Thursday, 14 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 22 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 15.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 22(15.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 51-55
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat hissiah & maknawiah. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW  dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

۞ وَقَالَ ٱللَّهُ لَا تَتَّخِذُوٓاْ إِلٰهَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَإِيّٰىَ فَٱرْهَبُونِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".

(An Nahl 16:51)

وَلَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا ۚ أَفَغَيْرَ ٱللَّهِ تَتَّقُونَ
Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk-Nya-lah ketaatan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertakwa kepada selain Allah?

(An Nahl 16:52)

وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ ٱللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْـَٔرُونَ
Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.

(An Nahl 16:53)

ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain),

(An Nahl 16:54)

لِيَكْفُرُواْ بِمَآ ءَاتَيْنٰهُمْ ۚ فَتَمَتَّعُواْ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).

(An Nahl 16:55)

Tafsir:-

Selepas Allah menjelaskan tentang makhluknya yang taat pada ayat sebelumnya. Allah menjelaskan kepada semua supaya jangan sembah selain Allah.
Pada zaman Nabi SAW ada agama yang menyembah banyak Tuhan, golongan majusi - yakin ada tuhan kebaikkan/ cahaya (aru mazda) dan tuhan keburukkan/kegelapan (hariman). Allah mengingatkan bahawa hanya ada ! Tahun - segala kebaikkan dan keburukkan dari Allah. 
sebab datangnya baik buruk berbeza. Jangan bezakan . Kafir Quraisy juga begitu. Alam Nusantra ada keyakinan Animisme (roh baik dan roh buruk), roh baik sembah cara ini roh buruk ada cara sembah lain. 

Kenapa manusia sembah selain Allah , kerana ada perasaan takut, takut yang tak betul disalurkan pada bomoh, pokok dll, sebab syirk

2 jenis takut
Positif- Rasa takut mengecewakan Allah, Takut kita buat Allah murka, Berusaha untuk mencari keredhaan Allah. Redha Allah lebih besar
Negatif- 
Takut Tabii - Takut semulajadi - takut pada perkara yang memang boleh bawa pada mudarat. Nabi Musa takut Firaun dan Ular
Takut Ghairal Tabii - Takut pada sesuatu yang mana tiada mudaratnya melaikan Allah izinkan. Perkara pada asasnya tiada mudarat. Takut gelap, naik kereta, naik plane
Ini diluar kebiasaan dan ada gangguan pada orang tersebut. Selalunya ada gangguan syaitan.

Ramai orang salah menyalurkan rasa takut ini. Semua rasa takut kene pulang pada Allah. Hanya DIA boleh datangkan mudarat dan dan datangkan kebaikkan
Besarkan TAKUT pada Allah, takut yang lain akan mengecil. Nampak aneh sedikit terus dan gerun. Ini negative. Lagilah kalau takut menyebab

Takut hanyalah pada Allah. Bukan dengan yang lain. Kenapa? Segala yang ada di langit dan bumi adalah miliknya. Semuanya dia punya dan dia berkuasa atas segalanya. Tiada yang terjadi tanpa Izinnya 

Orang beriman keberaniannya lain macam. Sekarang Covid 19 ada mudarat
Hati kita yakin covid 19 milik dan makhluk Allah, kita bergantung pada Allah agar menghindarkan kita dari penyakit ini. Doalah dengan doa yang diajar Nabi.
Segala hanya berlaku dengan izin Allah. 

Biasanya orang ketakutan dan salah menyalurkan perasaan itu, buat sesuatu pada apa yang dia takut. Kadang buat perkara bersifat ibadah...cth bagi sajian pada pokok yang ditakuti.

Ibadah,rasa takut  dan ketaatan hanya /wajib/mesti untuk Allah selamanya dan semata mata BUKAN untuk selainnya . Mengapa takut pada selain Allah


Beza takut
Farhabun* - Takut yang umum , gerun pada sesuatu.
Fattaqun - Takut yang diringi oleh tindakan/amalan - sajian/ritual untuk sesuatu

JANGAN, hanya pada Allah objek taqwa manusia

Surah Al  Mudatsir, 56*

Mintak hanya pada Allah untuk pengampunan dosa dosa kita. Hanya Allah sahaja berhak dan layak untuk mengampunkan dosa2.

Apa jua ykebaikkan yang kamu dapat , ianya dari Allah. Ketika kamu ditimpa keburukkan, jangan cari Tuhan lain, tetap meminta pertolongan dan  perlindungan dengan Allah. Keburukan ditimpada Allah untuk mu sebagai ujian.

Ada juga manusia, pada time susah/gerun, dia mohon pada Allah. Namun bila dah selamat dari situasi susah itu, dia kembali syirikkan Allah. Ada orang mensyirikkan Allah masa susah (minta pada selain Allah) dan ada yang meminta pada Allah masa susah dan masa senang mereka syirikkan Allah. Lepas diangkat Allah kesusahan, mereka melakukan syirik.
Allah kata, biarlah mereka KUFUR pada segala nikmat dan bersenang senanglah , nanti kamu akan tahu akibat perbuatan kamu 

Tadabbur:-
Semalam ada bincang pada ayat 48-50, bagaimana orang beriman dengan mengambilkan iktibar Alam dan Makhluk lain di muka bumi dan Juga Malaikat. Malaikat adalah makhluk yang patuh, dicipta akan taat dan takkan pernah derhaka

Ada 2 ketataan
1. Paksaan -  Ketaatan ala- Iradiyah dicipta oleh Allah seperti itu - tiada pilihan
2. Ada Pilihan -  Ketaatan Iradiyah  - dimana kita diberi pilihan untuk lakukan ketaatan atau tidak. Inilah beza manusia dengan mahkluk lain
Kerana ada pilihan akan ada ganjaran /
Ketaatan ini menjadi keistimewaan makhluk

Keadaan2 dan Kedudukan hati yang perlu kita capai untuk DEKAT dengan Allah
Sabar, Tawakkal, Redha, Tawadduk, Khauf(Takut), -- Ikhlas (semurninya)

