Tuesday, 30 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 93-95 - 1 JULY 2020M

Nota Perkongsian 1.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 93-95.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.

وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَلَتُسْـَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.
(An Nahl 16:93)

وَلَا تَتَّخِذُوٓاْ أَيْمٰنَكُمْ دَخَلًۢا بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌۢ بَعْدَ ثُبُوتِهَا وَتَذُوقُواْ ٱلسُّوٓءَ بِمَا صَدَدتُّمْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۖ وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar.
(An Nahl 16:94)

وَلَا تَشْتَرُواْ بِعَهْدِ ٱللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ إِنَّمَا عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah), sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(An Nahl 16:95)


......................................................................................................

وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَجَـعَلَكُمْ اُمَّةً وَّا حِدَةً وَّلٰـكِنْ يُّضِلُّ مَنْ يَّشَآءُ وَيَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَلَـتُسْــئَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan."

وَلَا تَتَّخِذُوْۤا اَيْمَا نَكُمْ دَخَلًاۢ بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌۢ بَعْدَ ثُبُوْتِهَا وَتَذُوْقُوا السُّوْٓءَ بِمَا صَدَدْتُّمْ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۚ وَ لَـكُمْ عَذَا بٌ عَظِيْمٌ
"Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).

وَلَا تَشْتَرُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ ثَمَنًا قَلِيْلًا ۗ اِنَّمَا عِنْدَ اللّٰهِ هُوَ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
"Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui."

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللّٰهِ بَا قٍ ۗ وَلَـنَجْزِيَنَّ الَّذِيْنَ صَبَرُوْۤا اَجْرَهُمْ بِاَ حْسَنِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُوْنَ
"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan."

(QS. An-Nahl 16: Ayat 93 - 96)

Pada pertemuan yang lepas, Allah SWT menjelaskan kepada kita perkara-perkara yang dilarang. Antaranya mengingkari janji yang sudah kita nyatakan. Allah SWT ingin bila kita sudah berjanji, kita tunaikan dan sempurnakan. Semasa berjanji kita telah menjadikan Allah sebagai saksi kita. Sesuatu yang telah kita janjikan itu sudah hampir selesai sebenarnya tetapi kita batalkan. Maka seolah-olah kita meninggalkan kerja yang hampir selesai. 

Allah mengumpamakan orang bersifat begini seperti seorang wanita yang telah menenun kain dan apabila sedikit lagi hampir selesai, dia bongkar kembali kain itu. Sudah jelas tindakan ini adalah tindakan bodoh. Namun kita perlu ketahui bahawa ada orang yang begitu. Yang suka mengingkari janji, menyalahi sumpah dan kata-katanya sendiri. Jadi menyebut dalam ayat yang telah dibaca tadi
 "وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَجَـعَلَكُمْ اُمَّةً وَّا حِدَةً وَّلٰـكِنْ يُّضِلُّ مَنْ يَّشَآءُ وَيَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَلَـتُسْــئَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ"
Manusia itu pelbagai tidak sama dalam memanfaatkan Hidayah dan petunjuk Allah SWT. Ada yang tahu tapi buat lain dari yang di ketahui.

Imam Fakhruddin ar-Razi dalam tafsirnya, mengingatkan ayat ini menunjukkan bahawa, jika Allah mahu maka Dia jadikan semua umat melaksanakan janji-janji dan sumpah sumpah yang telah disebutnya. Tapi nyatanya kehendak dan hikmah Allah menjadikan manusia, ada yang menepati janji, ada yang mengingkari janji. Ada yang berusaha melaksanakan apa yang sudah dia katakan, ada yang tidak menunaikan. 

Hikmah Allah swt menjadikan kita pelbagai, maka dalam hidup kita akan jumpa orang-orang seperti ini. Sudah berjanji tetapi tidak melaksanakan. Ujian bagi kita yang ingin Istiqamah untuk menunaikan janji. Jika ada orang yang tidak menunaikan janji, janganlah itu menjadi asbab bagi kita untuk berperangai seperti mereka. Janji wajib ditunaikan walau dengan siapa pun. Hatta orang bukan Islam, orang kafir, kristian atau yahudi. 

Rasulullah kepada musuhnya yang berperang dengannya, jika dia sudah buat satu janji dengannya maka Rasulullah tidak akan mengingkarinya. Walaupun isi kandungan perjanjian itu lebih berpihak dan banyak bermanfaat daripada Rasulullah tetapi dia tetap akan tunaikan juga. Inilah prinsipnya. Jangan sebab ada orang yang mengingkari janji menyebabkan kita juga berperangai seperti mereka. Kita downgrade diri kita,  kalau kita lakukan itu. Kita sudah berada di kedudukan tinggi dan hebat di sisi Allah tetapi kerana lihat orang menipu kita pun menipu. Ini sikap yang tak baik. 

Maka Allah ingatkan
 "وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَجَـعَلَكُمْ اُمَّةً وَّا حِدَةً وَّلٰـكِنْ يُّضِلُّ مَنْ يَّشَآءُ وَيَهْدِيْ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَلَـتُسْــئَلُنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَعْمَلُوَْنْ"
Allah sebenarnya mampu untuk menjadikan kita manusia ini satu jenis sahaja. Semua taat dan baik belaka. Tetapi orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari redha Allah, bolehkah kita sabar dengan penipuan orang tersebut? Menjaga prinsip ditengah-tengah orang-orang yang menjual prinsip-prinsipnya? Ini yang dipertanggungjawabkan Allah.

 Maka Allah di penghujung ayat 93 menyatakan yang apa akan dipersoalkan Allah ialah apa yang kamu buat. Jangan terlalu memikirkan apa yang orang buat. Fokus pada apa yang kamu buat. Kalau orang menipu, ingkari janji. Itu tanggungjawab mereka. Perbaiki diri, jaga amalan sendiri. Jangan terpengaruh dan goyah dengan perlakuan orang lain. 

Dari segi tadabbur, Mukmin Produktif bagaimana? Mukmin Produktif fokus kepada kerja dan amal-amalnya yang dia lakukan. Ini menyebabkan dia bertanggungjawab pada apa yang dia lakukan. Maka Mukmin Produktif seorang yang berprinsip, berpendirian. Maka orang akan selalu terpengaruh dengannya. Dia adalah pemimpin. Orang lain melihat keteguhan, keyakinan, kesungguhannya dalam melakukan sesuatu. Inilah Mukmin Produktif. 

Dia tidak akan terkesan dengan perbuatan orang lain. Dia akan fokus sampai berjaya. Ini sikap dan pendirian yang mesti ada pada kita supaya kita tidak akan terkesan oleh manusia yang berbeza dengan kita.
Maka ayat ke-94, Allah SWT kembali menegaskan tentang keharaman menyalahgunakan sumpah untuk penipuan. Penyalahgunaan sumpah berleluasa pada zaman Nabi. Menipu dengan menggunakan nama Allah sangat banyak. 
 وَلَا تَتَّخِذُوْۤا اَيْمَا نَكُمْ دَخَلًاۢ بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌۢ بَعْدَ ثُبُوْتِهَا وَتَذُوْقُوا السُّوْٓءَ بِمَا صَدَدْتُّمْ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۚ وَ لَـكُمْ عَذَا بٌ عَظِيْمٌ
- jangan kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai bahan penipuan antara kamu. Erti kata menggunakan nama Allah untuk melakukan perbuatan buruk dan jahat. 

Pada ayat 92, Allah SWT telah menjelaskan keadaan manusia pada waktu itu. Perangai kamu yang ada pada waktu itu telah menjadikan sumpah-sumpah kamu sebagai penutup bagi penipuan-penipuan yang kamu lakukan. Itu ayat yang bersifat penceritaan dan pada ayat 94 ini, Allah SWT berpindah dari ayat penceritaan kepada ayat penegasan. "Wala tattakhizuu aimanakum". Dalam bahasa Arab ayat 92 - uslub khobari - ayat mengisahkan apa yang berlaku. 

Ayat 94 - uslub insyai - ayat bentuk larangan. Ada ulama tafsir yang berpendapat bahawa ayat tadi menjelaskan tentang orang kafir. Bagaimana mereka menggunakan sumpah mereka sebagai penutup kejahatan dan keburukan yang dilakukan. 

Ayat 94 ini ditujukan khusus kepada orang-orang beriman. "Wahai orang-orang beriman, jangan jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai bahan penipuan antara kamu". Kesannya penyalahgunaan sumpah ini akan menyebabkan "Fatazilla qadamum ba'da subuutihaa" - akan tergelincir kamu daripada jalan yang benar.

Kata ulamak tafsir ia bentuk kiasan dari seorang yang mendapat nikmat kemudian dia mendapat musibah. Seolah-olah peringatan kepada sahabat Nabi yang sudah Islam, sudah beriman. Iman dan Islam meletakkan dirinya kukuh berdiri di atas prinsip yang jelas dan benar. Tetapi apabila mereka melakukan perkara yang dilarang seperti menyalahgunakan sumpah dan menipu maka jatuhlah kedudukannya. 

Nilainya menjadi rendah. Seperti yang diceritakan dalam ayat sebelum ini, Usman bin Maz'oon merasa Islam itu begitu tinggi hingga merasa inilah pilihan yang tepat baginya. Tetapi ketika ada manusia-manusia yang tiada prinsip dalam hidup, tidak menjaga kata-kata dan janjinya. Maka nilainya akan jatuh. Ini peringatan bagi orang Islam yang beriman. Jadi ayat ini mengingatkan kita supaya jangan jatuhkan nilai kita dengan menipu. Kalau sekali menipu pun, orang akan ingat dan selalu lihat balik dan telah hilang kepercayaan. Ini yang diingatkan oleh Allah swt.

Adakah ia hanya akan membawa kepada jatuh kedudukan kita? Tidak. Bahkan lebih daripada itu. Kata Allah SWT "watazu qus suuu bimaa sodattum ang sabilillah" - kamu merasakan kesan buruk daripada perbuatan kamu itu. Penipuan kamu itu bukan sahaja merosakkan nama kamu tapi juga nama Islam. Menyebabkan orang anti dengan Islam.

 Yang berlaku pada orang Islam sekarang hingga menyebabkan orang lebih suka berurusan dengan bukan Islam. Nampak bercakap manis, guna nama Allah, "insyaa Allah, saya janji buat macam ni, macam itu". Tetapi realitinya dia buat sebaliknya. Yang rosak bukan hanya dia sebagai individu tetapi merosakkan orang lain daripada jalan Allah. Iniah yang disebut Allah "watazu qus suuu bimaa sodattum ang sabilillah" - akan menyebabkan orang terhalang dari jalan Allah disebabkan sikap kamu, Nauzubillah.

Kita rasa takut apabila kita yang melabel diri sebagai "Ustaz" bercakap mengenai agama. Bila buat sesuatu keburukan hingga orang hilang percaya dan selanjutnya orang hilang percaya kepada ustaz-ustaz dan orang Islam. Nauzubillah. Inilah yang sering berlaku gara-gara 1-2 individu bergelar Ustaz yang menipu, "kesemua Ustaz macam tu". 

