Monday, 17 February 2020

Wasiat Nabi dalam 7 Perkara

Muhasabah diri di pagi hari....

Rasulullah saw pernah berwasiat pada Abu Dzar Al Ghifari di mana Abu Dzar berkata,

أَوْصَانِيْ خَلِيْلِي بِسَبْعٍ : بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.

“Kekasihku (Rasulullah) saw berwasiat kepadaku dengan tujuh hal: 
(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, 
(2) beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, 
(3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahmiku meskipun mereka berlaku kasar kepadaku, 
(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan laa hawla wa laa quwwata illa billah (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), 
(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, 
(6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan 
(7) beliau menasehatiku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia” 

(HR. Ahmad 5: 159).

Tuesday, 11 February 2020

Kesan Dari Solat Dhuha

*INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA*

BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIIM..
Ramai yang belum tahu apa kesan yang akan mereka rasakan apabila rajin mendirikan (melaksanakan) solat DHUHA.

Sesungguhnya.. Bertuahlah anda yg berkesempatan membaca artikel ini, semoga menjadi pengajaran berguna untuk kita semua.

Seperti dijelaskan oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiah tentang keutamaannya, penulis menjelaskan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT bagi hambaNya yang menunaikan solat DHUHA lengkap dengan sumber hadith-hadithnya.

*PERTAMA*
Orang yang solat DHUHA akan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT. 
*“Sesiapa yang selalu mengerjakan solat DHUHA nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”*
(HR. Tirmidzi)

*KeDUA*
Sesiapa yang Istiqamah menunaikan solat DHUHA, dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaubat kepada Allah SWT.
*“Tidaklah seseorang yang selalu mengerjakan solat DHUHA kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”*
(HR. Hakim).

*KeTIGA*
Orang yang sering menunaikan solat DHUHA akan dicatat sebagai ahli Ibadah dan tergolong didalam golongan orang-orang yang ta'at kepada Allah SWT. 
*“Sesiapa yang solat DHUHA 2 raka'at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 raka'at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli Ibadah. Sesiapa yang mengerjakannya 6 raka'at, maka dia diselamatkan di hari itu. Sesiapa mengerjakannya 8 raka'at, maka Allah tulis dia sebagai orang yang ta'at. Dan sesiapa yang mengerjakannya 12 raka'at, maka Allah SWT akan membangunkan (menyediakan) sebuah rumah di Syurga untuknya.”* 
(HR. At-Thabrani).

*KeEMPAT*
Orang yang Istiqamah melaksanakan solat DHUHA, kelak dia akan masuk syurga melalui pintu khas, pintu DHUHA yang disediakan oleh Allah SWT. 
*“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu DHUHA. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, "Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat DHUHA..??? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan Rahmat Allah SWT.”* 
(HR. At-Thabrani).

*KeLIMA*
Allah SWT mencukupkan rezekinya. 
*“Wahai anak Adam, janganlah kalian merasa lemah/lelah dari 4 raka'at DHUHA dalam mengawal harimu, nescaya AKU akan mencukupkan di akhir harimu.”* 
(HR. Abu Darda`).

*KeENAM*
Sesungguhnya.. Orang yang mengerjakan solat DHUHA, dia telah mengeluarkan sedekah.
*“Hendaklah masing-masing kalian bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap Tahmid itu adalah sedekah, setiap Tahlil itu adalah sedekah, setiap Takbir itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang Ma’ruf itu adalah sedekah, mencegah yang mungkar itu adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukupkan lah mengerjakan 2 raka'at solat DHUHA.”*
(HR Muslim).

*Setelah membaca artikel ini, apakah anda masih tidak mahu atau malas untuk mengerjakan solat sunat DHUHA..???*

Solat DHUHA punya kedudukan yg sangat mulia. Disunnat mengerjakannya sejak terbit suria hingga sebelum masuk waktu solat Fardhu Zuhur.

Syukran.. Sedekahkan lah Al-Fatihah kepada Siapapun yg menulis Pertama tulisan ini semoga kita boleh mengambil pelajaran dan kita Istiqamah mengamalkan. Aamiin. 

*SEMANGAT SOLAT DHUHA*

Sebarkan lah dan kongsikan lah semoga lebih bermanfa'at bagi orang ramai, jikalau di simpan sendiri pun tidak mengapa namun adalah lebih 'afdhal disampaikan kepada yang lain. Aamiin... 

