Sunday, 7 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 71, HARI 16 SYAWAL 1441H/8 JUN 2020M

Tadabbur Al Quran 16 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 70-71. 08.06.2020

Nota Perkongsian Hari  16 Syawal (08.06.2020)

Tadabbur surah An-Nahl ayat 70-71.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw. 



وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(An Nahl 16:70)

وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِى ٱلرِّزْقِ ۚ فَمَا ٱلَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَآدِّى رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَآءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ ٱللَّهِ يَجْحَدُونَ
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?.
(An Nahl 16:71)


Dalam ayat 70 mentafsirkan yang mana Allah swt menyebutkan nikmat penciptaan kepada manusia dan ketahuilah ia juga akan diakhiri nikmat penciptaan itu dengan kematian. Maka Allah swt mengingatkan kita juga tentang nikmat umur. Umur merupakan nikmat yang besar Allah bagikan kepada kita yang mana umur itu yang mana makin lama makin berkurang bahkan berkurangan dalam hal tenaga fizikal kita dan kekuatan akal kita. Sehingga diantara kita tua renta menjadi piqun atau pun menjadi nyanyuk dan bahkan menjadi lupa sesuautu yang dia ingat dan menjadi lupa. 


Imam Fakrur Ar Razi mengatakan bahawasanya orang yang sampai piqun ke tahap ini adalah orang yang tak ada dua perkara. Inshaa Allah orang yang beriman dan beramal soleh dapat hindar daripada piqun dan juga hilang akal fikiran ini. Dalilnya dalam surah at tiin iaitu



لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(At Tiin 95:4)


ثُمَّ رَدَدْنٰهُ أَسْفَلَ سٰفِلِينَ
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
(At Tiin 95:5)


إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصّٰلِحٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
(At Tiin 95:6)

Maka amalkanlah, ada tiga perkara para ulama sebutkan iaitu 

1. jaga solat awal waktu dan jemaah
2. Sentiasa berdamping dengan al quran 
3. Belajar sesuatu yang baru. 

Janganlah membatasi diri kita apabila dah berumur. Maka dihari tua nanti tingkatkan amal dan soleh kita. Inshaa Allah , Allah akan pelihara kita daripada arzalil umur tadi tu. Bahkan Allah pelihara kita dari umur yang rendah tadi tu . 

Dari segi tadabbur, kita perlu ketahui bahawasanya setiap ketetapan Allah itu ada prosesnya. Yang mana manusia itu menurut Fakrudin Ar Razi dalam kitab tafsir beliau melalui 4 perkembangan umur manusia menurut Imam Fakhru Razi ini. 


Peringkat pertama, Sinun nusyu’ wa numu, iaitu umur, pertumbuhan dan perkembangan. Iaitu usia kanak kanak hingga baligh. 


Peringkat kedua, Sinun Wukuf, umur kita static, tidak terlalu berkembang dan dikatakan keadaan kita mendatar. Dari segi zahir, dah kuat dan fikiran dah matang. Usia remaja dan dewasa.


Peringkat ketiga, Sinun hitotil Qalil, mengalami penurunan tetapi penurunan yang sedikit. Umur mulai menurun sedikit demi sedikit. Iaitu umur 35-55/60 tahun.


Peringkat keempat, Sinun hitotil Qabir, umur yang mengalami penurunan yang besar. 55/60 – sampai ke satu peringkat. Mental dan fizikal mengalami masalah dan penurunan. 


Perlunya empat perkara yang perlu berkembang dalam diri kita. 


1. Iaitu dari segi tubuh badan/ jasad. Ini perkembangan manusia. 

2. Kita juga kena memastikan perkembangan selanjutnya iaitu perkembangan akal fikiran manusia. Iaitu ketika lahir sehingga baligh.pekembangan yang semakin membesar. Perkembangan akal meningkat. Ketika menjadi pemuda memerlukan akal fikiran yang semaksimumnya, dan apabila semakin nampak perkembangan tersebut apabila dididik dengan ilmu.Akal memerlukan ilmu. 

3. Dan seterusnya kita perlukan ilmu untuk mendidik perkembangan selanjutnya iaitu perkembangan hati dan perasaan,dan ini sering diabaikan dalam kehidupan manusia. Perlu dididik iaitu perasaan simpati, perasaan belas kasihan,perasaan hormat, perasaan menghargai. Ini perlu perkembangan juga.