Ingat ketika kita menjadi seorang Mukmin, Islam, jaga-jaga tindakan dan perbuatan kita. Sebab kita bukan hanya memakai "baju" individu tetapi juga "baju" Islam. Kita jadi duta kepada Islam, orang-orang beriman. Jika kita buat salah, orang akan ingat. Kesannya kita akan rasai nanti. 

Orang yang menipu dengan nama Allah, takkan senang atau selamat. Hidupnya mesti akan bermasalah. Kesengsaraan akan datang dalam hidupnya. Diazab di dunia lagi. Orang akan mula menjauhinya kemudian orang tak nak berurusan dengan dia lagi sebab selalu menipu. Adakah kesan dari menipu dengan menggunakan nama Allah hanya akan dirasai di dunia sahaja azabnya? Tidak. Bagi mereka juga akan dapat azab siksaan di akhirat nanti. Bukan sedikit tetapi dahsyat. Maka berlindunglah kepada Allah daripada menipu menggunakan nama Allah, Nauzubillah.

Dari segi tadabbur ayat 94 ini, Mukmin Produktif menghindarkan segala perkara yang boleh mendatangkan kesengsaraan di dunia dan akhirat. Dia tahu benda tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan, dia akan hindarkan. Menghindari perkara yang boleh merosakkan nama dan reputasinya. 

Mukmin Produktif sedar orang perhati dia dan lebih sedar Allah perhati apa yang dia buat. Mukmin Produktif tidak takut dengan manusia. Dia takut Allah swt yang memperhatikan apa yang dia buat. Dia sangat takut azab Allah.

Ayat ke 95, Allah SWT menjelaskan pengharaman membatalkan janji disebabkan habuan dunia. Ia bukan bermakna kita tidak boleh membatalkan janji. Janji boleh di batal apabila orang yang kita janji itu melanggar prinsip agama. Prinsip yang boleh merosakkan akhirat kita. Tetapi ketika itu kena jelaskan apa sebab tidak lagi bersama dengannya. Yang sangat dibenci Allah ialah apabila seorang membatalkan perjanjian tersebut disebabkan habuan dunia, : jawatan tertentu, harta dunia yang sementara.
 -وَلَا تَشْتَرُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ ثَمَنًا قَلِيْلًا ۗ اِنَّمَا عِنْدَ اللّٰهِ هُوَ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْن
َJangan memperjualbelikan janji kamu dengan Allah SWT. 

Pada asasnya dari segi tafsir adalah berkaitan dengan orang beriman yang meninggalkan Islam sebab habuan dunia. Ini sesuatu yang tidak disukai Allah SWT. Habuan dunia ini tidak ada ertinya jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat. Rasulullah s a w berkata "Dunia ini bagi Allah SWT tidak jauh nilainya dari sayap lalat". Tetapi manusia mengikuti hawa nafsu. Dipengaruhi oleh dunia. Akan melihatnya segala-galanya hingga mengorbankan prinsip, agama dan imannya. Maka orang yang beriman faham betul, Allah akan nilai habuan dunia ini dan nilai habuan akhirat. Maka Allah SWT menyebutkan nilai habuan akhirat jauh lebih baik daripada habuan dunia.
وَلَا تَشْتَرُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ ثَمَنًا قَلِيْلًا ۗ اِنَّمَا عِنْدَ اللّٰهِ هُوَ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
- Sesungguhnya apa yang di sisi Allah balasannya akan kamu dapat di sisi Allah itu jauh lebih baik, jika kamu mengetahui. 

Habuan akhirat adalah habuan yang sangat besar.
Dari segi tadabbur pada ayat ini mengingatkan, Mukmin Produktif sentiasa menjadikan habuan Allah sebagai targetnya. Balasan Allah yang akan menjadi perhatian kita. Dia tidak terpedaya dengan habuan dunia yang sedikit ini. Kalau harta, banyakkah duit satu juta? Masa kita cuma ada duit RM100, 10000, memang kita nampak satu juta itu banyak. Tetapi kita dah dapat satu juta tu tak banyak pun. Sekejap boleh habis. Dunia ini tak seberapa pun, tak ada nilai apa-apa. 

Ketahuilah akhirat nanti setiap amal baik yang kita tujukan untuk akhirat itu lebih bernilai. Integriti yang ada dalam diri kita lebih mahal dari habuan dunia. Hilang integriti susah nak cari semula, dapat kembali. Mukmin produktif faham sangat prinsip ini. Dia tidak akan gadaikan akhiratnya untuk dunia. Akhirat adalah destinasi yang tak akan disia-siakan.

Dalam sebuah buku, Syeikh Dr Muhammad Sulaiman al-Asyqar menceritakan kisah Hafsah binti Sirin ketika membaca ayat ini. Hafsah binti Sirin kematian anak anak kesayangannya makan dia baca al-Quran hingga ayat ini.وَلَا تَشْتَرُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ ثَمَنًا قَلِيْلًا ۗ اِنَّمَا عِنْدَ اللّٰهِ هُوَ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
Semasa ditimpa musibah itu, dia berasa terkilan tetapi bila baca ayat ini dia teringat semula, yang ini semua dunia yang akan dibalas oleh Allah SWT dengan yang lebih besar. Mahu tidak mahu perlu bersabar. Dan disambung dengan ayat 96 yang menjelaskan lagi kedudukan balasan Allah dengan lebih jelas lagi.
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللّٰهِ بَا قٍ ۗ وَلَـنَجْزِيَنَّ الَّذِيْنَ صَبَرُوْۤا اَجْرَهُمْ بِاَ حْسَنِ مَا كَا نُوْا يَعْمَلُوْنَ
- apa yang ada di sisi kamu akan habis dan hilang, binasa. 

Anaknya yang disayangi meninggal. Itulah ketetapan Allah SWT. Tiada yang kekal. Nikmat dunia tidak kekal. Satu hari pasti akan habis. Yang kekal adalah nikmat balasan akhirat. Sampai pada ayat itu menitis air mata Hafsah binti Sirin. Lalu dia sedar, "memang aku perlu bersabar dan menerima ujianMu kerana dengan sabar dan hati yang lapang, aku tahu dengan bersabar, aku akan mendapat sesuatu yang lebih baik di sisiMu, ya Allah. maka dia sabarkan dirinya. " Maa indakum yanfad" - apa yang kamu miliki pasti akan binasa, hilang. Yang kekal balasan di sisi Allah SWT. Erti kata dengan nikmat dunia kena iringi dengan syukur. Syukur yang akan menjadikan nilainya dapat kita terima nanti.


Bila makan dah habis tetapi perasaan syukur yang didatangkan pada waktu makan itu kekal menjadi pahala. Menjadi ibadah, amal soleh yang akan dinikmati nanti hasilnya. Jadi benda dunia akan habis tetapi pahala daripada syukur kita, sabar kita, yang akan kekal.


Sunday, 28 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 91-93 - 29 JUN 2020M

Nota Perkongsian 29.06.2020
Tadabbur surah An-Nahl ayat 91-93.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.



وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ ٱللَّهِ إِذَا عٰهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُواْ ٱلْأَيْمٰنَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ ٱللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
(An Nahl 16:91)

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّتِى نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنۢ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكٰثًا تَتَّخِذُونَ أَيْمٰنَكُمْ دَخَلًۢا بَيْنَكُمْ أَن تَكُونَ أُمَّةٌ هِىَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ ٱللَّهُ بِهِۦ ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ مَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu. Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan itu.
(An Nahl 16:92)
وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَلَتُسْـَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.
(An Nahl 16:93)

...........................
Pada perbincangan lepas, dari segi tafsir kita menjelaskan bahawasanya Allah SWT menjelaskan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Islam. Yang tergabung dalam 3 perintah Allah dan 3 larangan Allah. Masing-masing itu ditegaskan Allah untuk kita laksanakan dan untuk kita tinggalkan. 3 perkara itu yang dijadikan perintah Allah iaitu pertama: berlaku adil. Maka keadilan merupakan prinsip asas dalam Islam. Ia adalah satu yang pasti. 

Walaupun terhadap orang-orang yang bukan Islam dan orang-orang yang menjadi musuh bagi kita. Maka di dalam Islam disuruh berlaku adil. Yang kedua, kita disuruh untuk Ihsan. Untuk membuat yang terbaik. Dan yang ketiga adalah menjaga hubungan yang telah terbina terutamanya hubungan kekeluargaan termasuklah hubungan persahabatan dan  hubungan kerja. Mereka itu mempunyai hak ke atas kita kerana pernah berhubung dengan kita. Ini yang menjadi asas utama dalam Islam.

Erti kata berlaku adil kemudian berbuat yang terbaik dan menjaga hubungan yang sudah terbina. Allah SWT melarang kita dengan banyak perkara tetapi kesimpulannya pada tiga perkara ini.

Pertama adalah perkara Fakhsya' iaitu perkara yang keji yang secara semulajadi tidak boleh diterima oleh manusia.

Yang kedua adalah perkara Mungkar iaitu perkara yang tidak boleh diterima sama ada dari segi kemanusiaan bahkan dari segi agama.

Yang ketiga adalah al-Baghiyu melampaui batas. Contohnya permusuhan. Islam bukanlah agama permusuhan tetapi adalah agama persaudaraan. Islam itu berasal daripada perkataan 'salam' iaitu damai, aman atau tenteram. Inilah prinsip asas bagi setiap perintah Allah dan bagi setiap larangan Allah swt.

Maka apabila sesuatu perintah Allah itu mencakup perkara ini atau sesuatu perkara ada unsur-unsur yang bersifat satu daripada tiga perintah Allah  kita kena buat. Dan apabila perkara itu satu di antaranya dilarang Allah ada unsur Fakhsya', unsur Mungkar atau unsur Baghiyu, tinggalkan.

Apatah lagi kalau sekiranya perjanjian atau hubungan tersebut menyebabkan kita tidak berlaku adil dengan orang lain. Islam akan tegas melarang. Sekiranya terus diperturutkan juga yang aniaya nanti adalah diri kita sendiri. Dan akhirnya kalau kita buat juga, akan rasa tidak tenteram, gelisah dan gundah gulana.

Maka daripada buat, cantas daripada awal. Tinggalkanlah perkara ini. Ia dilarang oleh Allah SWT sebab di dalamnya ada Fakhsya', Munkar dan Al Baghiyu. Tidak boleh terlibat dalam hal-hal ini sebab akhir kesudahan dari semua itu, mestilah penderitaan, kesusahan dan membawa kepada kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat. 

Selepas Allah SWT menyebutkan 3 prinsip perintahnya dan 3 prinsip larangannya,  Allah mula men"detail"kan perbincangan pada ayat ke 91, iaitu perintahnya dan larangannya. Maka Allah SWT, pertama mengingatkan kita pada perintahNya. Perintah apa?

وَ اَوْفُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ اِذَا عَاهَدْتُّمْ
- perincian Allah SWT terhadap apa yang dia perintah. Yang pertama menepati janji. Agar kita menunaikan janji dan hendaklah berusaha untuk melaksanakan janji. Sebagaimana juga Allah melarang kita dari melanggar dan mengingkari janji yang pernah kita janjikan. Ini perincian daripada perintah Allah di atas. Jadi janji merupakan sesuatu yang penting. Maka seorang Mukmin Produktif tidak akan begitu mudah membatalkan janjinya.