Rasulullah saw bersabda : 
*"Sesiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap dapat pahala."* 
(HR. Al-Bukhari)

Wallah hu a'lam.

Sunday, 9 February 2020

Nota - Kursus Asas Haji

Monday, 22 April 2019

Nota - Kursus Asas Haji

Tingkatkan ilmu ibadat haji/umrah anda dengan memuat turun Nota Kursus Asas Haji melalui 'link' di bawah. Moga bermanfaat untuk semua.
Minggu 1 - https://bit.ly/2IJ6PnQ
Minggu 2 - https://bit.ly/2UPBdUQ
Minggu 3 - https://bit.ly/2IFzrhz
Minggu 4 - https://bit.ly/2Go6WSU
Minggu 5 - https://bit.ly/2PhOcZb
Minggu 6 - https://bit.ly/2DlRnum
Minggu 7 - https://bit.ly/2GglPq4
Minggu 8 - https://bit.ly/2UnT0xe
Minggu 9 - https://bit.ly/2VdHpFl
Minggu 10 - https://bit.ly/2vdcjiB
Minggu 11 - https://bit.ly/2Is1vpn
Minggu 12 - https://bit.ly/2It9jY6
Minggu 13 - https://bit.ly/2XrbPkK
Minggu 14 - https://bit.ly/2PlhZAq
Minggu 15 - https://bit.ly/2ZkVeRK
Minggu 16 - https://bit.ly/2DkqEhq
Minggu 17 - https://bit.ly/2PhQtn5

Contoh Kiraan Target Menghafal Al-Quran - Untuk Motivasi...Bila lagi ni??

Tuesday, 5 June 2018

Contoh Kiraan Target Menghafal Al-Quran - Untuk Motivasi...Bila lagi ni??

Bismilllah

Mengikut Jumlah Ayat - 6236

1 Ayat Sehari Setiap Hari
-365 hari setahun
-6236 / 365 hari - 17.08 TAHUN

2 Ayat Sehari Setiap Hari
-365 hari setahun
-6236 / 365 hari /2 ayat- 8.54 TAHUN

3 Ayat Sehari Setiap Hati
-365 hari setahun
-6236 / 365 hari /3 ayat- 5.69 TAHUN

Mengikut Jumlah Muka Surat  Setiap Hari- 604 mukasurat

1 Muka Surat Setiap Hari
365 hari setahun
-604/365
-1.65 Tahun

0.5 Muka Surat Setiap Hari
-365 hari setahun
-604/0.5/365
- 3.3 Tahun

0.25 Muka Surat Setiap Hari
-365 hari setahun
-604/0.25/365
- 6.6 Tahun

Mengikut Jumlah Muka Surat Setiap Minggu - 604 mukasurat

- 1 Muka Surat Setiap Minggu
-52 minggu setahun
- 11.6 Tahun

-2 Muka Surat Setiap Minggu
-52 Minggu Setahun
-5.8 Tahun

Tarikh Penting Zulhijjah dan Amalan Sunat

TARIKH PENTING ZULHIJJAH & AMALAN SUNAT (2018)

Tempoh akhir untuk memotong kuku dan rambut bagi sesiapa yang ingin melakukan ibadah korban adalah sebelum tenggelamnya matahari pada hari Ahad, 12 Ogos 2018 bersamaan 30 Zulkaedah 1439H. 

Daripada Ummu Salamah r.a daripada Nabi s.a.w: "Apabila masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban maka janganlah dia menyentuh (memotong) sedikitpun bahagian dari rambutnya dan kukunya". (Sahih An Nasai) 

13 Ogos 2018 = 1 Zulhijjah 1439H (Isnin) 
🍁 Puasa sunat hari Isnin
🍁 Mula puasa sunat di bulan Zulhijjah
🍁 Banyakkan amal kebaikan pada 10 hari pertama termasuk puasa 9 hari di awal Zulhijjah (bagi orang yang tidak wuquf di Arafah)

“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (HR al-Bukhari)

16 Ogos 2018 = 4 Zulhijjah 1439H (Khamis) 
🍁 Puasa sunat hari Khamis
🍁 Puasa sunat di bulan Zulhijjah

20 Ogos 2018 = 8 Zulhijjah 1439H (Isnin) 
🍁 Puasa sunat hari Isnin

21 Ogos 2018 = 9 Zulhijjah 1439H (Selasa) 
🍁 Puasa sunat hari Arafah

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Imam Muslim)

