Tadabbur Al Quran 13 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 70-71. 05.06.2020
Nota Perkongsian Hari 13 Syawal (05.06.2020)
Tadabbur surah An-Nahl ayat 70-71.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.
Membincangkan tentang surah An-Nahl ayat 70-71.
وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(An Nahl 16:70)
وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِى ٱلرِّزْقِ ۚ فَمَا ٱلَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَآدِّى رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَآءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ ٱللَّهِ يَجْحَدُونَ
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?.
(An Nahl 16:71)
Nikmat Allah itu ada 2 kategori. Yang pertama adalah nikmat Hissi. Nikmat hissi adalah dimana nikmat yang dapat dirasa pada pancaindera kita. Dengar, lihat, rasa sentuhan. Nikmat Allah yang dibentangkan yang tinggi iaitu langit, bintang bintang, bulan, matahari dan alam sufli di dunia ini. Wujudkan binatang ternak, pohon pohon, tanaman yang tumbuh.
Nikmat maknawi pula ialah Allah swt berikan kepada kita. Ia adalah daripada hidayah. Hidayah ini apabila grab daripada permulaannya kita gunakan maka kita akan melahirkan nikmat nikmat maknawi yang lain. Nikmat dari segi ilmu, kemudian ilmu ini membawa kepada kita kejelasan dalam satu perkara yang kita hadapi. Terdapat jalan keluarnya. Menjadi tenang, tenteram, bahagia kita ini adalah nikmat maknawi yang Allah bagi tapi permulaannya daripada hidayah yang kita ambil. Hidayah itu adanya dari kita kecil lagi Allah sentiasa tunjukkan hidayahNya.
Persoalannya mahu tak kita mengambil peluang tersebut. Antara ketetapan yang Allah bagi pada kita Allah memberi amanah memilih. Kebebasan dalam menentukan sesuatu. Pada setiap pilihan tersebut akan ada consequence dia yang baik kita pilih maka akan datang kebaikan dan yang buruk dipilih akan ada keburukan yang akan datang. Pilihan yang kita buat adanya balasan dosa dan pahala. Di dalam hukum Islam sendiri, perbuatan dosa atau perbuatan yang dilarang oleh Allah swt dibuat oleh seseorang kerana dipaksa oleh sesuatu yang bukan dari dirinya maka ia tidak berdosa. Hadis Rasulullah saw: “diangkat hukuman itu daripada diantaranya adalah orang orang yang dipaksa”.Orang yang dipaksa bukan diatas kehendaknya. Allah maafkan Allah tidak hukum. Jangan kita salah pilih.
Allah juga menetapkan pada kita dunia ini tempat berbekal tempat menabur bukti. Tempat kita bekerja. Dunia adalah tempat kita bekerja berbuat. Semenjak kita baligh sampai ke mati kita dituntut untuk terus beramal. Di dunia ini kita perlu produktif. Menggunakan sebaik baiknya peluang yang Allah bagi. Allah swt apabila menjadikan lebah sebagai teladan dan Allah tunjukkan betapa manfaatnya lebah ini bagi kita. Dia mengajak kita kembali mengingatkan kita pada nikmat hissi kita. Maka secara umumnya, tafsir surah an nahl ayat 70, mengingatkan kita manusia pada nikmat Penciptaan. Maka Allah swt berfirman : “Dan Allah yang menciptakan kamu.”
Dan Allah ingatkan setiap yang bermula ada akhirnya. Maka apabila kita bermula dengan penciptaan maka akan ada akhirnya iaitu kematian. Allah berfirman: Kemudian dia mewafatkan kamu.”Perkataan wafat dalam Bahasa arab, berasal perkataan wafa iaiitu sempurna, lengkap. Maknanya orang tidak akan wafat melainkan semua yang diperuntukkan untuknya sudah dia dapatkan. Maka selagi tak sempurna rezekinya dia tidak akan mati. Allah ada ketetapan umur yang Allah beri kepada kamu. Maka pada waktu kamu meninggal, rezeki umur sudah habis.