Setiap peringkat hati kita, kalau betul akan makin mengenalkan kita pada Allah dan kedudukan Allah dimata kita. Kedudukan Apa ? Kedudukan yang bahawa HANYA dialah segalanya. Makin mantap Tauhid kita pada Allah dan makin kita bezakan hak Allah dan hak Makhluk - kalau tak betul, tak tahu beza apa yang datang dari Allah atau dari manusia/makhluk
Takkan buat RIYAK. Bila betul, semakin Jelas , takkan syirik - syirik akbar dan syirik (Riyak)

Bila Ikhlas sebenarnya- takkan syirik pada Allah
Orang yang ikhlas ini nanti akan rasa bahawa takutnya adalah kepada Allah
samada permulaa takut bersifat risau/gundah gulana - tak risau sangat pada dunia, dia risaukan syirik - apa yang dibuat /niatnya agar tidak bercampur

Ikhlas - 3 peringkat
Pra Beramal - perbaikki niat untuk betul2 cari redha Allah untuk Allah suka..sebab nak membalas kebaikkan Allah

Semasa Beramal - Biasanya masa amal, akan datang was-was/ujian/cabaran - sebabkan kita nak give up dan patah semangat. Kalau ikhas kita betul, kita akan Istiqamah - tidak berhenti atau terpengaruh dengan pujian dan kejian orang. Istiqamah sampai jadi. Akan fokus sampai capai apa yang kita muhukan. Orang ikhlas akan jaga niat dan hatinya dari pujian dan pertikaian

Pasca Beramal - Jaga niat berterusan . Hanya kepada Allah. Buang ujub, su'mah.
Perasaan2 (marah, sedih,dll) sedang dan selepas amal adalah BIASA, 

Nabi kata Allah akan memaafkan perasaan2 ini - fikiran yang muncul ini biasa
1. selagi dia tak ungkapkan (diungkit). Kalau simpan dan doa pada Allah, minta perlindungan Allah. kadang Allah  datangkan  perasaan itu untuk kita berhubung dengannya untuk mintak tolong

2. Selagi tak buat perbuatan atas perasaan itu. Kalau buat, boleh merosakkan amal

Ikhlas ada 2
Ikhlas Kasbi - Mukhlisin (Orang) - Perlu usaha dan mujahadah mengahdapai cabaran dan menjaga hati dari ujub sum'ah . Bila kita sungguh2 nak cari redha Allah, nanti Allah akan anugerahkan pada kita Ikhlas.

Ikhlas Wahbi- Mukhlasun -  Orang yang telah dianugerahkan Ikhlas dari Allah. Mudah baginya iklhas dan dia istiqamah. Ikhlas ini diberi pada Nabi dan Rasul ..Wali. Allah jadikan mudah dan dipilih untuk ikhlas. Mudah dan ringan pada dia. Senang bagi dia untuk ikhlas. Tak terkesan. Amalan consistent dan istiqamah.

Kita? Masih berperang /fight ke kita dalam keikhlasan kita? YA - Kita dalam tahap Ikhlas Kasbi - kita usahakan memurnikan niat kita hanya kerana Allah.

Allah akan keep upgrade keikhlasan kita dengan ujian lagi. Itulah Ujian keiklasan - kalau faham ,jangan DOWN dan putus asa - Bila putus asa kita rugi .Orang yang skip dengan apa dia perlu buat...rugi. Mulanya niat dia betul. 

Diuji keikhlasan kita dengan perkara2 yang berlaku masa kita buat sesuatu amalan.
Allah uji kualiti keikhlasan kita, kalau dapat jaga sampai keahkirnya amalan itu - ganjaran besar

6 Kategori Amalan (Tengok video ustaz - review buku - bicara santai - Dabibunamal - bincang riyak dan ikhlas.)
1. Ikhlas (tiada campuran riyak langsung) - awal ke akhirnya
2. Riyak (dari awal ke akhir) - amalan bukan tujuan 
3. 

وَلَهُ ٱلدِّينُ وَاصِبًا
tanda orang ikhlas - Semua dan Setiap ketaatan dan perbuatan hanya kerana Allah

Esok - Tadabbur 52 dan selanjutnya insya Allah
















Tuesday, 12 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 21 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 14.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 21(14.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 48-50
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

أَوَلَمْ يَرَوْاْ إِلَىٰ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ مِن شَىْءٍ يَتَفَيَّؤُاْ ظِلٰلُهُۥ عَنِ ٱلْيَمِينِ وَٱلشَّمَآئِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دٰخِرُونَ
Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?
(An Nahl 16:48)

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِى ٱلسَّمٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ مِن دَآبَّةٍ وَٱلْمَلٓئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri.
(An Nahl 16:49)

يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ۩
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka).
(An Nahl 16:50)

Tafsir:-

Ada ayat sujud sajadah (kita disunatkan untuk sujud tilawah) - bukan wajib, kalau ada kesempatan dan keluasan , sunat buat dan akan dapat pahala . Kalau takde ruang, perlu ke ganti dengan cara lain , ulamak ada kata tak perlu, Imam Al Ghazali kata perlu ganti dengan zikir, 4T (Tasbih, Tahmid, Tahlil , Takbir).

Allah mengecam  orang kafir quraisy  (setelah mereka rasa aman dengan rancangan jahat) dan bertanya (soalan majazi - istifam ingkari ) - mengecam mereka kerana tak berfikir dan memperhatikan kejadian alam dan ciptaan Allah yang lain termasuk bayang2 berbolak balik dari kiri ke kanan. 

