Monday, 27 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 119-122 : 25 JULAI 2020M

 Nota Perkongsian 25.07.2020

Tadabbur Surah An-Nahl ayat 119-122.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُواْ ٱلسُّوٓءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ تَابُواْ مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓاْ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nahl 16:119)

إِنَّ إِبْرٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan),
(An Nahl 16:120)

شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.
(An Nahl 16:121)

وَءَاتَيْنٰهُ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ لَمِنَ ٱلصّٰلِحِينَ
Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.
(An Nahl 16:122)

......................

Pertemuan lepas - Perkara yang diharamkan oleh Allah :  kita diharamkan melakukan perkara yang membawa pada syirik , kekufuran dan  kita diharamkan makan bangkai, darah, khinzir dan binatang yang disembelih bukan niat untuk Allah.

Allah memberi keringanan bagi orang dipaksa kepada kekafiran/kekufuran (hatinya tidak rela) dan juga kalau terpaksa makan yang haram kerana darurat, kalau makan boleh mati - memafkan dan tak kira sebagai dosa. Dimaafkan, dengan syarat hati dia cenderung pada keimanan. 

Ayat 119
Allah menambahkan keringanan pada manusia yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan dan kebodohannya. Beza kesalahan yang dibuat kerana jahil dan kesalahan yang dibuat walapun ada ilmu pengetahua tentang dosa itu. Dosa lebih besar dan dasyhat bila tahu tapi masih buat, itu perbuatan fasik, Allah tak beri hidayah pada orang yang fasik. Dosa lebih berat.  

Allah mengampun orang yang berbuat dosa sebab kejahilan, selagi mana dia bertaubat (syarat) lepas dia sedar dan berusaha untuk meninggalkan dosa itu sehabis baik dan memperbaikki dirinya. Dengan cara? menambah ilmu dan menghilangkan kebodohan. Beramal pada yang sahih. Allah mudah untuk menerima taubatnya, dan Allah bersedia memberi limpah kasih sayangnya.

Allah benci pada orang yang mempermainkan apa kebenaran yang dia  sudah ketahui. Perbuatan fasik. Dah tahu berdosa , tapi masih buat.

tadabbur - Mukmin produktif boleh sahaja lakukan kesalahan dan dosa. Tetapi dosa itu mungkin dibuat atas kekhilafan/tak tahu , tapi dia cepat2 bertaubat dan membaikki diri, bersedia untuk berubah. Bersedia menerima kesalahan dan memperbaikki. Beza orang kafir yang susah menerima kesalahan, dia akan limpahkan pada orang lain. 

Mukmin produktif kalau salah, akan mengaku kesalahan dan akan berusaha untuk memperbaikki diri dan membetulkan kesalahan. Allah suka mukmin seperti ini , iaitu yang mengaku kesalahan. Tidak mengaku kesalahan adalah seperti perangai Iblis.  Nabi Adam bila sedar terus memohon pengampunan dan bertaubat, dengan doa Rabbana Zalamna.....
Perbaikki diri dan istiqamah dengan kebenaran dan ketaatan.

Allah suka pada orang yang sentiasa bertaubat dan yang menyucikan diri...dia tak mahu lama2 dalam dosa. Kita mesti bersedia untuk memperbaikki diri.

SOALAN - bagaimana rawat sakit dengan Al Quran
Ayat- ayat syifa ada 7 
Ruqyah syariah - menggunakan ayat Al Quran dan doa Nabi 
Usaha untuk merawat orang yang sakit - cancer dll . Cara

Bersuci
Hadap Kiblat
Niat- apa yang baca sebagai penyembuh diri/ . Mudahan berkat bacaan akan mengangkat kesakitan
Al Fatihah
Awal Baqarah 102
Ayat Kursi
3 Ayat akhir Al Baqarah
Ayat2 Syifa
Surah Al Hasyr
3 Qul
Doa Nabi2

Ayat 120
Allah menjelaskan bantahan Allah terhadap orang Quraisy - yang mengatakan mereka berbuat syirik dan makan benda haram kerana datuk mereka Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail buat yang sama. Allah bantah - Nabi Ibrahim seorang yang taat, tak pernah engkar, dia tunduk yang patuh, orang yang lurus (hanifa), orang yang hati tulus untuk dapat redha Allah dan mencari kebenaran. Seorang yang baik da tidak pernah terlibat dalam perbuatan syirik. Tak pernah ajar untuk sembah berhala...penyelewangan sebahagian orang Arab Quraisy yang bawak sembahan (dia pergi parsi dan bawak balik berhala)...kemudian ramai yang ikut.

