Nota Perkongsian 24.06.2020
Tadabbur surah An-Nahl ayat 86-88.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.
وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ شُرَكَآءَهُمْ قَالُواْ رَبَّنَا هٓؤُلَآءِ شُرَكَآؤُنَا ٱلَّذِينَ كُنَّا نَدْعُواْ مِن دُونِكَ ۖ فَأَلْقَوْاْ إِلَيْهِمُ ٱلْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكٰذِبُونَ
Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau". Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta".
(An Nahl 16:86)
وَأَلْقَوْاْ إِلَى ٱللَّهِ يَوْمَئِذٍ ٱلسَّلَمَ ۖ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَفْتَرُونَ
Dan mereka menyatakan ketundukannya kepada Allah pada hari itu dan hilanglah dari mereka apa yang selalu mereka ada-adakan.
(An Nahl 16:87)
ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ زِدْنٰهُمْ عَذَابًا فَوْقَ ٱلْعَذَابِ بِمَا كَانُواْ يُفْسِدُونَ
Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan.
(An Nahl 16:88)
....................
Insyaa Allah dalam pertemuan hari ini kita akan sambung
perbincangan kita tadabbur terhadap surah An-Nahl yang mana kita akan mulai
membaca daripada ayat 86 hingga ayat 88. Mana pada pertemuan lepas kita dapat
menyelesaikan sampai ayat 85. Mari kita baca terlebih dahulu dan sila tuan-tuan
dan puan-puan baca sendiri di rumah.
وَ اِذَا رَاَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا شُرَكَآءَهُمْ قَا لُوْا
رَبَّنَا هٰۤؤُلَآ ءِ شُرَكَآ ؤُنَا الَّذِيْنَ كُنَّا نَدْعُوْا مِنْ دُوْنِكَ ۚ فَاَ
لْقَوْا اِلَيْهِمُ الْقَوْلَ اِنَّكُمْ لَـكٰذِبُوْنَ ۚ
وَاَ لْقَوْا اِلَى اللّٰهِ يَوْمَئِذِ ٭ِلسَّلَمَ وَضَلَّ عَنْهُمْ
مَّا كَا نُوْا يَفْتَرُوْنَ
اَ لَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَصَدُّوْا عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ زِدْنٰهُمْ
عَذَا بًا فَوْقَ الْعَذَا بِ بِمَا كَا نُوْا يُفْسِدُوْنَ
"Dan apabila orang-orang musyrik melihat
makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka
berkata: Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu),
yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu. Maka dengan serta-merta
makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata:
Sesungguhnya kamu adalah berdusta.
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada
Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah
mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang
lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang
menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan."
Saudara fillah
dikasihi sekalian, dari segi tafsir ayat ini menjelaskan tentang lanjutan yang
terjadi kepada orang-orang kafir dan orang-orang musyrik, orang-orang yang
menyekutukan Allah di dunia dulu dengan sembahan-sembahan selain Allah swt.
Selain di akhirat nanti mereka akan dinampak azab, ditunjukkan kepada mereka
neraka sehingga mereka merasa gerun dan ketika itu mereka minta dikurangkan
azab akan tetapi kita tahu bahawasanya "fala yukaffafu 'anhuma azab"
tidak akan dikurangkan sama sekali. Dan kata Allah lagi "wala kuntum
zarun" bahkan ketika mereka meminta agar ditundakan azab itu. Kalau tidak
dikurangkan, tundakanlah.
Maka Allah swt tak bagi juga tunda, apa yang telah
ditetapkan oleh Allah swt. Maka mereka akan kena sesuai dengan masa dan
tempatnya. Maka tuan puan dikasihi sekalian, ditengah mereka merayu-rayu
meminta kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar dikurangkan azab dan ditunda azab
daripada mereka-mereka untuk melihat sembahan-sembahan mereka, melihat
tuhan-tuhan yang mereka dakwa dahulu sekutu bagi Allah swt. Apakah yang mereka
nampakkan tersebut? Mereka nampakkan berhala-berhala yang mereka sembah. Dia
nampakkan kepada mereka adalah syaitan-syaitan, jin-jin yang dahulu mereka
pertuhankan.
Mereka akan nampak segala sembahan yang mereka sembah dahulu termasuklah orang-orang yang mereka anggap Tuhan seperti nabi Isa atau mereka anggap pihak Tuhan dulu adalah Firaun, Namrud. Saudara fillahan dikasihi sekalian, maknanya orang yang menyembah selain Allah akan ditunjukkan kepada mereka, akan dinampakkan kepada mereka sembahan-sembahan mereka. Mereka akan dipertemukan kembali dan ketika bertemu itu orang kafir, orang musyrik berkata, Ya Allah kalau memang tidak dapat engkau ringankan azab ini dan engkau tundakan azab ini, maka Ya Allah, ini sembahan-sembahan kami, tuhan-tuhan yang dahulu kami anggap mereka ini Tuhan. Alihkanlah azab kami ini kepada mereka.
Mereka akan nampak segala sembahan yang mereka sembah dahulu termasuklah orang-orang yang mereka anggap Tuhan seperti nabi Isa atau mereka anggap pihak Tuhan dulu adalah Firaun, Namrud. Saudara fillahan dikasihi sekalian, maknanya orang yang menyembah selain Allah akan ditunjukkan kepada mereka, akan dinampakkan kepada mereka sembahan-sembahan mereka. Mereka akan dipertemukan kembali dan ketika bertemu itu orang kafir, orang musyrik berkata, Ya Allah kalau memang tidak dapat engkau ringankan azab ini dan engkau tundakan azab ini, maka Ya Allah, ini sembahan-sembahan kami, tuhan-tuhan yang dahulu kami anggap mereka ini Tuhan. Alihkanlah azab kami ini kepada mereka.