Dia akan berusaha untuk menjaga dengan sedaya upaya melaksanakannya dan tidak akan meninggalkannya. Melainkan kalau memang tidak mampu, tidak ada kekuatan untuk melaksanakannya maka dengan itu dia akan tunaikan dan disempurnakan dengan baik.Syeikh Dr Wahbah az-Zuhaili dalam tafsir beliau mengatakan bahawasanya janji yang dimaksudkan adalah apa saja ia mencakup seluruh hal yang dijanjikan seorang hamba dan dikaitkan dengan Allah SWT. Segala yang dijanjikan hamba maka ia masuk dalam janji ini. 

Maka ia mencakup apa? Pertama janji tersebut mencakup janji kita kepada Allah SWT, dalam bentuk kita berjanji untuk beribadah lebih taat lagi. Kemudian berjanji dengan nazar-nazar tertentu umpamanya. Maka orang yang beriman akan jaga janji-janjinya ini dan dia akan cuba laksanakannya dengan sebaik mungkin. Janji dengan Allah, "lepas Ramadan saya akan konsisten untuk majlis ilmu.

Cuba untuk laksanakan, sebagaimana saya juga cuba untuk konsisten menyampaikan majlis ilmu saya. Cuba laksanakan sedaya upaya kita. Jangan kita hanya setakat berjanji sahaja, berazam. Azam dah puluh-puluh tahun tapi tak pernah laksana. Ini menunjukkan lemahnya Iman. Kalau iman kita kuat apa yang dijanjikan kepada diri kita dan Allah SWT kita akan cuba untuk laksanakan.

Yang kedua segala janji dengan manusia seperti dalam akad-akad yang pernah kita buat. Termasuklah akad perkahwinan. Dalam akad perkahwinan, kita sudah buat satu taklik yang menyatakan kita akan jadi suami dan isteri yang baik. Menjadi ibu dan ayah yang baik. Ini janji-janji yang pernah kita nyatakan. Cuba untuk laksanaka. Ingat ketika kita berjanji bukan hanya melibatkan orang itu sahaja tetapi kita memasukkan nama Allah apatah lagi ketika akad nikah ada Imam, Kadi, saksi manusia, Wali, ibu bapa. Ramai yang tidak bertanggungjawab. Maka Allah SWT mengingatkan kita melalui surah an-Nahl ayat 91 ini. 

وَ اَوْفُوْا بِعَهْدِ اللّٰهِ اِذَا عَاهَدْتُّمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْاَ يْمَا نَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا
Janji dipertegas dengan sumpah kepada Allah SWT. Bagaimana menggunakan nama Allah? Pertama, demi Allah saya akan buat, sempurnakan perkara ini. Tapi selepas itu tak buat. Ini sangat tidak disukai Allah. Sebagaimana kita tidak suka dan marah jika orang menggunakan nama kita untuk kepentingan sendiri. Seperti juga sewenang-wenangnya berjanji atas nama Allah.

Seperti nama Allah tidak berharga. Allah murka bila namanya dipergunakan. Apabila kita bersumpah dengan nama Allah bermakna menjadikan Allah sebagai saksi perjanjian. Maka ingatlah bila kita sebut insya Allah bukan bermakna boleh tak buat. Perlu sensitif dalam hal ini. Cuba untuk tunaikan atau sempurnakan. "Wa qod ja'altumulloha 'alaikum kafiilaa" - kafiilaa ini bermakna penjaga. Kita jadikan Allah penjaga atau saksi kita.

Maka Allah SWT pada hujung ayat ini memberi amaran atau peringatan. Yang mana ulamak tafsir hujung ayat ini 'targhib' dan 'tarhib' pada masa yang sama. Taghrib maksudnya motivasi. Motivasi ini untuk menyempurnakan janji kita sebab Allah suka bila janji ditunaikan."innallaha ya'lamu maa taf'alun" - Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. Oleh sebab itu kita berusaha menyempurnakannya. Yakini Allah akan membantu bila kita bertekad untuk melaksanakan janji. 

Dalam masa yang sama ada 'tarhib' - peringatan atau ancaman Allah. Sebaliknya bila dah guna nama Allah, lalu dibatalkan begitu sahaja Allah akan menghukum dengan balasan buruk.

Dari segi tadabbur - Mukmin Produktif amat sensitif jika melibatkan nama Allah SWT. Bagi orang beriman nama Allah sesuatu yang amat Agung. Bila berjanji sebut saja nama Allah, bergetar hatinya. "Innamal mu'minuna izazuk kirallahu wajizat qulubuhum". Orang beriman yang sebenar itu apabila disebut nama Allah bergetar hatinya.

Apatah lagi bila bersumpah atas nama Allah. Seorang Mukmin Produktif rasa bertanggungjawab untuk melaksanakannya walau tidak bersumpah atas perkara yang diperintahkan Allah. Menjadi satu tanggungjawab untuk dilaksanakannya apatah lagi bila digunakan nama Allah. Pasti akan berusaha melaksanakannya. Nama Allah tidak akan digunakan tanpa nilai komitmen yang berharga.

Pada ayat 92, Allah SWT membuat perumpamaan tentang orang yang membatalkan janji. Allah berkata,
وَلَا تَكُوْنُوْا كَا لَّتِيْ نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْۢ بَعْدِ قُوَّةٍ اَنْكَا ثًا ۗ تَتَّخِذُوْنَ اَيْمَا نَكُمْ دَخَلًاۢ بَيْنَكُمْ اَنْ تَكُوْنَ اُمَّةٌ هِيَ اَرْبٰى مِنْ اُمَّةٍ ۗ اِنَّمَا يَبْلُوْكُمُ اللّٰهُ بِهٖ ۗ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَـكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ مَا كُنْـتُمْ فِيْهِ تَخْتَلِفُوْنَ
Janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang menguraikan benang yang telah dipintal kuat. Ulama tafsir menyatakan pada asalnya ayat ini berkaitan dengan seorang perempuan Quraisy yang bernama Raayitah yang suka dipanggil Ja'raa. Dia suka menenun dan membuat kain tetapi akan membukanya semula bila hampir siap dan membuatnya semula.

Jadi, Allah mengingatkan kita supaya jangan menjadi seperti wanita ini. Allah membuat perumpamaan supaya memahami sesuatu yang abstrak dengan contoh yang kita boleh rasa dan lihat. Sepatutnya bila membuat sesuatu pekerjaan perlu selesaikan dan sempurnakan. Bukan dihuraikan dan dibuat semula apabila sudah hampir siap. Itu perkara sia-sia. Ia merupakan perumpamaan bagi orang yang membatalkan tanpa sebab janji atas nama Allah. Sedangkan bila berjanji dengan nama Allah kita sudah hampir menyempurnakannya kerana Allah pasti akan membantu jika kita berusaha. Prinsip menyempurnakan janji digunakan "aufu" - sempurnakanlah. Cuma pada setiap yang kita janjikan itu ada ujiannya.

Thursday, 25 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 89-90 - 26 JUN 2020M

Nota Perkongsian 26.06.2020
Tadabbur surah An-Nahl ayat 89-90.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman



Puji syukur kita ke hadrat Allah swt, atas pelbagai limpahan Rahmat dan Kurnia pada kita semua. Kemudian selawat dan salam tidak lupa juga kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi Besar Muhammad s.a.w. Baik saudara fillahan dikasihi sekalian, Insya-Allah tadabbur kita pada hari ini akan fokus pada membincang surah An-Nahl ayat 89 dan 90. Dua ayat sahaja ini. Mari kita baca dulu ayat-ayat ini dan sila tuan puan baca masing-masing di rumah.

وَيَوْمَ نَـبْعَثُ فِيْ كُلِّ اُمَّةٍ شَهِيْدًا عَلَيْهِمْ مِّنْ اَنْفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيْدًا عَلٰى هٰۤؤُلَآ ءِ ۗ وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْـكِتٰبَ تِبْيَا نًا لِّـكُلِّ شَيْءٍ وَّ هُدًى وَّرَحْمَةً وَّبُشْرٰى لِلْمُسْلِمِيْنَ

اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُ بِا لْعَدْلِ وَا لْاِ حْسَا نِ وَاِ يْتَاۤىِٕ ذِى الْقُرْبٰى وَيَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَا لْمُنْكَرِ وَا لْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ

"Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya." 

Saudara fillah dikasihi sekalian, pada pertemuan lepas kita menjelaskan bagaimana kesudahan orang-orang yang ingkar kepada Allah swt. Samada ingkar dari segi nikmat atau ingkar terhadap kenabian, kerasulan dan pengutusan Nabi Muhammad saw. Kesudahan mereka adalah kesudahan yang hina, kesudahan yang mereka itu berada dalam kesusahan demi kesusahan, penderitaan demi penderitaan, azab demi azab. Mereka ini tak siapa yang akan menolongnya. 

Allah SWT mengingatkan kita pada ayat yang kita baca tentang penegasan bahawa akan adanya saksi ke atas setiap umat. Yang mana tiada umat melainkan akan ada saksi yang akan diambil daripada mereka menunjukkan kepada mereka bahawasanya Allah sudah cukup memberi petunjuk memberi Hidayah, memberi yang apa patut untuk mereka beriman, untuk mereka percaya pada Allah SWT. Allah dah cukupkan untuk mereka. Didatangkan saksi. Siapakah saksi mereka itu? Saksi mereka adalah para Nabi dan Rasul.

Imam ar-Razi dalam kitab beliau, Mafatih Al-Ghaib, menyatakan bahawasanya yang dimaksudkan umat pada ayat ini bukan hanya umat satu kaum, umat satu nabi, satu rasul. Akan tetapi ia juga bermaksud generasi, 'al qarni'. Al ummah bi ma'na al qarni wal jamaah, dia kata. Umat ini boleh bermakna satu generasi dan satu jemaah. Yanng mana berdasarkan kepada Imam Fakhruddin ar-Razi ini bahawasanya, kalau daripada umat diutus seorang Nabi dan Rasul kepada mereka untuk menjadi saksi. 

Dan pada setiap generasi dan pada setiap kumpulan jemaah akan ada seorang saksi yang mana pada asasnya saksi itu adalah seorang yang layak untuk diteladani, layak untuk dicontohi. Maka pada setiap generasi akan ada orang yang layak untuk kita contohi, kita teladani. Pada zaman Nabi Muhammad saw maka dialah yang paling layak pada waktu itu. Meninggal Nabi Muhammad saw, wafat beliau, diganti sahabat-sahabat mulia seperti Abu Bakar Siddiq, Umar Bin Khattab mereka itu contoh contoh teladan. Sahabat-sahabat semua boleh dikatakan contoh teladan. Sebagaimana Rasulullah saw bersabda, "أَصْحَابِي كَالنُّجُومِ" - sahabat-sahabat aku seperti bintang di langit, "فَبِأَيِّهِمُ اقْتَدَيْتُمُ اهْتَدَيْتُمْ" - dengan siapa pun kamu menteladani diantara mereka itu kamu akan insyaa Allah mendapat petunjuk. 


