Sunday, 5 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 98-100 - 6 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 6.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 98-100.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.

Soalan - Qadha Solat,
Kalau baru tertinggal satu  solatfardhu, kene qadha segera
Kalau qadha solat yang banyak dan yang lama - bila2  masa boleh solat dan mesti disegerakan kerana ianya adalah hutang pada Allah. Tiada waktu dilarang solat untuk tujuan qadha solat. Qadha solat subuh boleh dibuat pada waktu magrib dll.

Bacaan dan Maksud:

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْءَانَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطٰنِ ٱلرَّجِيمِ
Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

(An Nahl 16:98)
إِنَّهُۥ لَيْسَ لَهُۥ سُلْطٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.

(An Nahl 16:99)

إِنَّمَا سُلْطٰنُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُۥ وَٱلَّذِينَ هُم بِهِۦ مُشْرِكُونَ
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.

(An Nahl 16:100)

Perbincangan  lepas -
Allah menjelaskan tentang bagaimana Allah membalas orang2 yang beriman dan beramal soleh di dunia
Allah akan pasti hidup lebih baik dan balasan lebih baik dari amal bagi orang orang yang beriman. Apakahamalan terbaik orang beriman?
membaca, mendampingi, menghayati mentadabburinya

Amalan terbaik dengan mendapat balasan yang begitu HEBAT
hebat balasan membaca Al Quran, satu huruf = 10 kebaikkan..(macam buat 10 jenis kebaikkan pada satu masa - bukan maksud 10 pahala). bila tengan solat, boleh ke tolong orang, sedekah...tidak

Begitu hebat balasan orang yang baca quran...itu baru baca...kalau tambah dengan tadabbur , dengan beramal... Jelaslah Kesan dan balasannya pada kita adalah  sangat dahsyat.  Sangat besar dan dashyat kesan Al Quran pada kita ,  Maka Syaitan tak mahu kita melakukakannya. 

Allah menerangkan bahawa Syaitan akan berusaha keras untuk menganggu kita bila kita ingin berdamping dengan Al Quran. Akan jadi TARGET orang yang ingin mendampingi dan menghayati Al Quran

Sebab bila jinak dengan  Al Quran akan dapat kebaikka -  akan dapat manfaat lain,  mudah beramal dengan yang lain...banyak kebaiikan lepas itu...

Al Quran membimbing , memberi petunjuk  dan pastinya akan datang kebaikkan yang lain selepas itu, terus tambah dan tambah --- solat akan diperbaiiki, sedekah akan bertambah, akhlak akan diperbaikki dan macam2 lagi. Syaitan suka ke? TIDAK, dia akan halan

Asbab pertama orang dapat amal Islam adalah kerana Al Quran - hidayah taufiq adalah dari Al Quran. Bila sampai pada ayat sedekah - infaq jalan Allah - syaitan suka ke?.  tidak, dia akan ganggu dan ganggu supaya kita tak baca , tak terdetik untuk buat baik.

Terlalu banyak kebaikkan dengan selalu berdamping dengan Al Quran dan Allah suruh mintak perlindungan daripada syaitan setiap kali.

Satu cara utk terhindar dari syaitan, dengan meminta pertolongan Allah. Kalau nak hindar hanya dengan  kebolehan kita..memang tewas, dia nampak kita , kita tak nampak dia. Dia musuh yang AMAT  nyata - wujud. Secara asas tipu daya syaitan itu lemah, tapi kerana kita tak nampak dan tak boleh nak pastikan 'serangan' syaitan ,  maka mahu tak mahu kita kene minta perlindungan dari Tuhan yang Maha Esa.

Ayat ini di tuju pada Nabi Muhammad bila nak baca Al  Quran - disuruh istiazah, syaitan bukan ganggu orang biasa sahaja, juga bagi orang yang bertaqwa menjadi targetnya malah jadi target...dihantar GENERAL2, bukan syaitan yang biasa-biasa.

