Wednesday 19 August 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 125-128 : 29 JULAI 2020M

 Nota Perkongsian 29.07.2020

Tadabbur Surah An-Nahl ayat 125-128.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad SAW.


Bacaan:

ٱدْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلْحِكْمَةِ وَٱلْمَوْعِظَةِ ٱلْحَسَنَةِ ۖ وَجٰدِلْهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(An Nahl 16:125)

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُواْ بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِۦ ۖ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصّٰبِرِينَ
Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
(An Nahl 16:126)

وَٱصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِى ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.
(An Nahl 16:127)

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.
(An Nahl 16:128)

......................

Hujung surah sangat penting dan mustahak, boleh dikatakan sebagai kesimpulan surah An Nahl.Banyak pengajaran dan pelajaran kita dapati  dalam surah ini
mula dengan memahami konsep ketentuan dan ketetapan Allah yang semestinya ktia dapat hayati dalam kehidupan kita, sehingga kita dapat bersabar dan redha dalam mengharungi dugaan kehidupan ini.

Diberi pada kita contoh lebah sebagai perumpamaan/metafora bagi orang yang beriman, mempunyai sifat karekter lebah , hampir sama. Dilanjutkan dengan perbincangan dugaan Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Kemudian, didatangkan dengan contoh diantara nabi dan rasul  yang ulul Azmi, Nabi Ibrahim AS, untuk Nabi Muhammad  mengambil pelajaran darinya dan umatnya juga mengambil pelajara dari Nabi Ibrahim.

Kita disuruh oleh Allah SWT untuk mengikuti agama dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad, bermuara pada apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dahulunya.

Pada perincangan hari ini, antara ajaran Nabi Ibrahim yang perlu kita ikuti dan amalkan adalah DAKWAH. Mukmin Produktif (tema tadabbur surah An Nahl ) - ciri khas mukmin produktif ialah dia terlibat dalam dakwah. Dakwah merupakan bahagian daripada kehidupannya yang dia tak boleh lepas darinya. Dakwah akan membuat amal kebaikkan yang dia lakukan menjadi lebih dahsyat dan mantap dan bernilai. 

Ayat 125
Allah mengajar kita cara2 berdakwah yang baik. Perlu diperhatikan dalam dakwah - ajak/seru/meminta/berharap  agar orang ada dalam jalan Allah (bukan jalan/cara  kita) iaitu -Islam (yang dibawa Nabi Muhammad).  Ramaikan pengikut nabi Muhammad SAW. CARA macam mana? Beza orang,  cara pun beza. Kesimpulannya, orang dan cara disebut dalam ayat ini ,  mengikut Imam Ar Razi ada 3 Level manusia

1. Orang yang perlu dihadapai dengan hikmah (wisdom)- tahap ilmu yang paling tinggi - merupakan saripati daripada pengalaman2 dan ilmu2 yang pernah kita ketahui, yang digaulkan dan dicampur aduk kan hingga sampai pada satu hakikat yang pasti dan jelas, yang tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun jua. Menurut Imam Ar Razi, bila berhadapan dengan orang yang bijaksana, orang yang mempunyai ilmu yang tinggi  - kita perlu mendatangkan hikmah ini agar hati dia tersentuh dan tersentap dari kelalaiannya dari keingkarannya - dengan hikmah bijaksana.

2.  Orang yang boleh dihadapi dengan  nasihat pelajaran dan pengajaran yang baik, yang boleh dipetik dalam kehidupan sebagai contoh .. untuk Orang awam *(tak perlu pada bukti hikmah). Mereka boleh tangkap dan cerna pengajaran dan pelajaran yang baik. Ada orang awam kita tak boleh pakai bahasa keinsafan atau bahasa hikmah yang tinggi - susah nak dapat, jadi kita masuk melalui sesuatu yag bersifat umum dan pengajaran yang dipetik dari kehidupan orang disekeliling kita. Mauizzatul Hasanah - tak sampai ke tahap ilmu yang tinggi. Mukmin Produktif akan membezakan cara  dakwah dengan orang yang dia hadapi.

