Tuesday, 9 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 72-73, HARI 18 SYAWAL 1441H/10 JUN 2020M

Tadabbur Al Quran 18 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 72-73. 10.06.2020

Nota Perkongsian Hari  18 Syawal (10.06.2020)
Tadabbur surah An-Nahl ayat 72-73.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوٰجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?"
(An Nahl 16:72)


وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ شَيْـًٔا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ
Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).
(An Nahl 16:73)

Kata kunci dari produktif apabila kita faham tentang ketentuan dan ketetapan Allah swt. Surah an Nahl membincangkan tentang nikmat nikmat Allah swt. Allah swt memberikan kepada kita kehidupan dan juga mematikan kita dan juga Dialah yang memberikan rezeki kepada kita dan pada pembahagian rezeki terdapat kepelbagaian tak sama antara kita dan yang pasti rezeki masing masing berbeza. 

Dan apa yang Allah inginkan daripada rezeki yang Allah berikan kepada kita iaitu kita perlu berkongsi kita perlu berbagi. Maka apabila kita ingat nikmat Allah maka ingatlah untuk berbagi. Berkongsi dengan orang orang yang memerlukan. Lain nikmat yang kita dapat lain cara kita berbagi. Cara orang dapat nikmat harta maka lain dia berinfaq. Allah bagi ilmu makan berkongsi ilmu dengan mengajarnya. Beri nasihat yang baik pada orang. Dapat pangkat/ jawatan maka digunakan di jalan Allah swt untuk pastikan bagaimana hukum hakam Allah terlaksana. Keadilan dan kesejahteraan dapat diberikan. 

Ingat nikmat Allah maka syukurilah. Jahada/yajhadu iaitu menafikan, membantah. Yajhadu apabila berjanji dengan seseorang lalu lupa dan berkata “saya taka da janjila” maka ada nikmat yang Allah berikan kepada manusia dan orang itu merasa ia bukan dari nikmat Allah swt. Itu makna yajhadun ingat ayat yang ke 72. Allah swt menggunakan perkataan “mereka mengingkari juga nikmat Allah swt” iaitu kufur nikmat yang bermakna menutupi. Dia tahu itu adalah nikmat Allah swt. Tetapi tutupi dia anggap itu tidak ada. Memang dia tahu itu ada nikmat akan tetapi dia menolak itu dari Allah swt. 

Yajhadun iaitu dia merasa tidak ada nikmat. Kalau yakfurun nikmat itu dia ada dia tahu tetapi dia tutupi. Yakfurun dari perkataan kafara iaitu menutupi. Kalau yajhadun mengingkari erti kata merasa tak ada. Lalu dia merasa selalu berada dalam kesusahan. Bahawasanya dia tidak ada kebaikan yang diperolehi. Hidup dia merana menderita. Pada hakikat pada ayat 71 tersebut, semua kita dapat kurniaan Allah. Dapat rezeki Allah bagi secukupnya kepada kita. Maka menyedari dapat nikmat itu awal daripada bersyukur. Jadi Allah ingatkan kita dengan ayat ke 71 tadi. Kita kena ingat nikmat Allah lalu kita syukuri. Kita bersyukur pada Allah swt. 

Maka pada ayat 72, Allah swt mengingatkan kita kepada nikmat yang selanjutnya. Nikmat hissi yang selanjutnya. Allah ini mengingatkan pada nikmat Allah yang lain iaitu nikmat pasangan, anak dan cucu. Sebagaimana ia juga mengingatkan kepada anugerah rezeki daripada yang baik baik. Nikmat hissi nikmat yang kita nampak. Nikmat maknawi nikmat yang kita tak nampak tapi wujud melalui perasaan. Selain rezeki nikmat pasangan, anak dan cucu. Allah juga memberikan rezeki toyyib seperti makanan makanan, nasi, buahan ,dan sebagainya. Bersyukur pada Allah dan apabila seseorang itu beriman Allah bagi toyyiban. Toyyiban disini adalah jamak daripada toyyib jadi adalah banyak perkara perkara baik yang Allah sediakan kepada orang orang beriman keseluruhan pada manusia ini . 

Kadang kadang manusia mengeluh kenapa diharamkan itu dan ini. Sebenarnya kata Allah swt banyak kebaikan yang dilarang itu sedikit jika dibandingkan dengan kebaikan yang Allah swt berikan kepada kita. Sebagaimana semasa zaman Nabi Adam a.s di dalam syurga, Allah bagi makan semua apa yang kamu suka cuma dilarang satu sahaja iaitu satu pokok larangan,kalau makan pokok larangan itu maka kamu berdosa. Jadi satu sahaja yang dilarang jika dibandingkan yang boleh dimakan semua yang lain. Ketahuilah didunia pun yang dilarang hanya sedikit sahaja. At toyyiba itu banyak .  Maka toyyiba itu tertentu. Dijelaskan oleh Allah swt dalam Quran iaitu binatang ternak, buahan ada disebutkan di awal surah an nahl dan termasuklah juga madu lebah. 

Rezeki yang Allah bagi dari kebaikan itu merupakan kombinasi ketika diberi pasangan,anak dan juga cucu. Biasanya Allah akan tambahkan rezeki kita dengan bertambah anak dan bertambah cucu. Kata Imam Al Qurtubi, ayat ini merupakan bantahan terhadap keyakinan Arab dahulu yang mana mereka percaya bahawa ada manusia yang mempunyai pasangan daripada bangsa jin. Maka menurut beliau, ayat ini membantah yang mana Allah swt mengatakan “dari diri kamu sendiri dari jenis kamu sendiri bangsa kamu sendiri iaitu bangsa manusia maka pasangan yang benar pasangan yang sesuai untuk manusia memang dari manusia itu sendiri. Maka tidak halal/benar bagi manusia mengambil pasangan selain manusia. 

Kata Ulama, mereka berkata kemungkinan untuk kahwin dengan jin itu ada tetapi ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa ketenangan dan ketenteraman yang membawa kepada matlamat perkahwinan itu hanya akan direalisasi melalui perkahwinan sesame manusia. Perkahwinan selain manusia batil. Seperti dakwaan ‘Amru bin Hind, bahawa dia berkahwin dengan jin. Kebiasaannya, dia akan menyembunyikan isterinya itu apabila ada petir. Ia merupakan dakwaan yang batil.

Maka dalam ayat Quran, jin pernah berkata bahawa saya akan ikut campur dalam perhubungan manusia dalam bersama dengan isterinya. Maka Rasulullah saw mengingatkan kita supaya membaca doa sebelum berhubung dengan suami isteri. Kerana jin ini suka mengganggu manusia terutama dalam perhubungan. Jin nak ambil bahagian. 

Kemudian Allah swt mengingatkan kita dalam ayat 72 tersebut, sayang manusia mereka mendapat nikmat daripada Allah swt dalam bentuk pasangan , anak anak, cucu dan juga rezeki yang baik. Dari segi iman mereka tersilap, mereka beriman dengan sesuatu yang batil seperti berhala, perkara perkara yang lain selain dari Allah swt. 

Mereka beriman kepada yang batil dan pada masa yang sama mereka mengingkari nikmat nikmat Allah. Daripada sembahan sembahan yang tak benar tersebut. Dan inilah yang berlaku pada manusia, mereka menggunakan nikmat itu kepada perkara yang tidak benar. Seharusnya dengan nikmat Allah bagi tersebut, kita bertambah ibadah kita kepada Allah swt tetapi ramai manusia mereka mendapat nikmat justeru digunakan untuk menyembah selain Allah. 

Dan ini ditegah oleh Allah dengan ayat yang selanjutnya iaitu ayat yang ke 73, Allah swt  berfirman “mereka menyembah selain Allah sayang nikmat itu digunakan untuk menyembah tuhan selain Allah swt. Yang mana tuhan selain Allah itu yang tidak mempunyai rezeki dari langit ataupun daripada bumi, tidak mampu menurunkan hujan dan tidak menumbuhkan tumbuhan. Dan tidak ada keupayaan untuk itu dan itulah yang disembah dan itulah yang diagungkan. Padahal yang memberi nikmat itu ialah Allah swt. Maka penyelewengan manusia daripada pemyembahan pada Allah swt berpunca daripada kesalahan kefahaman mereka tentang sumber nikmat. Sumber nikmat daripada Allah swt. 