22 Ogos 2018 = 10 Zulhijjah 1439H (Rabu) 
🍁 Hari raya korban 

23, 24, 25 Ogos 2018 = 11, 12, 13 Zulhijjah 1439H (Khamis, Jumaat, Sabtu) 
🍁 Hari tasyriq
🍁 Haram berpuasa
🍁 Hari pelaksanaan korban

26, 27, 28 Ogos 2018 = 14, 15, 16 Zulhijjah 1439H (Ahad, Isnin, Selasa) 
🍁 Puasa sunat hari putih 

Saturday, 8 February 2020

Doa Pagi Ahad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Ahad          

26 August 2018.                                     

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, ajarkanlah kami untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. 

Ya Allah, sejahterakanlah  kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu dengan selesa. 

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem, ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami. Ya Allah Engkau ganti lah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan  yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai. 

Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik,  dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah. 

Ya Allah Ya Azizz kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram,  hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. 

Ya Allah Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Razzak Ya Fattahu Ya Alim,  kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu, sebaliknya janganlah  Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad      
2 Dec 2018
24 Robiulawal 1440                                   

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu dan kasih sayangMu yang berkekalan.

Ya Allah, hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan dan ibadah kami.
Ya Allah, lindungilah kami dari kesesatan dan peliharalah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa berusaha untuk mendapaat kejayaan dan kecemerlangan didunia dan diakhirat Ya Allah.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan jasmani dan rohani, berilah kami kemampuan untuk membenteras kamungkaran dan kuatkanlah iman kami Ya Allah.
Ya Allah masukkan kami dalam golongan orang-orang mukmin dan soleh dan dekatkanlah hati kami padaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami berikanlah Nur cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.
Ya Allah, tabahkan-lah kami, jadikanlah sabar sebai sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Ya Allah, seandainya saatnya tiba untuk kami kembali ke sisiMu, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadaMu.
Ya Allah perbaikilah agama kami kerana ia adalah perkara yang paling printing dalam kehidupan kami.
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

ddr:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad                 
16 Dec 2018  
8 Ribiulakhir 1440                               
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah di bulan berilah kami kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan.
Ya Allah,  berilah kami kesihatan, tawadhu' dalam Iman,  keluarga yang bahagia dan rezeki yang barokah. Ya Allah terimalah amal ibadah kami.
Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terus menerus menerangi bumi dengan matahari Mu.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas dan amanah.
Ya Allah Engkau jauhkanlah kami daripada sifat riak, takabbur, fitnah  dan khianah.
Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.
Ya Allah, kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu,  sebaliknya, janganlah Engkau jadikan kami daripada  golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan dunia kami, tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, ia-itu tempat yang kami akan kembali untuk selama2nya.
Ya Allah, bersihkan hati kami dan janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.
Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.
Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat pagi Ahad 
23 Dec 2018
15 Robiulakhir 1448

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah kami mohon supaya di permudahkan semua urusan kami, baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.
Ya Allah berikanlah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami.
Ya Allah murahkanlah rezeki kami, tambahkanlah lagi keberkahan bagi kami, limpahkanlah ketaqwaan kepada kami serta Istiqomah ibadah kami kepada-Mu.
Ya Allah ampunilah kami  dan jadilah kami mensyukuri segala nikmat yang Engkau anugerahkan kepada kami.
Ya Allah jadikanlah kami bersyukur diatas keluarga yang kami miliki, bersyukur atas pekerjaan yang kami miliki, bersyukur atas kesihatan yang kami miliki, bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kami miliki.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
            
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad      
30 Dec 2018
22 Robiulakhir 1440
                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                            
Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan.

Ya Allah jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan.
Ya Allah lindungilah kami hambamu dengan kasih sayangMu.
Ya Allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya Allah, Ya Rahman,  Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh harapan semoga Engkau sudi mengampunkan dosa2 kami. 
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha dan perlindungilah kami dari anasir yang ingin menyelewengkan iman dan aqidah kami.
Ya Allah janganlah kami termasuk dalam golongan yang memperlekehkan agama Mu.
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu Ya Allah.
Ya Allah kami redha menerima dugaan Mu dan ujian Mu
Ya Allah kami redha kerana adanya ujian menunjukkan Engkau sayangkan kami.
Ya Allah kami berharap adanya Engkau menghantar petanda Mu dan petunjuk Mu agar kami sentiasa mengigati Mu dan akur keatas keagungan Mu.
Ya Allah kami memohon ampun kerana petanda, petunjuk dan ujian yang lalu kami kurang ambil perhatian, kami leka dengan urusan dunia kami dan kami tidak menilai cinta agungMu keatas kami umat Mu.