Di Arab kesan matahari dan bulan nampak jelas - langit mereka jarang ada awan dan jarang hujan. Malam nampak bintang dan bulan clear. Penyair arab mengungkap kecantikan dengan bintang dan bulan 

Allah mengajak mereke perhatikan setiap ciptaan Allah dan bayang2 dan semua itu (bayang ke kiri dan kanan adalah tanda sujud mereka pada Allah SWT dan mereka rasa kerdil kecil dan rendah diri, ikut ketetapan Allah . Mereka mengikut semua arahan Allah. 
Mereka menerima dan membantah

Mahkluk ciptaan Allah mempunyai bayangan yang mengikut posisi matahari dan bulan. Mereka ikut ketetapan Allah dan merasa kerdil , tak membantah dan menerima. Kenapa Orang Kafir tak perhatikan itu? Kenapa tak terima Nabi Muhammad sebagai utusan Allah

Berbeza dengan manusia kafir, ketentuan Allah mereka bantah. Semua makhluk Allah di langit dan bumi sujud  tunduk pada Allah. Semua yang ada dilangit dan bumi  (hidup dan yang mati) kecuali Jin dan mnusia - susah rendah diri untuk menerima ketentuan Allah

Allah cipta 3 makhluk utama :-
Malaikat - semua sujud dan performance terbaik
2 makhluk Allah yang diberi tanggungjawab dan akan dihisab
Jin - majority mengingkari ada yang sujud
Manusiamajority mengingkari ada yang sujud
Jin dan Manusia ada taklif/tanggungjawab dan akan 

Malaikat makhluk yang terbaik.  Namun, Manusia lebih baik kalau ikut cara jejak langkah malaikat
Manusia  diberi keistimewaan malaikat dan haiwan dan ada 2 kecendenguran /nafsu
1. Ikut Malaikat -
2.  Ikut Haiwan - (tiada akal) . Manusia ada akal , tapi kenapa bertindak macam haiwan

Allah jelaskan keistimewaan Malaikat
Sifat Malaikat selalu  rasa takut pada Allah yang berada di atas mereka
Melaksanakan setiap perintah Allah tanpa membantah
Ayat ini mengajak orang kafir memahami ciptaan Allah yang sentiasa tunduk dan patuh pada Allah

Tadabbur:

Ayat 48
Semua makhluk ciptaan Allah ada bayangan ayng berbolak balik dari kiri ke kanan - Allah menciptakan sesuatu gunung pokok dll ada bayang disebabkan faktor luar, iaitu matahari dan bulan.

Bayangkan kita sebagai mahluk Allah yang ada faktor luaran yang ada pada kita:-
Kanan - nikmat
Kiri - ujian/musibah
Bahasa Arab - *yamin - singular * Shamail -Shimal- jamak
Banyak ujian dan musibah yang kita hadapi dalam kehidupan kita

Apakah yang perlu kita lakukan?. Ingat makhluk lain ciptaan Allah (gunung, pokok) menerima , dia menerima ketentuan. Bayangan digambarkan sebagai manfaat . Datang ketentuan Allah dari segi nikmat atau ujian, dia terima dan dia terus memberi manfaat. Tunduk dan patuh pada Allah. Ketundukan dan kepatuhannya dan usahanya untuk memberi manafaat pada sekeliling sebagai bukti SUJADAN (sujud dan tunduk pada Allah).

Ktia orang beriman, bila terima ketentuan baik dan buruk, kita berusaha untuk beri manfaat pada orang sekeliling itu segai manifestasi rasa ketundukkan kita pada Allah. Sujud adalah ibadah. Bila kita dapat terima dan takdir Allah dengan hati lapang  dan redha , dalam masa sama tetap usaha memberi manfaat - itu ibadah yang sanat besar. Ibadah bukan hanya ibadah fisikal, Bila kita berjaya menenangkan hati dalam

Allah kata sabar itu pahal besar, besar dari ibadah lain. Bila kita dihadapkan nikmat atau
aku perlu hadapi  dengan hati yang lapang dan redha. Ini ibadah aku pada Allah SWT - bentuk sujud dan ketaatan pada Allah. Kita terima apa jua itu sebagai kekuasan Allah .Menerima ketentuan Allah adlaah langkah positif untuk hidup tenang dan bahagia di dunia dan akhirat.

Salah satu cara menghancurkan kesombongan kita dengan ujian.
Allah datang ujian untuk latih kita untuk buang kesombongang di hati kita. Kalau betul proses penyucian diri kita , kita akan rasa KEBESARAN Allah dan kita tiada ada apa2

Apabila kita mampu redha pada setiap ketentuan Allah , itu adalah ibadah yang hebat . Ibadah bukan sahaja rukuk dan sujud sahaja 

Kedudukan HATI (Ibadah Hati)
1. Sabar
2. Tawakkal
3. Redha - ibadah besar dan hebat ketika kita boleh terima segala takdir Allah
4. Tawaddhuk - tahu kedudukan dan posisi. Meletakkan sesuatu pada yang patut. Melatakkan posisi diri sesuai pada dirinya
5. Takut (Khauf) يَخَافُونَ - Takut hendak mengecewakan Allah

Gabungkan Ibadah Zahir  (Solat, Puasa, Infaq,Zakat, Haji) & Ibadah Batin (Sabar, Tawakal & Redha)- Inilah orang yang BIJAKSANA dan HEBAT. Akan berjiwa besar dan akan nampak beza dari orang lain. 

Bila kita bekalkan diri kita dengan melatih diri untuk sabar, tawakkal dan redha terhadap ketentuan Allah akan jadi orang yang hebat - maksudnya orang ini sedang menguatkan nafsu malaikat kita dan sedang  menaikkan darjat diri  kita pada darjat malaikat malah lebih baik dari malaikat sebab malaikat takde nafsu (kita boleh jadi macam malaikat atau macam haiwan)

Tawadduk Maqam Hati - lawannya sombong
Tahu level dan kedudukkanya, posisinya
Meletak posisinya sesuai dengan keadaan dia

Kalau keadaan tak tahu, dia akan cakap tak tahu.

Nafsu Malaikat kita- kita kene train dan jaga, sebagai kayu ukur untuk Allah menaikkan darjat kita
- boleh diturunkan /dijatuhkan oleh Allah kepada  serendah dan  sehina hinanya , bawah dari haiwan kerana menturuti nafsu haiwan dan kita  bolen dinaikan lebih  tinggi dari malaikat, bila memperkasakan nafsu malaikat.

