Monday, 27 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 123-124 : 27 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 27.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 123-124.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ ٱتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.
(An Nahl 16:123)

إِنَّمَا جُعِلَ ٱلسَّبْتُ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُواْ فِيهِ ۚ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang-orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi putusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu.
(An Nahl 16:124)
..............

Kita bersyukur sudah sampai penghujung surah, pertemuan lepas 119-122 , mengenai Nabi Ibrahim sebagai contoh teladan dan ikutan bagi umat Nabi Muhammad. Allah telah beri 9 SIFAT/perkara pada Nabi Ibrahim - 

1.  Allah panggil Nabi Ibrahim  'satu umat' hebat. UMMAH
-dia seorang sahaja beriman yang lain semua tidak pada zaman itu
- hebat keperibadiannya ,  menwakili semua manusia, naiseperti banyak manusia, semua umat manusia 
- paling dipercayai, dicontohi, diikuti, teladan 
- Beza dari segi tauhid

2.  TAAT pada Allah

3. JIWA TULUS - jiwa yang sangat tulus

4. Tak termasuk orang musyrik, dari kecil  sampai mati

5. Seorang yang pandai bersyukur - dengan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Dia tak tidor selagi tak belanja orang makan, mesti ajak orang makan. Akan tunggu orang untuk makan..pernah ajak malaikat yang benrnentuk manusia, ,orang itu kata dia ada penyakit kusta dan beritahu Nabi Ibrahim, apa jawapan Nabi, dia kata dalam keadaan kamu begitu, aku WAJIB beri kamu makan, kerana awak mempunyai kedudukka yang tinggi kerana diuji dengan penyakit. Cara pandang yang sangat baik. Sangat bersyukur

6. Allah pilih untuk jadi rasul utusan

7. Allah bagi petunjuk ke jalan yang lurus dan tak pernah menyimpang. Selalu ada pada jalan benar

8. Allah bagi pada dia kebaikkan dan keistimewaan di dunia - dengan penghormatan dan ikutan oleh orang Islam, orang yahudi, orang kafir  . Begitu tinggi kedudukannya di dunia. Tokoh yang dihormati. Ini sebab doanya sendiri, Surah AS Syuara  - Jadikan aku ini menjadi kenangan yang baik bagi orang yang datang lepas aku..Orang cerita hanya yang baik pasalnya - termasuk orang yahudi, kafir, quraisy

9. Di Akhirat, kedudukan BELIAU sangat hebat

Uamt Nabi Muhammad adalah umat yang mengikuti agama NAbi Ibrahim
1. Menolak syirik dan mengutamakan tauhid - Nabi Ibrahim sangat tegas dengan syirik dan mempertahankan agama tauhid kepada Allah - Teladan yang baik. Kita kene menolak apa jenis syirik pun. Jangan campur aduk, Ketepikan. Doa Iftitah - hanifan muslima - aku hadap wajah/serah/tunduk hanya pada Allah.

Syirik Akbar dan Syirik Asrar dan Syriki Harfi (Riyak) - Jangan terbabit, Mukhisi na Lahuddin. Murnikan niat dan tegas dalam bab syirik. USaha istiqamah dalam tauhid

2. Cara berdakwah yang sangat bijaksana berdialog dengan bapa dan kaumnya, ajak fikir secara logik, kisah dia pecahkan patung kecil dan cakap patut besar buat...kaumnya tak percaya...kemudian dia tanya, kenapa sembah tuhan yang tiada kuasa. Dia juga pernah dialog dengan Raja Namrud, hidup dan mati, Tuhan yang tenggelamkan matahari...Raja itu tak boleh membantah - Hujah yang menyebabkan musah dia bukam.
Sentiasa berdakwah, di kampung, di syam, di mesir, di makkah - hidupnya adalah dakwah - Dia terkenal sebagai orang yang lemah lembut, simpati, epmpati, tak sampai hati, tak pernah doakan yang buruk pada umatnya, semua doanya positif, zuriat soleh dll. Dakwah penuh himah dan bijaksana