Sehingga Imam Fakhrur Ar Razi ketika mentafsirkan ayat ini
mengatakan bahawasanya orang-orang kafir dan musyrik ketika itu meng
"ihalatul 'azab ilal asnab". Ingin dipindahkan, ingin dijadikan
berhala-berhala ini yang dikenakan azab. Dalam erti kata berhala-berhala inilah
ataupun sembahan-sembahan inilah yang menyebabkan kami sesat dahulu, yang
menyebabkan kami mempersekutukan engkau Ya Allah. Mereka tuduh bahawa
berhala-berhala, sembahan-sembahan ini selain Allah itu yang menyesatkan
mereka. Kerana mereka yang menyesatkan kami maka azablah mereka. Jangan
kami-kami ini, kami hanyalah korban. Kami adalah mangsa.
Tengok tuan-tuan, puan-puan ini cara fikir orang-orang yang dah berada dalam keadaan kesusahan dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini ingin azab tersebut dilimpahkan kepada orang-orang lain. Limpahkan kepada berhala yang mereka sembah. Tuan puan sekalian, bertengkarlah pada waktu itu kaum musyrikin, orang-orang yang menyekutukan Allah, orang-orang kafir dengan sembahan-sembahan mereka. Ini menunjukkan bahawasanya sembahan-sembahan itu akan dibangkitkan supaya manusia sedar betul bahawasanya sembahan-sembahan mereka itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka.
Apa jawab daripada sembahan-sembahan mereka tersebut? Mereka mengingkarinya, mereka tidak mahu menerimanya. Sebagaimana dikatakan oleh Allah pada ayat tersebut
Tengok tuan-tuan, puan-puan ini cara fikir orang-orang yang dah berada dalam keadaan kesusahan dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini ingin azab tersebut dilimpahkan kepada orang-orang lain. Limpahkan kepada berhala yang mereka sembah. Tuan puan sekalian, bertengkarlah pada waktu itu kaum musyrikin, orang-orang yang menyekutukan Allah, orang-orang kafir dengan sembahan-sembahan mereka. Ini menunjukkan bahawasanya sembahan-sembahan itu akan dibangkitkan supaya manusia sedar betul bahawasanya sembahan-sembahan mereka itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka.
Apa jawab daripada sembahan-sembahan mereka tersebut? Mereka mengingkarinya, mereka tidak mahu menerimanya. Sebagaimana dikatakan oleh Allah pada ayat tersebut
وَ اِذَا رَاَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا شُرَكَآءَهُمْ قَا لُوْا
رَبَّنَا هٰۤؤُلَآ ءِ شُرَكَآ ؤُنَا الَّذِيْنَ كُنَّا نَدْعُوْا مِنْ دُوْنِكَ
Inilah sembahan-sembahan kami, sembahan dahulu yang kami
seru sebelum ini".
ۚ فَاَ لْقَوْا اِلَيْهِمُ الْقَوْلَ اِنَّكُمْ لَـكٰذِبُوْنَ ۚ
Masalahnya tuan-tuan dan puan-puan sembahan-sembahan mereka
itu mengingkarinya bahkan mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh musyrikin itu
adalah satu pembohongan. Satu perkara dusta. Dalam erti kata di sini tuan puan
sembahan-sembahan tersebut tak pernah mereka meminta untuk disembah, tidak
pernah mereka mengajak agar disembah. Jadi sebagaimana kita tahu
berhala-berhala mereka itu dibuat oleh manusia sendiri. Maka bagaimana kamu
dakwa kami yang menjadi sebab kamu itu sesat, menyebabkan kamu menyembah selain
daripada Allah swt. Ini adalah disebabkan oleh hawa nafsu kamu sendiri,
disebabkan oleh kesalahan kamu sendiri.
Saudara fillah dikasihi sekalian sembahan-sembahan ini
menolak, mengingkari, menafikan bahawa mereka pernah mengajak orang-orang
musyrik ini untuk menyembah. Ayat ini menggambarkan tuan-tuan dan puan-puan
betapa "desperate" nya, betapa menyesalnya, betapa manusia-manusia
musyrik ini sudah hilang punca, macam mana menghadapi hari yang begitu dahsyat
ini, hari yang begitu hebat ini. Mereka mencari alasan, mencari hujah, macam
mana boleh terhindar daripada azab siksaan, daripada ketakutan hari tersebut.
"hauli yaumil qiyamah" dalam bahasa Arab 'haul-ehwal,
peristiwa-peristiwa yang menakutkan yang ada pada hari kiamat. Mereka ingin
berlepas diri daripada apa yang mereka lakukan dulu.
Sampai mereka berbohong, sampai mereka menipu. Diingatkan tuan-tuan pada ayat yang lain bahwasanya orang-orang musyrik, orang-orang kafir apabila di dunia, mereka berani untuk menipu Allah, menipu atau berdusta bahkan mereka itu bersumpah kadang-kadang. Maka ketahuilah perangai buruk mereka itu akan dibawa sampai ke akhirat nanti. Mereka pun akan suka menyumpah, bersumpah dan mereka juga suka berdusta dan berbohong, menipu. Demi apa? Demi diri mereka, demi keselamatan mereka sendiri. Mereka ini sangat pragmatism. Iaitu sangat mementingkan diri sendiri. Tak kisah. Adakah kepentingan, adakah apa yang mereka katakan itu satu yang benar ataupun satu yang bohong.
Saudara fillahan yang dikasihi sekalian.
Sampai mereka berbohong, sampai mereka menipu. Diingatkan tuan-tuan pada ayat yang lain bahwasanya orang-orang musyrik, orang-orang kafir apabila di dunia, mereka berani untuk menipu Allah, menipu atau berdusta bahkan mereka itu bersumpah kadang-kadang. Maka ketahuilah perangai buruk mereka itu akan dibawa sampai ke akhirat nanti. Mereka pun akan suka menyumpah, bersumpah dan mereka juga suka berdusta dan berbohong, menipu. Demi apa? Demi diri mereka, demi keselamatan mereka sendiri. Mereka ini sangat pragmatism. Iaitu sangat mementingkan diri sendiri. Tak kisah. Adakah kepentingan, adakah apa yang mereka katakan itu satu yang benar ataupun satu yang bohong.
Saudara fillahan yang dikasihi sekalian.