Ya Allah kami alpa kepada Mu, kami jauh dariMu,  kami kejam dengan bumi, kami abaikan saudara kami, kami pentingkan diri kami sahaja dan kami merasai dunia ini hak kami.

Ya Allah kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami, bawalah air mata Mu pergi bersama derita Mu.
Ya Adalah bersihkanlah kesan hitam dalam hati kami.
Ya Allah, kami pasrah dan kami redha dengan segala ujian Mu dan kami bersyukur diatas kasih sayangMu.
Ya Allah tabahkanlah diri kami dan kuatkanlah azam kami untuk mengambil iktibar atas semua yang berlaku.
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad               
6 Jan 2019     
1 Jumadaawal 1440                             

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah di pagi yang mulia ini berilah kami rahmat dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna untuk kami.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal serta sifat pemurah agar kami terdorong untuk berbakti kepada mereka yang memerlukannya.
Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.
Ya Allah llindung dari pujuk rayu syaitan dan manusia yang mendorong kami kapada kejahatan.
Ya Allah jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau ampunkan.
Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan dan jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan. 
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad    
7 Jamdilawal 1440,
13 Jan 2019.         
                            
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah jadilah hari ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi dari segala musibah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.
Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan fahaman.
Ya Allah hiasilah kami dengan sifat lambat marah dan pemaaf, perindahkanlah kami dengan kesihatan tubuh badan yang berterusan.
Ya Allah bukakanlah kepada kami pintu makrifat Mu dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.
Ya Allah dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka.
Ya Allah jadikan kami berperibadi yang sabar dan selalu bersyukur dengan segala rahmat Mu.
Ya Allah lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari seterusnya.
Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjuk Mu, sebagaimana Engkau telah meyinari bumi dengan cahaya matahari Mu.
Ya Allah berilah kami rezeki yang halal dan jauhkan kami dari perkara yang haram.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

Selamat pagi Ahad
20 Jan 2019
14 Jamdulawal 1440
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah kami mohon supaya di permudahkan semua urusan kami, baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.
Ya Allah berikanlah pada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
Ya Allah kurniakan kepada kami jiwa yang tenang dan hati yang lapang agar hari ini menjadi antara hari yang terindah dalam hidup kami.
Ya Allah murahkanlah rezeki kami, tambahkanlah lagi keberkahan bagi kami, limpahkanlah ketaqwaan kepada kami serta Istiqomah ibadah kami kepada-Mu.
Ya Allah ampunilah kami  dan jadilah kami mensyukuri segala nikmat yang Engkau anugerahkan kepada kami.
Ya Allah jadikanlah kami bersyukur diatas keluarga yang kami miliki, bersyukur atas pekerjaan yang kami miliki, bersyukur atas kesihatan yang kami miliki, bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kami miliki.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
           
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Ahad    18 Ogos 2019
17 Zulhijjah 1440
.                                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.
Ya Allah jauhkan kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.
Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.
Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.
Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.
Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu  dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.
Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.
Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.
Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.
Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.
Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan  kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
Ya Allah permudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.
Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.
ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidu kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله 
.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ 

Doa Pagi Sabtu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Sabtu       

25 Aug 2018.                                     

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman Mu, dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan. 

Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quraan, jadikannya bagi kami ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkan kami apa  yang kami lupa daripadanya, ajarkan kami apa yang tidal tahu daripadanya dan jadikan maksudnya hujah bagi kami Ya Allah.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Ya Allah lancarkanlah urusan kami pada hari ini, indahkanlah dengan silaturrahim yang baik dan limpahilah dengan rezeki yang berkat.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu. 

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, kami mohon sembuhkan penyakitnya Ya Allah kerana hanya Engkau lah yang Maha Penyembuh. 

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, kami mohon  bukalah jalan rezekinya Ya Allah kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Pemberi Rezeki. 

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami

yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya, kami mohon bersihkan dan sucikanlah hatinya Ya Allah. 
Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang merasa disakiti dan dizalimi karena kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hati mereka agar memaafkan kami. 

Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu. 

