai rumah batu. Ketahuilah itu adalah antara nikmat yang diberi Allah kepada manusia dan tidak kira rumah itu rumah sewa atau yang dimiliki sendiri. Antara nikmat yang lebih sempurna bila rumah itu menjadi milik sendiri. Pada asasnya, Allah beri nikmat rumah untuk kita tinggal. Sekarang rumah memjadi asbab bertambah rezeki bila ada rumah sewa.
Rasulullah saw bersabda:
مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ
"
Antara asbab seseorang itu boleh bahagia:
1. Jiran yang baik (وَالْجَارُ الصَّالِحُ)
hingga kita terdorong untuk melakukan kesolehan sepertinya juga.
2. Kenderaan yang baik (وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ)
Kalau ada motor kapcai saja juga sudah perlu bersyukur, kerana Allah beri cara kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Ada kereta yang baik dan mewah, lebih bersyukur dan menjadi asbab hidup bahagia.
3. Rumah yang luas (الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ)
Jika dapat rumah luas, adalah nikmat Allah yang pasti membawa kebahagiaan kepada kita. Tetapi ada juga yang rumah banglo luas, tapi tidak bahagia. Itu tanda masalah hati / dalamannya.
- kebahagiaan (sa'adatul) mukhayyad - terikat kepada sesuatu
- kebahagiaan mutlak - di akhirat
Dalam riwayat yang lain:
أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ: اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
"Ada empat perkara termasuk kebahagiaan; isteri yang solehah, tempat tinggal yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang baik.”
4. Isteri / suami yang soleh (اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ)
Pasangan yang mengajak kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Rajin beribadat, pergi ke majlis ilmu bersama-sama. Bila satu visi dan misi maka bahagialah pasangan itu.
Ingatlah ini semua hanya asbab bahagia. Ada juga yang tidak dapat nikmat-nikmat ini, tapi bahagia juga dengan cara sendiri.
Jika tak dapat semua, dapat tiga saja pun bersyukurlah. Insya Allah dia tambahkan lagi asbab kebahagiaan kepada kita.
Ada empat asbab penderitaan (as-syaqa'):
وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ
"Manakala 4 tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.”
Hadis sahih riwayat Ibnu Hibban (4032)
1. Al mar 'atus su' - pasangan yang perangai buruk, suka fitnah dan cari pasal
2. Al jarus su' - jiran yang buruk - carilah rumah baru, pindah
3. Al markabus su' - kenderaan yang tidak selesa, selalu rosak
4. Al maskanud doik - tempat tinggal yang sempit.
Nikmat yang Allah bagi kepada kita antaranya ialah rumah. Ini yang disebut Allah pada awal ayat 80 ini:
وَا للّٰهُ جَعَلَ لَـكُمْ مِّنْۢ بُيُوْتِكُمْ سَكَنًا
"Allah yang jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai tempat tinggal kamu."
"Sakanan" boleh membawa makna "sakinah" - ketenteraman, ketenangan. Rumah sepatutnya begitu bukan hanya melindungi daripada panas dan hujan tapi juga melindungi hati kita daripada kegelisahan, gundah gulana. Seharusnya begitu.
Maka rumah boleh menjadi asbab kebahagiaan kita. Jagalah rumah kita supaya menjadi rumah yang bahagia, "baiti jannati" - rumahku, syurgaku. Rumah besar hanya satu asbab bahagia. Seseorang yang bersyukur akan bahagia walau di manapun dia tinggal. Tidak kira rumah besar atau kecil. Ia hal subjektif. Tapi asasnya ia membantu kita bahagia.
Jadi Rasulullah mengajar kita satu doa agar berikan tempat tinggal yang baik. Jika rasa rumah kecil dan rasa ia menghalang bahagia, bacalah doa ini:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepadaku." Berkat maknanya Dia akan mencukupi kita, membantu kita untuk melakukan ketaatan, ibadah kita bertambah. Itu namanya berkat. Kalau kita dapat sesuatu tetapi kita makin jauh dengan Allah, ketaatan makin berat itu "Istidraj" bukan berkat. Nak rumah yang selesa, boleh bantu dalam ketaatan, bacalah doa tadi.