*Kalau nak bercakap dengan orang yang ilmu tinggi, Allah akan anugerah hikmah kalau dia ikhlas ingin menyampaikan agama Allah. Ada kebijaksanaan sendiri, dan Insya Allah ia dapat menakluk logika orang2 yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi

- 2 cara UTAMA diatas

3**. Untuk orang yang suka berdebat kasar/buruk - debat untuk menutup mulut orang yang memburukkan Islam. Perlu berhadapan dengan mereka dengan Ahsan (cara yang terbaik -jalan terbaik) agar menghadapi musuh yang menjatuhkan Islam dengan cara kasar dengan cara DEBAT (salah satu cara) - tapi ia bukanlah cara dakwah. Just in case kalau KENA. 

Rasullullah mengatakan berdebat akan mematikan hati dan susah terima kebenaran dan tak cenderung padanya. Pilihan terakhir untuk orang yang nak berlawan dan musuh yag ingin jatuhkan Islam dengan cara dakyah yang tak betul/buruk , maka perlu berdebat.

Agama ini, kalau sekiranya kita boleh terima dan faham dengan baik -  First, terima dan amal dan laksanakan ketentuan Allah.

Apa lagi yang perlu diperhatikan dalam dakwah   ? Tugas kita hanya menyampaikan SAHAJA. Hidayah adalah milik Allah. Peringatan Allah  di hujung ayat- Sesungguhnya Tuhan yang lebih tahu siapa yang sesat dan siapa yang dapat petunjuk. Kalau kita rasa apa yang kita sampaikan itu betul, sampaikan dengan ikhlas dan dengan keyakinan yang ianya datang dari Allah.

Memang tak selamanya apa yang kita sampaikan itu, orang akan terima. Akan ada pihak2 tertentu  yang akan susah terima kebenaran yang kita sampaikan, walapun kita sampaikan dengan hikmah dan dengan mauizzatil hasanah...dan juga sudah berdebat dengan cara terbaik..namun kita lihat, mereka tidak juga ambil jalan hidayah, maka ini ketentuan Allah, kita tak boleh buat apa2, tugas kita hanya berdakwah dan menyampaikan . Orang terima atau tidak, terpulang pada Allah SWT.

Dari segi tadabbur - Mukmin produktif akan cuba melibatkan diri /memainkan peranan dalam kerja dakwah - kalau tak jadi frontliner, mungkin kita berada di barisan belakang /tengah - banyak cara sekarang untuk berdakwah, dengan teknologi - share yang baik dah sahih. Tapi kene periksa dulu. Kene hati-2 , cari pada sumber yang benar dan yang kita kenal. Paling kurang, support para pendakwah, yang berkorban masa untuk dakwah, sampai tak ada masa untuk cari kewangan keluarga, maka kita cuba bantu mana yang boleh.

Soalan - Macam mana nak berdakwak pada non Muslim disekeliling kita? Kita tak cukup ilmu dan hikmah.

Dakwah bil Makal (Lisan/Bercakap) - ini bukan yang terhebat
Dakwah bil Hal  - ini terbaik/hebat. Ini dakwah dengan akhlak, budi pekerti, service, layanan , lemah lembut, bergaul baik - kita tunjukkan Islam adalah cara hidup yang baik dan tinggi. Kita seperti Duta Islam. Kalau buat dengan ikhlas, akan ada individu terkesan dengan usaha kita, orang islam sendiri dan orang bukan Islam.

Niat - moga jadi asbab bagi orang sekeliling akan kembali pada jalan Allah yang sebenarnya. Kenal Allah dan mengamalkan ajaran Islam.