Oleh itu, ayat ini mengingatkan kita tentang ramainya manusia yang menyalahgunakan nikmat. Itu dari segi tafsir dari ayat kita baca tadi. Manakal dari tadabbur pula, ingat nikmat ingat iman. Betulkan iman jangan salah dalam beriman. Ada manusia yang beriman kepada perkara batil. Ada ulama mengatakan ad din agama berasal dari perkatan ad dain maknanya adalah hutang, jadi menurut mereka bahawasanya nak kita jadi melaksanakan agama ini dengan baik kita mesti merasa berhutang dengan Allah untuk merasakan bahawasanya erti kata untuk melaksanakan agama dengan baik maka kita perlu merasa berhutang dengan Allah swt. Dan membuatkan kita merasa perlu balas balik dan langsaikan balik hutang tersebut. Dan perlu buat sesuatu untuk gantikan hutang ini. Maka buat apa yang Allah suruh. Kalau kamu kufur maka kamu akan azab dalam hidup kamu. Kamu akan menderita dalam hidup kamu. 

Ketahuiilah siapa yang menderita dalam hidupnya maka ada kaitannya dengan syukur. Perbaiki syukur inshaaAllah hidup bahagia dan aman damai. Keimanan yang batil membawa kepada kufur nikmat dan kufur iman. Tidak merasa nikmat Allah swt. Dan iman kita bermasalah. Padahal kita diminta oleh Allah swt untuk beriman dengan iman yang benar dan kepada Allah swt. Semua makhluk bergantung kepada Allah swt. Tidak ada satupun yang standing dan setaraf dengan Allah swt. Ketahuilah sekiranya iman salah maka ia akan membawa kepada ibadah yang salah. Kesilapan dalam memandang nikmat dan rezeki yang diperoleh dan menentukan sumber asalnya membawa kepada kesilapan dalam amal ibadah. Amal selalu diiringi dengan iman. Iman kena betul amal soleh kena betul. 

Jadi ayat ke 73 mengingatkan kepada kita bahawasanya, penyembahan kita kalau memang kita orang bersyukur maka pemyembahan kepada Allah adalah pemyembahan yang benar juga yang betul. Kasih sayang Allah itu hanya pada yang tertentu tidak semua. Kasih sayang Allah pada golongan yng spesifik. Yang disebutkan dalam Quran dan ditambahkan dalam hadis hadis Nabi. Oleh itu kita apabila menyedari nikmat Allah swt kita kena betulkan ibadah kita kena ikhlas merupakan asas utama ibadah diterima oleh Allah swt.

Jangan buat sesuatu kerana orang dan jngan riak. Ibadah yang bagus ibadah yang diasaskan oleh ilmu. Ilmu yang bersumber dari Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw.  Ibadah yang boleh bermanfaat kepada orang lain. Ibadah yang terbaik itu adalah dimana kita tidak putus asa ketika diuji. Dapat bersabar dengan ujian ujianNya. 

Manusia mempertuhankan sesuatu yang tidak memberi sebarang manfaat dan mudharat kepada mereka. Antara kesilapan manusia adalah mereka beriman kepada sesuatu yang sia sia. Dan menyakini sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada mereka. Hanya Allah yang mendatangkan manfaat dan menghindarkan mudarat daripada kita semua. Mudahan kita semua selamat ibadah kita selamat iman kita bertambah syukur kepada Allah swt. 

-----------------
Soal Jawab

Soalan iaitu bagaimana mengingatkan orang yang berhutang kepada kita? 
Maka cuba landasi mengingatkan pada landasan yang betul. Kita mengingatkan dia kerana kita sayang dia. Kita tak nak dia terus berada dalam ikatan hutang sedangkan dia mampu membayarnya. Dalam hadis soheh,yang disebutkan oleh Imam Bukhari, ada orang yang menunda nunda membayar hutang sedangkan dia mampu dan orang itu dianggap berdosa. Berdosa orang yang mampu tapi dia menunda nunda membayarnya. Oleh itu, anggaplah bahawasanya cuba untuk tebalkan muka minta hutang anggap bahawasanya kita sedang menolong dia bukan nak menghinanya.  

Surah an Nas, Allah letakkan diakhir sekali dalam Al Quran, ada keistimewaannya antara jin dan manusia. Masalah manusia berpunca daripada memberi laluan kepada jin untuk mendatangkan waswas maka apabila kita dapat memangkah pengaruh jin ini syaitan ini dari awal maka selamatlah hidup manusia. Maka Allah meminta kita berlindung dari tiga sifatnya.dan akhir penyelesaian minta tolong daripada Allah swt. 

Kalau nak halalkan hutang sebaiknya beritahu kepada penghutang tersebut supaya orang tersebut pun senang hati.

Sunday, 7 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 71, HARI 16 SYAWAL 1441H/8 JUN 2020M

Tadabbur Al Quran 16 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 70-71. 08.06.2020

Nota Perkongsian Hari  16 Syawal (08.06.2020)

Tadabbur surah An-Nahl ayat 70-71.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw. 



وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(An Nahl 16:70)

وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِى ٱلرِّزْقِ ۚ فَمَا ٱلَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَآدِّى رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَآءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ ٱللَّهِ يَجْحَدُونَ
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?.
(An Nahl 16:71)


Dalam ayat 70 mentafsirkan yang mana Allah swt menyebutkan nikmat penciptaan kepada manusia dan ketahuilah ia juga akan diakhiri nikmat penciptaan itu dengan kematian. Maka Allah swt mengingatkan kita juga tentang nikmat umur. Umur merupakan nikmat yang besar Allah bagikan kepada kita yang mana umur itu yang mana makin lama makin berkurang bahkan berkurangan dalam hal tenaga fizikal kita dan kekuatan akal kita. Sehingga diantara kita tua renta menjadi piqun atau pun menjadi nyanyuk dan bahkan menjadi lupa sesuautu yang dia ingat dan menjadi lupa. 


Imam Fakrur Ar Razi mengatakan bahawasanya orang yang sampai piqun ke tahap ini adalah orang yang tak ada dua perkara. Inshaa Allah orang yang beriman dan beramal soleh dapat hindar daripada piqun dan juga hilang akal fikiran ini. Dalilnya dalam surah at tiin iaitu



لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(At Tiin 95:4)


ثُمَّ رَدَدْنٰهُ أَسْفَلَ سٰفِلِينَ
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
(At Tiin 95:5)


إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصّٰلِحٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
(At Tiin 95:6)

Maka amalkanlah, ada tiga perkara para ulama sebutkan iaitu 

1. jaga solat awal waktu dan jemaah
2. Sentiasa berdamping dengan al quran 
3. Belajar sesuatu yang baru. 

Janganlah membatasi diri kita apabila dah berumur. Maka dihari tua nanti tingkatkan amal dan soleh kita. Inshaa Allah , Allah akan pelihara kita daripada arzalil umur tadi tu. Bahkan Allah pelihara kita dari umur yang rendah tadi tu . 

Dari segi tadabbur, kita perlu ketahui bahawasanya setiap ketetapan Allah itu ada prosesnya. Yang mana manusia itu menurut Fakrudin Ar Razi dalam kitab tafsir beliau melalui 4 perkembangan umur manusia menurut Imam Fakhru Razi ini. 


Peringkat pertama, Sinun nusyu’ wa numu, iaitu umur, pertumbuhan dan perkembangan. Iaitu usia kanak kanak hingga baligh. 


Peringkat kedua, Sinun Wukuf, umur kita static, tidak terlalu berkembang dan dikatakan keadaan kita mendatar. Dari segi zahir, dah kuat dan fikiran dah matang. Usia remaja dan dewasa.


Peringkat ketiga, Sinun hitotil Qalil, mengalami penurunan tetapi penurunan yang sedikit. Umur mulai menurun sedikit demi sedikit. Iaitu umur 35-55/60 tahun.


