Wednesday, 22 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 116-118 : 22 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 22.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 116-118.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ ٱلْكَذِبَ هٰذَا حَلٰلٌ وَهٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

(An Nahl 16:116)

مَتٰعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
(Itu adalah) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka azab yang pedih.

(An Nahl 16:117)

وَعَلَى ٱلَّذِينَ هَادُواْ حَرَّمْنَا مَا قَصَصْنَا عَلَيْكَ مِن قَبْلُ ۖ وَمَا ظَلَمْنٰهُمْ وَلٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan dahulu kepadamu; dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

(An Nahl 16:118)

...........................................

Mukmin Produktif amat menjaga setiap perbuatannya, yang dia lafaz, tak berani nak cakap apa dari diri dia sendiri, Dia berpegang pada syariat dan berpegang kuat pada hukum haram dan halal dan tahu dengan jelas.Tidak mereka  sesuatu , rujuk pada Al Quran dan Sunnah jika ada yang syubhat. Dia menjaga diri dari syubhat - tinggalkan  - hati akan cenderung pada yang baik. Meninggalkan syubhat akan menyelamatkan diri. 

Ular, Singa, Binatang Liar - penjelasan dari Hadis Nabi
Juga dari kebiasaan orang Arab yang tak bertentang dari Islam

Usul Fiqh - adakah yang diharamkan untuk umat sebelum umat Nabi, juga diharamkan kepada umat Islam. 

Mahzab Shafie - ada tambahan mengikut hadis2 Nabi

Ayat 117 -
Orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah akan rugi. Mungkin bukan di dunia, tapi pasti di akhirat, kerugian yang besar dengan azab yang pedih. Dahsyat.

Dari segi tadabbur - Sebagi mukmin produktif yang mencari kebahagiaan akhirat.
tak tergoda dengan kesenangan dunia dan memakan yang haram untuk kesenangan dunia yang sedikit. Kita berusaha sungguh2 untuk mengikut hukum haram dan halal.
Lebah akan makan hanya yang bagus. Mukmin adalah seperti lebah. Kita jaga diri dari yang haram dan pilih yang betul2 halal dan baik. Lebah ambil hanya yang baik, dan dia dapat keluarkan benda yang terbaik ,iaitu madu. Makan baik, hasil baik. Hidup baik di dunia, di akhirat lagi jauh lebih baik

Jangan terpedaya dengan kebebasan orang kafir didunia ini, makan sahaja apa yang mereka nak. Kesenangan sementara sahaja dan mereka akan dihisab dan diazab dan akan terus sengsara sampai bila bila. Mukmin produktif fokus untuk memastikan kehidupan akhiratnya jauh lebih baik dari kehidupan dunianya.

Ayat 118-
Perkara yang diharamkan bagi orang2 Yahudi (sebelum Nabi Muhammad) - yang telah dijelaskan pada surah sebelum ini Al An Am 146. 
Perkara yang diharamkan - 
a. semua haiwan yang berkuku - burung helang, singa, harimau 
b. lemak sapi dan kambing ( tak boleh makan lemak kecuali yang melekat/dalam isi perutnya/tulang ) - boleh makan daging sahaja
Ini adalah kerana kezaliman dan kederhakaan mereka sendiri - Kami bertindak sesuai dengan tindakan mereka. Orang Yahudi banyak dihukum dan diseksa. Mereka sangat degil.
Meraka sangat engkar dengan ketetapan Allah.

Ulama berbeza pendapat - adakah apa yang diharamkan bagi orang Yahudi, diharamkan pada umat Islam. Ulamak ada khilaf . Ada Ulamak kata diharamkan juga untuk umat Islam

Allah mengingatkan orang mukmin supaya berhati hati dalam setiap tindakan. Kerana tindakan itu akan menentukan cara Allah 

Riwayat  Zaman Nabi Musa (Mungkin benar mungkin salah). Nabi ingatkan jangan terlalu percaya dan jangan pula dustakan. Untuk ambil iktibar

Pasangan suami isteri yang miskin susah dan derita bertahun tahun- satu hari mereka berbincang untuk jumpa Nabi Musa untuk mintak doakan mereka kaya dan hidup senang agar kami lebih taat. Mereka pergi jumpa dan minta Nabi  Musa doa, Nabi doa.  Allah makbulkan dengan syarat, iaitu hanya dapat kekayaan setahun sahaja. Mereka gembira dan juga gerun. Lepas tu terus jadi kaya, murah rezeki - ketika dapat kekayaan dia teringat pesanan Nabi Musa supaya hati2 - mereka pun bermesyuarat , suami kata - kita guna betul2, infaq betul2, sedekah habis2, gunakan kekayaan ini ke jalan Allah , kerana kita minta kaya untuk lebih taat -Betul, mereka bantu orang miskin , anak yatim dll - sibuk derma sini sana, sibuk dengan fisibillah, 1 tahun berlalu lepas tu berlalu lagi...mereka pun hairan, mereka jumpa Nabi Musa dan menceritakan hal mereka...mereka pelik, dah lewat setahun..tapi tak susah pun...bukan ke dulu kami akan susah lepas setahun...Nabi Allah Musa kata Allah suka dengan perbuatan mereka dan Allah tambahkan lagi

Nikmat Allah bila digunakan di jalan Allah, Allah akan jaga. Sikit atau banyak.  Takdir buruk diubah pada takdir baik. Ketetapan Allah Mubram (tak boleh ubah) dan Muallam (boleh berubah mengikut perlaksanaan kita)

Syukuri nikmat Allah, jika kita benar2 menyembah Allah - syukuri dengan berbuat amal soleh. Pastinya, Allah akan tambah. Tapi kalau kufur, azab akan pedih. Tak kisahla berapa yang Allah bagi, kita buat yang terbaik. Jaga tindakan. Jangan jadi macam orang YAhudi yang engkar dan kufur nikmat, Bagi nabi Musa dan Harun, selamat dari Firaun dll - Mereka tak sabar dan tak boleh tahan dengan satu jenis makanan - mintak bawang putih bawang merah, kacang pool dll . Allah turunkan man dan salwa, tapi mereka tak bersyukur dan kufur. Allah cabutkan daripada mereka nikmat.

Jangan tengok berapa kita dapat, tapi tengok bagaimana kita gunakan apa yang kita ada ke jalan Allah. Jangan sampai kemurkaan Allah. Mukmin produktif berhati hati dan menjaga response pada nikmat yang diperolehi.

























No comments:

Post a Comment