Ayat 126
Dalam berdakwah, kita akan jumpa dengan individu yang kasar dan bertindak zalim pada kita. Imam Al Wahidi - ayat ini berkaitan beberapa peristiwa yang berlaku - peristiwa pembunuhan Hamzah (bapa saudara Nabi) dengan sangat kejam  (dicincang, ditebuk hati dia dikeluarkan oleh Hindon). Nabi Muhammad muncul sifat sedih dan perasaan untuk balas balik .  Nabi Muhammad berkata dia akan balas dendam dengan 70 orang Quraisy dia buat seperti Hamzah dan akan buat lebih teruk lagi. Allah turunkan Ayat ini, dia tidak tegur Nabi terus, guna bahasa yang tak langsung (bukan direct - orang ketiga).  Allah suruh balas dengan seumpamanya, jangan berlebihan. Mengajak Rasulullah untuk bersabar dan berlaku adil.

Ayat ini diturunkan sebelum ada kebenaran untuk berperang. (mengikut Imam Al Wahidi)
Larangan secara umum untuk semua agar tidak berlaku zalim pada musuh.

Kita dibenarkan untuk membalas dan sesuai dengan fitrah asal /semulajadi manusia...namun itu bukanlah akhlak mulia.Sifat asas manusia dan Allah meraikan itu. Islam sesuai dengan fitrah. Ada masa kita perlu tegakkan hukum, kita kena tunjukkan kita bukan orang yang boleh dipijak pijak dan dizalimi, perlu melawan, perlu menunjukkan kekuatan sendiri - maka apabila ingin membalas dan  menunjukkan kekuatan,  - kene JAGA -jaga batasan, jangan melampau.

Satu lagi guideline  Allah dalam ayat ini-
Namun, apabila kamu boleh bersabar (meninggalkan balas dendam) , itu lebih baik bagi orang2 yang bersabar. Meninggalkan balas dendam dan bersabar dengan cabaran/ kezaliman orang adalah lebih baik -  lebih utama, lebih afdal dan lebih baik. Iaitu kita tak balas dan tak dendam. Kesabaran adalah lebih baik bagi orang2 yag bersabar. Memaafkan kesalahan orang adalah lebih baik dan darjat tinggi. Namun, dalam keadaan tertentu, kita balas untuk beri pengajaran , dibolehkan. Namun itu bukan terbaik.

Perintah sabar itu wajib? Kalau tak sabar - berdosa ke?. Sabar adalah sikap yang mulia dan afdhal. Allah  suka pada orang yang sabar. Allah bersama orang yang sabar. Sabar memang perintah Allah. Sabar akan menaikkan darjat kita di sisi Allah. Kalau tak boleh sabar, yang rugi diri kita - akan menyakiti dan merosakkan diri kita- panas baran kesan pada diri. Kena mendidik diri untuk sabar. Kerana jika tidak akan memudaratkan diri sendiri.

Berdosa?tidak, Namun kalau tak sabar, marah/bertindak kalau tak bertempat dan berlebihan adalah berdosa. 

tadabbur -
Mukmin produktif  sentiasa berhati hati dalam urusan, dia mungkin emosi pada ketika dia dizalimi - perasaan tak puas hati dan marah - bertempat  - Hukum Qisas - kene sama dan jangan melampau. 

Mukmin produktif pasti ada emosi marah, sedih dan sempit. Namun, Dia cuba kawal diri, hingga dia dapat sabar. Sabar itu akan bawak pada yang HEBAT dan TERBAIK. Sabrun Jamil . Kisah Nabi Yaakub, Nabi Yusof - dibuat macam2 tapi mereka sabar dan dapat hasil yang TERBAIK. Inilah nilai sabar. 

Ayat 127
Rasulullah juga emosi, Nabi Musa juga .

وَٱصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِٱللَّ
Allah turunkan ayat Al Quran untuk mendidik Nabi Muhammad SAW , bila sampai ayat ini kenangkan Nabi dan ambil didikan untuk diri kita sendiri. **Kesabaran itu merupakan anugerah Allah - Orang tak akan dapat sabar melainkan dengan taufik dan pertolongan /bantuan Allah. 

