Nota Perkongsian 15.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 106-109.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang produktif.
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman
Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.
Orang betaqwa- akan cari jalan untuk meningkatkan usaha mencari ilmu dan amal dalam apa jua keadaan.
taman-taman syurga - majlis ilmu mengikut Rasulullah.
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ إِيمٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُۥ مُطْمَئِنٌّۢ بِٱلْإِيمٰنِ وَلٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.
(An Nahl 16:106)
ذٰلِكَ بِأَنَّهُمُ ٱسْتَحَبُّواْ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا عَلَى ٱلْءَاخِرَةِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكٰفِرِينَ
Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
(An Nahl 16:107)
أُوْلٓئِكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصٰرِهِمْ ۖ وَأُوْلٓئِكَ هُمُ ٱلْغٰفِلُونَ
Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai.
(An Nahl 16:108)
لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ هُمُ ٱلْخٰسِرُونَ
Pastilah bahwa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang merugi.
(An Nahl 16:109)
..............................................................................................................
Pada pertemuan lepas - Allah SWT menolak dakwaan orang kafir terhadap Rasulullah termasuk menuduh Nabi menulis dan mereka AL Quran dan diajar oleh orang yang tak pandai bahasa Arab...macam mana pula?, Al Quran mempunyai bahasa arab yang tinggi, sejarah membuktikan Rasullullah tidak pernah belajar atau menuntu ilmu daripada sesiapa. Ulamak juga kata Al Quran mempunyai bermacam macam ilmu dan perlukan guru yang ramai.
Allah menjelaskan perangai orang kafir yang suka buat kedustaaan, ini sifat mereka. Orang beriman pada Allah dan hari akhirat tak buat pembohongan
Allah menjelaskan mengenai sahabat nabi yang teguh iman tapi dipaksa untuk murtad dan terkeluar dari mulut mereka perkataan murtad. Keluar dari gama Allah adlaah dilarang. Tidak boleh dipemainkan. Masuk Islam tiada paksaan. Mesti diingatkan, bila dah masuk Islam tiada lagi nak keluar dari Islam, berpegang teguh dengan tali Allah, Al Quran dan Sunnah dalam apa jua keadaan susah senang, walau seperti pegang bara api.
Keinginan dalam hati untuk murtad - mereka akan dapat kemurkaan dari Allah dan bagi mereka azab yang pedih. Allan mengancam orang murtad dengan kemurkaan dan azab pedih dunia dan akhirat. Orang murtad boleh dihukum bunuh. Jangan permainkan agama Allah. Pegang elok2, jangan ber patah balik
Orang yang murtad tapi tak rela, dipaksa...apa hukum ? Allah tak murka, tak di laknati Allah, tiada hukuman. Diangkat hukuman dan dosa dari 3 golongan
1. kanak2 yang belum baligh
2. Orang yang Gila
3. Orang yang dipaksa
Amar b Yasser dipaksa murtad dan murtad. - keluarga dia mati, ayah dan ibu (summayah) disebabkan seksaan yang dihadapi kerana mempertahankan agamanya. Amar menyaksikan dan dia dipaksa menyebut Tunannya Latta Wa Uzzar...dia menyatakan...dia dilepaskan, dan dia terus jumpa Rasulullah dan dia amat bersedih dan menyesal...boleh lagi ke saya bertaubat dan menjadi mukmin.
Rasulullah lap air matanya dia tanya hati mu bagaimana wahai Amar?, Amar kata hati dia tetap dalam islam dan penuh keimanan, tiada unsur tidak meyakini Iman pada Allah, tiada unsur syirik dan kafir...Rasulullah cakap kalau mereka suruh sekali lagi, sebutkan apa mereka nak, insya Allah tiada dosa.
Dipaksa murtad dan boleh dibunuh - 2 pilihan boleh buat
1. Tolak paksaan tersebut - Summayah , Yasser, Bilal bin Rabah,
Abdullah b Huzaifah as Sahmi ( Raja Rom suruh masuk kristian - dah akan kongsi kerajaan dan kekuasaan termasuk tanah arab dan jadi raja dan kahwinkan dengan anaknya - tulisan Ibnu Katsir) - apa katanya, kalau beri semua yang engkau miliki dan semua orang arab miliki untuk murtad, aku tak akan melepaskan agama yang dibawa Nabi Muhammad. Dia tak tergoda. Dia tetap dengan pendirian.
Raja Rom arah untuk disalib dan dipahat....kemudian raja rom kata kalau kamu murtad, aku akan lepaskannya...Raja Rom suruh turunkan nya dan suruh masukkan tentera islam masuk dalam minyak yang panas,,,hangus dan tinggal tulang tentera Islam itu didepannya.
Raja rom tanya lagi, mahu ke masuk dalam kuali atau nak murtad?. Raja Rom kagum...dia kata kalau awak cium kepala saya (Raja Rom ) akan selamat dia dan tentera orang islam, dia pun pikir, dia pun buat dan mereka dilepaskan. Ketika sampai ke Umar B Khattab dan dia menceritakan kisah itu, Umar suruh semua orang mencium kepala Abdullah dan dimulakan dengan S Umar.
Point - ketika kita dipaksa, kita ada pilihan
1. Tolak paksaan dan berpegang teguh - balasan hebat dan dahsyat
2. Menerima paksaan dengan syarat hati tak kecederungan pada apa yang ditawarkan -ini melibatkan nyawa - menerima rukhsah/keringanan , menerima untuk tujuan menyelamatkan diri/nyawa. Kena jaga nyawa - maqasid syariah. ** bukan untuk habuan dunia
Artis Islam murtad masuk kristian, sebab jatuh cinta dengan orang bukan Islam. Ini HARAM. Tidak dibenarkan kahwin dengan pasangan bukan Islam. Jangan sekali menjual agama /akidah kita untuk habuan dunia termasuk harta kekayaan.