Ini yang berlaku kepada orang-orang musyrik, orang-orang
kafir, orang-orang yang mensekutukan Allah swt. Yang mana berhala-berhala dan
sembahan-sembahan mereka itu tidak memberi makna apa-apa. Maka demikian juga
peringatan bagi kita tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bahawasanya jangan
sampai kita terlibat dalam Syirik, terlibat dalam mempersekutukan Allah dengan
yang lain. Murnikan penyembahan kita, murnikan keyakinan kita, hanya kepada
Allah yang satu. Inilah Tauhid kita. Kita hanya mengEsakan Allah swt dan tidak
mengEsakan dan tidak akan mempertuhankan selain daripada Allah swt.
Saudara fillahan dikasihi sekalian.
Begitu teruknya, begitu parahnya apa yang akan dihadapi oleh
orang-orang musyrik nanti di akhirat. Bayangkan tuan puan keadaan ini berlaku,
kalau sekiranya kita dalam situasi mereka. Maka Allah swt membawa kepada kita
cerita tentang orang musyrik ini supaya kita jangan seperti mereka.
Ada pun dari segi atadabbur tuan puan dikasihi sekalian, maka kita dapatkan bahawasanya Mukmin Produktif. Muslim Produktif tuan puan
bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan, apa yang dia buat, apa yang dia
pilih. Dia bertanggungjawab. Bertanggungjawab sejak bila lagi? Semenjak awal
dia membuat, semenjak keputusan dia buat. Apa istilah tu? "in Fullmind".
"Mindful", dia sedar betul2 apa yang dia buat, dia tahu apa yang dia
lakukan. Dia tahu positif dia dan dia tahu negatif dia. Dia
"fullmind" tuan puan. "Mindful" iaitu sedar betul dengan
apa yang dia buat, apa yang dia lakukan. Sehingga tuan-puan dikasihi sekalian,
apapun berlaku nanti dia tidak akan menuduh orang lain atau melimpahkan
kesalahan itu kepada orang lain. Dia bertanggungjawab terhadap apa yang dia
buat.
Berbeza dengan seperti orang-orang musyrik. Dia suka untuk melimpahkan kesalahan kepada orang lain. Bahkan dia limpahkan kepada sesuatu yang memang tak ada manfaat pun sebenarnya, kepada berhala-berhala dia. Kita bayangkan orang-orang yang tidak produktif seperti itu suka untuk menyalahkan orang lain, menyalahkan pihak ini, menyalahkan pihak itu. At the end, tuan puan, semua itu disebabkan kesalahan kita. Kita sendiri tidak betul-betul menguasai, memahami apa yang kita buat, apa yang kita lakukan. Maka sebagai Mukmin Produktif, tuan puan, kita berusaha untuk memahami apa yang betul-betul kita buat. Mengetahui dengan betul-betul apa yang kita ikhtiarkan, apa yang kita usahakan. Jangan kita bergantung kepada orang lain. Ingat itu. Tidak boleh. Kita mesti bertanggungjawab sendiri terhadap apa yang kita lakukan.
Sehingga nanti, tuan puan, biar apapun berlaku, saya sedar ini adalah "consequent" dari apa yang saya pilih. Apa yang saya buat. Jangan kita limpahkan. Kadang-kadang dia limpahkan kesalahan itu. Ini sebabkan mak bapak saya, mak bapak saya tak bagi ini, tak bagi itu. Dia salahkan pihak-pihak tertentu. Ini jabatan inilah, jabatan Itulah. Tuan puan. Dah awak sebenarnya pemalas, awak sebenarnya tidak berfikir. Awak sebenarnya tidak menggunakan apa yang Allah bagi sebaik-baiknya untuk kemashalatan awak sendiri. Padahal Allah swt kita dah bincang sebelum ini selalu menyediakan apa yang patut, apa yang berguna untuk kita. Terserah kita sekarang ni mahu tak kita guna.
Mukmin yang produktif, tuan puan, adalah mukmin yang bersyukur, menggunakan nikmat-nikmat yang Allah ada dan saya yakin tuan puan kalau sekiranya seseorang itu berfikiran seperti ini, mukmin itu berfikiran seperti in, dia duduk mana pun, tuan puan, dia akan senang. Tak ada masalah sebenarnya. Di manapun dia berada, tuan puan, di belahan bumi mana pun dia hidup. Sebab dia mempunyai keyakinan semua, yang ada ini tak ada yang sia-sia, semua ada manfaat dia. Sehingga orang, tuan puan, ada boleh buat duit melalui cacing. Dia pelihara, dia jual.
Berbeza dengan seperti orang-orang musyrik. Dia suka untuk melimpahkan kesalahan kepada orang lain. Bahkan dia limpahkan kepada sesuatu yang memang tak ada manfaat pun sebenarnya, kepada berhala-berhala dia. Kita bayangkan orang-orang yang tidak produktif seperti itu suka untuk menyalahkan orang lain, menyalahkan pihak ini, menyalahkan pihak itu. At the end, tuan puan, semua itu disebabkan kesalahan kita. Kita sendiri tidak betul-betul menguasai, memahami apa yang kita buat, apa yang kita lakukan. Maka sebagai Mukmin Produktif, tuan puan, kita berusaha untuk memahami apa yang betul-betul kita buat. Mengetahui dengan betul-betul apa yang kita ikhtiarkan, apa yang kita usahakan. Jangan kita bergantung kepada orang lain. Ingat itu. Tidak boleh. Kita mesti bertanggungjawab sendiri terhadap apa yang kita lakukan.
Sehingga nanti, tuan puan, biar apapun berlaku, saya sedar ini adalah "consequent" dari apa yang saya pilih. Apa yang saya buat. Jangan kita limpahkan. Kadang-kadang dia limpahkan kesalahan itu. Ini sebabkan mak bapak saya, mak bapak saya tak bagi ini, tak bagi itu. Dia salahkan pihak-pihak tertentu. Ini jabatan inilah, jabatan Itulah. Tuan puan. Dah awak sebenarnya pemalas, awak sebenarnya tidak berfikir. Awak sebenarnya tidak menggunakan apa yang Allah bagi sebaik-baiknya untuk kemashalatan awak sendiri. Padahal Allah swt kita dah bincang sebelum ini selalu menyediakan apa yang patut, apa yang berguna untuk kita. Terserah kita sekarang ni mahu tak kita guna.