Keinginana jadi orang baik , yang Allah redhai dan Semua KITA ada Keinginan - dekat dengan Allah, lebih taat,  melaksanakan perintah, ADA, cuma keinginan kita berlawan dengan keinginaan nafsu haiwaniah - releksla, makan banyak, tidor, golek, tak buat apa .. nafsu syahwat....
**Kunci untuk jadi lebih baik 

Akhir daripada kebaikkan jiwa kita, kedudukan kita yang makin meningkat adalah SUJUD, merendahkan diri dengan Allah.  SUJUD  - amalan makhluk Allah yang lain - (pokok, semut, gunung dll)

Kita yang faham prinsip ini, menyebabkan kita makin berusaha beribadat
Kesan tawaduk kita makin merendah diri dengan melaksanakan perintah Allah Merendahkan diri dihadapan Allah . Kesan tawadduk dll kita makin rendah diri dan melaksanakan perintah Allah dengar sukarela

Sujud pada Allah mengingkuti gelombang alam, serasi dengan alam.   

Bila kita sujud patuh, hidup kita serasi dengan Alam dan hidup akan balance. Makhluk Allah lain redha pada kita dan akan bantu kita, urusan kita semakin mudah. 

Manusia sekarang enggan ikut rentak alam semulajadi ciptaan Allah dan jadinya kerosakkan dan peracnggahan alam v makhluk manusia - kesan kerosakkan : covid19 , dll. 
Hasil manusia membelangkangi kebesaran Allah , ketentuan dan perintah Allah.

Apabila kita fahami ini , kita makin rajin ,Kita makin sujud dan makin rendah diri...rasa diri kita sama dengan mahluk lain. Allah suruh solat 5 waktu

Subuh - lepas habis malam / malam berlabuh, kita pun sujud
Zuhur - bayang matahari tunduk...kita pun sujud
Asar - juga macam itu
Maghrib 0 juga macam itu
Isya -
Ketika kita solat 5 waktu kita ikut  rentak seluruh alam yang bersujud pada Allah pada tiap ketika. Bila tak solat, kita buat bertentangan  dengan Alam .Bercanggah dengan alam ciptaan Allah.

Hati yang sabar, tawakkal, redha, tawadduk  melahirkan jiwa yang TUNDUK dan SUJUD dan mahu melaksanakan perintah Allah dengan penuh semangat.

Ciri khas malaikat- tak sombong dan menerima ketetapan Allah. Dia tahu posisinya, dia hanyala pelaksana. Umpama macam robot. Diciptakan untuk apa yang dia diarahkan buat,

Dia dicipta untuk membuat tugasan khas untuknya. Contoh malaikat cabut nyawa akan hanya cabut nyawa. Makhluk yang sangat patuh. Tak pernah sombong. Tahu diri . Tak pernah complain.  

Tawadduk (level) - tahu kedudukan/level kita.  Kita adalah Hamba Allah. Redha pada tiap ketentuan Allah. Diingatkan Redha amalan hati, dari segi perbuatan/tindakan usaha anggota lain mesti diteruskan untuk menarik da  memohon kebaikkan2

Sifat Malaikat - Takut
Takut ada dua jenis, positif dan negative

Takut Positif- sebab kita tahu perkara itu paut kita takutkan
hampir**seperti takutkan mak dan ayah, bila kita diberi segala kasih sayang didikan nafkah dan kebaikkan - sebagai anak , kita takut mengkecilkan hati  dan buat mak ayah kecewa sedih dan marah pada kita. Kerana dia dah buat apa yang patut pada kita, takkan kita nak kecewakan.

Takut kerana tahu betapa baiknya dia pada kita. Takut pada Allah kita tahu Allah baik sangat pada kita. Semua kita perlukan, dia sediakan
Allah beri segalanya, Pemurah dan Penyayang  - segala kebaikkan - patut ke kita derhaka? sampai hati kita nak buat engkar setalah apa yang kita dapat? Tidak patut. Kita dah banyak bagi pada kita. Takut dan tak sampai hati

Takut ini menyebabkan kita jaga jaga untuk tidak buat perkara larangan dan yang tidak disukai, sebab hormat dan tahu kedudukan Allah (Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Perkasa) Ini dimaksudkan *Khauf
Takut (khauf) ini lebih tinggi dari menyayangi (yuhibbun) - kadang orang menyayangi boleh buat tak elok. 

يَخَافُونَ رَبَّهُم مِّن فَوْقِهِمْ
Takut yang betul membawakan kita melaksanakan segala perintah Allah dengan sedaya upaya. Takut Malaikat begitu dia tahu Allah mulia, agung - Allah suruh ikut sikap malaikat

Level hati lepas tawadduk adalah KHAUF (Takut) - takut Allah murka, kecewa kerana terlalu banyak kebaikkan yang melimpah ruah pada kita. Apa lagi yang kita tak nak bersyukur? 

Malaikat faham Allah berkedudukan SANGAT TINGGI daripada mereka. Tahu posisi mereka dan tak berani nak bantah dan mengecewakan Allah

Sambungan ayat, 
Khauf yang betul akan menyebabkan kita melaksanakan perintah Allah. Jangan cakap takut pastu tak buat apa...itu tak betul. Takut yang betul membawa kita melaksanakan SEGALA perintah Allah sedaya upaya . Malaikat begitu. Allah suruh tiru 

Ketaatan ada 2 jenis
1. Terpaksa -   Taatul Ala Iradiyah -Tiada Pilihan (Malaikat) . Allah ciptakan untuk itu
2. Pilihan -  Taatul Iradiyah (Manusia) - Ada Piliha

Ingin prinsip, segala yang kita buat yang ada pilihan - ada BALASAN
Kita nanti ada balasan ,iaitu syurga dan neraka
Malaikat takkan dibalas - takda istilah malaikat masuk syurga. Malaikat jaga pintu syurga dan neraka.

Kita sentiasa diberi pilih oleh Allah SWT termasuk
Pilihan kita - nak memaksima kan 10 akhir Ramadhan atau nak Chill sahaja

Apabila manusia taat pada Allah, dia lebih baik
sebab taat manusia atas pilihan (amanah yang diberi). Taat malaikat atas dasar tiada pilihan. Makhluk lain gunung pokok taat paksaan /taat belaka


Kebebasan untuk memilih adalah Amanah

Allah ingin bagi amanah pada makhuk  gunung ganang ,pokok dll tapi mereka tak berminat tapi Manusia terima
Amanah - kebebasan memilih
Namun manusia banyak lakukkan kezaliman pada amanah itu dan jahil (bodoh) dengan pilihan itu.
Kebanyakkan orang tak tahu. Alhamdulillah kita tahu. Ramai tak tahu. Alhamdulillah jadi kita bersama dan beri kesempatan untuk kita tahu amanah

Jaga elok2 sebab akan mempengaruhi akhir kesudahan kita. Pilihla yang baik, yang Allah akan suka dan redha. Pilih perkara yang Allah akan suka.