Nikmat kedua: Khemah-khemah yang diperbuat daripada kulit-kulit haiwan. Ini pada zaman Nabi dan sahabat. Pada masa itu ramai hidup secara Nomad (pindah-randah). Mereka bina khemah di suatu tempat, duduk beberapa lama. Apabila tempat itu telah habis asbab rezeki, mereka pindah ke tempat lain. Untuk pindah-randah, mereka tidak membina rumah kekal. Mereka hanya membuat khemah-khemah sahaja yang diperbuat daripada kulit haiwan kerana kesannya, "Yang kamu dapati ringan mengangkatnya pada waktu kamu berpergian (musafir) dan juga pada waktu kamu menetap (bermukim)."
Maka mereka dapat pindah-pindah. Jika tidak selesa, pindah ke tempat lain. Kalau rumah kekal tidak boleh pindah, susah. Tapi Allah bagi kemudahan iaitu khemah-khemah yang dibuat daripada kulit haiwan. Zaman sekarang khemah diperbuat daripada plastik, kain. Ini perubahan zaman. Jadi perkara ini disebut Allah sesuai dengan konteks pada masa itu.
Nikmat ketiga: Alat-alat rumah tangga, perkakasan rumah. Yang pada zaman Rasulullah dibuat daripada bulu-bulu kambing, biri-biri dan unta. Maksudnya dibuat daripada makhluk ciptaan Allah SWT. Bulu-bulu kambing dibuat tilam. Secanggih mana pun tetap menggunakan ciptaan Allah SWT.
Allah menyebutkan nikmat-nikmat ini supaya manusia bersyukur. Semakin merasa berhutang budi kepada Allah. Yang mana ia perasaan yang bagus kerana ia membuat kita semakin taat kepada Allah. Ibadat yang kita lakukan kerana Allah SWT bukan kerana terpaksa. Banyak nikmat yang Allah berikan, takkan kita berkira solat, zakat. Kita berasa terhutang kepada Allah.
Nikmat keempat: Perhiasan yang kita gunakan. Kulit kulit bulu bulu kambing biri-biri untuk perhiasan baju selimut dan lain-lain.
Dari segi tadabbur bagi ayat ini Allah menyebut hal hal itu untuk menunjukkan bahawa yang Allah sentiasa menyediakan sesuatu untuk kemudahan dan kesenangan manusia begitu istimewa manusia yang Allah sediakan depan untuknya rumah untuk didiami khemah khemah untuk menginap dan perhiasan dan pakaian alat-alat rumah tangga Allah SWT mudahkan untuk kita semua tanpa pemurah-nya dan penyayang-nya hingga diberi apa yang kita kehendaki perlukan
Jadi Mengapakah tidak bersyukur kepada Allah tidak rasa terhutang budi dengan Allah kenapa kita tidak malu segan dengan Allah SWT kerana mengabaikan perintah yang melanggar larangan-nya. Melambatkan solat tidak baca al-quran tidak berzikir Allah sediakan asbab untuk bertenang terlindung mudah ke sana ke sini cuma kita yang sedar atau tidak ada yang guna dengan baik ada yang mensia-siakan.
Pada ayat 81 Allah menambah lagi nikmat-nikmat yang lain supaya kita sedari ingati.
1. Tempat bernaung
وَا للّٰهُ جَعَلَ لَـكُمْ مِّمَّا خَلَقَ ظِلٰلًا
Allah janjikan dari setiap yang diciptakanNya boleh kita gunakan untuk bernaung. Manusia ini istimewa. Pergi ke pokok boleh jadi tempat bernaung. Pergi tempat ada batu boleh bernaung.
2. Tempat tinggal di gunung ganang.
وَّجَعَلَ لَـكُمْ مِّنَ الْجِبَا لِ اَكْنَا نًا
Bukan hanya di tengah bandar sahaja. "Dia jadikan bagi kamu di gunung-gunung tersebut tempat untuk tinggal juga." Ada orang suka tinggal di tengah hutan sunyi. Di mana kita duduk pun bersyukurlah. Ada yang duduk di bandar, ingin duduk di hutan. Yang duduk dalam hutan, nak duduk di bandar.
3. Nikmat "Dan Dia jadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang dapat melindungi kamu dari sejuk dan panas."