Mukmin yang produktif, tuan puan, adalah mukmin yang bersyukur, menggunakan nikmat-nikmat yang Allah ada dan saya yakin tuan puan kalau sekiranya seseorang itu berfikiran seperti ini, mukmin itu berfikiran seperti in, dia duduk mana pun, tuan puan, dia akan senang. Tak ada masalah sebenarnya. Di manapun dia berada, tuan puan, di belahan bumi mana pun dia hidup. Sebab dia mempunyai keyakinan semua, yang ada ini tak ada yang sia-sia, semua ada manfaat dia. Sehingga orang, tuan puan, ada boleh buat duit melalui cacing. Dia pelihara, dia jual.
Banyak
perkara yang boleh mendatangkan rezeki, mendatangkan manfaat untuk kita. Kalau
sekiranya tuan puan, seseorang itu susah nak dapat penghasilan income di tengah
bandar, dia masuk dalam hutan. Dia jumpa ada benda-benda yang boleh
mendatangkan duit. Dalam hutan free sahaja, tuan puan mengambil madu-madu
lebah. Madu-madu lebah mahal sekarang ni, yang original tersebut, Ya Allah.
Ambillah tu, bawa keluar, jual. Apa yang tak boleh. Ada saja, tuan puan.
Oleh itu, saudara fillahan yang dikasihi sekalian. Seorang
mukmin yang pandai, bertanggungjawab dengan apa yang dia buat. Yang tak akan
melimpahkan apa yang berlaku selepas itu kepada sesiapa pun juga. Dia tak akan
salahkan mak ayah, dia tak akan salahkan Isteri, dia tak salahkan pasangannya,
dia tak salahkan anak-anak dia.
Kenapa awak tak boleh buat ni? Ini anak-anak punya pasal la
ni, anak-anak buat bising. Sebenarnya kalau awak betul-betul menginginkan awak
akan cari jalan. Ada kawan-kawan saya nampak, tuan puan, ketika dia tak dapat
buat live di rumah, tuan puan, dia buat live dalam kereta. Ini di antara orang
yang cuba cari jalan. Kita tak menyalahkan.
Perangai menyalahkan adalah
perangai orang yang tidak produktif. Mukmin yang betul nanti, tuan puan, dia
kurang komplen, dia kurang mengeluh, dia kurang mengata, dia kurang dalam
hal-hal yang negatif. Yang secara tidak langsung, tuan-puan sekalian, dia
kurang berdosa nanti. Orang yang komplen ini, orang yang mengadu ini, mengeluh
Itu, mengata ini. Ini dosa belaka ni. Itu tak sesuai untuk orang yang Mukmin
Produktif. Mukmin Produktif sentiasa mencari asbab untuk dia dapat melakukan
kebaikan. Dia tahu bahawasanya nasib dia tidak ditentukan orang. Dia tidak
ditentukan pihak-pihak tertentu. Yang menentukannya ialah Allah swt. Ingat usul
dan ikhtiar dia Allah yang akan menentukan. Maka tak mahu saya sekarang ini,
tak makan ini bukan sebab pihak itu tetapi sebab saya malas untuk berusaha.
Kalau tak dapat makan, cubalah masuk dalam sungai, menyelam
cari ikan. Confirm boleh makan. Lepas tu dapat ikan tu kan. Usah duduk di rumah
main Facebook, main apa benda yang tak datang manfaat. Bagaimana awak boleh
dapat rezeki? Mukmin yang betul adalah seperti burung. Dia akan keluar, dia
akan cari rezeki.
Saudara fillahan dikasihi sekalian, ini sifat Mukmin. Sifat
Mukmin tidak akan menyalahkan sesiapa pun juga.
Maka di akhirat, orang-orang
musyrik suka menyalahkan berhala. Ini salah satu contoh. Bukan berhala saja
yang dia salahkan sebenarnya. Dia akan salahkan yang lain bahkan salahkan
Allah. "Kenapa engkau sesatkan kami? Ada ungkapan-ungkapan dalam Al-Quran
menyatakan bahawasanya orang-orang musyrik kata bahawa kami tersesat ini
sebabkan konsep "Engkau sesatkanlah kami Allah kalau Engkau inginkan,
Engkau beri petunjuk kami, Engkau jadikan kami beriman". Dia salahkan
Allah sampai tahap itu.
Padahal kita tahu apa pun yang kita pilih dalam
kehidupan kita. Apa pun yang kita buat dalam kehidupan kita, Allah bagi kita
kebebasan. Ini yang mesti faham kita tadabbur kita dalam surah An-Nahl
awal-awal dahulu, prinsip bahawa Allah memberi kepada kita " hurriyatul
ikhtiar" - kebebasan memilih dalam hal-hal tertentu. Dan hal itu,
sebenarnya banyak sebenarnya. Yang mana perkara-perkara yang kita diberi
pilihan tersebut, ia akan memberi kesan 'consequent' nanti. Ada pahala dan
dosa. Ada kebaikan, ada keburukan. Ada syurga, ada neraka nanti. Ada azab, ada
kesenangan dan kenikmatan nanti.
Oleh itu saudara fillahan dikasihi sekalian,
bertanggungjawab kepada apa yang kita buat. Caranya macam mana? Kita perlu
sedar dan tahu dan faham betul. Setiap apa yang kita buat. Belajar. Dengan
belajar, kita akan tahu apa yang kita buat ini, betul, tak betul.
Maka saya
selalu mengingatkan semula adalah itu - I² A². Ini prinsip hidup berjaya
seorang mukmin, tuan puan. Apa itu I²?
I pertama adalah itu ILMU. Ilmu mesti
ada. Sebab apa pun bermula dengan Ilmu. Jangan bermula dengan tanpa Ilmu. Nanti
kita akan langgar dinding orang cakap. Kita akan melakukan kesalahan demi
kesalahan. Maka berusahalah terlebih dahulu untuk berilmu. Islam pun pada
peringkat awal ajar Nabi - 'Iqra''. Merupakan sumber asas Ilmu.