4.  keempat iaitu perkembangan rohani dan kebijaksanaan. Ketahuilah bahwasanya orang baru akan mejadi bijaksana apabila mampu menggabungkan elemen elemen ini. Jika sekiranya menggabungkan maka ia akan menjadi mukmin yang sempurna.mukmin yang akan membawa kepada manfaat. Maka 4 perkara ini perlu dititikberatkan. 

Ketahuilah dari segi jasad dan akal boleh menurun, kualiti boleh menurun,tapi ketahuilah ketika meningkat umur kita hati dan perasaan kita dan sebenarnya rohani kita semakin tajam dan meningkat. 


Rohani kita juga mudah touching atau sentuhan sentuhan tertentu. Dia mudah untuk ingat kepada Allah swt. Allah mengatakan diantara manusia ada yang Allah lemahkan jasad dan juga akal dia. Tapi Allah swt tak kata lemahkan hati dan rohani. Semakin tua kita semakin bagus, hati kita semakin bersih,kualiti semakin mantap,rohani semakin dekat dengan Allah swt. 

Jika makhluk mengalami penurunan, ,maka al Khaliq (Allah) tidak mengalaminya. Selamat daripadanya. Dia sentiasa maha mengetahui dan maha berkuasa. Ilmu Allah tak pernah berkurang. Ilmu manusia berkurang dengan lupa. Ilmu Allah sentiasa dalam keadaan sempurna. Ini mengingatkan kita pada hakikat bahawasanya apabila kita semakin berumur makin banyaklah mendekat dengan Allah yang maha Mengetahui dan maha Berkuasa ini. 


Dengan merapatkan diri kepada Allah swt inshaa Allah kekuatan fizikal kita ini tidak mempengaruhi kualiti diri kita. Ketika kita menjaga hubungan diri kita dengan Allah swt, hati dan rohani kita menjadi bagus dan kedudukan kita semakin tinggi di sisi Allah swt. Apabila beranjak umur kita jagalah hati dan rohani kita. Menguatkan hati dan rohani kita dengan iman dan amal soleh. 

Hati yang mati ialah hati yang tak tersentuh dengan kebaikan,jika sekiranya bercerita tentang hari akhirat dia akan cuba perlekehkan. Nasihat tentang persiapan hari kematian dia dah tak kisah dah. Dia tak perduli. Ini kata Allah swt : Allah tutup hati mereka sehingga hati mereka tidak dapat merasakan lagi bukan itu sahaja penglihatan dan pendengaran pun Allah tutupkan juga.


Biasanya orang orang islam orang beriman ini akan berhadapan dengan hati yang sakit dan sakit ini perlu disembuhkan. Menyembuhkannya adalah dengan datang ke majlis ilmu, duduk dengan orang yang baca Quran, dengar orang berzikir,jangan kita tahu kita ada sakit kita duduk dengan orang yang penyakit hati. Maka menyebabkan kita tak terasa bahawa kita mengalami sakit hati. 

Oleh itu untuk sembuhkan hati perlukan perjuangan yang besar. Tetapi setiap perjuangan itu akan diganjarkan oleh Allah swt. Serta sekiranya mempunyai masalah hati banyakkan bertaubat kepada Allah swt. Kadang kadang dosa ini yang menyebabkan kita terhalang dari mendapat manfaat daipada kebaikan kebaikan. 


Hati apabila kita cuba untuk hiasi dengan perkara perkara baik sedangkan dosa dosanya masih menumpu belum diampunkan oleh Allah swt maka kebaikan yang kita lakukan itu tidak tahan lama. 

Maka peringkat awal mulakan dengan taubat nasuha dan mohon kepada Allah moga diampunkan dosa dosa kita yang silam.Proses takhliar buang dulu yang lepas lepas itu dengan taubat dan istighfar, lepas itu hiasi diri kita dengan ikhlas, sabar. Solat Taubat itu baru sempurna. Taubat perlu pada - satu adalah dengan menyesal daripada melakukan kesalahan tersebut, yang kedua iaitu meninggalkan perbuatan dosa tersebut,yang ketiga, berazam untuk tidak kembali lagi dalam dosa yang kita lakukan. 


Biasanya hati yang mati ialah hati orang kafir dan hati yang berpenyakit ialah hati orang Islam.

Peringkat yang hati bercampur ini kebanyakan kita manusia sekarang dan dari segi nafsu, ada tiga iaitu yang pertama nafsu amarah,yang kedua nafsu lahwamah,yang ketiga nafsu mutmainah. 


Nafsu yang amarah ialah hati yang mati. Nafsu yang membawa kepada bercanggah dengan apa yang Allah inginkan.tak kisah dengan dosanya. 

