Nota Perkongsian 3.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 96-97.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ ٱلَّذِينَ صَبَرُوٓاْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(An Nahl 16:96)
مَنْ عَمِلَ صٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
(An Nahl 16:97)
pada pertemuan lepas
dijelaskan bagaimana Allah memperincikan laranganya pada kita manusia orang beriman
jangan mempergunakan nama Allah untuk kepentingan duniawi kita, jual beli nama /janji Allah untuk balasan diunia yang hanya sedikit, sedangkan balasan disisi Allah sangat dan amat besar.
Ayat 96
Allah mempertegaskan lagi - dengan kaedah/prinsip - iaitu apa sahaja yang ada dalam tangan kita akan LENYAP dan HABIS..SIRNA - itu PASTI. Hukumnya apa ada pada kita adalah FANA, Yang Kekal hanya apa yang ada pada Allah. So, kene cepat2 masukkan apa yang kita dapat didunia CEPAT TRANSFER kepada ALLAH.
Cepat2 kita bahagi2kan, pisah - pisahkan (asingkan)
Sebagai contoh, bila Dapat gaji - bayar hutang, sewa, utilities, belanja harian dan mesti ada bahagian untuk TABUNG AKHIRAT - untuk Allah SWT, kita tinggal padanya. Apa kita makan akan habis, yang pakai akan lusuh dan buang, apa yang kita simpan dalam bank belum pasti rezeki kita untuk makan/pakai/infaq dan mungkin jadi hak waris kita.
- TETAPI apa kita transfer pada Allah akan KEKAL selamanya . Apa yang kita infaq pada Jalan Allah, akan kekal kita punya SELAMANYA di negara AKHIRAT. Infaq dalam bentuk wakaf, sedekah, memberi pinjaman dan menjalankan perniagaan untuk jihad ekonomi Ummah dll.
Mesti ada bahagian untuk akhirat setiap hari. Jangan sampai tak ada langsung. Sia- sia kehidupan kita. Cth skim pencen kerajaan, untuk masa tak boleh kerja. Satu hari kita dah tak boleh solat, sedekah dan beramal - jadi aapa amalan yang masih mengalir pahala dan manfaatnya
Ada 3 skim pencen akhirat
1. sedekah jariyah
2. ilmu yang bermanfaat
3. anak yang soleh - didik anak dengan baik dan kasih sayang
pilihlah mana satu? pilih mana yang Allah bagi paling banyak dan mudah pada kita (sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah). Ada semua ? masuk semua.
Kita kene convert apa sahaja yang kita ada sekarang kepada nilai akhirat - kepada jalan Allah, baru kekal abadi.Usaha untuk melakukannya. Ini untuk diri sendiri! bukan untuk orang lain. Infaq dan amal soleh adalah bahagian kita di akhirat - Itu sahaja yang akan bersama kita didunia, alam barzakh dan alam akhirat.
Nak menjadikan setiap yang kita milikki itu kepada sesuatu yang KEKAL ABADI di sisi Allah pastinya banyaknya UJIANNYA - banyak dugaan dan susah - kita perlu terus SABAR dan SABAR lagi
Kami akan balas dengan sesuatu yang Jauh lebih baik. Sabrun Jamil (Cantik). Sabar hasilnya cantik dan kita pasti gembira dan amat puas hati melihatnya nanti. Kene SABAR, sesuatu yang dibuat secara gopoh gapah hasil tak berapa elok. Bila dengan sabar, sabar dengan masa/tempoh yang ditentukan Allah, sabar dengan kerenah orang - Insya Allah hasilnya lebih baik .
Kebanyakkan kerja yang kita buat , hasilnya adalah dari usaha kita yang hanya kurang 10%, 90% lebih adalah anugerah pertolongan Allah. Sentiasa berkeyakinan, SABAR akan membawa kepada natijah yang lebih baik. Allah memastikan sabar itu akan mendatangkan hasil yang lebih baik. Maka jaga sabar kita dengan sebaiknya.
Tadabbur - mukmin produktif sentiasa iklhlas dan niat kerana Allah. Setiap amalan kerana Allah. Kalau tidak semuanya akan sia-sia dan hapus. Didik diri agar semua Niat buat amalan ikhlas. Kerana berharapkan hanya pada Allah, kita akan sabar dalam apa usaha kita. Ikhlas akan mengajar kita pada erti kesabaran yang sebenarnya
Ayat 97
Allah memotivasikan semua kita beramal soleh apa pun juga (seorang muslim kene ubah diri untuk produktif dan buat apa sahaja yang boleh dibuat). Jangan terus menilai apa kita buat sekarang, hasil mungkin lambat. Tunda menilai apa kita buat itu , jangan nilai sekarang, sabar.
Kalau nilai terus sekarang, akan cepat give up. Focus berbuat buat buat - kerja kan!. Secara asas, benda yang baik pasti akan ada kesan. Bila kesan hasil?.sebulan? 6 bulan?..setahun?, 3 tahun? dan 10 tahun?. Kebanyakkan kita tak boleh sabar, sebab kita cepat sangat menilai.