Yang kedua I - IMAN. Selalu pastikan Ilmu yang kita miliki
itu menambah Iman kita. Maka channel ABQAF Media, tuan puan, kita jadikan satu
tagline kita- "Media Ilmu dan Iman". Kita nak jadikan dia asbab untuk
menambah Iman kita. Kita tidak ingin dapat Ilmu untuk berbangga-bangga. Untuk
menunjukkan kita hebat. Saya boleh tahu ini, saya boleh tahu itu. Tidak. Tetapi
kita nak berilmu untuk apa? Untuk menambah Iman kita. Semestinya Iman
bertambah, apa yang akan berlaku?
Iaitu A². A yang pertama adalah iaitu AMAL kita.
Bertambah-tambah Amal kita. Amal soleh dan amal kebajikan kerana Allah.
Dan A yang kedua adalah iaitu bertambah AKHLAK kita
bertambah. Budi baik kita, budi pekerti kita makin elok. Adab kalau boleh
katakan A yang selanjutnya itu adalah Akhlak ataupun Adab. Jadi adab kita makin
baik. Adab kita dengan Allah, adab kita dengan makhluk, adab kita dengan ibu
bapa kita, adab kita dengan orang dewasa daripada kita, yang sama umur dengan
kita, yang lebih muda dan lebih kecil daripada kita. Masing-masing itu ada Adab
dia. Iman yang betul adalah akan meningkatkan Amal dan Amal yang betul adalah
akan melahirkan Akhlak dan Adab yang tinggi. Inilah Mukmin.
Kesimpulan dari pada Mukmin Produktif, kita letak pada
formula ini. Apa dia? I² + A². Ini formula hidup saya. Saya suka untuk
sampaikan pada ceramah-ceramah saya yang dahulu. bahwasanya ini dia. At the
end, ini yang perlu kita buat dalam hidup kita. Ilmu yang semakin bertambah,
kemudian Iman semakin meningkat, Amal kita semakin banyak. Maksudnya banyak
manfaatnya dan Akhlak kita semakin tinggi. Dengan itu kita akan semakin mulia
disisi Allah swt.
Baik saudara fillahan dikasihi sekalian, itu ayat 86 dari
segi tafsir dan tadabburnya. Kita lanjutkan kepada ayat yang ke-87 yang mana
Allah swt, tuan-puan sekalian, menjelaskan bahawasanya akhirnya orang-orang
musyrik dan sembahan-sembahan mereka akan tunduk patuh kepada Allah swt.
Menerima apa yang akan berlaku kepada mereka. Apa kata Allah swt? "Wa
alqau ilallahi yauma 'izinissalam" - Masa itu orang-orang musyrik ini dan
juga berhala-berhala mereka sembah, bagaimana mereka menyatakan tunduk kepada
Allah. Masa itu ketika tak ada lagi dah peluang untuk mereka, peluang untuk
menghindarkan azab, peluang untuk melimpahkan kesalahan kepada orang lain. Tak
ada. Masing-masing dapat bahagian masing-masing. Yang ini memang bersalah,
Allah bagi kepada dia azab yang sesuai untuknya. Awak pun kalau bersalah
seperti itu juga.
Jadi Allah swt adil, Maha Adil pada waktu itu. Dijelaskan
secara jelas, sejelas-jelasnya. Dinampakkan buktinya senampak-nampaknya
sehingga tak ada siapa pada waktu itu yang dapat menolak bukti-bukti Allah SWT.
Sebab apa? Pada waktu itu yang bercakap bukan mulut lagi dah, bukan lidah lagi
dah yang bercakap. Yang bercakap itu tangan, kaki bahkan menjadi saksi semua
nanti. Apa-apa yang ada di sekeliling akan menjadi saksi masa itu. Mahu tak
mahu, tuan-puan sekalian, orang-orang musyrik, orang-orang kafir termasuk
sembahan-sembahan yang mereka sembah tersebut menyerah pada Allah. Ya Allah
memang powerlah engkau Allah. Engkau Maha Sembunyikan, Engkau nampak semua. Engkau
Maha Melihat, Engkau Maha Memperhatikan. Kami tak boleh nak menghindar daripada
ilmu yang begitu luas. KebijaksanaanMu yang begitu tinggi, kami tak boleh. Dan
keadilanMu ya Allah. Oleh itu, ya Allah, kami surrender.
"Wa alqau illallahissalam" - maksudnya surrender,
berserah. Kalau dah macam tu, nak macam mana lagi. Dia tak boleh lagi dah untuk
melawan dah. Dah habis. Mati kutu orang cakap. Tak boleh buat apa-apa lagi dah.
Maka tuan puan dikasihi sekalian, apa kata Allah? "wa dholla 'an hum maa kaanuu
yaftaruun" - Dan begitu nampak bagi mereka, bagaimana tersesatnya mereka.
Betapa tak gunanya sembahan-sembahan yang mereka sembah dahulu. Mereka berharap
agar sembahan-sembahan mereka itu membantu mereka di akhirat nanti atau
membantu mereka di dunia juga. Tapi tuan puan sekalian, sia-sia belaka. Tak
guna. Akan sembahan-sembahan itu sendiri menolak dan menyatakan bahawasanya
mereka lah yang pendusta, mereka pembohong. Sembahan-sembahan mereka itulah
yang mengecam mereka balik.
Bayangkan tuan puan, situasi seperti itu.
Orang-orang yang kita harapkan akan membantu kita dan menolong kita dan ketika
bertemu dengan mereka, mereka kata, "Aku tak kenal engkau pun."
Bayangkan tuan puan, tak kenal pun kita rasa sedih padahal kita dah habiskan
masa untuk dia dulu. Ataupun dia menolak, "Saya tak boleh tolong apa-apa.