3. Syariat Haji dan Umrah - Setiap tahun pergi ke Makkah, dia pergi tengok Hajar dan Ismail. Ini peristiwa ziarah Makkah dan Ibadat Korban. Semua berlaku pada zaman Nabi Ibrahim kita hidupkan kembali dengan ibadah haji, umrah dan korban

4. Hari Raya Mingguan - Hari Jumaat - 
Orang Yahudi dan Nasrani berselisih

Addin - Seluruh  hal hukum hakam, syariat, 
Luas - besar cakupannya
(hutang - agama umpama hutang pada Allah)

Millah (Mala - kecenderungan dan keinginan
Kebiasaan yang diamalkan, cara hidup nabi Ibrahim - dakwah, pengorbanan, usaha beri terbaik untuk orang sekiling

Puasa dan Solat kita tak sama dengan syariat  Nabi Ibrahim.

Surah Al Kausar -  Ibadah Korban sangat digalakkan. 

Ayat 124 - kesalahan orang Yahudi dan Nasrani - mengubahkan syariat ajaran Nabi Ibrahim..Raya mingguan dari Jumaat (Nabi Ibrahim), mereka tukar pada hari Sabtu. Mereka tidak ikut ajaran Nabi mereka.
Nabi Musa memerintahkan mereka untuk rayakan hari Jumaat - Satu hari, iaitu pada hari Jumaat - jangan kerja harian, khususkan untuk beribadat pada Allah. Mereka enggan menerima - perangai orang yahudi cuba menukarnya -Hari Jumaat- hari selesai menciptakan langit dan bumi - sempurna. Mereka cuba nak kiaskan Allah dengan manusia. Dia kata Allah ada kerja hari Jumaat, so sabtu lagi free nak layan mereka. Mereka berbeza pendapat, ada nak jumaat dan ada nak sabtu

Allah SWT selalu diminta pada setiap saat dan hari, dia sebok- itu tak menjadi masalah. Tiada namanya hari rehat, setiap hari dia sibok. Orang yahudi cuba menlogikakan dengan logik manusia.

Allah tak tidor, tak penat dan tak perlu akan rehat.

Allah menerima perminataan orang Yahudi agar hari sabtu untuk beribadah sahaja, ini ketetapan yang tegas. Allah uji pula dengan keluar ikan yang banyak ...mereka kemudian engkar dan mengambil ikan, terus mereka ditukar jadi kera dan babi

Orang Nasrani nak hari Ahad, taknak hari jumaat .
Mereka bertengjar dan bergaduh . Allah bagi petunjuk pada kita untuk menerima ketetapan hari Jumaat. Hanya perlu fokus pada time waktu solat Jumaat. Allah bagi kita kemudahan - hanya beberapa jam ditengahari...lepas tu pergi cari kurniaan Allah.  Masa solat jumaat dari khatib naik mimbar samai selesai, kene focus

Allah akan tunjukkan pada mereka, perselisishan mereka dan apa yang BENAR. Yang benar itu adalah ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW

Mukmin produktif akan tunduk dan patuh pada tiap perintah Allah dan RAsul, tak akan menolak. Orang Yahudi dan Nasrani cuba negotiate bab Ibadah...mintak discount. Mcm kanak2 yang mintak discount ibadah. Orang Mukmin merasakan ibadag adakalah nikmat, dia merasakan itu minimum, dia taqarub dengan Allah dengan amalan2 sunat. Yang fardhu tu hanya minimum order. Mukmin produktif takkan menyoalkan ketetapan syariat Allah dan Rasul. Dia melihat ketentuan Allah sebagai satu yang hebat dan himkah yang besar, menghargai dan menghormati. Perlu diterima dengan , redha, kelapangan dan kesabaran - pastinya Allah akan beri bantuan.



















No comments:

Post a Comment