Ya Allah terimalah amalan ibadah kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

ُ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalamm Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Ya Allah berilah… 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

ُِSalam hari Sabtu

1 Sept 2018.                                     

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ mأَجْمَعِيْن

Ya Allah lapangkanlah hati kami, tenteramkan jiwa kami, sehatkan fisikal kami dan sembuhkan penyakit kami.

Ya Allah bahagiakan keluarga kami,  jadikan anak anak kami anak2 yang Soleh.

Ya Allah luaskanlah rezeki kami,  seluas lautan yang Engkau ciptakan. 

Ya Allah  lepaskan kami dari hutang piutang. Mudahkanlah segala urusan kami. 

Ya Aalh kabulkan segala cita2 dan harapan kami dan jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji dan perkataan kasar.

Ya Alla jauhkanlah kami dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadah kami

Ya Allah ampunilah segala dosa2 kami.

Jadikanlah kami penghuni SyurgaMu.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi .Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Sabtu       

15 Sept 2018.                                     

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami kesihatan yang baik,  dekatkan kami dengan kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan. 

Ya Allah kurniakan kami hidayah Mu dalam kami menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Ya Allah lancarkanlah urusan kami pada hari ini, indahkanlah dengan silaturrahim yang baik dan limpahilah dengan rezeki yang berkat.

Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami. 

Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami, tempat kami kembali untuk selama2nya. 

Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu. 

Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu. 

Ya Allah terimalah ibadah kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

ُ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. 

Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka nikmat Syurga Mu semasa mereka di Alam Barzah.

Ya Allah hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman. Ya Allah perlindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                      

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu               
1 December 2018  
23 Robiulawal 1440                                

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah di pagi yang mulia ini berilah kami rahmat dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah terimalah Ibadah kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat membebaskan diri dari neraka Mu Ya Allah.
Ya Allah terimalah usaha kami dan amalan baik dan jauhkan kami perasaan bermegah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar bahawa tiada sesuatu yang akan menjadi milik kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.
Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu, dengan lidah yang tidak kering menyebut namaMu.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal serta sifat pemurah agar kami terdorong untuk berbakti kepada mereka yang memerlukannya.
Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.
Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari kejahatan diriku,  nafsu yang menyuruh pada keburukan.
Ya Allah llindung dari pujuk rayu syaitan dan manusia yang mendorong kami kapada kejahatan.
Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan dan jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan. 
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu      
8 Dec 2018      
30 Robiulawal 1440                           

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                      
Ya Allah janganlah kami menjadi orang2 yang jahil kerana kerapkali sesuatu yang Engkau telah tentukan, kami tidak mampu menyingkap hikmahnya.

Ya Allah ingatkan kami bahawa ada kemungkinan sesuatu yang kami benci hari ini adalah suatu yang menjadi kebaikan pada masa akan datang dan sesuatu yang kami suka hari ini adalah suatu yang membawa keburukan kemudian hari. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
Ya Allah janganlah kami menjadi umat yang mempertikaikan akan ketentuanMu. Ingatkanlah kami bahawa Engkau Ya Allah yang memberikan sesuatu kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jugalah yang mengambilnya semula.
Ya Allah ingatkan kami juga yang Engkaulah yang memuliakan seseorang dan Engkau juga yang menghinakannya.
Ya Allah padaMu sahaja segala kebaikan dan
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.

Ya Allah janganlah kami merendah2kan orang lain kerana boleh jadi dia lebih baik daripada kami dan janganlah kami menggelar orang lain dengan gelaran2 yang buruk kerana takut2 gelaran itu kembali kepada kami.
Ya Allah sedarkan kami bahawa seburuk2 gelaran ialah fasik selepas beriman. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
Ya Allah ingatkan kami bahawa sesungguhnya setiap orang akan dipertanggungjawab atas perbuatannya sendiri dan setiap jiwa tidak akan menanggung dosa orang lain dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
Ya Allah, berilah rahmat kepada kami  dan berikanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

, السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu                                          
15 Dec 2018     
7 Ribiulakhir 1440                              

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                              
Ya Allah kami bersyukur Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk meneruskan kehidupan ini Ya Allah. Ya Allah kami berdoa moga kehidupan kami sentiasa mendapat redha Mu Ya Allah.
Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah kami memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.
Ya Allah bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal.
Ya Allah, berilah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah sihatkanlah badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami,  dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan dan tunaikanlah hajat kami.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu           
22 Dec 2018       
14 Robiulakhir  155.                            