Awak sembah, sembahlah. Awak buat itu dulu terserah awak. Saya tak boleh tolong
apa-apa." Inilah keadaan orang-orang musyrik pada waktu itu, orang-orang
kafir pada waktu itu, desperate betul tuan-tuan puan-puan, tak boleh nak buat
apa-apa. Mati kutu, tuan puan. Terkedu, terkelu tuan puan, tak boleh buat
apa-apa. Dialah, ya Allah. Kami berserah kepadamu ya Allah. "Wa alqau
illallahissalam". Mereka berserah kepada Allah pada waktu itu dan nampak bagi
mereka betapa tak gunanya sembahan-sembahan mereka.
Saudara fillahan dikasihi sekalian, dari segi tadabbur kita
pada ayat ini apa tuan puan? Mukmin produktif tuan puan, pasti memperoleh
kesudahan yang baik. Sebab apa? Sebab setiap tindakan, perbuatan yang dia buat,
dia mindful betul. Dia sedar betul, dia faham betul apa buat. Sehingga biasanya
dia akan ada perhitungan, plan A, Plan B. Ada kemungkinan-kemungkinan akan
berlaku ini, berlaku itu. Orang mukmin pun seperti ini juga. Bahawa ada yang
mungkin berlaku yang baik, tuan puan, ada mungkin berlaku tak baik. Di dunia
boleh saja berlaku tu. Ada yang baik berlaku, ada yang tak baik berlaku. Ada
situasi yang boleh kita handle dan kemungkinan situasi yang kita tak boleh
handle, boleh kawal.
Orang-orang bisnes faham sangat. Situasi seperti Covid-19
sekarang. Mana orang nak boleh tahu sesuatu yang tak boleh nak sangka.
Unpredicted. Tak dapat kita jangkakan dalam hidup kita. Seperti itu juga, tuan
puan. Maka Mukmin memang akan ada plan A, plan B. Ini bukannya tak yakin dengan
Allah tapi dia yakin dengan Sunnatullah. Dengan ketentuan dan ketetapan Allah.
Yang mana di dunia ini ada qadar baik, ada qadar buruk. Ada ketentuan baik, ada
ketentuan buruk. Itu berlaku. Itu boleh berlaku kepada siapapun juga. Pada
orang-orang kafir, pada orang beriman.
Orang Islam, tak Islam, benda itu boleh berlaku. Sudah ada dalam
perhitungannya kalau sekiranya result nanti macam ni, maka saya akan buat
seperti ini. Ada Plan B dia.
Jadi Allah swt mengajar kita untuk ada plan ni,
seperti kisah Nabi Yusuf. Kisah Nabi Yusuf mengajar kita bahawa perlu ada plan,
perancangan. Ke peringkat kerajaan, ke peringkat institusi, peringkat syarikat.
Kena ada satu perancangan jelas. Kalau plan A gagal, kita ada plan yang lain.
Plan yang lain ini kalau boleh diperincikan juga. Begini begini begitu.
Insya-allah kalau sekiranya semua itu dibuat dengan baik kesudahannya akan dia
dapat oleh orang-orang seperti ini. Kesudahan yang baik. Maka Mukmin Produktif
kesudahannya, akhir daripada usahanya, sama ada usaha dunianya atau usaha
akhiratnya, pasti akan berkesudahan dengan kesudahan yang baik. Sebab dia
betul-betul sedar, betul-betul memahami, betul-betul menguasai apa yang dia
buat tu.
Tuan puan dikasihi sekalian, dengan ilmu yang Allah bagi kepada kita,
kita gunakan itu untuk merancang. Saya yakin tuan puan, bab dunia pandai
merancang tapi kenapa kita tak merancang untuk bab akhirat. Hingga Allah dalam
surah Al-Hasyr mengingatkan kita, tuan puan, tentang pentingnya merancang untuk
akhirat juga. Apa kata Allah swt
يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَـنْظُرْ
نَـفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۚ وَا تَّقُوا اللّٰهَ ۗ
Apa kata Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah engkau memperhatikan apa yang
engkau buat untuk hari esok engkau." Hari esok kalau mengikut tafsir
ulama' ialah hari akhirat. Tapi itu tak menolak, tuan puan, memberi makna
adalah untuk hari esok kita. Tomorrow kita. Tomorrow boleh makna adalah
akhirat, boleh makna adalah esok. Esok nak buat apa, kena merancang. Tapi kita
kena ingat, tuan puan, kita merancang tapi at the end rancangan Allah akan
berlaku. Kerana kita tahu bahawa perancangan Allah yang akan berlaku, kita
selalu minta agar Allah sempurnakan rancangan kita tersebut. Tahu Allah yang akan
menentukannya. Maka kita letak, ketika kita nak merancang, insya-Allah. Jika
Allah berkehendak. Jika Allah mahu insya-Allah. Dalam masa yang sama kita minta
kepada Allah agar diberikan Hidayah. Berikan petunjuk. Petunjuk apa tu?
Hidayah, TaufikNya, agar apa yang kita rencana sesuai dengan perancangan Allah
swt. Apabila rancangan kita dengan rencana Allah sejalan maka insya-Allah tak
siapa yang boleh menghalang. Pasti akan jadi punya. Pasti akan berjaya.
Oleh itu saudara fillahan dikasihi sekalian, kesudahan
orang-orang beriman adalah kesudahan yang baik. Pasti baik. Sebab dia
sempurnakan syarat-syaratnya dan dia lengkapkan tindakan-tindakannya,
perbuatan-perbuatannya yang perlu dia buat, dia buat. Jadi insya-Allah hasilnya
akan baik. Dan tuan puan dikasihi sekalian, Mukmin Produktif tuan puan, akan
kalau kita lihat tadi orang kafir, lihat orang musyrik, dia itu baru menerima
ketentuan Allah, bila tuan puan? Pada waktu di Padang Mahsyar, pada waktu
mereka sudah tak ada jalan lagi dah. Tak ada peluang untuk menghindar lagi dah.
Barulah dia nak terima.