Surah Al Araf, ayat 200,201

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيْطٰنِ نَزْغٌ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ ۚ إِنَّهُۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah

(Al A'raf 7:200)

إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوْاْ إِذَا مَسَّهُمْ طٓئِفٌ مِّنَ ٱلشَّيْطٰنِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

(Al A'raf 7:201)

Orang bertaqwa pun ada fikiran2 jahat  yang tak sepatutnya- tapi dia tahu itu perangkap syaitan dan terus ingat Allah dan terus beristiazah banyak kali, samapi dapat murnikan kembali hati dan peras
Orang bertaqwa kene perangkap syaitan....tapi mereke sedar kesilapan dan cepat2 bertaubat dan meminta ampun. Setelah istiazah, dapat lihat kesilapan, lalu beristighfar.

Syaitan juga ganggu  Nabi dan Rasul, Dalil yang syaitan cuba mempengaruhi mereka, tapi Allah pelihara mereka dari terheret dalam dosa. Allah cepat2 hapuskan fikiran yang tak elok.
Al Hajj 52-54

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنَّىٰٓ أَلْقَى ٱلشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ ٱللَّهُ مَا يُلْقِى ٱلشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ ٱللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

(Al Hajj 22:52)

لِّيَجْعَلَ مَا يُلْقِى ٱلشَّيْطٰنُ فِتْنَةً لِّلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ ٱلظّٰلِمِينَ لَفِى شِقَاقٍۢ بَعِيدٍ
agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cobaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat,

(Al Hajj 22:53)

وَلِيَعْلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤْمِنُواْ بِهِۦ فَتُخْبِتَ لَهُۥ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

(Al Hajj 22:54)

Untuk orang biasa, kita terikuti fikiran2 jahat ini 
selalu syaitan masuk kacau bila kita berhasrat /bercita-cita/keinginan buat sesuatu, cth nak baca quran, buat baik, sedekah - dia cuba alihkan kepada lagha...dll...sampai kita tak focus buat betul2. Kalau boleh dia nak batalkan dengan perbagai fikiran. Hati2 , ini adalah perangkap syaitan.

Tak ingat ke kisah Nabi Adam yang duduk bahagia dalam syurga...tapi terkena perangkap syaitan dan dicampak ke bumi. Jangan lupa kisah ini, kalau Nabi Adam boleh tergoda, apa lagi kita manusia . Jadi sentiasa berwaspada dan mohon pertolongan.

Pengaruh syaitan ketara - bila hati bermasalah, keras , zalim  - akan selalu bermusuhan dengan orang lain dan nanti orang yang berilmu, mereka lebih yakin dan makin  tambahyakin dan tenang. Allah pastikan akan beri petunjuk orang beriman pada jalan lurus.

Kita kene selalu mintak perlindungan dari Allah...mulailah semuanya dengan Istiazah...solat, quran, zikir , sedekah....sebab setiap amal, syaitan akan  cuba kacau samada  hingga terbatal, lagha , lalai - tidak focus

Mukmin produktif akan mengambil pelajaean bahawa musuh saya paling nyata adalah SYAITAN. Dia paham , dia akan lawan dan move on , teruskan. Banyak tak paham perangkap syaitan yang buat dia ragu2, patah semangat, pikir mcm2, - jangan dilayan dan tepis CEPAT, Istiazah banyak2 bila terdetik perkara12 ini. Mukmin produktif faham betul langkah2 syaitan dan dia sentiasa produktif...dia tak sempat nak layan fikiran karut dari syaitan...dia dapat terhindar dari fikiran tak elok ...bisikan2 dalam hati yang buat kita skip kebaikkan yang kita boleh buat. Walapun sekali skali dia terjerumus, dia bangkit kembali dengan lagi kuat

ayat 99
Ada ke orang biasa yang selamat dari gangguan syaitan - apa characternya - 
1.  Ada iman dan keyakinan mantap pada tiap rukun iman. Maka kuatkan keimanan 

2. golongan yang suka bertawakal dengan kuat (tak belah bahagi) - bergantung pada  Allah sepenuhnya. bila mula? bila ada niat/hasrat/rancangan - jadi Allah sahaja penilai dan pelindungan dari Allah. Mohon pertolongan Allah. Sehingga bila susah, dia kembali pada Allah, tak bergantung pada orang . Syaitan gerun dengan orang mcm ni. Syaitan sgt gerun dengan Umar b Khattab - kerana keyakinan pada Allah yang kuat. Sampai syaitan ikut jalan lain. 

إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنٌ ۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga".

(Al Israa' 17:65)

3. Orang tahu posisi diri sebagai hamba Allah yang sebenarnya, satu pengabdian yang sebenarnya - dia tak ada apa, apapun segalanya untuk Allah. Syaitan terdiam dengan orang macam ini. Syaitan rasa putus asa. Dia memastikan segalanya untuk Allah dalam kehidupannya.

4. Orang yang ikhlas tak terbelah bahagi - yang tulus dalam melakukan segala penyembahan  dan amal soleh. Sampai jadi Golongan Mukhlas --boleh tepis segala godaan. Perincian pada Iman . Serahkan segala pada Allah...
Mereka tidak tergoda dengan syaitan , sampai satu tahap, orang ini  boleh dikatakan nafsu mutmainnah - jiwa yang sudah istiqamah dalam kebaikkan. Insya Allah syaitan tak berpengaruh padanya
Al Hijr, 40

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

(Al Hijr 15:40)

Langkah2 untuk lawan syaitan - amalan zahir (lafaz istiazah) mesti diperkukuhkan dengan amalam batin /hati  - Prinsip iman, tawakkal dan ikhlas mesti ADA sekali 
Kita perlu bawak iman  (amalan batin)pada segala amal soleh kebaikkan . Amalan zahir  kena bawak dengan amalan batin (iman)

Mukmin produktif, yang kuat iman, tawakal dan ikhlas - dia tak tergoda dengan hasutan syaitan.

Jihad Besar (Akbar) seorang mukmin - adalah  melawan hasutan syaitan 

Imam Ahmad - kisah ketika dia sakit tenat, dia tidak mahu sebut Tahlil bila anak dia ajak
Anak dia tanya kenapa, Dia kata syaitan jelma sebagai ibu bapa dan ajak dia ke suatu tempat - dia cakap taknak. Syaitan akan dtg sampai nyawa di hulqum.

Jangan  kita sumpah seranah syaitan dengan kata2 kesat - nanti syaitan akan jadi lagi besar dan kuat dan mengalahkan kamu....buat apa, ZIKIR dan sebut nama Allah ...dia kan menjadi kecil mcm lalat. 

Amal baik bila cuba menolong saudara kita dalam nazak/ sakaratul maut - dengan bacaan AlQuran - yaasin dll
akan membantu dia untuk lancar pada sakaratul maut.

ayat 100 -
Allah menjelaskan orang tidak selamat dari gangguan syaitan- mangsa utama dan mainan syaitan
Pengaruh syaitan itu hanya akan berlaku pada 

1. Orang yang mentaati Syaitan - yang melayan bisikan syaitan- dia ikut sahaja keinginan syaitan - tak usaha untuk layan. Jangan membiarkan ---bila biar akan murung, sedih , tak nak gaul dengan orang  -- marah tak bertempat, takut tanpa sebab.

* Ada juga orang yang meminta perlindungan dari syaitan dan jin - akan bertambah sesat. Tiada kerjasama dengan syaitan

2. Orang orang yang syirik - yang memperseketukan Allah dalam hal2 tertentu
Penangkal - magnet syaitan, pemanggar rumah dll.  itu akan jadi lubuk syaitan, mungkin harta tak dicuri tapi hati dicuri. Orang beriman lebih takut hatinya dicuri/diganggu oleh syaitan. Orang yang selamat adalah orang bertawakkal pada Allah dengan sepenuhnya. Jangan layang hasutan syaitan , temasuk dalam bentuk manusia. Allah Maha Perkasa. Jangan terlibat dengan syirik.

Mukmin produktif berusaha menjauhi dari mentaati syaitan dan membuat syirik.



No comments:

Post a Comment