Tuesday, 9 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 72-73, HARI 18 SYAWAL 1441H/10 JUN 2020M

Tadabbur Al Quran 18 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 72-73. 10.06.2020

Nota Perkongsian Hari  18 Syawal (10.06.2020)
Tadabbur surah An-Nahl ayat 72-73.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?"
(An Nahl 16:72)


وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ شَيْـًٔا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ
Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).
(An Nahl 16:73)

Kata kunci dari produktif apabila kita faham tentang ketentuan dan ketetapan Allah swt. Surah an Nahl membincangkan tentang nikmat nikmat Allah swt. Allah swt memberikan kepada kita kehidupan dan juga mematikan kita dan juga Dialah yang memberikan rezeki kepada kita dan pada pembahagian rezeki terdapat kepelbagaian tak sama antara kita dan yang pasti rezeki masing masing berbeza. 

Dan apa yang Allah inginkan daripada rezeki yang Allah berikan kepada kita iaitu kita perlu berkongsi kita perlu berbagi. Maka apabila kita ingat nikmat Allah maka ingatlah untuk berbagi. Berkongsi dengan orang orang yang memerlukan. Lain nikmat yang kita dapat lain cara kita berbagi. Cara orang dapat nikmat harta maka lain dia berinfaq. Allah bagi ilmu makan berkongsi ilmu dengan mengajarnya. Beri nasihat yang baik pada orang. Dapat pangkat/ jawatan maka digunakan di jalan Allah swt untuk pastikan bagaimana hukum hakam Allah terlaksana. Keadilan dan kesejahteraan dapat diberikan. 

Ingat nikmat Allah maka syukurilah. Jahada/yajhadu iaitu menafikan, membantah. Yajhadu apabila berjanji dengan seseorang lalu lupa dan berkata “saya taka da janjila” maka ada nikmat yang Allah berikan kepada manusia dan orang itu merasa ia bukan dari nikmat Allah swt. Itu makna yajhadun ingat ayat yang ke 72. Allah swt menggunakan perkataan “mereka mengingkari juga nikmat Allah swt” iaitu kufur nikmat yang bermakna menutupi. Dia tahu itu adalah nikmat Allah swt. Tetapi tutupi dia anggap itu tidak ada. Memang dia tahu itu ada nikmat akan tetapi dia menolak itu dari Allah swt. 

Yajhadun iaitu dia merasa tidak ada nikmat. Kalau yakfurun nikmat itu dia ada dia tahu tetapi dia tutupi. Yakfurun dari perkataan kafara iaitu menutupi. Kalau yajhadun mengingkari erti kata merasa tak ada. Lalu dia merasa selalu berada dalam kesusahan. Bahawasanya dia tidak ada kebaikan yang diperolehi. Hidup dia merana menderita. Pada hakikat pada ayat 71 tersebut, semua kita dapat kurniaan Allah. Dapat rezeki Allah bagi secukupnya kepada kita. Maka menyedari dapat nikmat itu awal daripada bersyukur. Jadi Allah ingatkan kita dengan ayat ke 71 tadi. Kita kena ingat nikmat Allah lalu kita syukuri. Kita bersyukur pada Allah swt. 

Maka pada ayat 72, Allah swt mengingatkan kita kepada nikmat yang selanjutnya. Nikmat hissi yang selanjutnya. Allah ini mengingatkan pada nikmat Allah yang lain iaitu nikmat pasangan, anak dan cucu. Sebagaimana ia juga mengingatkan kepada anugerah rezeki daripada yang baik baik. Nikmat hissi nikmat yang kita nampak. Nikmat maknawi nikmat yang kita tak nampak tapi wujud melalui perasaan. Selain rezeki nikmat pasangan, anak dan cucu. Allah juga memberikan rezeki toyyib seperti makanan makanan, nasi, buahan ,dan sebagainya. Bersyukur pada Allah dan apabila seseorang itu beriman Allah bagi toyyiban. Toyyiban disini adalah jamak daripada toyyib jadi adalah banyak perkara perkara baik yang Allah sediakan kepada orang orang beriman keseluruhan pada manusia ini . 