Kita takut mengecewakan Allah kerana Allah dah terlalu baik pada kita 

Allah suka orang yang
1. Sabar
2. Menyuci diri
3. Tawakkal
(banyak lagi)

Sahabat nabi suka tanya Rasul, apa yang Allah paling sukai
Nabi jawab :
Amalan paling baik disisi Allah adalah amalan yang banyak manfaat pada manusia lain

Bertuah kita menjadi hamba Allah dan berusaha jadi lebih baik. Kita takut pada Allah kerana kita tahu siapa Allah, takut mengecewakanNya yang telah bagi selaga kebaikkan pada kita.

Allah mintak kita beri manfaat- Carilah Jalan untuk beri manfaat pada orang lain. Itu akan jadi terbaik di sisi Allah. 

Perbaikki Diri, takde yang dinama terlambat. Taubat dan perbaikki diri senantiasa.







Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 20 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 13.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 20(13.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 45-47
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

أَفَأَمِنَ ٱلَّذِينَ مَكَرُواْ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَخْسِفَ ٱللَّهُ بِهِمُ ٱلْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ ٱلْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ
maka apakah orang-orang yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari,
(An Nahl 16:45)


أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِى تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُم بِمُعْجِزِينَ

atau Allah mengazab mereka diwaktu mereka dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu),
(An Nahl 16:46)

أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
atau Allah mengazab mereka dengan berangsur-angsur (sampai binasa). Maka sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
(An Nahl 16:47)


Tafsir-

Ayat ini secara khususnya ditujukan pada kafir quraisyh yang berusaha membuat rancangan jahat terhadap nabi, sahabatnya dll. Maka Allah menegur dan menyoal , adakah mereka yang buat tipu daya itu akan rasa aman dari ditimpa bencana/azab Allah.

Ada 2 jenis soalan
soalan hakiki - soalan atas dasar tidak tahu dan ingin jawapannya
soalan majazi - bukan atas landasan tak tahu - tujuan untuk menguji/perli/menyindir
a. soalan taqriri - tujuan menyatakan perkara itu seperti soalan
b. soalan inqari - menyoal untuk mengingkari apa yang dia lakukan..cth seronokkan buat mcm tu? (bila tanya anak ketika dia buat sesuatu yg tak elok)
c. soalan taubihi - bertanya untuk mencela/menghina orang tersebut- cth bila seseorang itu buat tak elok dan kemudian jatuh
d. istihzai - menyindir/perli

Bahasa Arab kunci memahami Al Quran**

Siapa jua yang merancang buat tipu daya /kejahatab akan pasti rasa tidak aman. Akan diliputi perasaan takut, gerun, diburu, takut azab dan fikiran. Hidup tak tenang, dihantuu berbagai perasaan takut

Bila berjalan pun rasa takut, takut ada kejadian yang mereka tak harapkan.
Perasaan dikenekan azab, namun Allah tidak azab terus, hanya perasaan sahaja. Azab belum lagi. Takutkan azab dah separuh azab...samalah sakit, takut sakit..dah separuh sakit. Hati2 menjaga permikiran.

hujung ayat 47 - mengikut tafsir Ibnu Katsir- Azab sebenar belum sampai, hanya perasaan takut akan azab itu.

Beza orang beriman beramal soleh dengan orang kafir/orang berbuat dosa.

Tadabbur -
Ingin balik pada ayat semalam

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓاْ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
(An Nahl 16:43)


Ayat 43
Perlunya hijrah dalam hidup orang beriman (hijrah zahir (dari satu tempat ke tempat lain) dan hijrah batin (tinggal akhlak buruk kepada terpuji) Proses hijrah akan menyebab kita berada dalam situasi yang berat dan kita dituntut untuk bersabar dan berbertawakal. Itu akan bantu kita keluar dari kesusahan proses hijrah.

Orang beriman akan usaha ubah diri  dari zone selesa dalam keburukkan/kejahatab kepada zon yang mungkinmenyebabkan dia lelah (penat) namun .......

Ketaatan itu penatnya akan hilang, namun kesan, pahala dan balasan akan kekal selamanya. Ada rasa lain selepas penat ibadah.

Perbuatan sia-sia seperti buat kerja lagha...masa lagha tu tak rasa..tapi kesan lepas itu rasa  fikiran dan badan penat. Ulamak kata - Habis maksiat tersebut, azab itu kekal dan menyusahkan hidup kita

Ayat 43 -  فَسْـَٔلُوٓاْ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kalau tak tahu, bertanya. Dalam proses perbaikki diri kita kene sentiasa membuka diri kita, buang ego untuk tanya orang yang lebih arif .Berdampingan dan dekat  dengan Ahlul Zikri - Ahlul kitab / Ahlul AlQuran- orang yang mengamalkan zikir/ilmunya.

Carilah orang yang berilmu dan akhlak dia baik. Berdamping dan bertanya, consult with them. Kalau tak buat dan hanya cuba pikir sendiri, akan menjadi penat.

Ingat Hidayah Allah tak semesti datang terus direct/langsung pada kita - dengan mata kepala kita. Kadang dapat hidayah  Allah bila kita soal, bertanya dan berbincang. Tanya orang yang pakar dan arif, berpengalaman. Bertanya itu kunci utama ilmu (Imam Syafie), kunci dapat ilmu pengetahuan. Ahlul Zikri - Ahlul Quran- orang yang mengamalkan Quran. Bertanya pada mereka apa patut dibuat dan apa patut dipertingkatkan.