Peringkat keempat, Sinun hitotil Qabir, umur yang mengalami penurunan yang besar. 55/60 – sampai ke satu peringkat. Mental dan fizikal mengalami masalah dan penurunan. 


Perlunya empat perkara yang perlu berkembang dalam diri kita. 


1. Iaitu dari segi tubuh badan/ jasad. Ini perkembangan manusia. 

2. Kita juga kena memastikan perkembangan selanjutnya iaitu perkembangan akal fikiran manusia. Iaitu ketika lahir sehingga baligh.pekembangan yang semakin membesar. Perkembangan akal meningkat. Ketika menjadi pemuda memerlukan akal fikiran yang semaksimumnya, dan apabila semakin nampak perkembangan tersebut apabila dididik dengan ilmu.Akal memerlukan ilmu. 

3. Dan seterusnya kita perlukan ilmu untuk mendidik perkembangan selanjutnya iaitu perkembangan hati dan perasaan,dan ini sering diabaikan dalam kehidupan manusia. Perlu dididik iaitu perasaan simpati, perasaan belas kasihan,perasaan hormat, perasaan menghargai. Ini perlu perkembangan juga.

4.  keempat iaitu perkembangan rohani dan kebijaksanaan. Ketahuilah bahwasanya orang baru akan mejadi bijaksana apabila mampu menggabungkan elemen elemen ini. Jika sekiranya menggabungkan maka ia akan menjadi mukmin yang sempurna.mukmin yang akan membawa kepada manfaat. Maka 4 perkara ini perlu dititikberatkan. 

Ketahuilah dari segi jasad dan akal boleh menurun, kualiti boleh menurun,tapi ketahuilah ketika meningkat umur kita hati dan perasaan kita dan sebenarnya rohani kita semakin tajam dan meningkat. 


Rohani kita juga mudah touching atau sentuhan sentuhan tertentu. Dia mudah untuk ingat kepada Allah swt. Allah mengatakan diantara manusia ada yang Allah lemahkan jasad dan juga akal dia. Tapi Allah swt tak kata lemahkan hati dan rohani. Semakin tua kita semakin bagus, hati kita semakin bersih,kualiti semakin mantap,rohani semakin dekat dengan Allah swt. 

Jika makhluk mengalami penurunan, ,maka al Khaliq (Allah) tidak mengalaminya. Selamat daripadanya. Dia sentiasa maha mengetahui dan maha berkuasa. Ilmu Allah tak pernah berkurang. Ilmu manusia berkurang dengan lupa. Ilmu Allah sentiasa dalam keadaan sempurna. Ini mengingatkan kita pada hakikat bahawasanya apabila kita semakin berumur makin banyaklah mendekat dengan Allah yang maha Mengetahui dan maha Berkuasa ini. 


Dengan merapatkan diri kepada Allah swt inshaa Allah kekuatan fizikal kita ini tidak mempengaruhi kualiti diri kita. Ketika kita menjaga hubungan diri kita dengan Allah swt, hati dan rohani kita menjadi bagus dan kedudukan kita semakin tinggi di sisi Allah swt. Apabila beranjak umur kita jagalah hati dan rohani kita. Menguatkan hati dan rohani kita dengan iman dan amal soleh. 

Hati yang mati ialah hati yang tak tersentuh dengan kebaikan,jika sekiranya bercerita tentang hari akhirat dia akan cuba perlekehkan. Nasihat tentang persiapan hari kematian dia dah tak kisah dah. Dia tak perduli. Ini kata Allah swt : Allah tutup hati mereka sehingga hati mereka tidak dapat merasakan lagi bukan itu sahaja penglihatan dan pendengaran pun Allah tutupkan juga.


Biasanya orang orang islam orang beriman ini akan berhadapan dengan hati yang sakit dan sakit ini perlu disembuhkan. Menyembuhkannya adalah dengan datang ke majlis ilmu, duduk dengan orang yang baca Quran, dengar orang berzikir,jangan kita tahu kita ada sakit kita duduk dengan orang yang penyakit hati. Maka menyebabkan kita tak terasa bahawa kita mengalami sakit hati. 

Oleh itu untuk sembuhkan hati perlukan perjuangan yang besar. Tetapi setiap perjuangan itu akan diganjarkan oleh Allah swt. Serta sekiranya mempunyai masalah hati banyakkan bertaubat kepada Allah swt. Kadang kadang dosa ini yang menyebabkan kita terhalang dari mendapat manfaat daipada kebaikan kebaikan. 


Hati apabila kita cuba untuk hiasi dengan perkara perkara baik sedangkan dosa dosanya masih menumpu belum diampunkan oleh Allah swt maka kebaikan yang kita lakukan itu tidak tahan lama. 

Maka peringkat awal mulakan dengan taubat nasuha dan mohon kepada Allah moga diampunkan dosa dosa kita yang silam.Proses takhliar buang dulu yang lepas lepas itu dengan taubat dan istighfar, lepas itu hiasi diri kita dengan ikhlas, sabar. Solat Taubat itu baru sempurna. Taubat perlu pada - satu adalah dengan menyesal daripada melakukan kesalahan tersebut, yang kedua iaitu meninggalkan perbuatan dosa tersebut,yang ketiga, berazam untuk tidak kembali lagi dalam dosa yang kita lakukan. 


Biasanya hati yang mati ialah hati orang kafir dan hati yang berpenyakit ialah hati orang Islam.

Peringkat yang hati bercampur ini kebanyakan kita manusia sekarang dan dari segi nafsu, ada tiga iaitu yang pertama nafsu amarah,yang kedua nafsu lahwamah,yang ketiga nafsu mutmainah. 


Nafsu yang amarah ialah hati yang mati. Nafsu yang membawa kepada bercanggah dengan apa yang Allah inginkan.tak kisah dengan dosanya. 

Yang kedua adalah nafsu lahwamah, nafsu yang berada diantara kebaikan dan keburukan. Iaitu apabila melakukan kesalahan, apabila melakukan dosa dia akan salahkan diri dia kenapa la aku buat itu dan ini. Maka nafsu lawwamah.dia nak baik tapi buat dosa juga. 

Yang ketiga, mutmainah iaitu jiwa yang tenang,yang mana pengaruh dosa ini sudah tidak berkesan lagi kepada kita. Dimudahkan melakukan ketaatan. 

Hijrah ada dua iaitu hijrah fizikal dan hijrah hati. Hijrah fizikal iaitu meninggalkan tempat tertentu, orang orang tertentu manakala hijrah hati iaitu hati kita tak redha dengan certain perkara. Yang menyebabkan kita tak boleh terima. Kita tinggalkan itu. 


Ayat 71, dari segi tafsir Allah swt ingin menjelaskan kepada kita bahawasanya manusia dipelbagaikan dari segi rezeki dan juga darjat.Maka manusia memang mempunyai rezeki yang berbeza beza dan darjat yang lain. Maka ada yang dilahirkan daripada orang orang yang mempunyai harta kekayaan da nada yang dlahirkan daripada keluarga yang miskin.


Kata Allah: Allah memang melebihkan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain,rezeki yang Allah bagi berbeza beza. 

Ada dua iaitu rezeki zahir dan rezeki batin. 
Rezeki zahir adalah seperti harta benda,pangkat, jawatan,dari segi keluarga,keturunannya. 

Rezeki batin seperti ilmu, ketenangan,ketenteraman, kesabaran, kesyukuran. Berbeza beza. 

Allah membezakan antara kita. Terimalah hakikat perbezaan ini yang perlu raikan. Apabila kita menolak kepelbagaian kita maka ia adalah masalah hati yang tidak boleh terima perbezaan ini. Masalah hati berlaku apabila kita mengingkari ketetapan Allah kepada makhluk,semakin kita terima dia dan redha Dia. Maka semakin mudah mensucikan hati kita.

Maka dalam surah an Nahl, menitikberatkan tentang memahami prinsip iaitu ketetapan Allah swt.Maka ketetapan Allah iaitu dijadikan pelbagai. Berbeza beza. Dalamrezeki. Allah menjelaskan dalam ayat tesebut, bentuk kuasa Allah yang ada pada ayat hujung 70itu.