Pilihlah salah seorang dari karakter sahabat nabi lalu kita cuba untuk beramal dengannya atau mengikuti karakter tersebut. Kita akan selamat insyaa Allah kita akan mendapat petunjuk. Nak jadi siapa? Nak jadi Umar al-Khattab yang tegas, berani, gagah perkasa. Ataupun menjadi Abu Bakar Siddiq yang lemah lembut tapi pada satu masa, satu kesempatan dia menjadi seorang yang tegas juga. Ataupun seperti Usman bin Affan yang kaya, dermawan dan lembut hati. Ataupun seperti Ali bin Abi Thalib, seorang yang berilmu, lautan ilmunya banyak perkara yang diketahuinya. Dia juga seorang yang lemah lembut. Sahabat-sahabat nabi semuanya adalah orang-orang hebat kita boleh mencontohi. Meninggal sahabat-sahabat Nabi, ada generasi seterusnya, generasi tabi'in. Pada kalangan mereka itu terdapat contoh teladan juga bagi kita. Habis tabi'in datang pula tabI' tabi'in. 

Ada contoh lagi dan generasi kita sekarang pun ada contoh-contoh juga yang boleh kita jadikan teladan. Saksi di sini maksudnya yang boleh kita lihat perbuatan, tindakan, sikapnya tersebut lalu kita ikuti dan beramal dengannya. Insyaa Allah kita pun akan selamat, kita pun akan berjaya. Berdasarkan kata Imam Fakrur Razi ini, Allah SWT mengutus, menghantar kepada kita individu-individu yang boleh kita ikuti tapi ada ciri-cirinya, ada karakter-karakter yang perlu kita ikuti agar kita dapat mengikuti individu yang benar, yang betul-betul membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini nanti kita akan bincangkan. 

Namun pada asasnya ayat ini mengingatkan kita bahawasanya pada setiap umat, setiap generasi, pada setiap jemaah dan kumpulan ada individu-individu yang mempunyai ciri-ciri yang boleh kita ikuti. Jangan kita menganggap bahawasanya hanya orang-orang baik ini hadir pada zaman nabi sahaja. Tidak. 

Pada zaman kita pun sekarang ini kalau kita ikhlas, kita betul-betul bersungguh mencari contoh teladan, kita akan jumpa. Masalahnya kita tak ada keinginan dan kesungguhan. Kita terus menafikan bahawasanya zaman sekarang ini zaman edan, minta maaf cakap orang Indonesia, zaman yang teruk. Semua orang ni mengarut, tak ada yang betul. Semua salah belaka. Kalau itu kefahaman kita, itu keyakinan kita. Memang tak akan jumpa. 

Maka berdasarkan pendapat Imam ar-Razi ini bahawa pada setiap umat, pada setiap generasi, pada setiap jemaah ada. Kalau kita ikhlas, insya Allah kita akan mendapat faedah daripada mereka ini.  

Bahkan ada yang pendapat seperti Abu Bakr Al Asam, yang mengatakan bahawasanya saksi-saksi ini bukan hanya orang, bukan hanya individu-individu. Akan tetapi saksi itu juga datang daripada diri kita sendiri. "Min anfusihim" - daripada diri mereka sendiri. Yang maksud Abu Bakr al-Asam itu adalah 10 anggota badan. Apakah 10 anggota badan yang akan menjadi saksi ke atas kita? Dikatakan adalah 'aina' - dua mata kita, 'udzunani' - dua pendengaran kita, 'yadani' - dua tangan, 'rijlani' - dua kaki kita. Yang ke-9, 'waljild' - kulit-kulit kita ini. Kulit kita ini akan menjadi saksi kita nanti. Ada monitor pada kulit kita. 


CCTV Allah SWT ada pada badan kita. Yang ke-10, 'wallisan' - lidah kita. Lidah kita ini akan menjadi saksi terhadap semua yang kita lakukan. Jadi ada saksi di kalangan manusia dan ada saksi di kalangan anggota badan. Ini pendapat Abu Bakar al Asam yang dinukilkan oleh Imam Fakrur Razi dalam tafsir beliau. Tetapi Imam ar-Razi tidak cenderung untuk mengambil pendapat ini. 


Menurut dia, adalah individu-individu, orang-orang yang Allah SWT wujudkan di muka bumi ini, yang mana mereka ini akan menjadi saksi kepada kita. Mereka akan bercakap, menjelaskan keadaan kita nanti. Si fulan ini begitu begini dia. Daripadannya nanti akan dapat teladan dan contoh yang baik. 


Maka Allah ingatkan di akhirat nanti saksi-saksi ini akan diminta tampil oleh Allah swt. Maka saksi pertama yang akan tampil adalah Nabi. Allah SWT menyatakan "waji' naa bika syahidan 'alaahaaa 'ulaa" - kami mendatangkan engkau Muhammad sebagai saksi ke atas mereka. 

Ketika orang meninggal, kita ada talkin atau waktu jenazah dilaksanakan, kadang-kadang Imam atau yang mengapalai pelaksanaan jenazah itu mengatakan, "kami bersaksi bahawa si fulan ini adalah orang baik". Ini adalah salah satu bentuk penyaksian juga. Jadi, ketahuilah bahawasanya apa yang orang nyatakan kepada kita, semasa kita dah meninggal nanti, itu salah satu bentuk kesaksian. 

Cuba bayangkan kalau meninggal nanti, orang cerita apa pasal kita. Orang cerita positif atau orang cerita negatif. Orang bercakap kebaikan atau bercakap keburukan kita. Kalau sekiranya kita mati yang orang ingat kebaikan, "Oh Si Fulan itu masya Allah ibadatnya bukan main. Saya sangat salute kepada dia". Kalau sekiranya meninggal nanti orang berkata, "Kalau dia itu, saya bab mengaji memang ambil sanad daripada dia. Saya memang suka belajar dengan dia. Saya suka kalau duduk dengan dia. Dia baca sedap bukan main". 


Kalau tuan puan jenis orang yang bersedekah, masya Allah dia itu tak berhenti pada masa hidup membantu, menolong. Saya di antara yang mendapat bantuan dan pertolongan. Kesaksian-kesaksian seperti ini akan kembali diungkap, ditonjolkan di Padang Mahsyar nanti. Maka saya berharap kepada tuan puan yang dikasihi sekalian. Kalau Allah SWT minta kesaksian tuan puan, ceritalah yang baik-baik tentang saya. Ya Allah, mudah-mudahan tuan puan yang mengenali saya menyampaikan kesaksian yang baik. Mengakui kebaikan kita. 


Tetapi kita yakin jika kita ikhlas kepada Allah SWT, Allah akan jadikan orang-orang di sekeliling kita memberikan kesaksian yang baik. Ikhlas dengan hati ia akan sampai kepada hati juga. Insya Allah. Allah SWT akan datangkan saksi-saksi ini nanti bermula dengan siapa? Pertama dengan para Nabi dan Rasul yang diutus kepada mereka. 


Allah SWT pada ayat sebelum kita lanjutkan, kita ambil daripada tahdad, tadabbur ayat ini dahulu. Pada bahagian ayat ini, kita ambil satu tadabur bahawasanya Mukmin Produktif berusaha mengikuti teladan terbaik di zamannya. Erti kata, Mukmin Produktif, dia akan cuba cari orang yang boleh diteladani, orang yang boleh diikuti. Boleh ikuti semua bidang.


 Sebagai seorang ayah dia bagus, seorang ibu dia bagus, seorang pasangan dia bagus, seorang pemimpin, seorang guru, memang dia adalah yang terbaik. Maka semuanya boleh ambil dari satu individu tetapi untuk zaman kita sekarang ni susah dapat seorang yang mencakup semua kebaikan itu pada dirinya. 


Maka kena bersedia. Dalam bab ini, saya nak tiru si fulan. Dalam perkara ini, saya akan ikut si fulan ini. Memang kita perlu seperti itu. Barangkali akan jumpa ada orang yang hebat dari segi bermasyarakat tapi 'fail' pada rumah tangga, keluarga dia. Dalam hal ini, kita kena berlaku adil. Nanti kita akan bincangkan. Allah perintahkan kita berlaku adil di antara berlaku adil kena menilai orang tersebut dari segi mana yang menonjol baginya. Ambil daripada yang menonjol tersebut. 

Kalau dia seorang yang berjaya di tengah masyarakat, apa yang menyebabkannya berjaya? Faktor kelebihan dia tersebut. Contoh dari segi itu. Dan nampak kelemahannya pengurusan rumahtangganya gagal, dia bercerai, anaknya bermasalah. Itu boleh sahaja terjadi. Ini anggap sebagai satu ujian bagi dia dan kita tak tak perlu ikut dalam hal tersebut. 

Janganlah ambil satu kesimpulan pula orang yang berjaya di tengah masyarakat, adalah orang yang gagal dalam keluarga. Tak semestinya begitu. Ada orang yang berjaya dalam kehidupan bermasyarakat dan dia juga berjaya dalam kehidupan rumah tangganya. Kita cuba ambil tersebut balance kan. 

Tapi kena ingat juga kadang-kadang orang berjaya di tengah masyarakat, berjaya dalam kehidupan, dengan Allah SWT, dia kurang. Jadi ada plus dan negatif. Plus kita ambil, mana yang negatif kita tinggalkan. Jadi untuk mendapatkan teladan yang mencakup komprehensif ada pada satu individu di zaman kita sekarang ni sangat susah. Maka berpada-padalah. 

Nak ambil dari orang ini ambil dalam bidangnya. Bab masak ambil dari si fulan ini tapi kalau bab-bab urus rumahtangga dia tak boleh. Ada orang yang mungkin dari segi komunikasi pandai, bercakap pandai. Tapi dari segi kerja-kerja pengurusan, dia gagal. Itu biasa. Jadi ada orang yang mampu untuk berfikir secara makro tapi dari segi mikro dia tak boleh lagi. Berfikir secara general tapi ketika detail dia tidak boleh. 


Ada manusia-manusia seperti ini. Maka Mukmin Produktif, dia pandai menilai. Dalam bab ini, aku tiru si fulan. Bab ini saya ambil daripada si fulan lain. Yang mana yang buruk saya tak ambil. Mukmin Produktif akan mengambil teladan terbaik pada zamannya. Dia berusaha. Insya Allah dengan cara ini dia akan ikut dan akan jadi yang terbaik juga. 

Saudara fillah dikasihi sekalian, kita lanjutkan kepada tafsir ayat yang selanjutnya. Tadi itu kita bincangkan sedikit mengenai tadabbur. Tafsir ayat 89 sambungannya, selain Allah SWT menyebut tentang kesaksian, Allah juga menurunkan kitab al-Quran sebagai panduan hidup. Kalau boleh kita katakan ada kesaksian dalam bentuk individu dan kesaksian dalam bentuk kitab. Maka Allah SWT menjadikan kesaksian manusia boleh saja habis.

Sebagaimana Nabi apabila dia tak ada. Nabi tak ada tapi Kitab ada. Contoh, kalau tak ada individu tersebut, hasil karyanya ada. Boleh kita ikutkan. Tapi hasil karya Rasulullah saw bukan dia yang buat. Tapi Allah SWT anugerahkan. Iaitu al-Quran dan Allah menjelaskan tentang fungsi Al-Quran. Apa dia? Pertama adalah berfungsi sebagai penjelas, "tibbiyana likulli syai' ". Allah kata, " وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْـكِتٰبَ تِبْيَا نًا لِّـكُلِّ شَيْءٍ
 " - "dan Kami menurunkan Al-Quran, menurunkan Kitab sebagai penjelasan bagi setiap sesuatu". 