Bertanya itu salah satu kunci utama ilmu dan kunci dapat pengetahuan (Imam Syafie)
Biasanya soalan2 yang  kita kemukakan atas dasar  memang kita tengah hadapi perkara tersebut dan kita memerlukkan jawapannya. Bila dapat jawapan kita akan ingat lama kerana ianya menyelesaikan masalah kita, kita dapat bersamaan dan dengan meliputi perasaan /susasana hati kita  dan diri kita memang menghala ke arah itu


Beza bila dapat ilmu yang tak berkaitan dengan diri - senang lupa , masuk kanan keluar kiri. Boleh transformasi diri lebih pantas kalau boleh buang ego dan bertanya.Carilah guru yang mursyid (beramal , ikhlas, dapat membimbing, memberi petunjuk) mengikut ilmu penyucian jiwa.

Selalu soalan kita tanya, memang kita perlukan jawapannya untuk menyelesaikan masalah kita. Situasi kita perlu jawapan, kita patut bertanya. Jangan sombong. Bila dapat jawapan kita akan ingat lama dan jawapan bermakna. Jangan simpan sendiri.

Orang yang faham takdir, dia tahu Takdir boleh dirubah especially sikap/perbuatan dan akhlak kita.  Dalam proses perubahan itu Tanya pada yang arif. Allah membimbing kita melalui orang yang kita bertanya (menggerakkan hatinya). (bukan terus dari malaikat)

Kene pegang kuat ayat 43 ini

Bila dah tanya orang yang berilmu dan  arif, biasanya kita akan dapat ilmu itu sendiri . Lama2 kita sedar lebih banyak benda yang kita ketahui. Jadi perlu jelaskan pada manusia,

بِٱلْبَيِّنٰتِ وَٱلزُّبُرِ ۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,
(An Nahl 16:44)

Bila dapat ilmu, kita mesti jelaskan pada manusia. Ilmu yang kita dapat dari guru yang betul dan pengalaman, apa perlu kita lakukan?

SHARE - Kita kene kongsi dan terangkan. Sampaikan dan kongsikan. Menariknya ilmu, ilmu akan bertambah dengan disampaikan. Setelah belajar, ajarkan. Terutama bab quran dan agama. Ikhlaskan untuk mengajar - Allah tambah ilmu. Memang kita takut juga, takut orang kata kita ustazah instant..tak belajar agama atau pi sekolah pondok pun.  Berpada padalah, ajarlah orang yang dibawah kepimpinan kita dan orang yang memang mencari ilmu.

Masalahnya orang yang baru belajar nak berdebat dengan ulama/ahli dan perlekehkan pula Ikhlas dan ikhlas akan bertemu. Penerangan yang bagus membawa orang kepada tafakkur.Tafakkur (ilmu yang re hasil ialah hikmah/bijaksana)

Kita mengajar pada orang yang tidak tahu hal ilmu itu terutama orang yang dibawah tanggungjawab kita, anak - keluarga.

Ajar atas niat ikhlas, Hati dengan hati akan bertemu khlas dan ikhlas akan bertemu. Jadi AJARKAN. Penerangan yang bagus membawa orang kepada tafakkur.
Tafakkur (ilmu yang kita pelajari dan resap dalam hati dan jiwa hasil ialah hikmah/bijaksana) - kita share

Niat mengajar ustaz- pertama untuk dirinya sendiri.Mengajar untuk diri sendiri dahulu - supaya dapat sedar diri dan tahu apa nak buat.

Belajar dari[ada  berkongsi. Cari orang yang ingin/boleh menerima /orang yang nak dengar. Jangan cari orang memang tak nak belajar.

Apabila kita mampu mengajar..akan lahir renungan renungan dan  dapatkan hikmah. Bila besar jadi orang bijaksana . Mengajar seolah menyemai benih..pokok berbuah..akan bercambah..anak murid pun mengajar -- ini saat bahagia.

Didunia kita kene cari amalan untuk diri kita (amalan khusus) dan amalan yang bercambah cambah  bercabang (menyampaikan amalan), infaq, wakaf, kerja kebajikan...
Harap amalan kita sendiri tak kemana 

Ketahuilah Orang yang beriman yang faham hakikat  ketentuan dan ketetapan Allah;
dan usaha untuk mengesakan Allah dan bertaqwa ;
melalui mengingati segala nikmat Allah dan mensyukuri nikmat2 ini
mengunakan segala nikmat2 sebaiknya untuk beri manfaat;
mengambil hidayah disekelilingnya ,digunakan dan dijaga dengan baik segala hidayah....
KETAHUILAH , orang ini Allah akan bagi rasa aman tenteram dan bahagia.

Orang bersyukur akan rasa  dengan Allah bagi mcm2 nikmat dia rasa melimpah ruah dan terus berasa lebih syukur. 

Berbeza dengan orang yang mengingkari nikmat Allah dan membiarkan hidayah, mereka akan rasa selalu tak cukup dan sentiasa susah . Orang kafir sentiasa rasa takut , tak tenteram walapun dia ada macam2 asset dan kawalan.

Apabila  kita betul jaga iman dan syukur kita apa jaminan ?

مَّا يَفْعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَءَامَنتُمْ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا
Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.
(An Nisaa 4:147)

Allah takkan azab kamu jika jaga 2 perkara
1. SYUKUR
2. IMAN

Orang beriman dianugerahkan oleh Allah - rasa AMAN kerana
1. berusaha memperbaikki diri
2. faham ketetapan Allah
3. Sentiasa jaga Iman dan syukur
4. Ujian - dihadapi dengan redha
5. yakin dengan janji Allah
6.Paling pandai bersyukur dan berterima kasih.

Iman - asal dari perkataan AMAN
Hanya orang yang beriman akan mendapat berasa aman, beriman pada 6 rukun Iman dan yakin pada  janji Al Quran dan Sunnah .Takde iman, hilang rasa aman. Takkan dapat rasa aman orang yang tak beriman. Iman pada takdir ALlah, Percaya dan pegang elok dan cuba amal dan perkuat rasa syukur...
Insya Allah apa jadi dalam hidup dia pun, dalam keadaan susah musibau...pads ditinya itu bukan azab Allah tapi ujian kasih sayang Allah untuk tingatkan darjat diri. Berbaik sangka . Tiada AZAB pada orang yang bersyukur dan beriman

Allah paling pandai bersyukur dan berterima kasih dan menghargai setiap apa kita lakukan.Yakin pada Allah dengan seyakinnya. Yakin Allah akan berikan yang terbaik pada kita.