Kata Allah, ketika berlakunya kepelbagaian dalam rezeki kita itu disebabkan oleh ilmu Allah. Ada hadis menjelaskan bahawasanya  ada bagi hamba yang baik bagi dia memang adalah kaya kalau Allah miskinkan dia jahanam dia. Akan masalah iman dia. 

Dan ada sesuai bagi dia adalah miskin, kalau Allah kayakan dia dia akan jahanam.ketika kita berada dalam situasi tertentu,anggaplah itu yang terbaik bagi kita,tidak menghalang kita untuk keluar daripada keadaan kita tadi.berushaalah. Menerima ketentuan Allah syarat utama hati bersih. 

Ayat ini juga menjelaskan tentang tauhid dan menafikan syirik.dengan mengkiaskan kepada manusia. Yang mana Allah mengatakan dalam ayat 71, tetapi orang yang dilebihkan rezekinya tidak mahu memberikan rezeki kepada hamba hamba sahayanya yang mereka miliki sehingga mereka sama sama merasakan rezekinya. 


Dimana Allah lebihkan rezekinya tapi dia lupa untuk berkongsi dan secara semulajadinya manusia tidak mahu orang yang berada dibawahnya betul betul sama dengan dia. Pasti dia berharap dia sentiasa berada di atas orang di bawah. 

Dalam ayat ini, Allah mengingatkan kepada kita bahawa rezeki yang Allah lebihkan kepada kita, itu untuk dia kongsikan. Maka ia menjadi mulia apabila seseorang itu kaya membantu orang miskin. Tapi sayang tak seperti itu kebanyakan manusia. Manusia enggan berkongsi kuasa apatah lagi Allah swt. Manusia yang tidak mahu berkongsi kuasa Allah pun lebih daripada itu. Kita berlindung dari Allah swt daripada mensyirikkan Allah swt. 

Ayat ini juga mencela kufur nikmat. Terutama pada hujung ayat tersebut, maka mengingkari dan kufur nikmat adalah sesuatu yang tercela. Allah swt sangat benci kepada orang yang kufur nikmat ini.


..

Saturday, 6 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 70-71, HARI 13 SYAWAL 1441H/5 JUN 2020M

Tadabbur Al Quran 13 Syawal Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: surah An-Nahl ayat 70-71. 05.06.2020

Nota Perkongsian Hari  13 Syawal (05.06.2020)
Tadabbur surah An-Nahl ayat 70-71.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.

Membincangkan tentang surah An-Nahl ayat 70-71.

وَٱللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّىٰكُمْ ۚ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَىْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
(An Nahl 16:70)

وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِى ٱلرِّزْقِ ۚ فَمَا ٱلَّذِينَ فُضِّلُواْ بِرَآدِّى رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمٰنُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَآءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ ٱللَّهِ يَجْحَدُونَ
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mau memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?.
(An Nahl 16:71)

Nikmat Allah itu ada 2 kategori. Yang pertama adalah nikmat Hissi. Nikmat hissi adalah dimana nikmat yang dapat dirasa pada pancaindera kita. Dengar, lihat, rasa sentuhan. Nikmat Allah yang dibentangkan yang tinggi iaitu langit, bintang bintang, bulan, matahari dan alam sufli di dunia ini. Wujudkan binatang ternak, pohon pohon, tanaman yang tumbuh.

Nikmat maknawi pula ialah Allah swt berikan kepada kita. Ia adalah daripada hidayah. Hidayah ini apabila grab daripada permulaannya kita gunakan maka kita akan melahirkan nikmat nikmat maknawi yang lain. Nikmat dari segi ilmu, kemudian ilmu ini membawa kepada kita kejelasan dalam satu perkara yang kita hadapi. Terdapat jalan keluarnya. Menjadi tenang, tenteram, bahagia kita ini adalah nikmat maknawi yang Allah bagi tapi permulaannya daripada hidayah yang kita ambil. Hidayah itu adanya dari kita kecil lagi Allah sentiasa tunjukkan hidayahNya.

Persoalannya mahu tak kita mengambil peluang tersebut. Antara ketetapan yang Allah bagi pada kita Allah memberi amanah memilih. Kebebasan dalam menentukan sesuatu. Pada setiap pilihan tersebut akan ada consequence dia yang baik kita pilih maka akan datang kebaikan dan yang buruk dipilih akan ada keburukan yang akan datang. Pilihan yang kita buat adanya balasan dosa dan pahala. Di dalam hukum Islam sendiri, perbuatan dosa atau perbuatan yang dilarang oleh Allah swt dibuat oleh seseorang kerana dipaksa oleh sesuatu yang bukan dari dirinya maka ia tidak berdosa. Hadis Rasulullah saw: “diangkat hukuman itu daripada diantaranya adalah orang orang yang dipaksa”.Orang yang dipaksa bukan diatas kehendaknya. Allah maafkan Allah tidak hukum. Jangan kita salah pilih.

Allah juga menetapkan pada kita dunia ini tempat berbekal tempat menabur bukti. Tempat kita bekerja. Dunia adalah tempat kita bekerja berbuat. Semenjak kita baligh sampai ke mati kita dituntut untuk terus beramal. Di dunia ini kita perlu produktif. Menggunakan sebaik baiknya peluang yang Allah bagi. Allah swt apabila menjadikan lebah sebagai teladan dan Allah tunjukkan betapa manfaatnya lebah ini bagi kita. Dia mengajak kita kembali mengingatkan kita pada nikmat hissi kita. Maka secara umumnya, tafsir surah an nahl ayat 70, mengingatkan kita manusia pada nikmat Penciptaan. Maka Allah swt berfirman : “Dan Allah yang menciptakan kamu.”

Dan Allah ingatkan setiap yang bermula ada akhirnya. Maka apabila kita bermula dengan penciptaan maka akan ada akhirnya iaitu kematian. Allah berfirman: Kemudian dia mewafatkan kamu.”Perkataan wafat dalam Bahasa arab, berasal perkataan wafa iaiitu sempurna, lengkap. Maknanya orang tidak akan wafat melainkan semua yang diperuntukkan untuknya sudah dia dapatkan. Maka selagi tak sempurna rezekinya dia tidak akan mati. Allah ada ketetapan umur yang Allah beri kepada kamu. Maka pada waktu kamu meninggal, rezeki umur sudah habis.

 Dengan demikian, Allah juga mengingatkan kita melalui ayat ini tentang nikmat umur. Allah swt berfirman: “dan diantara sebahagian kamu ada yang Allah swt kembalikan ia kepada usia tua umur yang paling teruk” .Min dari Bahasa arab iaitu min tab’in menunjukkan sebahagian. Perkataan arzali dari segi Bahasa arab bermaksud teruk. Jadi arzali bermaksud paling teruk. Maka Rasulullah saw walaupun baginda kekasih Allah, Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah swt dengan doa berikut iaitu agar diselamatkan daripada umur yang teruk ini. : “Rasulullah minta perlindungan agar dijauhkan daripada satu penyakit bakhil,malas,usia tua yang teruk tidak boleh buat apa apa dan Rasulullah minta perlindungan dari azab kubur, fitnah dajjal, fitnah hidup dan mati.”