Maka apabila kita ingin mendapatkan kesaksian yang kekal, yang kita boleh lihat sepanjang masa, itu adalah al-Quran. Kalau kita tidak menemukan pada Rasulullah saw, kalau kita tak jumpa dengan Rasulullah, kita tidak dapat mendengar secara langsung, maka kita baca al-Quran. 


Apabila seorang Mukmin Produktif berhadapan dengan masalah, perkara pertama yang dia lakukan adalah akan merujuk kepada al-Quran dulu. Tengok al-Quran. Baca al-Quran. Maka al-Quran akan ada penjelasan. Disebutkan " tibbiyana" di sini, bukanlah penjelasan yang detail sehingga sedetailnya. Tidak. Penyelesaian yang mungkin bersifat general. Ambil bahagian-bahagian tertentu. 

Tetapi apabila kita fikirkan, kita dalami lagi, maka kita akan dapatkan, "Ya Allah, inilah sebenarnya isyarat dalam al-Quran ini". Jadi al-Quran ini mengisyaratkan seperti ini. Dan inilah maksudnya mungkin. Detailnya bagaimana? Detailnya daripada al-Quran ini, satu adalah baca Sunnah Rasulullah saw. Baca hadis-hadis Rasulullah. Maka hadis Rasulullah adalah penjelas kepada ayat-ayat al-Quran dan untuk dapat detail lagi adalah berfikir, mentadabburi, mentafakkuri alam ini. 

Maka akan sampai kepada satu kesimpulan, "Ya Allah, ternyata dalam al-Quran sudah ada diisyaratkan". Maka kita akan dapatkan penjelasan itu nanti. Ramai di antara yang datang program tadabbur Ustaz, kadang-kadang datang selepas kuliah, "Ustaz terima kasih. Saya rasa bertuah datang perkongsian Ustaz, kuliah Ustaz hari ini. Masalah yang saya fikirkan beberapa lama ini ternyata dengan apa dijelaskan tadi sudah selesai. Dapat tangkap. Masya Allah, terima kasih". 


Saya tak sengaja pun nak cerita mengenai masalah orang tapi al-Quran bercerita tentang masalah kita. Dan diberikan penyelesaian kepada kita. Dan apabila kita suka membaca al-Quran dan mentadabburnya terutamanya mendalaminya, insya Allah ada isyarat-isyarat, ada petunjuk-petunjuk. 


Maka selain al-Quran itu penjelasan, Allah SWT menyebutkan ia juga berfungsi sebagai "huddan" - petunjuk. Jadi al-Quran bukanlah detail. Bukan buku SOP. SOP dia tahu dah 1, 2, 3, 4 dengan urutan-urutannya, siap dengan KPI yang perlu dibuat. Tidaklah sampai itu. Tetapi Allah SWT menunjukkan isyarat-isyaratnya. Apabila kita dapat tangkap isyarat tersebut lalu kita gunakan dalam kehidupan kita, kita akan rasa terbimbing.



Tuesday, 23 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 86-88 - 24 JUN 2020M


Nota Perkongsian 24.06.2020
Tadabbur surah An-Nahl ayat 86-88.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.



وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ شُرَكَآءَهُمْ قَالُواْ رَبَّنَا هٓؤُلَآءِ شُرَكَآؤُنَا ٱلَّذِينَ كُنَّا نَدْعُواْ مِن دُونِكَ ۖ فَأَلْقَوْاْ إِلَيْهِمُ ٱلْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكٰذِبُونَ

Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau". Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta".
(An Nahl 16:86)

وَأَلْقَوْاْ إِلَى ٱللَّهِ يَوْمَئِذٍ ٱلسَّلَمَ ۖ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَفْتَرُونَ

Dan mereka menyatakan ketundukannya kepada Allah pada hari itu dan hilanglah dari mereka apa yang selalu mereka ada-adakan.
(An Nahl 16:87)

ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ زِدْنٰهُمْ عَذَابًا فَوْقَ ٱلْعَذَابِ بِمَا كَانُواْ يُفْسِدُونَ

Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan.
(An Nahl 16:88)

....................


Insyaa Allah dalam pertemuan hari ini kita akan sambung perbincangan kita tadabbur terhadap surah An-Nahl yang mana kita akan mulai membaca daripada ayat 86 hingga ayat 88. Mana pada pertemuan lepas kita dapat menyelesaikan sampai ayat 85. Mari kita baca terlebih dahulu dan sila tuan-tuan dan puan-puan baca sendiri di rumah.

وَ اِذَا رَاَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا شُرَكَآءَهُمْ قَا لُوْا رَبَّنَا هٰۤؤُلَآ ءِ شُرَكَآ ؤُنَا الَّذِيْنَ كُنَّا نَدْعُوْا مِنْ دُوْنِكَ ۚ فَاَ لْقَوْا اِلَيْهِمُ الْقَوْلَ اِنَّكُمْ لَـكٰذِبُوْنَ ۚ

وَاَ لْقَوْا اِلَى اللّٰهِ يَوْمَئِذِ ٭ِلسَّلَمَ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَّا كَا نُوْا يَفْتَرُوْنَ

اَ لَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَصَدُّوْا عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ زِدْنٰهُمْ عَذَا بًا فَوْقَ الْعَذَا بِ بِمَا كَا نُوْا يُفْسِدُوْنَ

"Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu. Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: Sesungguhnya kamu adalah berdusta.

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu Allah).
Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan."

 Saudara fillah dikasihi sekalian, dari segi tafsir ayat ini menjelaskan tentang lanjutan yang terjadi kepada orang-orang kafir dan orang-orang musyrik, orang-orang yang menyekutukan Allah di dunia dulu dengan sembahan-sembahan selain Allah swt. Selain di akhirat nanti mereka akan dinampak azab, ditunjukkan kepada mereka neraka sehingga mereka merasa gerun dan ketika itu mereka minta dikurangkan azab akan tetapi kita tahu bahawasanya "fala yukaffafu 'anhuma azab" tidak akan dikurangkan sama sekali. Dan kata Allah lagi "wala kuntum zarun" bahkan ketika mereka meminta agar ditundakan azab itu. Kalau tidak dikurangkan, tundakanlah. 

Maka Allah swt tak bagi juga tunda, apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Maka mereka akan kena sesuai dengan masa dan tempatnya. Maka tuan puan dikasihi sekalian, ditengah mereka merayu-rayu meminta kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar dikurangkan azab dan ditunda azab daripada mereka-mereka untuk melihat sembahan-sembahan mereka, melihat tuhan-tuhan yang mereka dakwa dahulu sekutu bagi Allah swt. Apakah yang mereka nampakkan tersebut? Mereka nampakkan berhala-berhala yang mereka sembah. Dia nampakkan kepada mereka adalah syaitan-syaitan, jin-jin yang dahulu mereka pertuhankan. 

Mereka akan nampak segala sembahan yang mereka sembah dahulu termasuklah orang-orang yang mereka anggap Tuhan seperti nabi Isa atau mereka anggap pihak Tuhan dulu adalah Firaun, Namrud. Saudara fillahan dikasihi sekalian, maknanya orang yang menyembah selain Allah akan ditunjukkan kepada mereka, akan dinampakkan kepada mereka sembahan-sembahan mereka. Mereka akan dipertemukan kembali dan ketika bertemu itu orang kafir, orang musyrik berkata, Ya Allah kalau memang tidak dapat engkau ringankan azab ini dan engkau tundakan azab ini, maka Ya Allah, ini sembahan-sembahan kami, tuhan-tuhan yang dahulu kami anggap mereka ini Tuhan. Alihkanlah azab kami ini kepada mereka.

Sehingga Imam Fakhrur Ar Razi ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawasanya orang-orang kafir dan musyrik ketika itu meng "ihalatul 'azab ilal asnab". Ingin dipindahkan, ingin dijadikan berhala-berhala ini yang dikenakan azab. Dalam erti kata berhala-berhala inilah ataupun sembahan-sembahan inilah yang menyebabkan kami sesat dahulu, yang menyebabkan kami mempersekutukan engkau Ya Allah. Mereka tuduh bahawa berhala-berhala, sembahan-sembahan ini selain Allah itu yang menyesatkan mereka. Kerana mereka yang menyesatkan kami maka azablah mereka. Jangan kami-kami ini, kami hanyalah korban. Kami adalah mangsa. 

Tengok tuan-tuan, puan-puan ini cara fikir orang-orang yang dah berada dalam keadaan kesusahan dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini ingin azab tersebut dilimpahkan kepada orang-orang lain. Limpahkan kepada berhala yang mereka sembah. Tuan puan sekalian, bertengkarlah pada waktu itu kaum musyrikin, orang-orang yang menyekutukan Allah, orang-orang kafir dengan sembahan-sembahan mereka. Ini menunjukkan bahawasanya sembahan-sembahan itu akan dibangkitkan supaya manusia sedar betul bahawasanya sembahan-sembahan mereka itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka. 

Apa jawab daripada sembahan-sembahan mereka tersebut? Mereka mengingkarinya, mereka tidak mahu menerimanya. Sebagaimana dikatakan oleh Allah pada ayat tersebut
وَ اِذَا رَاَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا شُرَكَآءَهُمْ قَا لُوْا رَبَّنَا هٰۤؤُلَآ ءِ شُرَكَآ ؤُنَا الَّذِيْنَ كُنَّا نَدْعُوْا مِنْ دُوْنِكَ
Inilah sembahan-sembahan kami, sembahan dahulu yang kami seru sebelum ini".
ۚ فَاَ لْقَوْا اِلَيْهِمُ الْقَوْلَ اِنَّكُمْ لَـكٰذِبُوْنَ ۚ

Masalahnya tuan-tuan dan puan-puan sembahan-sembahan mereka itu mengingkarinya bahkan mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh musyrikin itu adalah satu pembohongan. Satu perkara dusta. Dalam erti kata di sini tuan puan sembahan-sembahan tersebut tak pernah mereka meminta untuk disembah, tidak pernah mereka mengajak agar disembah. Jadi sebagaimana kita tahu berhala-berhala mereka itu dibuat oleh manusia sendiri. Maka bagaimana kamu dakwa kami yang menjadi sebab kamu itu sesat, menyebabkan kamu menyembah selain daripada Allah swt. Ini adalah disebabkan oleh hawa nafsu kamu sendiri, disebabkan oleh kesalahan kamu sendiri.

Saudara fillah dikasihi sekalian sembahan-sembahan ini menolak, mengingkari, menafikan bahawa mereka pernah mengajak orang-orang musyrik ini untuk menyembah. Ayat ini menggambarkan tuan-tuan dan puan-puan betapa "desperate" nya, betapa menyesalnya, betapa manusia-manusia musyrik ini sudah hilang punca, macam mana menghadapi hari yang begitu dahsyat ini, hari yang begitu hebat ini. Mereka mencari alasan, mencari hujah, macam mana boleh terhindar daripada azab siksaan, daripada ketakutan hari tersebut. "hauli yaumil qiyamah" dalam bahasa Arab 'haul-ehwal, peristiwa-peristiwa yang menakutkan yang ada pada hari kiamat. Mereka ingin berlepas diri daripada apa yang mereka lakukan dulu.