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                              
Ya Allah dengan rahmatMu, Engkau permudahkanlah segala urusan kami, jauhi kami dari segala kesulitan dan limpahkanlah rezeki untuk kami.

Ya Allah perelokkanlah keadaan kami seluruhnya..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami, adik beradik kami, sanak saudara kami, sahabat2 kami, dan semua umat Islam dari terkena musibbah.
Ya Allah sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah, kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu, sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha berkuasa di atas segala sesuatu.
Ya Rahim, kasihilah kami semua,  kami mohon kepadaMu, lindungilah kami semua daripada perkara2 yang buruk.
Ya Allah janganlah Engkau  menimpakan sesuatu
keatas kami melainkan sebagai peringatan kepada kami di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami, ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan hati dan iman kami terpesong  dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu, rahmatilah kami semua Ya Allah.
Ya Allah semoga dengan keikhlasan hati kami memohon kepada Mu Ya Allah, makbulkanlah doa kami serta rahmatilah kami.
Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu      
29 Dec 2018.                                     
21 Robiulakhir 1440

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                      
Ya Allah janganlah kami menjadi orang2 yang jahil kerana kerapkali sesuatu yang Engkau telah tentukan, kami tidak mampu menyingkap hikmahnya.

Ya Allah ingatkan kami bahawa ada kemungkinan sesuatu yang kami benci hari ini adalah suatu yang menjadi kebaikan pada masa akan datang dan sesuatu yang kami suka hari ini adalah suatu yang membawa keburukan kemudian hari. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
Ya Allah janganlah kami menjadi umat yang mempertikaikan akan ketentuanMu. Ingatkanlah kami bahawa Engkau Ya Allah yang memberikan sesuatu kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jugalah yang mengambilnya semula.
Ya Allah ingatkan kami juga yang Engkaulah yang memuliakan seseorang dan Engkau juga yang menghinakannya.
Ya Allah padaMu sahaja segala kebaikan dan
sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.

Ya Allah janganlah kami merendah2kan orang lain kerana boleh jadi dia lebih baik daripada kami dan janganlah kami menggelar orang lain dengan gelaran2 yang buruk kerana takut2 gelaran itu kembali kepada kami.
Ya Allah sedarkan kami bahawa seburuk2 gelaran ialah fasik selepas beriman. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
Ya Allah ingatkan kami bahawa sesungguhnya setiap orang akan dipertanggungjawab atas perbuatannya sendiri dan setiap jiwa tidak akan menanggung dosa orang lain dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan kami tidak mengetahui.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu           
5 Jan 2019.     
28 Robiulakhir 1440                              

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan,  semangat,  kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.
Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini.  Kami mengharapkan redhaMu Ya Allah.
Ya Allah sucikanlah diri kami dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan.
Ya Allah anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.
Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami, beri lah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu  Ya Allah
Ya Allah jangan kami remehkan amalan yang pahalanya kecil kerana mungkin itulah yang mengundang redha Allah. Begitu juga Ya Allah janganlah kami memandang ringan dosa kecil kerana dibimbangi disitulah menjadi punca kemurkaan Mu Ya Allah.
Ya Allah, didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini, tetapkanlah hati kami dalam agama Mu, kurniakanlah kepada kami rahmat dan kasih Mu, berilah kami hati yang tenang dan permudahkanlah perjalanan hidup kami.
Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.
Ya Allah janganlah Engkau sibukkan diri kami dan  lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang  menerima teguran dan ilmu.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan  ibadah kami kepadamu Ya Allah.
َ
َ Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami,  jiran2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                    
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu     
27 Jamdilawal 1440
2 Feb 2019      
                            