Dengan demikian, Allah juga mengingatkan kita melalui ayat ini tentang nikmat umur. Allah swt berfirman: “dan diantara sebahagian kamu ada yang Allah swt kembalikan ia kepada usia tua umur yang paling teruk” .Min dari Bahasa arab iaitu min tab’in menunjukkan sebahagian. Perkataan arzali dari segi Bahasa arab bermaksud teruk. Jadi arzali bermaksud paling teruk. Maka Rasulullah saw walaupun baginda kekasih Allah, Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah swt dengan doa berikut iaitu agar diselamatkan daripada umur yang teruk ini. : “Rasulullah minta perlindungan agar dijauhkan daripada satu penyakit bakhil,malas,usia tua yang teruk tidak boleh buat apa apa dan Rasulullah minta perlindungan dari azab kubur, fitnah dajjal, fitnah hidup dan mati.”
Berdoalah pada Allah. Mintalah kepada Allah semoga kita tidak kena ini dan usaha iaitu menjaga pemakanan, exercise, lakukan perkara perkara yang jangan sampai nyanyuk. Minta pada Allah swt dan usaha dengan usaha kita. Maka Allah swt dalam ayat yang lain ada menyebutkan tentang fasa kehidupan, dalam surah Al Hajj ayat 5
يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓاْ أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۢ بَهِيجٍ
Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
(Al Hajj 22:5)
Allah mengingatkan kita fasa kehidupan didunia ini yang mana diantaranya bermula daripada dalam Rahim ibu kita lagi. Maka dalam surah ini Allah mengingatkan kita ada yang bakal lahir cacat, jika yang sempurna Alhamdulilah ia merupakan satu nikmat yang Allah bagi sebab kesempurnaan yang Allah bagi bermula dari perut ibu kita lagi. Maka ada proses iaitu alam Rahim ibu kita. Maka fasa kehidupan manusia keseluruhan ada lima.
• Fasa alam roh
• Fasa alam Rahim
• Fasa alam dunia
• Fasa alam barzakh
• Fasa alam akhirat
Kehidupan dunia bermula dengan fasa Rahim .yang Allah tetapkan dalam masa masa tertentu kita berada dalam Rahim ibu kita. Kemudian Allah swt mengingatkan kita fasa seterusnya di dunia fasa kita menjadi kanak kanak. Bayi.Allah keluaarkan kita . Maka ada tadika tempat untuk kanak kanak membesar. Fasa selanjutnya adalah beransur ansur sampai ke usia dewasa. Dewasa itu bermula dengan baligh. Berdasarkan kajian ulama, fasa hidup dimuka bumi ini melalui beberapa fasa
• Fasa dalam Rahim
• Fasa kanak kanak
• Fasa dewasa bermula dengan baligh hingga 35 tahun
• Fasa kuhula, umur 35-55 tahun
• Fasa kabir, orang berumur, warga emas.
• Fasa yang banyak Allah bagi keringanan. Umur 70 dan selanjutnya.
Sekiranya berada di umur arzali akan berlakula kelemahan yang berlaku iaitu lemah fizikal dan beransur ansur lemah mental kita. Iaitu umur yang sangat tua dan yang paling parah. Dan ketika di usia itu juga perkataan diulang ulang dan Allah pusingkan kembali fasa waktu kecil kita. Dan tetapi fasa umur tua ini tidak semua akan merasa. Hanya sebahagian sahaja. Begitu juga jika di fasa tua tidak semua yang akan nyanyuk.
Ulama ada memberi petua agar kita tidak piqun iaitu nyanyuk, petuanya ialah ketika kita sihat istiqamah dalam melaksanakan solat lima waktu di awalnya. Dengan mengingatkan kewajipan solat selalu menyebabkan otak kita berjalan. Jika kita mengabaikan yang wajib ini akan menyebabkan kita nyanyuk. Keranah yang wajib kita lupa maka yang lain pun akan lupa. Maka jaga solat awal waktu, apatah lagi pergi ke masjid solat berjemaah.
Kedua ialah berinteraksi dengan Al Quran sebanyak mungkin. Berdampinglah dengan Al Quran dengan membacanya, mentadabbur. Cuba menghafal al quran. Ketiga, belajar sesuatu yang baru antaranya Bahasa. Disyorkan Bahasa arab kerana ia complicated. Untuk melatih otak kita. Minda kita bergerak.
Doa*
No comments:
Post a Comment