Berdoalah pada Allah. Mintalah kepada Allah semoga kita tidak kena ini dan usaha iaitu menjaga pemakanan, exercise, lakukan perkara perkara yang jangan sampai nyanyuk. Minta pada Allah swt dan usaha dengan usaha kita. Maka Allah swt dalam ayat yang lain ada menyebutkan tentang fasa kehidupan, dalam surah Al Hajj ayat 5

يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓاْ أَشُدَّكُمْ ۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔا ۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۢ بَهِيجٍ

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.
(Al Hajj 22:5)

Allah mengingatkan kita fasa kehidupan didunia ini yang mana diantaranya bermula daripada dalam Rahim ibu kita lagi. Maka dalam surah ini Allah mengingatkan kita ada yang bakal lahir cacat, jika yang sempurna Alhamdulilah ia merupakan satu nikmat yang Allah bagi sebab kesempurnaan yang Allah bagi bermula dari perut ibu kita lagi. Maka ada proses iaitu alam Rahim ibu kita. Maka fasa kehidupan manusia keseluruhan ada lima.
Fasa alam roh
Fasa alam Rahim
Fasa alam dunia
Fasa alam barzakh
Fasa alam akhirat

Kehidupan dunia bermula dengan fasa Rahim .yang Allah tetapkan dalam masa masa tertentu kita berada dalam Rahim ibu kita. Kemudian Allah swt mengingatkan kita fasa seterusnya di dunia fasa kita menjadi kanak kanak. Bayi.Allah keluaarkan kita . Maka ada tadika tempat untuk kanak kanak membesar. Fasa selanjutnya adalah beransur ansur sampai ke usia dewasa. Dewasa itu bermula dengan baligh. Berdasarkan kajian ulama, fasa hidup dimuka bumi ini melalui beberapa fasa
Fasa dalam Rahim
Fasa kanak kanak
Fasa dewasa bermula dengan baligh hingga 35 tahun
Fasa kuhula, umur 35-55 tahun
Fasa kabir, orang berumur, warga emas.
Fasa yang banyak Allah bagi keringanan. Umur 70 dan selanjutnya.

Sekiranya berada di umur arzali akan berlakula kelemahan yang berlaku iaitu lemah fizikal dan beransur ansur lemah mental kita. Iaitu umur yang sangat tua dan yang paling parah. Dan ketika di usia itu juga perkataan diulang ulang dan Allah pusingkan kembali fasa waktu kecil kita. Dan tetapi fasa umur tua ini tidak semua akan merasa. Hanya sebahagian sahaja. Begitu juga jika di fasa tua tidak semua yang akan nyanyuk.

Ulama ada memberi petua agar kita tidak piqun iaitu nyanyuk, petuanya ialah ketika kita sihat istiqamah dalam melaksanakan solat lima waktu di awalnya. Dengan mengingatkan kewajipan solat selalu menyebabkan otak kita berjalan. Jika kita mengabaikan yang wajib ini akan menyebabkan kita nyanyuk. Keranah yang wajib kita lupa maka yang lain pun akan lupa. Maka jaga solat awal waktu, apatah lagi pergi ke masjid solat berjemaah.

Kedua ialah berinteraksi dengan Al Quran sebanyak mungkin. Berdampinglah dengan Al Quran dengan membacanya, mentadabbur. Cuba menghafal al quran. Ketiga, belajar sesuatu yang baru antaranya Bahasa. Disyorkan Bahasa arab kerana ia complicated. Untuk melatih otak kita. Minda kita bergerak.

Doa*

Tuesday, 2 June 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 11 SYAWAL 1441H/3 JUN 2020M

Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub.Hari ini kita akan menjelaskan keistimewaan lebah yang ke 37 dan seterusnya. Semoga dipermudahkan dan bermanfaat.


Nota Perkongsian Hari  11 Syawal (03.06.2020)

Tadabbur Surah An Nahl Ayat 68-69
Tema: 40 Kelebihan Lebah dan kaitannya dengan Mukmin. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw. 


Point 37, Lebah tidak takut tidak ada makanan. Namun bersedia dengan perancangan rapi dalam menghadapi kemungkinan yang terjadi. Mereka dengan sabar dan tabah menghadapi kemungkinan kemungkinan makanan mereka akan dapatkan. Menunjukkan rezeki bab makanan jangan risau. Dia pasti akan dapat. Pasti akan ada. 


Namun, lebah walaupun dia tahu makanannya rezekinya sudah dijamin tetapi lebah bersedia apabila nak masuk musim sejuk maka lebah akan kumpulkan makanan yang akan dia gunakan sepanjang musim sejuk yang mana musim sejuk itu dia tidak boleh keluar. Terutama lebah lebah yang hidup di kawasan yang ekstrem sejuk. Lebah suka kawasan yang sederhana juga.


 Lebah dia yakin rezekinya tapi pada masa yang sama dia buat perancangan rapi yang mana untuk menghadapi kemungkinan kemungkinan yang terjadi. Jadi seorang mukmin seperti itu juga dia yakin Allah swt menjamin rezeki dia tetapi dia merancang, berusaha dan berikhtiar sedaya upaya. Itu sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tiada makhluk yang berjalan di muka bumi ini yang bernyawa melainkan Allah swt jamin rezeki dia, inshaa Allah ada rezeki.  


Maka Allah swt sangat marah kepada manusia yang membunuh anaknya disebabkan takut tak makan. Tak ada rezeki. Dalam surah Israaq, Allah ada sebutkan iaitu jangan kamu membunuh anak anak kamu kerana takut miskin.Kami yang akan bagi rezeki kepada kamu dan pada mereka. Oleh itu mukmin yakin rezekinya daripada Allah swt tetapi dia berusaha dia keluar menjemput rezeki. Jadi hal ini mesti kita tanamkan dalam diri kita bahawa kita bekerja adalah untuk mendapat kurniaan Allah swt. Apa yang kita makan pasti ada. Yang akan menjadi kurniaan Allah yang menjadi satu limpah kepada kita ini tak banyak. Dalam surah al Jumu’ah ayat 10


فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُواْ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al Jumuah 62:10)

Panduan bagaimana menjadikan rezeki kita rezeki berkat dan dikategorikan sebagai limpah kurnia Allah swt. Yang memang kurnia Allah swt. Dalam surah jumu’ah, carilah kurniaan Allah jadi ada rezeki yang jadi kurniaan Allah nanti dan ada rezeki yang hanya memang sebgai satu ketetapan sebagai satu takdir kita. Bagaimana kita nak dapatkan rezeki yang menjadi kurniaan tersebut maka kuncinya adalah satu, iaitu dia buat dengan menjaga solat. Kemudian dia berusaha bertebaran dimuka bumi bukan duduk goyang kaki. 

Prinsipnya rezeki yang akan menjadi kurniaan Allah ini yang kita cari. Rezeki yang boleh kita makan. Inshaa Allah pasti. Lepas dia berusaha tersebut, dia tak lupa daripada banyak mengingat Allah. Ada rezeki yang wajib untuk kita dan ada rezeki yang menjadi fadlullah nanti. Rezeki yang menjadi fadlullah ini yang akan kita usaha. Dia kena cari. Seorang mukmin disini kelebihannya. Yang membezakannya adalah merubah rezeki yang ditetapkan itu menjadi fadlullah. Ini yang menjadi keistimewaan seorang mukmin. 


Bagaimana dengan manusia mati kebuluran kerana Negara mereka tandus dan lain lain. Dalam menghadapi kebuluran sebenarnya Allah swt dalam al Quran “Dia yang jadikan hujan turun dan Dia juga yang jadikan hujan itu tidak turun.”Dia yang melapangkan rezeki dan dia jugalah yang membataskan rezeki orang. Menyempitkan rezeki orang. Ketahuilah tidakberlaku kemarau panjang melainkan disebabkan kesalahan manusia.perbuatan manusia itu sendiri. Samada dia merosakkan alam ataupun mereka melakukan dosa dosa yang telah menyebabkan kemurkaan Allah swt. Maka kita dalam ajaran Islam apabila berlaku kemarau panjang. Maka kita disuruh untuk solat istisqab. Solat minta ampun. Di dalamnya ada istighfar kena banyakkan istighfar. 

Ini menunjukkan bahawasanya kemarau panjang kebuluran yang menyebabkan orang tak makan itu menyebabkan dosa dosa orang disana. Orang ditempat itu. Maka orang orang tersebut perlu bertaubat kepada Allah swt. 