Hadis Nabi
Aku berdasarkan sangakaan hamba Ku pada Ku. Ketika bersyukur dan yakin pada Allah akan diberi kebaikkan dunia dan akhirat. Janji Allah benar dan pasti.

Berbeza dengan orang kafir yang sering merancang yang tak elok, dia diburu dengan rasa takut . Allah akan munculkan rasa terancam. Perasaan takut dalam hati.
Sebaliknya,

Orang beriman yang tak henti berusaha menjadi orang lebih baik disisi Allah
Orang yang merancangkan kebaikkan, plan dan strategise benda yang manfaat - Allah kan munculkan perasaan aman dan tenteram, dengan syarat - IMAN dan SYUKUR Kene lengkapkan dengan  Syukur dan iman.

 Kalau tak ada, nanti akan rasa tak puas hati dan akan berhenti. Dia tak kisah dengan apa yang dilakukan disekeliling, akan terus buat yang baik. Rasa aman yang Allah datangkan pada orang yang beriman.

Dihujung ayat 47,
 فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Rauf - tak sampai hati nak menghukum terus. Penundaan hukuman Allah terhadap orang yang berbuat jahat, Allah bagi tempoh masa untuk bertaubat kepada Allah, Rasa kesian Allah  dengan menmbuka pintu taubat untuk hambanya yang zalim

DALAM HIDUP KITA
Kita kene rasa dekatnya Allah dengan kita - sehingga kita rasa AMAT  bertuah...Allah tak pernah  tak beri perhatian pada kita. Walaupun sesaat atau kurang dari itu.

Di kalangan ulama Sufi ada konsep -
Maqamat  - amalan zahir yang perlu kita lakukan dan akan melahirkan ahwal
Ahwal - perasaan hati dah jiwa yang Allah bagi melalui usaha zahir kita

Pada ayat semalam, Hijrah yang betul akan melahirkan dalam hati kita 2 Ahwal - Sabar dan kuat  Tawakkal pada Allah. Rasa sabar (pandai mengendalikan diri) dan bergantung pada Allah.

Cara Allah buat kita bergantung macam mana, dia akan buat orang sekeliling kita yang dulu  selalu tolong tak boleh tolong, sampai kita sedar, Allah sahajalah boleh tolong kita ..itu cara tarbiyah Allah. Dalam proses hijrah Allah nak mendidik sabar dan pergantungan hanya pada NYA . At the end, kita akan sedar hanya Allah  yang dapat menolong kita.

Potong pergantungan dengan orang lain. Kita akan rasa, hanya Allah sahaja yang boleh tolong kita. HAKIKAT - ALLAH sahaja yang memberi pertolongan melalui berbagai cara dan juga melalui perantaraan. Hijrah betul akan lahir insan yang sabar dan bergantung hanya pada Allah.

Bila ada 2 kunci  (Sabar & Tawakkal) ini, boleh naik kepada Maqam /Kedudukan yang lain. Kalau 2 ni dah fail. lain pun masalah juga...mcm mana nak naik maqam

TANDA SAYANG ALLAH - KITA SAMPAI PADA HAKIKAT HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MENOLONG KITA DALAM SELURUH KEHIDUPAN KITA...dari sekecil kecil perkara hingga yang sebesarnya.

10 terakhir - FOCUS and CONCENTRATE jaga  sebaiknya hubungan dengan Allah  dengan doa, amalan dengan penuh kesabaran dan tawakkal.










Saturday, 9 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 19 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 12.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 19(12.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 41-44
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Ujian Allah hanya sedikit berbanding dengan nikmat kita perolehi, maka hadap ujian dengan redha dan sabar.
Selawat pada Nabi SAW dan Doa.

Turunnya Al Quran pada 17 Ramadhan. Moga usaha kita yang sedikit ini mentadabbur Al Quran menjadi asbab hidayah taufiq , rahmat dan redha Allah.

Bacaan:

وَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ فِى ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مَا ظُلِمُواْ لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ ٱلْءَاخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,
(An Nahl 16:41)


ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
(An Nahl 16:42)

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓاْ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
(An Nahl 16:43)

بِٱلْبَيِّنٰتِ وَٱلزُّبُرِ ۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan,
(An Nahl 16:44)

Tafsir:
Pada ayat sebelum ini, orang kafir quraisy menolak hari kebangkitan akan berlaku. Allah membantah , hari berbangkit PASTI dan ianya bukan perkara yang susah atau berat untuk Allah. Bagi Allah mudah sekali . Hanya sebut KUN dan akan jadi.

(An Nahl 16:41)
Allah menjelaskan mengenai orang yang beriman, sahabat2  dan penyokong Nabi SAW. Allah menghargai mereka dalam Al Quran.

Sahabat Nabi Muhajirin yang berhijrah ke Habsyah (ada raja yang adil) - 80 orang mengikut ulamak. Rombongan dipimpin oleh Uthman B Affan, Isterinya Ruqayah (anak Nabi)

Allah beri khabar gembira dalam ayat ini.Orang yang hijrah untuk mempertahankan aqidah iman dan menjaga agama Islam - mereka berhijrah kerana dizalimi.
Bukan saja saja untuk duniawi yang lebih baik.

Kami akan sediakan kebaikkan/tempat yang baik di dunia dan akhirat.
Allah dah sediakan Kota Madinah , Allah sentiasa provide untuk kita apa yang kita perlukan yang bermanfaat dan sifat hasanah - baik, cantik dan senang.

MAdinatul Munawarrah (bercahaya). Ini janji Allah pada sahabat nabi yang terpaksa tinggal kampung halaman mereka. Adakah itu sahaja?. TIDAK, di akhirat balasan lebih hebat sekali, lebih besar sekiranya meraka ketahui. AKBAR (Balasan Akhirat) Amat/ Sangat Besar...didunia hanya sikit berbanding akhirat. Dahsyat dan pasti kita an redha dan amat puas hari dengan balasan itu. Kau pasti akan redha! Kalau kamu tahu, balasan akhirat memang dahsyat.