Kadang kadang manusia mengeluh kenapa diharamkan itu dan ini. Sebenarnya kata Allah swt banyak kebaikan yang dilarang itu sedikit jika dibandingkan dengan kebaikan yang Allah swt berikan kepada kita. Sebagaimana semasa zaman Nabi Adam a.s di dalam syurga, Allah bagi makan semua apa yang kamu suka cuma dilarang satu sahaja iaitu satu pokok larangan,kalau makan pokok larangan itu maka kamu berdosa. Jadi satu sahaja yang dilarang jika dibandingkan yang boleh dimakan semua yang lain. Ketahuilah didunia pun yang dilarang hanya sedikit sahaja. At toyyiba itu banyak .  Maka toyyiba itu tertentu. Dijelaskan oleh Allah swt dalam Quran iaitu binatang ternak, buahan ada disebutkan di awal surah an nahl dan termasuklah juga madu lebah. 

Rezeki yang Allah bagi dari kebaikan itu merupakan kombinasi ketika diberi pasangan,anak dan juga cucu. Biasanya Allah akan tambahkan rezeki kita dengan bertambah anak dan bertambah cucu. Kata Imam Al Qurtubi, ayat ini merupakan bantahan terhadap keyakinan Arab dahulu yang mana mereka percaya bahawa ada manusia yang mempunyai pasangan daripada bangsa jin. Maka menurut beliau, ayat ini membantah yang mana Allah swt mengatakan “dari diri kamu sendiri dari jenis kamu sendiri bangsa kamu sendiri iaitu bangsa manusia maka pasangan yang benar pasangan yang sesuai untuk manusia memang dari manusia itu sendiri. Maka tidak halal/benar bagi manusia mengambil pasangan selain manusia. 

Kata Ulama, mereka berkata kemungkinan untuk kahwin dengan jin itu ada tetapi ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa ketenangan dan ketenteraman yang membawa kepada matlamat perkahwinan itu hanya akan direalisasi melalui perkahwinan sesame manusia. Perkahwinan selain manusia batil. Seperti dakwaan ‘Amru bin Hind, bahawa dia berkahwin dengan jin. Kebiasaannya, dia akan menyembunyikan isterinya itu apabila ada petir. Ia merupakan dakwaan yang batil.

Maka dalam ayat Quran, jin pernah berkata bahawa saya akan ikut campur dalam perhubungan manusia dalam bersama dengan isterinya. Maka Rasulullah saw mengingatkan kita supaya membaca doa sebelum berhubung dengan suami isteri. Kerana jin ini suka mengganggu manusia terutama dalam perhubungan. Jin nak ambil bahagian. 

Kemudian Allah swt mengingatkan kita dalam ayat 72 tersebut, sayang manusia mereka mendapat nikmat daripada Allah swt dalam bentuk pasangan , anak anak, cucu dan juga rezeki yang baik. Dari segi iman mereka tersilap, mereka beriman dengan sesuatu yang batil seperti berhala, perkara perkara yang lain selain dari Allah swt. 

Mereka beriman kepada yang batil dan pada masa yang sama mereka mengingkari nikmat nikmat Allah. Daripada sembahan sembahan yang tak benar tersebut. Dan inilah yang berlaku pada manusia, mereka menggunakan nikmat itu kepada perkara yang tidak benar. Seharusnya dengan nikmat Allah bagi tersebut, kita bertambah ibadah kita kepada Allah swt tetapi ramai manusia mereka mendapat nikmat justeru digunakan untuk menyembah selain Allah. 

Dan ini ditegah oleh Allah dengan ayat yang selanjutnya iaitu ayat yang ke 73, Allah swt  berfirman “mereka menyembah selain Allah sayang nikmat itu digunakan untuk menyembah tuhan selain Allah swt. Yang mana tuhan selain Allah itu yang tidak mempunyai rezeki dari langit ataupun daripada bumi, tidak mampu menurunkan hujan dan tidak menumbuhkan tumbuhan. Dan tidak ada keupayaan untuk itu dan itulah yang disembah dan itulah yang diagungkan. Padahal yang memberi nikmat itu ialah Allah swt. Maka penyelewengan manusia daripada pemyembahan pada Allah swt berpunca daripada kesalahan kefahaman mereka tentang sumber nikmat. Sumber nikmat daripada Allah swt. 