Jadi kadang kadang kemiskinan adalah disebabkan attitude. Mukmin yang betul tidak seperti ini . tidak akan sampai miskin dan kebuluran. Mesti Allah akan tolong. Ada miskin disebabkan pilihan. Sekiranya berusaha Allah akan tolong untuk keluarkan dari kemiskinan. Allah tidak akan sia siakan orang yang berusaha. Dalam surah talaq

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُواْ ذَوَىْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهٰدَةَ لِلَّهِ ۚ ذٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا

Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

(Ath Thalaaq 65:2)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

(Ath Thalaaq 65:3)

Point 38,  lebah jika dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain,mereka menurut saja dan tinggal di tempat yang baru dengan nyaman. Sangat mudah beradaptasi. Mukmin yang produktif seperti itu juga dia mudah beradaptasi. Dan dia akan cuba memastikan tempat baru tersebut kondusif bermnfaat untuk dirinya dan untuk komunitinya. Mukmin yang betul mukmin yang tidak kira tempat dia akan produktif. Demikian juga mukmin kemanapun dia pindah dia akan redha dan berusaha memberi manfaat. Ulama ada berkata “Mukmin umpama air hujan, dimana jatuh, disana memberi manfaat.”

Sebab inilah Islam tersebar ke merata tempat dan dunia. Iaitu kerana mukmin mukmin yang datang daripada Negara Negara arab ataupun Negara parsi atau india datang ke tanah melayu. Mereka disini memberi manfaat kepada masyarakat sehingga orang tertarik dengan akhlak tersebut dan masuk Islam. Punca utama tertarik dengan Islam disebabkan oleh akhlak. Maka tunjukkanlah akhlak yang baik. Kerana akhlak yang baik itu akan menarik hati orang. 


Point 39, Lebah tidak suka dengan iklim yang terlalu panas atau terlalu dingin kerana ia dapat menganggu bahkan membinasakannya. Sederhana sahaja. Jadi pada musim sejuk lebah akan stay di sarang dia. Dia boleh ramal waktu musim sejuk datang. Jadi dia kumpulkan dahulu dan membuat persediaannya. Dia makan sikit skit pada musim sejuk sampailah habis musim sejuk. Barulah dia keluar lagi dan mencari makanan. Seorang mukmin ini kata syeikh abu thalib al makki, berada di antara dua sifat antaara harap dan takut. Dia tak selesa tak boleh nak over. Dia tak boleh overconfident. Dan juga takboleh over takut.


 Hal ini berlaku kepada Rasulullah saw, dalam surah al Kahfi, bahawa penah mengatakan bahawasanya saya akan jawab soalan ini besok. Katanya. Dan dia lupa menyebut inshaa Allah. Dengan masalah inshaaAllah tersebut, Allah swt diamkan Rasulullah saw. Tak turunkan wahyu kepadanya. Sebab dia overconfident dengan diri dia. Ketika orang orang khuraisy menyoal 4perkara. Yang mana soalan itu datang daripada Ahlul kitab. Kalau engkau nak tahu dia itu seorang nabi atau bukan? Engkau tanyalah 4 soalan ini . sekiranya dia boleh jawab 4soalan ini maka dia nabi dan rasul. 


Maka mereka datang jumpa Rasulullah saw dan dengan confident jawab saya jawab besok. Dan besok tak datang jibrail menyampaikan wahyu. Membantu dia menjawab soalan tersebut. Lalu, hari kedua danketiga tidak ada. Sampailah beberapa minggu. Jibrail tidak turun turun menjawab soalan tersebut sehinggalah Allah turunkan surah al Kahfi.Jangan kau cakap bahawasanya engkau akan buat sesuautu itu besok. Melainkan kata dengan inshaa Allah. Selalu kaitkan keupayaan kita dengan Allah swt. Takut itu bukan takut pada yang negative tetapi takut yang positif. Kita takut dengan Allah dan bukan takut pada makhluk.


Point 40, lebah takut akan dua perkara iaitu terik matahari yang menyengat di musim panas dan dingin yang menusuk di musim dingin. Demikian juga dengan seorang mukmin, dia takut jika Allah berlepas diri atau tidak mempedulikannya dan azab api nerakanya.dibiarkan oleh Allah swt sehingga kita ikut hawa nafsu kita ikut kehendak syaitan, Allah tidak memperhatikan kita tidak kisah dengan kita. Ungkapan seperti itu adalah ungkapan marah. Kata Allah “Aku bagi masa biarlah apa yang dia buat tetapi tipu daya aku sangat dahsyat.”

Dilepaskan untuk kena azab. Jadi mukmin takut dinginnya Allah dengan kita. Ketahuilah ketika Allah tidak pedulikan kita azab api neraka akan menunggu kita. Surah Mujadilah ayat 19 

ٱسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ ٱلشَّيْطٰنُ فَأَنسَىٰهُمْ ذِكْرَ ٱللَّهِ ۚ أُوْلٓئِكَ حِزْبُ ٱلشَّيْطٰنِ ۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ ٱلشَّيْطٰنِ هُمُ ٱلْخٰسِرُونَ

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.
(Al Mujaadalah 58:19) 

Ada diantara manusia dipengaruhi syaitan, diantaranya mereka lupa Allah swt maka ketika lupa pada Allah maknanya dia bergabung dengan syaitan. Mereka itu adalah pengikut pengikut syaitan. Orang orang yang rugi. Bagaimana kita tahu Allah semakin jauh dengan kita? Ialah dengan kita tidak ingat Allah. Syaitan kuasai kita lalu kita lupa pada Allah. Lupa nak solat, lupa nak zikir, lupa nak mengaji, lupa nak majlis ilmu. Benda yang ingatkan kita pada Allah kita tidak suka. Dalam surah Al Hasyr  ayat 19 Allah swt mengatakan 


وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْفٰسِقُونَ

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada perintah-perintah Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

(Al Hasyr 59:19)

Dalam surah ini Allah melarang kita. Janganlah kamu menjadi seperti orang yang lupa Allah. Ini seumpama lupa. Mereka yang lupa Allah adalah mereka yang tidak bersedia untuk hari esok. Untuk hari akhirat. Hidup hanya untuk dunia sahaja. Dan tidak focus bagaimana untuk meraih hari akhirat dengan lebih baik. Orang itu tahu satu hakikat tapi tidak berbuat seperti yang dia tahu tersebut. Bertindak seperti tidak tahu langsung. Maka itu orang yang fasik. Dan bila dia bawak hingga akhir hayatnya dan dia mati dalam keadaan lalai seperti itu, neraka lah bagi dia. Dalam surah al hasyr ayat 20, tak sama nanti orang yang akan menjadi ahli syurga dengan ahli neraka. Ahli syurga dia focus bagaimana untuk Berjaya untuk akhiratnya. 


لَا يَسْتَوِىٓ أَصْحٰبُ ٱلنَّارِ وَأَصْحٰبُ ٱلْجَنَّةِ ۚ أَصْحٰبُ ٱلْجَنَّةِ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni jannah; penghuni-penghuni jannah itulah orang-orang yang beruntung.
(Al Hasyr 59:20)

Rasa malas merupakan satu penyakit manusia kebanyakan. Rasa malas itu akan datang kepada semua orang. Maka Rasulullah saw ajar kita dengan doa minta perlindungan dari malas. Ya Allah lindungi la Aku daripada kerungsingan dan rasa sedih kemudian rasa lemah dan juga rasa malas. Jadi malas adalah satu perasaan yang ada disisi kita. Jadi lawan jangan turutkan.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.” Riwayat Abu Daud (4/353)
 Hal yang sama pernah dirasakan oleh sahabat sahabat Nabi. Yang mana mereka ini ketika bersama Rasulullah saw merasa semangat dalam majlis ilmu. Apabila habis majlis ilmu, jadi lembik balik. Maka sahabat bertanya kepada Rasulullah saw macamana itu ? maka Rasulullah jawab itu normal. Kalau sekiranya kamu semua maintain atau tetap maka kamu bukan manusia namanya. Manusia seperti itula dia ada up and down. Tapi yang baiknya ialah apabila dia down dia bangkit balik segera. Dan terus berusaha, terus mujahadah tanpa lelah
......

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِى وَلْيُؤْمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al Baqarah 2:186)

Sunday, 31 May 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 69, HARI 9 SYAWAL 1441H/1 JUN 2020M

Tadabbur hari ini melanjutkan perbincangan kita tentang keistimewaan LEBAH yang disebutkan Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69. Terdapat 40 keistimewaan lebah yang disebutkan oleh Imam Abu Talib al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulub. 