Ini penilaian yang salah. Bagi masa pada diri. Kadang kita sangat zalim pada diri, tak berlaku adil...baru buat kejap dah cakap kita bodoh bebal lembab...JANGAN !berlaku adil pada diri kita dengan dan tunda penilaian pada diri kita, bagi MASA pada diri kita, buat penilaian berpenggal - 3 month, 6 month, yearly, every 2 years. Kalau ada sikit improvement sikit pun, SYUKUR, pasti Allah akan tambah.
Janga bila improvemen sikit, rasa tak best, tak suka dan cepat putus asa, Quit - pastu restart balik,sia2 - jangan spt perempuan tenun kain dah nak dekat habis...pastu bukak/leraikan balik. Teruskan, Jangan pandang belakang dalam amal soleh. Pandang tepi untuk pastikan tak lari pada jalan yang betul dan lurus.
Allah mengajak kita, laki atau perempuan (tak kira) - sama sahaja. Perempuan perlu untuk produktif dan beramal!!.
Syarat amal soleh utk memberi kesan positif pada diri kita MESTI diiring dengan IMAN dan KEYAKINAN yang Allah sedang lihat dan mengharapkan hanya pada Allah.
Ikhlas maksudnya - Buat sesuatu kerana Allah, mengharap redha dan balasan kurnia Allah
Orang awam perlu ditunjukkan kesan positif/manfaat positif dalam berbuat amal soleh . Buat dia makin semangat untuk baikki amalan soleh dia. Selit dalam setiap amal, IMAN.
AMAL SOLEH + IMAN = Kehidupan yang bahagia/baik - hidupkan dia dalam kehidupan yang baik - dari segi kualiti, luar dan dalam , rezekinya, keadaan hati dan jiwanya, baik rumah tangganya dll
Ini menunjukkan, mengikut ulamak, AMAL & IMAN adalah benda yang terpisah. Jadi kene iringi DUA DUA sekaligus. Ada amal tanpa iman. Sekiranya nak hasil yang baik, iringi dengan iman yang teguh.
Ini beza utama antara orang islam bertaqwa v orang islam biasa. Kebaikkan dan bahagia di dunia dan alam barzakh lagi, bukan sahaja di akhirat.
Nikmat Syurga tidak dapat kita bayangkan - apa yang terdetik itu amat sedikit sahaja. Jauh dari apa jua yg kita imagine . Kene ada sedikit gambaran syurga supaya orang akan motivasi untuk buat ketaatan.
Rasa belum sedia buat kebaikkan walapun dah terfikir. untuk buat amal soleh..itu sebenarnya was was syaitan. (maknanya dah sedia sebenarnya dan saya layak untuk nya dan Allah akan tunjukkan kita pada orang/article/situasi - untuk kita buat)
Bila kita terfikir dan tiba nampak pulak gambaran, sahabat cerita pulak --Ini Allah dah tunjuk jalan...itu umpama hidayah...bantu untuk laksana apa yang kita nak buat. Bila muncul rasa tak sedia - itu adalah hasutan dan perangkap syaitan.
PROCRASTINATION - asyik nak menunda . Penyakit orang gagal dalam kehidupan....hingga ada Pulau PENANTIAN. DONT GIVE UP!
Apapun kebaikkan ada nilai positif pada diri, apatah lagi bila diiring dengan Iman akan dapat perubahan yang dahsyat dan wajar...akan jadi mukmin produktif dan gagah
Mukmin produktif, sentiasa akan ada perubahan lebih baik, bahagia bertambah, proses memperbaikki diri. setiap nikmat disyukuri dan tiap tiap kali ada peningkatan, dia merasa amat bersyukur.
Imam FakhrunRazi - Hidup mukmin produktif lebih baik kerana
1. Tahu rezeki dari Allah dan Redha (cepat redha dan mudah lepaskan diri dari perangkap musibah)
2. Tahu hidup itu ujian, dia sentiasa waspada/ready - bersedia. (orang jahil akan rasa terkilan bila terkene ujian). Mukmin produktif lihat ujian demi ujian adalah sesuatu yang lazim.
3. Hati orang mukmin penuh dengan cahaya Allah- sifat sifat mulia - sabar, redha, syukur, tawakkal, tawadduk, qanaah, - dia tidak terlalu melekat dgn nikmat dunia yang dia tahu tak kekal
hati orang jahil - amat terkesan
4. Berpada2 pada dengan nikmat duniawi (menjaga hati)- (harta, rumah, anak, suami, kekayaan). Jangan sampai terlalu teruja dan ingat nikmat itu akan last forever. Jangan sampai murung bila kehilangan.
Orang mukmin bila hilang, dia redha dan akan usaha lain
5. Faham nikmat dunia berubah dan tak bergantung padanya. Dia bergantung pada nikmat akhirat yang kekal abadi dan membawa pada ketenteraman dan ketenangan hati.
Soal Jawab
TInggalkan orang negatif yang tak membantu kita dalam membuat amal soleh sebaliknya membuat kita lemah dan putus asa.
No comments:
Post a Comment