Yang kedua adalah nafsu lahwamah, nafsu yang berada diantara kebaikan dan keburukan. Iaitu apabila melakukan kesalahan, apabila melakukan dosa dia akan salahkan diri dia kenapa la aku buat itu dan ini. Maka nafsu lawwamah.dia nak baik tapi buat dosa juga. 

Yang ketiga, mutmainah iaitu jiwa yang tenang,yang mana pengaruh dosa ini sudah tidak berkesan lagi kepada kita. Dimudahkan melakukan ketaatan. 

Hijrah ada dua iaitu hijrah fizikal dan hijrah hati. Hijrah fizikal iaitu meninggalkan tempat tertentu, orang orang tertentu manakala hijrah hati iaitu hati kita tak redha dengan certain perkara. Yang menyebabkan kita tak boleh terima. Kita tinggalkan itu. 


Ayat 71, dari segi tafsir Allah swt ingin menjelaskan kepada kita bahawasanya manusia dipelbagaikan dari segi rezeki dan juga darjat.Maka manusia memang mempunyai rezeki yang berbeza beza dan darjat yang lain. Maka ada yang dilahirkan daripada orang orang yang mempunyai harta kekayaan da nada yang dlahirkan daripada keluarga yang miskin.


Kata Allah: Allah memang melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain,rezeki yang Allah bagi berbeza beza. 

Ada dua iaitu rezeki zahir dan rezeki batin. 
Rezeki zahir adalah seperti harta benda,pangkat, jawatan,dari segi keluarga,keturunannya. 

Rezeki batin seperti ilmu, ketenangan,ketenteraman, kesabaran, kesyukuran. Berbeza beza. 

Allah membezakan antara kita. Terimalah hakikat perbezaan ini yang perlu raikan. Apabila kita menolak kepelbagaian kita maka ia adalah masalah hati yang tidak boleh terima perbezaan ini. Masalah hati berlaku apabila kita mengingkari ketetapan Allah kepada makhluk,semakin kita terima dia dan redha Dia. Maka semakin mudah mensucikan hati kita.

Maka dalam surah an Nahl, menitikberatkan tentang memahami prinsip iaitu ketetapan Allah swt.Maka ketetapan Allah iaitu dijadikan pelbagai. Berbeza beza. Dalamrezeki. Allah menjelaskan dalam ayat tesebut, bentuk kuasa Allah yang ada pada ayat hujung 70itu.


Kata Allah, ketika berlakunya kepelbagaian dalam rezeki kita itu disebabkan oleh ilmu Allah. Ada hadis menjelaskan bahawasanya  ada bagi hamba yang baik bagi dia memang adalah kaya kalau Allah miskinkan dia jahanam dia. Akan masalah iman dia. 

Dan ada sesuai bagi dia adalah miskin, kalau Allah kayakan dia dia akan jahanam.ketika kita berada dalam situasi tertentu,anggaplah itu yang terbaik bagi kita,tidak menghalang kita untuk keluar daripada keadaan kita tadi.berushaalah. Menerima ketentuan Allah syarat utama hati bersih. 

Ayat ini juga menjelaskan tentang tauhid dan menafikan syirik.dengan mengkiaskan kepada manusia. Yang mana Allah mengatakan dalam ayat 71, tetapi orang yang dilebihkan rezekinya tidak mahu memberikan rezeki kepada hamba hamba sahayanya yang mereka miliki sehingga mereka sama sama merasakan rezekinya. 


Dimana Allah lebihkan rezekinya tapi dia lupa untuk berkongsi dan secara semulajadinya manusia tidak mahu orang yang berada dibawahnya betul betul sama dengan dia. Pasti dia berharap dia sentiasa berada di atas orang di bawah. 

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kepada kita bahawa rezeki yang Allah lebihkan kepada kita, itu untuk dia kongsikan. Maka ia menjadi mulia apabila seseorang itu kaya membantu orang miskin. Tapi sayang tak seperti itu kebanyakan manusia. Manusia enggan berkongsi kuasa apatah lagi Allah swt. Manusia yang tidak mahu berkongsi kuasa Allah pun lebih daripada itu. Kita berlindung dari Allah swt daripada mensyirikkan Allah swt. 

Ayat ini juga mencela kufur nikmat. Terutama pada hujung ayat tersebut, maka mengingkari dan kufur nikmat adalah sesuatu yang tercela. Allah swt sangat benci kepada orang yang kufur nikmat ini.


..

No comments:

Post a Comment