Nota Perkongsian Hari  9 Syawal (01.06.2020)

Tadabbur Surah An Nahl Ayat 69
Tema: 40 Kelebihan Lebah dan kaitannya dengan Mukmin.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan mudah mudahan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepada kita semua dan hidayahNya sehingga hidup kita sentiasa dalam bimbingan dan panduan. Selawat dan salam tidak lupa juga kita sampaikan peruntukan kepada junjungan Nabi besar kita Muhammad SAW. Mengikut Sunnah dan ajaran baginda Rasulullah SAW akan selamat dunia dan akhirat. In Shaa Allah.


Point 32. 

Kalau haiwan lain seperti burung ia mudah ditangkap orang. Kalau letak biji bijian letak makanan dia akan datang ke sana lalu memakannya sampai kenyang dan kadang kadang lupa bahawa makanan itu adalah perangkap. Ketahuilah lebah tidak terperangkap dengan apa pun juga. Dia tak kisah melainkan 3 perkara iaitu dengan air kemudian nektar bunga dan sarang dia. 3 itu sahaja yang menjadi perhatiannya dalam hidup lebah. Dan madu yang dikeluarkan jadi kalau haiwan haiwan yang lain ada makanan yang boleh memerangkap dia perkara yang boleh membunuhnya kadang kadang. Lebah ini tidak terpancing oleh jebakan oleh perangkap perangkap yang orang buat sebab dia tahu apa yang dia buat. 


Dia jelas dengan misi dan visi hidup dia. Demikian juga seorang mukmin dia tidak terpengaruh dengan apa yang orang buat dengan habuan habuan yang orang sediakan. Maka kalau mukmin yang benar dia tidak terpengaruh dengan itu sebab dia tahu apa yang menjadikan misi dan visi hidupnya. Misi hidupnya di dunia ini adalah untuk beribadat kepada Allah swt. Mengikhlaskan setiap amal perbuatan hanya untuk Allah swt dan visinya adalah agar mendapat redha Allah masuk ke dalam syurga yang nikmat. Ini yang menjadi targetnya ini yang menjadi keinginan dia. Dia tahu itu. Jadi ketika orang menawarkan kepadanya sesuatu yang bersifat duniawi itu kurang menarik bagi dia. Dia tidak tergiur tidak terpedaya dengan itu. 

Maka Rasulullah SAW kalau baca sirah ketika di awal dakwahnya pernah ditawarkan oleh orang kafir khuraisy melalui lidah bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Kata mereka “Wahai Abu Talib, beritahu Muhammad kalau dia nakkan wanita yang dia nak kahwinkan dia nak nikah dengan dia kami akan carikan wanita paling cantik dikalangan khuraisy ini kami akan bagi kat dia. Kalau dia inginkan kekayaan kami akan kumpulkan kekayaan kami yang ada di Mekah ini bagi dekat dia. Asalkan dia meninggalkan usaha dakwah dia ini. Kami akan sediakan. Kalau dia memerlukan seorang doctor untuk mengubatnya kami akan cari doctor di luar sana. “ dan jawapan Rasulullah SAW “demi Allah saya tidak akan tinggalkan usaha dakwah ini walaupun mereka berikan di tangan kanan aku matahari di tangan aku bulan aku tidak akan tinggalkan usaha ini.” 


Ini menunjukkan bahawa seorang mukmin jelas visi dan misi hidup dia agar dia tidak tergiur dengan habuan habuan dunia . duniawi bagi dia remeh bagi dia adalah benda kecil. Bukanlah satu keutamaan dalam hidup dia. Yang dikejar selalu adalah redha Allah. Yang dia inginkan selalu adalah agar akhiratnya lebih baik jadi jelas bagi dia dalam hidupnya. Maka dikatakan lebah hanya mati apabila dia berada di tengah longgokan madunya itu. Dalam ertikata mengeluarkan madu adalah kerja utama kepada lebah tersebut. 


Maka seorang mukmin dia hanya akan mati ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah baru dia mati dalam keadaan menjalankan tanggungjawab yang Allah bagi kepadanya melaksanakan misinya menjadi seorang hamba Allah yang taat. Lebah juga akan mati kalau orang serang dia. Maknanya mati dalam jihad di jalan Allah swt. Mukmin seperti itu mati apabila jihad dalam berusaha mencari menjalankan apa yang memang Allah swt perintah. Jadi sekali lagi keistimewaannya ialah lebah tidak terpikat tidak terpengaruh dengan apa pun habuan yang ditawarkan padanya. Dia hanya focus kepada apa yang ditugaskan yang diberi tanggungjawab oleh Allah swt demikian juga mukmin.


Kata Iman Abu Talib al Makki, seorang mukmin seperti itu juga mukmin ini perlukan kepada guru bimbingan dia. Yang arahkannya. Dan seorang guru ini hendaklah seorang yang beramal, pemimpin yang mengikut perintah dan ajaran Allah SWT maka apabila pemimpin ini ataupun ulama’ yang baik ini membimbing mereka dengan baik maka hidup mereka akan aman hidup tenteram mereka akan bekerja dengan baik. Hidup dengan normal. Ketahuilah orang mukmin perlukan juga teladan seperti itu. Samada daripada pemimpin kerajaannya ataupun ulama yang diikuti yang mereka belajar daripadanya. 


Apabila tak ada pemimpin yang adil ini mengikut kepada ajaran al quran dan Sunnah serta ulama yang boleh membimbing mereka maka kehidupan seorang mukmin ini akan huru hara. Hidupnya akan hilang panduan.Maka oleh itu umat Islam sekarang ini huru hara kerana tidak ada satu pun pemimpin yang jelas yang tegas yang memperjuangkan agama Allah ini yang membawa kepada keredhaan Allah SWT. Dan perkara ini akan lebih huru hara lagi apabila tak ada tak ada ulama yang beramal dengan ilmunya yang membimbing mereka kepada keredhaan Allah swt. 


Oleh itu keberkatan umat ini akan hilang dengan hilangnya ulama’.Ilmu akan dicabut oleh Allah swt dengan dimatinya ulama’. Mudah mudahan kita sentiasa masih lagi diberi oleh Allah swt alim alim ulama ulama yang beramal dengan ilmunya yang boleh kita ikutinya. Amin ya rabbal alamin. Jangan jauh daripada ulama apabila jauh daripada ulama maka akan hilang keberkatan hidup kita. Jangan fanatic jangan taasub dengan mana mana guru ataupun ustaz atau ulama selain Rasulullah saw kita ini ada salah silapnya. Ada kelemahan dan kekurangannya. Maka ambil yang baik tinggalkan yang buruk. Yang baik sebarkan yang buruk simpankan.


Dalam Islam kepimpinan bukanlah untuk dikejar kepimpinan adalah satu khidmat satu ibadah apabila kita diamanahkan maka tanggungjawab kita untuk menunaikan dengan baik. Ratu lebah baik lebah lebah akan baik. Pemimpin yang baik maka baiklah mukmin tersebut. Ketahuilah juga adalah sebaliknya sekiranya kita mahukan pemimpin yang baik jadilah baik dahulu rakyat yang baik inshaa Allah .Allah swt akan anugerahkan kepada kita pemimpin yang baik. Jangan harapkan pemimpin yang baik sedangkan diri kita sendiri tak tahu hala tuju kita. Tidak tahu apa yang patut dibuat. Jadi jaga jaga jangan sampai kita meminta sesuatu padahal kita sendiri jauh daripada apa yang kita minta.


Maka Allah swt berfirman maka “jangan kamu palingkan mata kamu daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan dunia. Mukmin yang betul nanti justeru nanti ketika kita susah mukmin yang betul akan bantu akan tolong , dan kita akan nampak bahawa orang yang ikhlas ini akan bersama kita masa susah. So Allah ingatkan kita melalui surah al Kahfi “jangan kita merasa terganggu dengan kelemahan kelemahan yang ada pada saudara saudara kita yang beriman. Kita tahu kelemahan mereka itu kadang kadang kelemahan yang hanya sementara. Apabila masa berlalu kita akan nampak perubahan sebagaimana sahabat sahabat Nabi tak selamanya miskin apabila mereka sudah ada satu peluang berubah maka mereka berubah. 