Kita takkan boleh sabar, melainkan dengan pertolongan Allah. Sabar itu berat, ramai tak dapat capai. Nabi pun disuruh untuk bersabar dan bersabar dengan pertolongan Allah.
Rajin berdoa untuk Allah kurniakan kesabaran pada kita.
Doa Nabi Daud  dalam perang dengan pasukan Jalud - Anugerahkanlah kami kesabaran, kukuhkan kedudukan kami dan tolong kami terhadap orang kafir.

Mintak dengan Allah banyak2 untuk bersabar - dalam hadapi kerenah keluarga, kerja dan perniagaan.

Almarhum Ustaz Ismail Kamus mengatakan
Semua doa yang terlontar dari mulut kita, Allah makbulkan. Allah gerakkan hati kita untuk berdoa. Ketika kita berdoa, Allah makbulkan.

Allah mengingatkan Nabi - Janganlah kamu bersedih terhadap mereka (pemergian saudara dan sahabat yang tewas di perang Uhud - kematian Hamzah dengan kejam) Mereka mati dijalan Allah dan mati syahid dikurniakan syurga.

Jangan sangka orang mati dijalan Allah itu mati, mereke dihidup disisi Allah.

Allah mengingatkan Nabi agar  jangan sempit dada /hati disebabkan marah kepada orang Kafir . Allah minta kekal tenang dan sabar.  Jangan sedih dan sempit dada. Kita kena lapangkan dada atas segala tipu daya dan kezaliman orang.

tadabbur - MP dapat bersabar disebabkan taufiq dan pertolongan Allah. Dia sedar Sabar itu anugerah Allah dan dia sentiasa berdoa untuk dikurnikan  sabar dan lapang dada. Sabar yang benar akan menghilangkan kesedihan dan kesempitan. Akan lapang dada dan perasaan kita.

Ayat 128 - terakhir - kesimpulan daripada mukmin yang produktif - MP bahasa lainnya ialah mukmin yang bertaqwa dan mukmin yang mohsin - yang berbuat kebaikkan dan suka melakukan kebaikkan . 

Allah akan bersama orang yang bertaqwa dan bersama orang yang berbuat baik - Bersama disini bermaksud - Allah akan sentiasa bantu, menolong, naikkan darjat, kurniakan nikmat - tanpa terasa, ujian kehidupan akan dilalui dengan mudah - bermacam-macam ujian , dia dapat keluarkan diri dari ujian itu dengan baik sebab dia seorang bertaqwa dan berbuat baik. Allah sentiasa bersamanya.

Kata Imam Al Razi - MP menjaga hubungan baik dengan Allah  SWT dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah dan MP  mukhsinun-  berbuat baik pada makhluk, menjaga hubungan dangan manusia -  keluarga, jiran dan masyarakat . Cantik ayat Allah diakhiri dengan perkara ini , kesimpulan pada seluruh surah An Nahl. 

Perintah Allah awal suruh Syukur dan diakhir disuruh Sabar.  Syukur dan Sabar tidak boleh dipisahkan. Dua2 penting utk menghadapi kehidupan dunia. Maka orang bertaqwa adalah orang yang bersyukur, menyedari nikmat2 Allah, guna  segala nikmat Allah dijalannya dan tak pernah lupa untuk memuji dan bertasbih  DAN dia sentiasa bersabar dengan segala  macam ujian sampai keakhirnya .(sunatullah dalam kehidupan dunia).

Orang bertaqwa sentiasa memperoleh Rahmat dan kurniaan Allah SWT.

Khatam Surah An Nahl. Alhamdulillah. 
Moga bermanfaat untuk kita  lebih dekat dengan Allah,  dan bantu  lebih taat dalam beramal untuk dunia dan akhirat kita. 

Aamin.
Jzkk












 










No comments:

Post a Comment