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mohon keampunan Mu Ya Allah,
Ya Allah kami memohon rahmat Mu Ya Allah,
Ya Allah kami memohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.
Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu Ya Allah.
Ya Allah tetapkan niat dihati kami agar apa yang kami lakukan adalah semata mata kerana Mu Ya Allah.
Ya Allah peliharalah kesihatan kami, berikanlah ketenangan kepada kami, jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami berilah kami kejayaan dan semoga kejayaan itu menjadi pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh.
Ya Allah  perbaikilah akhlak  kami Ya Allah dan jadikanlah kami umatMu yang mempunyai sahsiah diri yang baik Ya Allah.
Ya Allah jadikanlah kami dan keluarga kami ahli syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah dorongkanlah hati kami untuk melakukan amalan amalan yang membawa kami ke syurga Mu Ya Allah.
Ya Allah jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu Ya Allah.
Ya Allah janganlah Engkau melalaikan kami dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.
Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai dan jauhilah kami daripada berada di tempat  yang Engkau murkai Ya Allah.
Ya Allah kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami Ya Allah.
Ya Allah kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami Ya Allah.
Ya Allah, kami memohon keampunan Mu dari segala dosa kami Ya Allah,َ
َ
Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ
Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu         
27 April 2019                                                           
21 Syaaban 1440H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
   
Ya Arhamar Raahimin 3x 
                            
Ya Allah bimbinglah kami agar sentiasa memperbaiki diri, menyesali setiap kekhilafan dan berilah kami kekuatan agar kami tidak mengulanginya.

Ya Allah terangilah jiwa kami dengan cahayaMu, bimbinglah langkah kami dengan petunjukMu dan pelihralah kami dari seksa api neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami dan  maafkanlah kesilapan kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada Engkau  Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai,  kesihatan baik yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan  didunia ini dan  diakhirat nanti.
Ya Allah  Ya Tuhan kami, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami, hidupkan lah hati kami dan sampaikan lah hati kepada Engkau, sembuhkan lah  segala penyakit yang berada dihati kami, selamatkan lah  hati kami dari sifat2 yang keji dan jauhkan lah kami dari perkara2 yang boleh mematikan hati kami.ِ
Ya Allah berilah Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahaja lah yang megetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, kami pohonkan syurga tanpa hisab, berilah kekuatan,  Taufik dan Hidayah kepada kami  supaya kami dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami kearahnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankan lah permohonan kami ini. Ya Allah mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mentua kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu             
17 Aug 2019
16 Zulhijjah 1440
.                                     
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                                
Ya Allah ampunilah segala dosa dan kesalahan kami, dosa kedua ibu bapa kami serta keluarga kami.

Ya Allah kasihanilah dan sayangilah ibu bapa kami sebagaimana mereka telah mengasihani dan menyayangi kami sewaktu kami kecil dahulu.
Ya Allah tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki dan keberkatan Mu dari seluruh penjuru langit dan bumi bagi kami.
Ya Allah kami juga memohon perlindungan Mu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.
Ya Allah bukakanlah pintu rezeki Mu seluas-luasnya untuk kami.
Ya Allah perlihatkanlah yang benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yang salah itu salah supaya dapat kami menjauhinya.
Ya Allah bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak dan sifat-sifat yang keji.
Ya Allah tumbuhkan dihati kami sifat-sifat yang terpuji.
Ya Allah jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yang disukai oleh Mu dan membenci apa yang Engkau benci.
Ya Razaq, rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dengan baik.
Ya Allah jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada d dalam bumi maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika kurang maka cukupkan ia dan limpahkanlah kepada kami rezeki sepertimana rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh dengan kemuliaan, kemurahan dan rahmat Mu wahai Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Ya Allah pada Mu sahajalah tempat kami memohon segala permintaan Ya Allah, wahai tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah
.                                                      
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا 
وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Sila share.َ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Sabtu       
14 Sept 2019.     
14 Muharram 1441
                                
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga dan para sahabat2nya. 

Ya Allah Ya Tuhan kami  terangilah cahaya pada hati kami dengan cahaya hidayah Mu, sebagaimana Engkau terangi bumi  dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.
Ya Allah bukakanlan pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.
Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak kami kecil lagi, dosa ibu bapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak2 kami, dosa ahli keluarga kami, dosa saudara2 kami
Ya Allah terimalah taubat kami dan sayangilah kami.
Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumahtangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.
Ya Allah terimalah amal ibadah kami dan berkatilah hidup kami ini Ya Allah.
Ya Allah mudah-mudahan segala amal soleh menjadi amalan kami setiap masa
Ya Allah Ya Rabbi terimalah solat kami,  berdiri tegak kami, rukuk kami, sujud kami, tunduk merendah diri kami, pengabdian kami dan berilah kesempurnaan tempat kembali kami kelak, wahai Allah wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, amal kami dari riak, lisan kami dari dusta, dan bersihkan mata kami dari khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui pengkhianatan mata dan apa yang disembunyikan dalam dada.