Musim sejuk pakai baju tebal-tebal. Alhamdulillah di Malaysia dan serata Nusantara tak perlu tukar pakaian. Negara 4 musim perlu tukar pakaian ikut musim panas, sejuk dan lain-lain. Syukurlah Allah tempat kita di negara yang stabil semua mudah. Ada juga yang nampak salji rasa seronok.Tapi lama-lama rasa sejuk hingga ke tulang. Tahan 1-2 minggu, lepas tu nak berselimut juga. Bersyukurlah kita di sini panasnya tidaklah sepanas di Libya (contohnya) hingga hampir 40 - 45°C. Tetapi ramai juga yang tidak bersyukur. Komplen panas tak ada air-cond. Komplen asyik hujan. Nikmat Allah bagi kepada kita berada di tempat selesa dan pakaian-pakaian. Diberi idea mendapat pakaian di musim sejuk dan panas.
4. Nikmat pakaian perang atau baju besi تَقِيْكُمْ بَأْسَكُمْ
Yang melindungi dalam peperangan. Selamat dari serangan musuh. Diberi ilham kepada manusia buat pakaian perang. Sekarang ada baju kalis peluru.
Nikmat maknawi, pada asalnya diberi ilham dan Hidayah Allah menjadi nikmat hissi yang kita dapat gunakan dalam kehidupan kita.
Pada hujung ayat tersebut, ini yang perlu kita pegang menjadi tadabbur kita.
Kata Allah:
كَذٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهٗ عَلَيْكُمْ
Demikianlah Allah SWT akan terus menyempurnakan nikmat-nikmatNya kepadamu. Perkataan "يُتِمُّ - yutimmu" dalam bentuk fi'il mudhori' dalam bahasa Arab menunjukkan berterusan. Sehingga apa yang memang telah ditentukan Allah, diberikan kepada kita. Rezeki ketetapan yang Allah telah tetapkan kepada kita, takkan ke mana. Pasti bermuara kepada kita. Cepat atau lambat akan sampai ke pangkuan juga. Sehingga orang meninggal disebut wafat. Maksudnya wafat adalah sudah sempurna, sudah lengkap. Tidak akan meninggal dunia melainkan sudah lengkap apa yang dia patut dapat.
Allah sempurnakan. Diberi kita rumah, pakaian, perhiasan. Bahkan sekarang ini pakaian yang tidak dipakai pun kita beli. Pembaziran. Menyebabkan nikmat yang lain terhalang. Susah dapat kebahagiaan lain bila sia-siakan nikmat yang Allah beri. Allah akan terus sempurnakan dengan cara kita bersyukur, hargai apa yang Allah beri. Menyebabkan Allah tambahkan lagi.
Dan tujuan Allah SWT sempurnakan dan terus memberi nikmat-nikmat itu:
لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُوْنَ
Supaya mereka berserah diri kepada Allah. Supaya dapat mengamalkan Islam dengan lebih baik. Diberi rumah besar supaya boleh berjemaah. Jangan rumah besar tapi tak pernah berjemaah, tak pernah buat majlis ilmu. Yang dibuat pesta atau parti. Ini bukan menyebabkan manusia lebih Islam (tuslimun). Ini menjadi lebih kafir. Makin jauh daripada Allah.
Yang betul, nikmat yang Allah beri kepada kita, menjadikan kita makin:
1. Mengamal Islam dengan lebih baik. Tunduk, patuh kepada Allah SWT.
2. Makin berserah, yakin kepada Allah. Tengok balik nikmat yang Allah bagi. Doa-doa yang pernah buat dulu. Majoritinya dah Allah makbulkan. Semak semula.
Jadi nikmat yang Allah beri pada kita, disempurnakan satu demi satu. Semestinya semakin tunduk pada Allah. Makin rajin mengamalkan amalan Islam dan makin kita berserah dan bergantung hanya kepada Allah SWT.
Maka makna
اِيَّا كَ نَعْبُدُ وَاِ يَّا كَ نَسْتَعِيْنُ ۗ
makin terealisasi dan nampak aplikasinya dalam kehidupan kita. Ini fungsi nikmat tersebut. Bersyukurlah. Tanda syukur, hatinya berserah kepada Allah. Lebih yakin apa di tangan Allah dari di tangan makhluk.
.............................
No comments:
Post a Comment