Ketahuilah tuan puan sekalian, orang beriman, dia menerima
ketentuan Allah semenjak di dunia lagi. Dia menerima ketetapan Allah,
hukum-hakam Allah swt semenjak di dunia lagi. Maka dia cuba untuk mengikutinya
dan dia bukan mengikuti disebabkan tiada pilihan. Mereka mengikuti ketentuan
dan hukum Allah swt sebab dia sedar betul, itulah yang terbaik. Ketentuan Allah
itulah yang paling sesuai untuk zaman dan masa dia ini.
Ingat orang kafir
musyrik menolak hukum dan ketentuan Allah swt. Kalau kita nak cakap pada orang
terserah kamulah. Memang kita tak ada masalah, tuan puan, ketika orang menolak
hukum Islam dan mereka menggunakan hukum-hukum selain dari hukum Allah swt. Dia
tak kisah. Dalam Islam disebutkan "la iqra ha fiddin" - tak ada
paksaan dalam agama. "Lakum diinukum waliyadin" - bagi kamu agama
kamu, bagi kami agama kami. Tak ada masalah. Tapi ingat bahawasanya kesan
daripada penolakan kamu ini akan berbahaya di dunia dan akan berbahaya di
akhirat nanti.
Mukmin Produktif, tuan puan dikasihi sekalian, dia tunduk kepada
hukum dan ketentuan Allah di dunia lagi. Dia tidak merasa berat, tak merasa
terbebani dengan apa yang telah ditetapkan. Justeru dia yakin ini yang terbaik.
Sebab Allah yang cipta alam dan makhluk ini dan saya sendiri. Sudah pasti Dia
lebih tahu apa yang lebih sesuai, yang paling betul untuk saya.
Saudara fillahan dikasihi sekalian, maka Allah dalam surah
Al-Qasas, tuan-puan, ayat 83 menyatakan bahawasanya: "wal 'aqibatul lil
muttaqin" - kesudahan yang baik itu pasti untuk orang yang bertakwa. At
the end, peganglah. Ini undang-undang Allah. Orang baik yang akan berjaya.
Orang baik yang akan menang. Walaupun di awalnya dia ditipu, tuan puan, tengok
tak cerita Hollywood, cerita Hindustan, betapa hero selalu terkena di awal.
Tapi at the end, hero mesti menang punya. Itu hero Melayu boleh jadi terbalik,
hero tiba-tiba mati.
Saudara filahan dikasihi sekalian, kesudahan yang baik mesti
bagi orang yang bertaqwa. Maka tak ada pilihan bagi kita, tuan puan, melainkan
untuk memilih jalan macam mana jadi orang bertakwa. Macam mana jadi orang yang
lebih taat kepada Allah swt, sebab kesudahannya mesti untuk orang ni.
Tuan puan
lihatlah dalam hidup dunia, tuan puan dikasihi sekalian, lihat. Ada orang masih
hidup dia dah memang hero kan, champion dalam apapun juga. Masya-Allah orang
kagum dengan dia. Tapi tuan puan, di hari tua, ketika dia tak iringi kehebatan
dan champion dia dalam dunia tersebut dengan agama, orang tak pandang lagi dah.
Betapa banyak artis-artis yang dahulunya dikagumi ketika di hari tua, tuan
puan, orang tak pandang lagi dah, tak tengok lagi dah. Sebab dia dah berkedut
macam orang lain juga. Dia tua macam orang lain juga. Waktu kau cantik,
handsome, orang memang idol kan engkau, orang bangga dengan engkau. Tapi bila
engkau dah tua, nothing. Kita jumpa ramai artis-artis ni kan. Saya bukan di
sini kecam artis, tuan puan, saya minta maaf, saya bukan nak kecilkan
siapa-siapa dan saya tahu di antara artis ada yang hebat dalam lakonan dan dia
juga hebat dalam bab amalan. Saya respect. Tapi tuan puan, saya nak cerita
adalah yang tak eloklah. Sebenarnya ini banyak dalam bidang yang lain pun ada juga
benda-benda macam ni. Sebab biasanya mereka inilah yang dibangga-banggakan.
Ada penyanyi, lagu dia sedap. Suara dia sedap. Tapi tuan
puan apabila semua itu tidak diiringi dengan taqwa dengan kebaikan akhirat,
tuan puan, satu hari dia akan lenyap, satu hari dia akan hilang. Orang tak
hargai lagi dah. Orang tak pandang lagi dah. Tapi apabila semua itu diiring
dengan ketakwaan, dengan kebaikannya tuan puan, memang dia baik dalam
lakonannya, dia baik dalam hariannya, masya-Allah dia memang orang baik, Ustaz.
Ketahuilah mati dia tuan puan, orang ingat lagi. Orang akan sebut nama dia
lagi. Orang akan tahu kebaikan dia tadi tu. Inilah kesudahan yang baik. Itu
mesti bagi orang-orang bertakwa
Maka ikut ketentuan Allah, ikut ketetapan
Allah kalau tuan puan, ingin kesudahan yang baik, pilih ini. No option bagi
saya. Tak ada pilihan bagi saya, melainkan saya mesti menjadi orang bertaqwa. Tak
ada pilihan. Saya semenjak memang tak ada pilihan, melainkan saya mesti do the
best untuk akhirat. Mahu tak mahu. Apa pun saya akan usahakan. Jadi tak ada
pilihan. Semenjak bila tak ada pilihan? Sejak kita baligh. Setiap apa yang kita
buat, Allah swt dah monitor, dah nilai
dan Alah nak tahu hujung dia. Hujung dia ni adalah mesti mati dalam takwa.
Mesti mati dalam keadaan orang Islam, Mukmin, berserah diri kepada Allah swt.
Allah dalam surah Ali Imran mengatakan "ya ayyuhal
lazina amanu ittaqullah haqqo tuqo tihi" - wahai orang beriman bertakwalah
kamu dengan sebenar-benarnya takwa. "wala tamutunna lilla wa antum
muslimun" - kamu jangan mati melainkan betul-betul menjadi seorang yang
beriman, berserah diri kepada Allah swt. Jadi orang beriman betul-betul,
berserah diri kepada Allah di dunia ni lagi. Masa dia sedar lagi. Masa dia
boleh berbuat lagi, dia dah memang berserah diri. Erti kata berserah diri di
sini menerima hukum Allah, menerima ketetapan Allah dengan yakin. This is the
best for me. Ini yang ada pada diri mukmin. Tapi ingat orang musyrik tadi macam
mana. Baru sedar kepada ketentuan dan ketetapan Allah adalah ketika mereka tak
ada pilihan lagi dah. Di akhirat.