 Sampai mereka berbohong, sampai mereka menipu. Diingatkan tuan-tuan pada ayat yang lain bahwasanya orang-orang musyrik, orang-orang kafir apabila di dunia, mereka berani untuk menipu Allah, menipu atau berdusta bahkan mereka itu bersumpah kadang-kadang. Maka ketahuilah perangai buruk mereka itu akan dibawa sampai ke akhirat nanti. Mereka pun akan suka menyumpah,  bersumpah dan mereka juga suka berdusta dan berbohong, menipu. Demi apa? Demi diri mereka, demi keselamatan mereka sendiri. Mereka ini sangat pragmatism. Iaitu sangat mementingkan diri sendiri. Tak kisah. Adakah kepentingan, adakah apa yang mereka katakan itu satu yang benar ataupun satu yang bohong. 

Saudara fillahan yang dikasihi sekalian.
Ini yang berlaku kepada orang-orang musyrik, orang-orang kafir, orang-orang yang mensekutukan Allah swt. Yang mana berhala-berhala dan sembahan-sembahan mereka itu tidak memberi makna apa-apa. Maka demikian juga peringatan bagi kita tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bahawasanya jangan sampai kita terlibat dalam Syirik, terlibat dalam mempersekutukan Allah dengan yang lain. Murnikan penyembahan kita, murnikan keyakinan kita, hanya kepada Allah yang satu. Inilah Tauhid kita. Kita hanya mengEsakan Allah swt dan tidak mengEsakan dan tidak akan mempertuhankan selain daripada Allah swt.

Saudara fillahan dikasihi sekalian.
Begitu teruknya, begitu parahnya apa yang akan dihadapi oleh orang-orang musyrik nanti di akhirat. Bayangkan tuan puan keadaan ini berlaku, kalau sekiranya kita dalam situasi mereka. Maka Allah swt membawa kepada kita cerita tentang orang musyrik ini supaya kita jangan seperti mereka.


Ada pun dari segi atadabbur tuan puan dikasihi sekalian, maka kita dapatkan bahawasanya Mukmin Produktif. Muslim Produktif tuan puan bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan, apa yang dia buat, apa yang dia pilih. Dia bertanggungjawab. Bertanggungjawab sejak bila lagi? Semenjak awal dia membuat, semenjak keputusan dia buat. Apa istilah tu? "in Fullmind". "Mindful", dia sedar betul2 apa yang dia buat, dia tahu apa yang dia lakukan. Dia tahu positif dia dan dia tahu negatif dia. Dia "fullmind" tuan puan. "Mindful" iaitu sedar betul dengan apa yang dia buat, apa yang dia lakukan. Sehingga tuan-puan dikasihi sekalian, apapun berlaku nanti dia tidak akan menuduh orang lain atau melimpahkan kesalahan itu kepada orang lain. Dia bertanggungjawab terhadap apa yang dia buat.

Berbeza dengan seperti orang-orang musyrik. Dia suka untuk melimpahkan kesalahan kepada orang lain. Bahkan dia limpahkan kepada sesuatu yang memang tak ada manfaat pun sebenarnya, kepada berhala-berhala dia. Kita bayangkan orang-orang yang tidak produktif seperti itu suka untuk menyalahkan orang lain, menyalahkan pihak ini, menyalahkan pihak itu. At the end, tuan puan, semua itu disebabkan kesalahan kita. Kita sendiri tidak betul-betul menguasai, memahami apa yang kita buat, apa yang kita lakukan. Maka sebagai Mukmin Produktif, tuan puan, kita berusaha untuk memahami apa yang betul-betul kita buat. Mengetahui dengan betul-betul apa yang kita ikhtiarkan, apa yang kita usahakan. Jangan kita bergantung kepada orang lain. Ingat itu. Tidak boleh. Kita mesti bertanggungjawab sendiri terhadap apa yang kita lakukan. 

Sehingga nanti, tuan puan, biar apapun berlaku, saya sedar ini adalah "consequent" dari apa yang saya pilih. Apa yang saya buat. Jangan kita limpahkan. Kadang-kadang dia limpahkan kesalahan itu. Ini sebabkan mak bapak saya, mak bapak saya tak bagi ini, tak bagi itu. Dia salahkan pihak-pihak tertentu. Ini jabatan inilah, jabatan Itulah. Tuan puan. Dah awak sebenarnya pemalas, awak sebenarnya tidak berfikir. Awak sebenarnya tidak menggunakan apa yang Allah bagi sebaik-baiknya untuk kemashalatan awak sendiri. Padahal Allah swt kita dah bincang sebelum ini selalu menyediakan apa yang patut, apa yang berguna untuk kita. Terserah kita sekarang ni mahu tak kita guna.

Mukmin yang produktif, tuan puan, adalah mukmin yang bersyukur, menggunakan nikmat-nikmat yang Allah ada dan saya yakin tuan puan kalau sekiranya seseorang itu berfikiran seperti ini, mukmin itu berfikiran seperti in, dia duduk mana pun, tuan puan, dia akan senang. Tak ada masalah sebenarnya. Di manapun dia berada, tuan puan, di belahan bumi mana pun dia hidup. Sebab dia mempunyai keyakinan semua, yang ada ini tak ada yang sia-sia, semua ada manfaat dia. Sehingga orang, tuan puan, ada boleh buat duit melalui cacing. Dia pelihara, dia jual.


Banyak perkara yang boleh mendatangkan rezeki, mendatangkan manfaat untuk kita. Kalau sekiranya tuan puan, seseorang itu susah nak dapat penghasilan income di tengah bandar, dia masuk dalam hutan. Dia jumpa ada benda-benda yang boleh mendatangkan duit. Dalam hutan free sahaja, tuan puan mengambil madu-madu lebah. Madu-madu lebah mahal sekarang ni, yang original tersebut, Ya Allah. Ambillah tu, bawa keluar, jual. Apa yang tak boleh. Ada saja, tuan puan.

Oleh itu, saudara fillahan yang dikasihi sekalian. Seorang mukmin yang pandai, bertanggungjawab dengan apa yang dia buat. Yang tak akan melimpahkan apa yang berlaku selepas itu kepada sesiapa pun juga. Dia tak akan salahkan mak ayah, dia tak akan salahkan Isteri, dia tak salahkan pasangannya, dia tak salahkan anak-anak dia.
Kenapa awak tak boleh buat ni? Ini anak-anak punya pasal la ni, anak-anak buat bising. Sebenarnya kalau awak betul-betul menginginkan awak akan cari jalan. Ada kawan-kawan saya nampak, tuan puan, ketika dia tak dapat buat live di rumah, tuan puan, dia buat live dalam kereta. Ini di antara orang yang cuba cari jalan. Kita tak menyalahkan. 

Perangai menyalahkan adalah perangai orang yang tidak produktif. Mukmin yang betul nanti, tuan puan, dia kurang komplen, dia kurang mengeluh, dia kurang mengata, dia kurang dalam hal-hal yang negatif. Yang secara tidak langsung, tuan-puan sekalian, dia kurang berdosa nanti. Orang yang komplen ini, orang yang mengadu ini, mengeluh Itu, mengata ini. Ini dosa belaka ni. Itu tak sesuai untuk orang yang Mukmin Produktif. Mukmin Produktif sentiasa mencari asbab untuk dia dapat melakukan kebaikan. Dia tahu bahawasanya nasib dia tidak ditentukan orang. Dia tidak ditentukan pihak-pihak tertentu. Yang menentukannya ialah Allah swt. Ingat usul dan ikhtiar dia Allah yang akan menentukan. Maka tak mahu saya sekarang ini, tak makan ini bukan sebab pihak itu tetapi sebab saya malas untuk berusaha.

Kalau tak dapat makan, cubalah masuk dalam sungai, menyelam cari ikan. Confirm boleh makan. Lepas tu dapat ikan tu kan. Usah duduk di rumah main Facebook, main apa benda yang tak datang manfaat. Bagaimana awak boleh dapat rezeki? Mukmin yang betul adalah seperti burung. Dia akan keluar, dia akan cari rezeki.
Saudara fillahan dikasihi sekalian, ini sifat Mukmin. Sifat Mukmin tidak akan menyalahkan sesiapa pun juga.

Maka di akhirat, orang-orang musyrik suka menyalahkan berhala. Ini salah satu contoh. Bukan berhala saja yang dia salahkan sebenarnya. Dia akan salahkan yang lain bahkan salahkan Allah. "Kenapa engkau sesatkan kami? Ada ungkapan-ungkapan dalam Al-Quran menyatakan bahawasanya orang-orang musyrik kata bahawa kami tersesat ini sebabkan konsep "Engkau sesatkanlah kami Allah kalau Engkau inginkan, Engkau beri petunjuk kami, Engkau jadikan kami beriman". Dia salahkan Allah sampai tahap itu. 

Padahal kita tahu apa pun yang kita pilih dalam kehidupan kita. Apa pun yang kita buat dalam kehidupan kita, Allah bagi kita kebebasan. Ini yang mesti faham kita tadabbur kita dalam surah An-Nahl awal-awal dahulu, prinsip bahawa Allah memberi kepada kita " hurriyatul ikhtiar" - kebebasan memilih dalam hal-hal tertentu. Dan hal itu, sebenarnya banyak sebenarnya. Yang mana perkara-perkara yang kita diberi pilihan tersebut, ia akan memberi kesan 'consequent' nanti. Ada pahala dan dosa. Ada kebaikan, ada keburukan. Ada syurga, ada neraka nanti. Ada azab, ada kesenangan dan kenikmatan nanti.

Oleh itu saudara fillahan dikasihi sekalian, bertanggungjawab kepada apa yang kita buat. Caranya macam mana? Kita perlu sedar dan tahu dan faham betul. Setiap apa yang kita buat. Belajar. Dengan belajar, kita akan tahu apa yang kita buat ini, betul, tak betul. 

Maka saya selalu mengingatkan semula adalah itu - I² A². Ini prinsip hidup berjaya seorang mukmin, tuan puan. Apa itu I²? 

I pertama adalah itu ILMU. Ilmu mesti ada. Sebab apa pun bermula dengan Ilmu. Jangan bermula dengan tanpa Ilmu. Nanti kita akan langgar dinding orang cakap. Kita akan melakukan kesalahan demi kesalahan. Maka berusahalah terlebih dahulu untuk berilmu. Islam pun pada peringkat awal ajar Nabi - 'Iqra''. Merupakan sumber asas Ilmu.

Yang kedua I - IMAN. Selalu pastikan Ilmu yang kita miliki itu menambah Iman kita. Maka channel ABQAF Media, tuan puan, kita jadikan satu tagline kita- "Media Ilmu dan Iman". Kita nak jadikan dia asbab untuk menambah Iman kita. Kita tidak ingin dapat Ilmu untuk berbangga-bangga. Untuk menunjukkan kita hebat. Saya boleh tahu ini, saya boleh tahu itu. Tidak. Tetapi kita nak berilmu untuk apa? Untuk menambah Iman kita. Semestinya Iman bertambah, apa yang akan berlaku? 

Iaitu A². A yang pertama adalah iaitu AMAL kita. Bertambah-tambah Amal kita. Amal soleh dan amal kebajikan kerana Allah.