Oleh itu sabarkan diri kita dan jangan sesekali kelemahan sahabat mengganggu kita melakukan amalan amalan produktif kita. Maintain dan teruskan sebab jelas misi dan visi hidup kita. Kita bukan nak diganggu oleh hal hal yang tidak penting.

Tidak ada salah kerana Allah swt menciptakan kita pelbagai . tak sama. Hal ini pernah digambarkan oleh Rasulullah saw melalui kisah seorang sahabat Amru bin Asr pada masa Ibn Umar bin Ibnu Asr yang mana satu hari Rasulullah saw ada dekat masjid nabawi maka dia berdiri didepan pintu masjid tersebut dan berkata sekejap lagi akan lalu ahli syurga katanya. Maka lalulah seorang lelaki biasa lelaki yang orang tak pandang pun maka dia syak betul ke ni maka lelaki itupun masuk masjid solat lepastu keluar balik rumah buat kerja dia. Datang waktu solat lagi Rasulullah berdiri lagi dan berkata akan lalu sekejap lagi lelaki ahli syurga so ternyta yang lalu lelaki itu juga yang tidak dipandang pun seperti tadi juga masuk solat dan keluar balik rumah jenis tak cakap dengan orang buat kerja dia je. Apabila balik rumah lepas itu perkara sama diulang dan Rasulullah tunggu lagi didepan pintu masjid. Lalu sahabat ini berkata apa benda istimewanya lelaki ini dia bukan macam Umar bin Khattab dan sahabat sahabat terkenal yang lain. 


Maka sahabat ini yang muda ini dan dia pergi jumpa sahabat tadi dan dia pura pura dengan berkata Wahai Tuan, boleh tak saya duduk dirumah awak selama tiga hari? Saya bergaduh dengan bapak saya dia tak bagi saya balik rumah boleh tak saya duduk dngan awak? Katanya. Sahabat tersebut berkata Silakan duduklah dengan saya maka sahabat ini pun duduk dirumah lelaki tersebut untuk mengetahui apa yang dibuat oleh lelaki ini sehingga dia menjadi ahli syurga. Maka dia tengok lelaki ini tidak ada amalan istimewanya.


 Malam dia tidur Cuma masa tidur kadang dia bangun dengar lelaki berzikir lepas tu tidur balik. Dan solat malam pun tak banyak mengaji pun tak banyak. Akhirnya hari ketiga dia mengaku pada sahabat ini, Wahai Tuan sebenarnya saya ini tak ada masalah pun dengan bapak saya sebenarnya. Tapi saya ni duk dengar Rasulullah saw engkau ni orang yang istimewa saya nak tahu macammana keistimewaan tu. Saya duduk dengan awak saya nampak awak biasa biasa saja, maka terima kasih kerana layan saya selama 3 hari dekat sini. Dan saya minta diri. Maka keluarlah lelaki tersebut dan dipanggil oleh lelaki tadi sahabt tersebut maka “saya rasa saya memang tak ada istimewa Cuma saya satu je iaitu saya tak pernah nak berdengki nak berburuk buruk dengan orang. Saya tak nak ganggu orang dalam hati saya ikhlas dengan orang”. Lalu sahabat yang mendengarnya berkata “inilah hebat awak saya ni dok sibuk fikir orang. Orang ni kenapa dan sebagainya.”


Kesimpulannya daripada hal ini kita tengok kelebihan kita apa yang menjadi kelebihan kita ada yang jenis bermasyarakat dan ada yang buat hal sendiri seperti introvert dan extrovert. Benda benda wajib je dia buat. Jangan pandang remeh orang. Kita pelbagai dan berbeza. Oleh itu, mukmin ada pelbagai. Siapa yang membesar dalam suasana tertentu maka itulah jati diri dia.


Point 33, lebah ini sangat bergantung kepada ratunya. Selagi ratunya itu ada bersama mereka maka mereka akan bekerja dengan baik kehidupan mereka akan berjalan dengan normal. Apabila ada ratu tersebut maka kerja kerja berjalan dengan kemasnya. Tak ada orang yang akan menganggu mereka. Tak ada makhluk lain yang akan menganggu. Apabila ratu itu mati, akan berlaku kucar kacir pada kehidupan lebah. Mereka tidak tahu hala tuju. Mereka perlukan pemimpin. 


Point 34, jika ratu lebah baik, maka lebah lebah lain akan bekerja dengan baik.Jika sebaliknya maka kerja mereka bermasalah. Demikian juga mukmin dan pemimpin mereka. Apabila pemimpin kita guru kita baik memang orang yang layak kita jadikan guru maka hidup kita pun akan menjadi baik. Seorang mukmin bergantung kepada pemimpinnya. Maka hati hati dalam memilih pemimpin dan pastikan pemimpin yang membawa kita kepada keredhaan Allah swt. Yang membantu kita untuk lebih taat kepada Allah swt. Kalau tidak kita akan dipersoalkan nanti di akhirat. Maka kepada siapa yang menjadi pemimpin hati hati akan diminta dipertanggungjawabkan oleh Allah swt. 


Point 35, Lebah tidak terganggu dengan kelemahan lebah lain.contohnya ada lebah yang malas maka lebah yang lain akan bekerja walaupun lebah sakit yang lain berusaha dan produktif.  Demikian juga mukmin tidak terganggu dengan kelemahan mukmin yang lain. Apabila melihat mukmin yang lain lemah tidak melemahkan atau patah semangat atau tidak terhalang daripada melakukan kebaikan juga. Sebab dia tahu visi dan misi hidupnya. Tidak mengugatkan diri mukmin itu untuk terus melakukan kebaikan. Ada sesetengah kita kadang kadang tak sabar dengan melihat kelemahan orang lain maka Allah swt dalam surah al kahfi ayat 28


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Al Kahfi 18:28)

Daripada ayat ini, cuba tahan diri kita mengatakan kata kata yang tidak baik kepada saudara saudari kita yang beriman dan jangan tinggalkan mereka. Kerana iman ini yang menyatukan kita. Sabarkan pada orang menyembah Allah yang menyeru Allah siang dan malam. Dan kita tahu orang itu ikhlas dan orang itu mengharapkan redha Allah swt. Cuma mungkin ada kelemahan kelemahan dia. Diantara yang berlaku zaman Nabi.kelemahan daripada sahabat sahabat Nabi adalah iaitu ada diantara mereka miskin dan tak kaya tetapi dalam hidup mereka ini nak cari redha Allah swt ikhlas dalam beramal solat dia jaga puasa dia jaga menuntut ilmu rajin Cuma ekonomi dia lemah namun nampak dalam diri dia itu ketaatan kesolehan dan keikhlasan dalam hidup dia. Ketahuilah tahan diri kita untuk dapat tetap bergaul dengan mereka. 


Point 36, ketahuilah ada dua jenis lebah . pertama ialah lebah yang tinggal di pergunungan. Atau di dahan dahan pokok. Dan ada lebah yang tinggal dirumah rumah manusia atau dikawasan yang crowd. Kadang kadang di bangunan di office di hotel. Jadi ada dua jenis. Dan ketahuilah mukmin ini ada dua jenis juga yang pertama ialah mukmin yang tidak boleh hidup di tengah crowd. Mukmin yang suka bersendiri, suka menyendiri. Maka dia banyak berzikir. Di masjid, dirumah. Dia tidak boleh masuk ke dalam masyarakat yang bermacam bagai kerenah. Dan ini umpama lebah yang memilih untuk tinggal di pergunungan dan di pohon pohon. Dan ada mukmin itu yang memang dia lebih selesa apabila hidup ditengah tengah masyarakat apabila dia bergaul bertemu dengan macam macam orang sifat dan kerenah dia sebenarnya dua dua ini ada kelebihan dan ada kekurangan dia tetapi apabila dua dua ini menjalankan peranannya seperti mana yang diminta oleh Allah swt dua duanya adalah baik.