Tuan puan dikasihi sekalian, tafsir ayat ke-88. Ayat ini
menjelas bahawasanya - azab akan digandakan, diberikan kepada orang kafir, yang
mana selain dia itu kafir, mengingkari hukum Allah, halang orang pula daripada
beriman. Ini jadi ada dua kategori orang kafir - kafir, tuan puan, atas asas
diri dia saja. "Saya tak percaya, saya tak mahu menyakini apa yang kamu
yakini. Islam itu bagi saya tak betul." Contoh ya. Ini maknanya, tuan
puan, dia kafir dengan apa yang melibatkan diri dia sendiri. Ketahuilah
bahawasanya ada kafir, selain dia tak percaya, dia akan ajak orang lain untuk
tak percaya juga. Bahkan ada orang lain yang ingin menerima Islam ini, dia cuba
untuk menghalang. Dia akan cari jalan macam mana tak jadi orang tu masuk Islam,
mengikuti agama Allah ini. "Ya suddu 'an sabilillah" - mereka
menghalang manusia dari jalan Allah swt.
Maka orang ini, akan diberi azab
berganda. Orang kafir pun ada level-level dia nanti. Ada level mereka yang mana
kena azab sikit saja. Sikit ni siapa? Orang kafir yang dia kafir tapi dia tak
menyusahkan orang lain, tidak mengganggu orang lain. Kita tahu bahawasanya ada
orang bukan Islam, tuan puan, dia baik. Kata ulama' kebaikan orang kafir ini
macam mana? Satu adalah kebaikan itu dia akan dapat di dunia lagi balasannya.
Orang kafir, di dunia, dia dapat apa dia nak. Kebanyakan seperti itu. Sebab
apa? Bayaran, balasan untuk mereka boleh dikatakan hampir full di dunia ini
diberi. Saya ada kata kepada tuan puan dikasihi sekalian, sebelum ini di kelas
saya yang lain. Bahawasanya untuk orang kafir balasan kebaikan mereka itu maybe
100% dia dapat di dunia lagi. Kemungkinan juga kata ulama', 99% dia dapat di
dunia, dia ada 1% diberikan di akhirat. 1% yang di akhirat ini apa? Inilah
diringankan azab daripada mereka. Erti katalah mereka tak di azab seperti
orang-orang kafir yang jahat, orang kafir yang berusaha untuk membuat
kerosakan.
Saudara fillahan sekalian, beza dengan orang beriman tau.
Orang beriman ratio bagi balasan dia adalah terbalik. Orang beriman, di dunia
dia akan hanya dapat 1% balasan kebaikan dia tu dan 99% dia nanti dia akan
dapat di akhirat. Terbalik ya. 1% di dunia, 99% di akhirat. Maka kadang-kadang
orang beriman merasa, ada yang tak faham, merasa, kenapa saya dah buat baik
ini, buat itu, tapi saya tengok hidup saya tak berubah pun. Saya tak kaya raya
pun macam si fulan itu. Yang dia kafir tapi dia dapat banyak sangat.
Tuan puan
dikasihi sekalian, dalam hal ini kita kena faham prinsip ini. Bagi orang kafir
yang selain dia kafir, dia juga menghalang orang daripada keislaman maka dia
akan dapat azab tambahan. Tuan puan dikasihi sekalian, itu dari segi tafsirannya.
Dari segi tadabbur, ringkasnya ialah apabila orang tak produktif di dunia ini,
sama ada dia Mukmin atau tak Mukmin dan Mukmin mestinya lebih produktif lagi.
Orang yang tak produktif pasti akan hadapi kesusahan demi kesusahan. Pasti akan
menghadapi penderitaan demi penderitaan. Hari tu susah sekarang susah lagi. Hari tu masalah,
sekarang masalah lagi. Ketahuilah sebenarnya berpunca daripada awak yang tak
produktif. Kalau awak produktif, awak proaktif, macam kita bincang dulu,
insya-Allah awak akan boleh keluar daripada kesusahan tersebut. Dan Mukmin
Produktif dia akan mendapat kebaikan demi kebaikan, kesenangan demi kesenangan.
Kenikmatan demi kenikmatan. Dia akan terus bertambah
..............
Tafsir Ayat 86
Menerangkan pertengkaran berlaku antara penyembah org Kafir yg menyembah kan selain Allah. Mereka merayu dikurang azab atau meringankan seksaan.
Mereka akan dinmpkan bahala, syaitan yg Di sembahkn Mereka. Mereka mahu Bahala, sembahan diazabkn kerana Mereka menuduh kesalahan pd bahala dn sembahan2x Mereka.
Sembahan2x ini pula Berkata mereka menolak Dan menafi kan bahwa Mereka tak pernah menyuruh Mereka menyembah Mereka.
Keaadan yg terdesak utk org2x Musyrik menipu, berbohong utk melepaskn diri Mereka.
Maka peringatan kita supaya jgn Syirik spt Mereka.
Tadaburr Ayat 86
Mukmin yg productif tahu apa yg Mereka laku kan.. MINDFUL.
Mereka sedar akan tanggungjawab Mereka Dan tidak akan menuduh org lain. Tidak bergantung pd org lain. Bertanggungjawab penuh jeatas setiap tindakan yg pernah diambil. Bersyukur Dan mengguna kan NIKMAT2x yg Di beri Allah. Semua tidak disia2x perkara ini akan di usaha kan.
Mukmin tidak akan memberi atau menyalahkan org lain.
Mukmin produktif:
Kurang complain.
Kurang mengata.
Kurang dosa.
Prinsip hidup orang beriman
I sq
I=Ilmu mesti ada
I=Iman, ilmu meningkat kan Iman.
A sq
A=Amal
A=Akhlak/Adab
No comments:
Post a Comment