Pada suatu masa ada 365 berhala di Makkah. Bukan Nabi Ibrahim ajar dalam penyembahan berhala. Tauhid Nabi Ibrahim jelas, tak pernah melakukan perkara yang syirik. 
Doa Iftitah - kita lazimi tiap2 solat.

Manusia yang kita  mesti teladani selepas Nabi Muhammad adalah Nabi Ibrahim, kita sebut nama Nabi Ibrahim juga dalam solat kita. Salawat Ibrahimiyah. Mereka (Nabi Ibrahim dan keluarga) adalah teladan kita selepas Nabi Muhammad. 

Mukmin produktif berusaha sedaya upaya untuk teladani Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim sering disebut dalam Al Quran. Doanya banyak dirakam dalam Al Quran..doa untuk anak cucu, kota makkah dan umat. Terkenal Nabi Ibrahim..Halim*, penyantun dan sangat belas kasihan. Tak pernah doakan keburukan pada lawannya. Dia tak lawan, dia hijrah...dia pergi syam, palestin, mesir, makkah. Dia orang yang tak sampai hati tengok orang kene hukum..seorang yang Halim. Kajilah sirah Nabi Ibrahim (Al An Am, Hud) . Berjaya didik anaknya, Nabi Ismail dan keturunanya

Ayat 121
Allah menjelaskan dengan lanjut keutamaan Nabi Ibrahim , bukan setakat teladan dan seorang yang taat dah hanif dan paling utama dia hamba yang sangat bersyukur. Pentingnya syukur kita dah belajar pada ayat awal, Allah bagi contoh teladan hanba yang sangat bersyukur. Dia tak berhenti daripada bersyukur dan menggunakan nikmat2 dijalan Allah . Contoh orang yang menghormati tetamu, suka beri makan. Dia pastikan ada orang yang dijamu dirumah dia hari- hari. Hari2 masak, kambing yang gemuk sihat untuk tetamu makan. Dia guna semua nikmat sebaiknya, Ada ilmu dikongsi ada harta dia sedekahkan. 

Kesan pada ketaatan dan keteladanan dan kehanifan dalam beragama - Allah pilih dia diantara hamba2 nya yang hebat...Ulul Azmi - Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad . 

Pada bulan Zulhijah, peninggalan Nabi Ibrahim, ibadah Haji dan korban. Kalau ada harta dan tak buat ibadah korban, maka kita tidak teladani Nabi Ibrahim. Jangan kisah pasal mahal.
Jangan cari yang murah seperti orang kaya yang cari yang murah untuk korban,  kisah pakcik pakai basikal...orang biasa2, dia datang cari binatang korban yang mahal, taknak yang murah. Kita pilih yang terbaik , jangan bagi yang cincai. Semesti dengan Agama da untuk Allah , bagilah yang TERBAIK (BIR) - tak sampai Bor selagi tak infaq apa yang kita sayangi.

Kerana kesyukurannya Allah bimbingnya ke jalan lurus yang akan menghantarnya kepada Redha Allah dan syurga Allah.

Mukmin produktif  sangat pandai bersyukur dan menghargai - sampai Alah buka pintu hidayah dan kebaikkan sehingga menjadi hamba yang muqarabun,

Sesuatu mudah, nilainya kurang di sisi Allah, maka bersusah dalam mencari redha Allah. 

Ayat 122

Allah jelaskan kesan pada ketaatan, tauhid   -  Orang yang bersyukur, taat dan jadi teladan akan diberi kebaikkan dunia dan akhirat...habis satu kebaikkan, sambung kebaikkan yang lain, tak sempat buat kemungkaran...kebaikkan makin lama makin tambah dari segi quality dan quantity...kebaikkan ditambah - keamanan, ketenangan, kebahagian

Balasan orang bersyukur- Allah anugerahkan  kebaikkan di dunia dan akhirat dan dijadikannya di akhirat termasuk orang yang soleh.

Perkataan Soleh - Soluha - Baik/Layak/Patut - layak untuk dapat pahala. Amal soleh patut dapat pahala, orang soleh layak untuk dapat keredhaan Allah dan syurga Allah. Doa selalu pada Allah untuk jadi orang yang Soleh.

Seorang mukmin produktif, Insya Allah dengan ketaatan, keteladananya, ketauhidannya dan kesyukuran yang dia tanam dalam diri, akan mendapat kebaikkan dunia dan akhirat
Susah atau miskin takkan lama...Allah akan beri kehidupan yang lebih baik. Balasan yang lebih baik. Mari kita berusaha untuk menjadi mukmin yang benar2 produktif.















No comments:

Post a Comment