Dan A yang kedua adalah iaitu bertambah AKHLAK kita bertambah. Budi baik kita, budi pekerti kita makin elok. Adab kalau boleh katakan A yang selanjutnya itu adalah Akhlak ataupun Adab. Jadi adab kita makin baik. Adab kita dengan Allah, adab kita dengan makhluk, adab kita dengan ibu bapa kita, adab kita dengan orang dewasa daripada kita, yang sama umur dengan kita, yang lebih muda dan lebih kecil daripada kita. Masing-masing itu ada Adab dia. Iman yang betul adalah akan meningkatkan Amal dan Amal yang betul adalah akan melahirkan Akhlak dan Adab yang tinggi. Inilah Mukmin.

Kesimpulan dari pada Mukmin Produktif, kita letak pada formula ini. Apa dia? I² + A². Ini formula hidup saya. Saya suka untuk sampaikan pada ceramah-ceramah saya yang dahulu. bahwasanya ini dia. At the end, ini yang perlu kita buat dalam hidup kita. Ilmu yang semakin bertambah, kemudian Iman semakin meningkat, Amal kita semakin banyak. Maksudnya banyak manfaatnya dan Akhlak kita semakin tinggi. Dengan itu kita akan semakin mulia disisi Allah swt.

Baik saudara fillahan dikasihi sekalian, itu ayat 86 dari segi tafsir dan tadabburnya. Kita lanjutkan kepada ayat yang ke-87 yang mana Allah swt, tuan-puan sekalian, menjelaskan bahawasanya akhirnya orang-orang musyrik dan sembahan-sembahan mereka akan tunduk patuh kepada Allah swt. Menerima apa yang akan berlaku kepada mereka. Apa kata Allah swt? "Wa alqau ilallahi yauma 'izinissalam" - Masa itu orang-orang musyrik ini dan juga berhala-berhala mereka sembah, bagaimana mereka menyatakan tunduk kepada Allah. Masa itu ketika tak ada lagi dah peluang untuk mereka, peluang untuk menghindarkan azab, peluang untuk melimpahkan kesalahan kepada orang lain. Tak ada. Masing-masing dapat bahagian masing-masing. Yang ini memang bersalah, Allah bagi kepada dia azab yang sesuai untuknya. Awak pun kalau bersalah seperti itu juga. 

Jadi Allah swt adil, Maha Adil pada waktu itu. Dijelaskan secara jelas, sejelas-jelasnya. Dinampakkan buktinya senampak-nampaknya sehingga tak ada siapa pada waktu itu yang dapat menolak bukti-bukti Allah SWT. Sebab apa? Pada waktu itu yang bercakap bukan mulut lagi dah, bukan lidah lagi dah yang bercakap. Yang bercakap itu tangan, kaki bahkan menjadi saksi semua nanti. Apa-apa yang ada di sekeliling akan menjadi saksi masa itu. Mahu tak mahu, tuan-puan sekalian, orang-orang musyrik, orang-orang kafir termasuk sembahan-sembahan yang mereka sembah tersebut menyerah pada Allah. Ya Allah memang powerlah engkau Allah. Engkau Maha Sembunyikan, Engkau nampak semua. Engkau Maha Melihat, Engkau Maha Memperhatikan. Kami tak boleh nak menghindar daripada ilmu yang begitu luas. KebijaksanaanMu yang begitu tinggi, kami tak boleh. Dan keadilanMu ya Allah. Oleh itu, ya Allah, kami surrender.

"Wa alqau illallahissalam" - maksudnya surrender, berserah. Kalau dah macam tu, nak macam mana lagi. Dia tak boleh lagi dah untuk melawan dah. Dah habis. Mati kutu orang cakap. Tak boleh buat apa-apa lagi dah.
Maka tuan puan dikasihi sekalian, apa kata Allah?  "wa dholla 'an hum maa kaanuu yaftaruun" - Dan begitu nampak bagi mereka, bagaimana tersesatnya mereka. Betapa tak gunanya sembahan-sembahan yang mereka sembah dahulu. Mereka berharap agar sembahan-sembahan mereka itu membantu mereka di akhirat nanti atau membantu mereka di dunia juga. Tapi tuan puan sekalian, sia-sia belaka. Tak guna. Akan sembahan-sembahan itu sendiri menolak dan menyatakan bahawasanya mereka lah yang pendusta, mereka pembohong. Sembahan-sembahan mereka itulah yang mengecam mereka balik. 

Bayangkan tuan puan, situasi seperti itu. Orang-orang yang kita harapkan akan membantu kita dan menolong kita dan ketika bertemu dengan mereka, mereka kata, "Aku tak kenal engkau pun." Bayangkan tuan puan, tak kenal pun kita rasa sedih padahal kita dah habiskan masa untuk dia dulu. Ataupun dia menolak, "Saya tak boleh tolong apa-apa. Awak sembah, sembahlah. Awak buat itu dulu terserah awak. Saya tak boleh tolong apa-apa." Inilah keadaan orang-orang musyrik pada waktu itu, orang-orang kafir pada waktu itu, desperate betul tuan-tuan puan-puan, tak boleh nak buat apa-apa. Mati kutu, tuan puan. Terkedu, terkelu tuan puan, tak boleh buat apa-apa. Dialah, ya Allah. Kami berserah kepadamu ya Allah. "Wa alqau illallahissalam". Mereka berserah kepada Allah pada waktu itu dan nampak bagi mereka betapa tak gunanya sembahan-sembahan mereka.

Saudara fillahan dikasihi sekalian, dari segi tadabbur kita pada ayat ini apa tuan puan? Mukmin produktif tuan puan, pasti memperoleh kesudahan yang baik. Sebab apa? Sebab setiap tindakan, perbuatan yang dia buat, dia mindful betul. Dia sedar betul, dia faham betul apa buat. Sehingga biasanya dia akan ada perhitungan, plan A, Plan B. Ada kemungkinan-kemungkinan akan berlaku ini, berlaku itu. Orang mukmin pun seperti ini juga. Bahawa ada yang mungkin berlaku yang baik, tuan puan, ada mungkin berlaku tak baik. Di dunia boleh saja berlaku tu. Ada yang baik berlaku, ada yang tak baik berlaku. Ada situasi yang boleh kita handle dan kemungkinan situasi yang kita tak boleh handle, boleh kawal.

Orang-orang bisnes faham sangat. Situasi seperti Covid-19 sekarang. Mana orang nak boleh tahu sesuatu yang tak boleh nak sangka. Unpredicted. Tak dapat kita jangkakan dalam hidup kita. Seperti itu juga, tuan puan. Maka Mukmin memang akan ada plan A, plan B. Ini bukannya tak yakin dengan Allah tapi dia yakin dengan Sunnatullah. Dengan ketentuan dan ketetapan Allah. Yang mana di dunia ini ada qadar baik, ada qadar buruk. Ada ketentuan baik, ada ketentuan buruk. Itu berlaku. Itu boleh berlaku kepada siapapun juga. Pada orang-orang kafir, pada orang beriman.  Orang Islam, tak Islam, benda itu boleh berlaku. Sudah ada dalam perhitungannya kalau sekiranya result nanti macam ni, maka saya akan buat seperti ini. Ada Plan B dia. 

Jadi Allah swt mengajar kita untuk ada plan ni, seperti kisah Nabi Yusuf. Kisah Nabi Yusuf mengajar kita bahawa perlu ada plan, perancangan. Ke peringkat kerajaan, ke peringkat institusi, peringkat syarikat. Kena ada satu perancangan jelas. Kalau plan A gagal, kita ada plan yang lain. Plan yang lain ini kalau boleh diperincikan juga. Begini begini begitu. Insya-allah kalau sekiranya semua itu dibuat dengan baik kesudahannya akan dia dapat oleh orang-orang seperti ini. Kesudahan yang baik. Maka Mukmin Produktif kesudahannya, akhir daripada usahanya, sama ada usaha dunianya atau usaha akhiratnya, pasti akan berkesudahan dengan kesudahan yang baik. Sebab dia betul-betul sedar, betul-betul memahami, betul-betul menguasai apa yang dia buat tu. 

Tuan puan dikasihi sekalian, dengan ilmu yang Allah bagi kepada kita, kita gunakan itu untuk merancang. Saya yakin tuan puan, bab dunia pandai merancang tapi kenapa kita tak merancang untuk bab akhirat. Hingga Allah dalam surah Al-Hasyr mengingatkan kita, tuan puan, tentang pentingnya merancang untuk akhirat juga. Apa kata Allah swt

يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَـنْظُرْ نَـفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۚ وَا تَّقُوا اللّٰهَ ۗ 
Apa kata Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah engkau memperhatikan apa yang engkau buat untuk hari esok engkau." Hari esok kalau mengikut tafsir ulama' ialah hari akhirat. Tapi itu tak menolak, tuan puan, memberi makna adalah untuk hari esok kita. Tomorrow kita. Tomorrow boleh makna adalah akhirat, boleh makna adalah esok. Esok nak buat apa, kena merancang. Tapi kita kena ingat, tuan puan, kita merancang tapi at the end rancangan Allah akan berlaku. Kerana kita tahu bahawa perancangan Allah yang akan berlaku, kita selalu minta agar Allah sempurnakan rancangan kita tersebut. Tahu Allah yang akan menentukannya. Maka kita letak, ketika kita nak merancang, insya-Allah. Jika Allah berkehendak. Jika Allah mahu insya-Allah. Dalam masa yang sama kita minta kepada Allah agar diberikan Hidayah. Berikan petunjuk. Petunjuk apa tu? Hidayah, TaufikNya, agar apa yang kita rencana sesuai dengan perancangan Allah swt. Apabila rancangan kita dengan rencana Allah sejalan maka insya-Allah tak siapa yang boleh menghalang. Pasti akan jadi punya. Pasti akan berjaya.

Oleh itu saudara fillahan dikasihi sekalian, kesudahan orang-orang beriman adalah kesudahan yang baik. Pasti baik. Sebab dia sempurnakan syarat-syaratnya dan dia lengkapkan tindakan-tindakannya, perbuatan-perbuatannya yang perlu dia buat, dia buat. Jadi insya-Allah hasilnya akan baik. Dan tuan puan dikasihi sekalian, Mukmin Produktif tuan puan, akan kalau kita lihat tadi orang kafir, lihat orang musyrik, dia itu baru menerima ketentuan Allah, bila tuan puan? Pada waktu di Padang Mahsyar, pada waktu mereka sudah tak ada jalan lagi dah. Tak ada peluang untuk menghindar lagi dah. Barulah dia nak terima.

Ketahuilah tuan puan sekalian, orang beriman, dia menerima ketentuan Allah semenjak di dunia lagi. Dia menerima ketetapan Allah, hukum-hakam Allah swt semenjak di dunia lagi. Maka dia cuba untuk mengikutinya dan dia bukan mengikuti disebabkan tiada pilihan. Mereka mengikuti ketentuan dan hukum Allah swt sebab dia sedar betul, itulah yang terbaik. Ketentuan Allah itulah yang paling sesuai untuk zaman dan masa dia ini. 