Oleh itu, ayat ini mengingatkan kita tentang ramainya manusia yang menyalahgunakan nikmat. Itu dari segi tafsir dari ayat kita baca tadi. Manakal dari tadabbur pula, ingat nikmat ingat iman. Betulkan iman jangan salah dalam beriman. Ada manusia yang beriman kepada perkara batil. Ada ulama mengatakan ad din agama berasal dari perkatan ad dain maknanya adalah hutang, jadi menurut mereka bahawasanya nak kita jadi melaksanakan agama ini dengan baik kita mesti merasa berhutang dengan Allah untuk merasakan bahawasanya erti kata untuk melaksanakan agama dengan baik maka kita perlu merasa berhutang dengan Allah swt. Dan membuatkan kita merasa perlu balas balik dan langsaikan balik hutang tersebut. Dan perlu buat sesuatu untuk gantikan hutang ini. Maka buat apa yang Allah suruh. Kalau kamu kufur maka kamu akan azab dalam hidup kamu. Kamu akan menderita dalam hidup kamu. 

Ketahuiilah siapa yang menderita dalam hidupnya maka ada kaitannya dengan syukur. Perbaiki syukur inshaaAllah hidup bahagia dan aman damai. Keimanan yang batil membawa kepada kufur nikmat dan kufur iman. Tidak merasa nikmat Allah swt. Dan iman kita bermasalah. Padahal kita diminta oleh Allah swt untuk beriman dengan iman yang benar dan kepada Allah swt. Semua makhluk bergantung kepada Allah swt. Tidak ada satupun yang standing dan setaraf dengan Allah swt. Ketahuilah sekiranya iman salah maka ia akan membawa kepada ibadah yang salah. Kesilapan dalam memandang nikmat dan rezeki yang diperoleh dan menentukan sumber asalnya membawa kepada kesilapan dalam amal ibadah. Amal selalu diiringi dengan iman. Iman kena betul amal soleh kena betul. 

Jadi ayat ke 73 mengingatkan kepada kita bahawasanya, penyembahan kita kalau memang kita orang bersyukur maka pemyembahan kepada Allah adalah pemyembahan yang benar juga yang betul. Kasih sayang Allah itu hanya pada yang tertentu tidak semua. Kasih sayang Allah pada golongan yng spesifik. Yang disebutkan dalam Quran dan ditambahkan dalam hadis hadis Nabi. Oleh itu kita apabila menyedari nikmat Allah swt kita kena betulkan ibadah kita kena ikhlas merupakan asas utama ibadah diterima oleh Allah swt.

Jangan buat sesuatu kerana orang dan jngan riak. Ibadah yang bagus ibadah yang diasaskan oleh ilmu. Ilmu yang bersumber dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.  Ibadah yang boleh bermanfaat kepada orang lain. Ibadah yang terbaik itu adalah dimana kita tidak putus asa ketika diuji. Dapat bersabar dengan ujian ujianNya. 

Manusia mempertuhankan sesuatu yang tidak memberi sebarang manfaat dan mudharat kepada mereka. Antara kesilapan manusia adalah mereka beriman kepada sesuatu yang sia sia. Dan menyakini sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Hanya Allah yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan mudarat daripada kita semua. Mudahan kita semua selamat ibadah kita selamat iman kita bertambah syukur kepada Allah swt. 

-----------------
Soal Jawab

Soalan iaitu bagaimana mengingatkan orang yang berhutang kepada kita? 
Maka cuba landasi mengingatkan pada landasan yang betul. Kita mengingatkan dia kerana kita sayang dia. Kita tak nak dia terus berada dalam ikatan hutang sedangkan dia mampu membayarnya. Dalam hadis soheh,yang disebutkan oleh Imam Bukhari, ada orang yang menunda nunda membayar hutang sedangkan dia mampu dan orang itu dianggap berdosa. Berdosa orang yang mampu tapi dia menunda nunda membayarnya. Oleh itu, anggaplah bahawasanya cuba untuk tebalkan muka minta hutang anggap bahawasanya kita sedang menolong dia bukan nak menghinanya.  

Surah an Nas, Allah letakkan diakhir sekali dalam Al Quran, ada keistimewaannya antara jin dan manusia. Masalah manusia berpunca daripada memberi laluan kepada jin untuk mendatangkan waswas maka apabila kita dapat memangkah pengaruh jin ini syaitan ini dari awal maka selamatlah hidup manusia. Maka Allah meminta kita berlindung dari tiga sifatnya.dan akhir penyelesaian minta tolong daripada Allah swt. 

Kalau nak halalkan hutang sebaiknya beritahu kepada penghutang tersebut supaya orang tersebut pun senang hati.

No comments:

Post a Comment