Dari segi tadabbur, ada situasi tertentu, mukmin produktif ada dalam keadaan terpaksa /sukar untuk putuskn apa yang perlu buat, perkara asasi melibatkan nyawa dan ketika itu ada pilihan pada waktu itu. Allah memberi kita pilihan -
1. nak kukuh pada pendirian
2. mengalah demi kebaikkan. Seperti kes Huzaifah menyium kepala Raja Rom untuk selamatkan umat Islam.
Mukmin produktif bijak menentukan apa yang patut dibuat dalam situasi sebegini. Ada masa dia TEGUH dengan pendirian dan ada masa dia boleh tolak ansur. Bukan dengan satu sikap sahaja - sampai tak boleh kerjasama langsung. Tanazul - mengalah - seperti perjanjian Hudaibiyah di mana orang kafir untung, rugi pada Nabi, tapi Rasullullah mengalah....namun ada hikmah dan Allah ingin menganugerahkan kebaikkan dan kemenangan besar pada Rasulullah kemudiannya.
Ayat 107 - Allah menjelaskan lebih lanjut punca utama manusia murtad dan tak kuat pegang teguh pada keimanan - apa sebab? Lebih cinta dunia dari akhirat. Orang pilih murtad kerana habuan dunia yang dia bakal dapat dan rasakan itu akan buat hidupnya lebih tenang dan tenteram. Namun sebernarnya dia akan lebih sengsara wlpn hidupnya mewah dan mahsyur. Kisah ustaz di Indonesia, dia pilih murtad dan Allah tutup hati dan dia ungkap perkara hina /hentam Islam.
Ada orang sebaliknya, walapun dia diberi habuan dunia, dia tetap pertahankan keimanannya. Iaitu orang yang lebih cinta Allah dari manusia, lebih cinta akhirat dari dunia.
Punca orang tinggal islam/ ketaatan - Dunia dalam hatinya. Lebih cintakan dunia. berhati hti - Bila dunia dalam hati iman boleh terjual, aqidah boleh tergadai dan ketaatan boleh hilang. Jaga iman agar tetap tersemai dalam hati kita, tumbuh dan subur dalam jiwa kita sampai ktia rasa Allah sgt dekat dengan kita dan akhirat lebih hebat untuk kita.
Apa kesan orang yang murtad - susah peroleh petunjuk lagi- bila Islam telah ditinggalkan, walapun nampak hujah2 - Allah kunci hatinya, tutup hati - dia jadi malu untuk kembali pada Islam.
Hidayah Irsyad akan dinampakkan - keagungan Islam , Allah akan tunjukkan keburukkan agama barunya, Namun, tapi bila hati dipenuhi dunia , hati dah keras, dia tak boleh berubahnya - hidayah taufiq tak boleh masuk dah dlam hatinya ....Dia tak boleh berbuat sesuatu yang berat.
Kalau orang kafir dahulunya, kemudian dia dapat Islam, Macam mana mereka buat, lebih dari orang Islam. Contoh ustaz Ebit Liew. Allah akan bimbingnya sampai dia boleh melakukan apa yng mustahil untuk orang Islam lain buat.
Jangan sia siakan hidayah Allah kerana sangat mahal, sekali kita abaikan, susah nak dapat balik. Sekali dapat, pegang teguh dan amal dengan istiqamah.
Mukmin produktif sentiasa dan selalu mengisi hatinya dan jiwanya dengan kecintaan pada akhirat... Akhirat menjadi keutamaan, Apapun untuk akhirat walaupun di dunia mungkin dia akan rugi dari segi kemewahan. Akan lebih memilih akhirat. Dunia tak merosakkan hatinya. Hatinya sentiasa penuh dengan Allah dan akhirat.
Ayat 108 -
Allah menjelaskan lebih lanjut kesan dari murtad/kekufuran dari Iman -Allah kunci hati mereka, penglihatan dan pendengaran. Mereka akan menghindar daripada kebenaran. Dah dapat kebenaran hujah Islam, dia terus tepiskan. Allah dah kunci hati nya - penglihatan dan pendengarannya. Mereka itulah orang yang lalai - tak boleh lagi menerima kebenaran - semua dia buat perkara lalai/lagha/dosa - berat untuk nya lihat orang solat, pakai tudung secara syarie...penyakit hati yang serious.
Golongan Liberal - tak suka lihat orang ajar islam - suruh tutup tahfiz - hati sudah ditutup. akan selalu dalam keadaan lalai. Dari segi tadabbur - mukmin produktif amat menghargai nikmat hati, pendengaran dan penglihatan sehingga terhindar dari kelalaian,...guna sebaik baiknya nikmat ini.
Ayat 109-
Orang murtad adalah orang yang rugi di akhirat - orang yang menjual agama demi dunia. Sebagi muknim produktif- berusaha menghindarkan kerugian di akhirat, hilang dunia, boleh cari lagi ganti. tak takut dengan kerugian dunia. Rugi akhirat tak boleh diganti di akhirat nanti.
Kita berdoa agar dikukuhkan iman dihati kita, ditunjukkan kepada kita hidayah2 hingga kita lebih utamakan akhirat dan amalan yang diredhai untuk akhirat dan dihindarkan daripada godaan dan habuan dunia, istiqamah di jalan Allah. Dikurniakan Iman dan Istiqmah sepanjang hayat. Aamiin.
No comments:
Post a Comment