Ingat orang kafir musyrik menolak hukum dan ketentuan Allah swt. Kalau kita nak cakap pada orang terserah kamulah. Memang kita tak ada masalah, tuan puan, ketika orang menolak hukum Islam dan mereka menggunakan hukum-hukum selain dari hukum Allah swt. Dia tak kisah. Dalam Islam disebutkan "la iqra ha fiddin" - tak ada paksaan dalam agama. "Lakum diinukum waliyadin" - bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. Tak ada masalah. Tapi ingat bahawasanya kesan daripada penolakan kamu ini akan berbahaya di dunia dan akan berbahaya di akhirat nanti. 

Mukmin Produktif, tuan puan dikasihi sekalian, dia tunduk kepada hukum dan ketentuan Allah di dunia lagi. Dia tidak merasa berat, tak merasa terbebani dengan apa yang telah ditetapkan. Justeru dia yakin ini yang terbaik. Sebab Allah yang cipta alam dan makhluk ini dan saya sendiri. Sudah pasti Dia lebih tahu apa yang lebih sesuai, yang paling betul untuk saya.

Saudara fillahan dikasihi sekalian, maka Allah dalam surah Al-Qasas, tuan-puan, ayat 83 menyatakan bahawasanya: "wal 'aqibatul lil muttaqin" - kesudahan yang baik itu pasti untuk orang yang bertakwa. At the end, peganglah. Ini undang-undang Allah. Orang baik yang akan berjaya. Orang baik yang akan menang. Walaupun di awalnya dia ditipu, tuan puan, tengok tak cerita Hollywood, cerita Hindustan, betapa hero selalu terkena di awal. Tapi at the end, hero mesti menang punya. Itu hero Melayu boleh jadi terbalik, hero tiba-tiba mati.

Saudara filahan dikasihi sekalian, kesudahan yang baik mesti bagi orang yang bertaqwa. Maka tak ada pilihan bagi kita, tuan puan, melainkan untuk memilih jalan macam mana jadi orang bertakwa. Macam mana jadi orang yang lebih taat kepada Allah swt, sebab kesudahannya mesti untuk orang ni. 

Tuan puan lihatlah dalam hidup dunia, tuan puan dikasihi sekalian, lihat. Ada orang masih hidup dia dah memang hero kan, champion dalam apapun juga. Masya-Allah orang kagum dengan dia. Tapi tuan puan, di hari tua, ketika dia tak iringi kehebatan dan champion dia dalam dunia tersebut dengan agama, orang tak pandang lagi dah. Betapa banyak artis-artis yang dahulunya dikagumi ketika di hari tua, tuan puan, orang tak pandang lagi dah, tak tengok lagi dah. Sebab dia dah berkedut macam orang lain juga. Dia tua macam orang lain juga. Waktu kau cantik, handsome, orang memang idol kan engkau, orang bangga dengan engkau. Tapi bila engkau dah tua, nothing. Kita jumpa ramai artis-artis ni kan. Saya bukan di sini kecam artis, tuan puan, saya minta maaf, saya bukan nak kecilkan siapa-siapa dan saya tahu di antara artis ada yang hebat dalam lakonan dan dia juga hebat dalam bab amalan. Saya respect. Tapi tuan puan, saya nak cerita adalah yang tak eloklah. Sebenarnya ini banyak dalam bidang  yang lain pun ada juga benda-benda macam ni. Sebab biasanya mereka inilah yang dibangga-banggakan. 

Ada penyanyi, lagu dia sedap. Suara dia sedap. Tapi tuan puan apabila semua itu tidak diiringi dengan taqwa dengan kebaikan akhirat, tuan puan, satu hari dia akan lenyap, satu hari dia akan hilang. Orang tak hargai lagi dah. Orang tak pandang lagi dah. Tapi apabila semua itu diiring dengan ketakwaan, dengan kebaikannya tuan puan, memang dia baik dalam lakonannya, dia baik dalam hariannya, masya-Allah dia memang orang baik, Ustaz. Ketahuilah mati dia tuan puan, orang ingat lagi. Orang akan sebut nama dia lagi. Orang akan tahu kebaikan dia tadi tu. Inilah kesudahan yang baik. Itu mesti bagi orang-orang bertakwa

Maka ikut ketentuan Allah, ikut ketetapan Allah kalau tuan puan, ingin kesudahan yang baik, pilih ini. No option bagi saya. Tak ada pilihan bagi saya, melainkan saya mesti menjadi orang bertaqwa. Tak ada pilihan. Saya semenjak memang tak ada pilihan, melainkan saya mesti do the best untuk akhirat. Mahu tak mahu. Apa pun saya akan usahakan. Jadi tak ada pilihan. Semenjak bila tak ada pilihan? Sejak kita baligh. Setiap apa yang kita buat, Allah swt  dah monitor, dah nilai dan Alah nak tahu hujung dia. Hujung dia ni adalah mesti mati dalam takwa. Mesti mati dalam keadaan orang Islam, Mukmin, berserah diri kepada Allah swt.

Allah dalam surah Ali Imran mengatakan "ya ayyuhal lazina amanu ittaqullah haqqo tuqo tihi" - wahai orang beriman bertakwalah kamu dengan sebenar-benarnya takwa. "wala tamutunna lilla wa antum muslimun" - kamu jangan mati melainkan betul-betul menjadi seorang yang beriman, berserah diri kepada Allah swt. Jadi orang beriman betul-betul, berserah diri kepada Allah di dunia ni lagi. Masa dia sedar lagi. Masa dia boleh berbuat lagi, dia dah memang berserah diri. Erti kata berserah diri di sini menerima hukum Allah, menerima ketetapan Allah dengan yakin. This is the best for me. Ini yang ada pada diri mukmin. Tapi ingat orang musyrik tadi macam mana. Baru sedar kepada ketentuan dan ketetapan Allah adalah ketika mereka tak ada pilihan lagi dah. Di akhirat.

Tuan puan dikasihi sekalian, tafsir ayat ke-88. Ayat ini menjelas bahawasanya - azab akan digandakan, diberikan kepada orang kafir, yang mana selain dia itu kafir, mengingkari hukum Allah, halang orang pula daripada beriman. Ini jadi ada dua kategori orang kafir - kafir, tuan puan, atas asas diri dia saja. "Saya tak percaya, saya tak mahu menyakini apa yang kamu yakini. Islam itu bagi saya tak betul." Contoh ya. Ini maknanya, tuan puan, dia kafir dengan apa yang melibatkan diri dia sendiri. Ketahuilah bahawasanya ada kafir, selain dia tak percaya, dia akan ajak orang lain untuk tak percaya juga. Bahkan ada orang lain yang ingin menerima Islam ini, dia cuba untuk menghalang. Dia akan cari jalan macam mana tak jadi orang tu masuk Islam, mengikuti agama Allah ini. "Ya suddu 'an sabilillah" - mereka menghalang manusia dari jalan Allah swt. 

Maka orang ini, akan diberi azab berganda. Orang kafir pun ada level-level dia nanti. Ada level mereka yang mana kena azab sikit saja. Sikit ni siapa? Orang kafir yang dia kafir tapi dia tak menyusahkan orang lain, tidak mengganggu orang lain. Kita tahu bahawasanya ada orang bukan Islam, tuan puan, dia baik. Kata ulama' kebaikan orang kafir ini macam mana? Satu adalah kebaikan itu dia akan dapat di dunia lagi balasannya. Orang kafir, di dunia, dia dapat apa dia nak. Kebanyakan seperti itu. Sebab apa? Bayaran, balasan untuk mereka boleh dikatakan hampir full di dunia ini diberi. Saya ada kata kepada tuan puan dikasihi sekalian, sebelum ini di kelas saya yang lain. Bahawasanya untuk orang kafir balasan kebaikan mereka itu maybe 100% dia dapat di dunia lagi. Kemungkinan juga kata ulama', 99% dia dapat di dunia, dia ada 1% diberikan di akhirat. 1% yang di akhirat ini apa? Inilah diringankan azab daripada mereka. Erti katalah mereka tak di azab seperti orang-orang kafir yang jahat, orang kafir yang berusaha untuk membuat kerosakan.


Saudara fillahan sekalian, beza dengan orang beriman tau. Orang beriman ratio bagi balasan dia adalah terbalik. Orang beriman, di dunia dia akan hanya dapat 1% balasan kebaikan dia tu dan 99% dia nanti dia akan dapat di akhirat. Terbalik ya. 1% di dunia, 99% di akhirat. Maka kadang-kadang orang beriman merasa, ada yang tak faham, merasa, kenapa saya dah buat baik ini, buat itu, tapi saya tengok hidup saya tak berubah pun. Saya tak kaya raya pun macam si fulan itu. Yang dia kafir tapi dia dapat banyak sangat. 

Tuan puan dikasihi sekalian, dalam hal ini kita kena faham prinsip ini. Bagi orang kafir yang selain dia kafir, dia juga menghalang orang daripada keislaman maka dia akan dapat azab tambahan. Tuan puan dikasihi sekalian, itu dari segi tafsirannya. Dari segi tadabbur, ringkasnya ialah apabila orang tak produktif di dunia ini, sama ada dia Mukmin atau tak Mukmin dan Mukmin mestinya lebih produktif lagi. Orang yang tak produktif pasti akan hadapi kesusahan demi kesusahan. Pasti akan menghadapi penderitaan demi penderitaan. Hari tu susah  sekarang susah lagi. Hari tu masalah, sekarang masalah lagi. Ketahuilah sebenarnya berpunca daripada awak yang tak produktif. Kalau awak produktif, awak proaktif, macam kita bincang dulu, insya-Allah awak akan boleh keluar daripada kesusahan tersebut. Dan Mukmin Produktif dia akan mendapat kebaikan demi kebaikan, kesenangan demi kesenangan. Kenikmatan demi kenikmatan. Dia akan terus bertambah








..............



Tafsir Ayat 86
Menerangkan pertengkaran berlaku antara penyembah org Kafir yg menyembah kan selain Allah. Mereka merayu dikurang azab atau meringankan seksaan.
Mereka akan dinmpkan bahala, syaitan yg Di sembahkn Mereka. Mereka mahu Bahala, sembahan d
iazabkn kerana Mereka menuduh kesalahan pd bahala dn sembahan2x Mereka.
Sembahan2x ini pula Berkata mereka menolak Dan menafi kan bahwa Mereka tak pernah menyuruh Mereka menyembah Mereka.


Keaadan yg terdesak utk org2x Musyrik menipu, berbohong utk melepaskn diri Mereka.
Maka peringatan kita supaya jgn Syirik spt Mereka.


Tadaburr Ayat 86
Mukmin yg productif tahu apa yg Mereka laku kan.. MINDFUL.
Mereka sedar akan tanggungjawab Mereka Dan tidak akan menuduh org lain. Tidak bergantung pd org lain. Bertanggungjawab penuh jeatas setiap tindakan yg pernah diambil. Bersyukur Dan mengguna kan NIKMAT2x yg Di beri Allah. Semua tidak disia2x perkara ini akan di usaha kan.


Mukmin tidak akan memberi atau menyalahkan org lain.
Mukmin produktif:
Kurang complain.
Kurang mengata.
Kurang dosa.


Prinsip hidup orang beriman
I sq
I=Ilmu mesti ada
I=Iman, ilmu meningkat kan Iman.
A sq
A=Amal
A=Akhlak/Adab