Balasan Dunia dan Akhirat
Bandingan -
Balasan Dunia 1%
Balasan Akhirat 99%

Dalil - HAdis Nabi Muhammad
Allah punya 100 Rahmat, 1 dikeluarkan di dunia, 99 Allah simpan untuk diberikan untuk hamba yang beriman di akhirat nanti.
1 ini dikongsi oleh Manusia, Haiwan

(An Nahl 16:42)
Untuk dapat balasan dunia dah akhirat, hijrah mestilah bersifat dengan 2 sifat/belakan utama
1. SABAR
berhijrah kalau tak sabar, akan cepat putus asa - hijrah yang betul perlukan kesabaran. KEtika kita melakukan satu perubahan dari biasa, kita akan menghadapi cabaran dan tentangan. Kalau tak sabar hadapai, kita akan give up dan GAGAL lah hijrah kita. Penting untuk sabar , berat hijrah dan perlukan kesabaran

2. TAWAKKAL - pergantungan penuh pada Allah SWT. Sangat penting dalam setiap usaha yang kita lakukan. Apatah lagi yang dinama Hijrah  perlu perhubungan dan pergantungan yang kuat dengan Allah. Kita kene yakin Allah akan tolong, bantu dan sempurnakan usaha2 kita. Ilmu Balaghah, mendepankan perkataan yang semestinya di belankang.
Alla Rabbiham, kepada tuhan mereka, mereka bertawakkal
Tawakkal yang betul hanya pada Allah

Surah Al Insyirah
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
(Asy Syarh 94:5)

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Asy Syarh 94:6)

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
(Asy Syarh 94:7)

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
(Asy Syarh 94:8)

Fainna maal - Senang itu datang bersama kesusahan. Focus kesenangan, jangan focus kesusahan. Cari kesenangan  /manis yang ada.  Satu Package.

Dalam time kita susah dan senang -
Faiza Faragta fansab
Apabila selesai satu tanggungjawab, buat yang lain - kita tetap active dan tetap buat sesuatu, jangan bagi diri kosong, tetap kerja dan berusaha. Lebih dari biasa .Cuba buat lain lepas selesai satu perkara,

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Tawakkal yang penuh pada Allah dan pengharapan hanya pada Allah

Sahabat nabi yang berhijrah  dengan sifat diatas dan Allah berikan Madinah Al Munawarrah (anugerah Allah)

Proses perubahan diri perlukan tawwakal penuh pada Allah dan berharap sepenuhnya pada Allah.Sifat Hijrah yang betul  seperti ayat ini
Akhir proses hijrah, Allah berikan Madinah , perubahaan peradabban dunia (anugerah Allah)

(An Nahl 16:43)
Keinginan Kafir Quraisy ialah nak rasul diutus itu adalah malaikat bukan manusia.
MEminta quran turun terus dari langit atau melalui malaikat. Kalau mcm tu baru depa akan beriman. Ini keyakinan yang salah. Keyakinan yang tidak betul. Betapa banyak kerenah orang quraisy untuk mereka nak beriman dan sebenarnya mereka tidak mahu pun beriman.

Surah Al Israa, Ayat 90-96

وَقَالُواْ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا
Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,
(Al Israa' 17:90)

أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلْأَنْهٰرَ خِلٰلَهَا تَفْجِيرًا
atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,
(Al Israa' 17:91)

أَوْ تُسْقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلْمَلٓئِكَةِ قَبِيلًا
atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
(Al Israa' 17:92)

أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتٰبًا نَّقْرَؤُهُۥ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّى هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"
(Al Israa' 17:93)

وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤْمِنُوٓاْ إِذْ جَآءَهُمُ ٱلْهُدَىٰٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولًا
Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasuI?"
(Al Israa' 17:94)

قُل لَّوْ كَانَ فِى ٱلْأَرْضِ مَلٓئِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَكًا رَّسُولًا
Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul".
(Al Israa' 17:95)

قُلْ كَفَىٰ بِٱللَّهِ شَهِيدًۢا بَيْنِى وَبَيْنَكُمْ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرًۢا بَصِيرًا
Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".
(Al Israa' 17:96)

Mendedahkan permintaan2 Orang Kafir Quraisy untuk syarat mereka beriman
1. Minta Muhammad memancarkan mata air dipancarkan dari perut bumi (selain zam zam) untuk membentuk sungai di Makkah
2. Atau alirkan sungai2 dicelah kebun tamar dan anggur
3. Atau jatuhkan berkeping keping dari langit untuk kami
4. Atau kau datangkan Allah untuk sendiri datangkan wahyu, ataupun malaikat. Kami tak mahu manusia. Tak istimewa
5. Atau Engkau ada rumah dari emas
6.  Nabi naik ke langit
(Isra Miraj - mereka tak percaya juga pastu mintak lain pula
7. Atau Nabi naik langit dan bawa kitab khas untuk mereka untuk kami baca.

Mereka tak mahu beriman sebab diri mereka sendiri tak boleh menerima ketentuan Allah. Allah dah utus manusia, maka terima , jangan banyak permintaan. Mereka nak mintak apa yang mereka nak,iaitu malaikat.
Macam macam permintaan sebagai syarat mereka beriman dan percaya

Sekiranya di bumi ada malaikat jadi rAsul, berjalan tenang di muka bumi...nescaya kami turunkan malaikat. Kalau Allah hendak boleh sahaja. Namun Allah kehendakkan manusia sebagai utusan
Cukuplah Allah jadi saksi apa yang aku sampaikan. Allah Maha Melihat dan Mengetahui akan hamba2nya


Ayat 43, An Nahl
*Rijalan* رِجَالً
KAmi hanya utuskan lelaki sebagai Rasul
Nabi dan Rasul hanya lelaki, tiada perempuan. Ulamak sepakat
MAryam didatangani malaikat untuk masukkan janin, malaikat bercakap dengan Maryam - tidak maksud Maryam itu nabi walaupun malaikat bercakap dengannya
Wahyu  datang kepada ibu Nabi Isa - bukan maksud ibunya seorang Rasul Nabi...
Mnegapa bukan perempuan - banyak sebab termasuk berat tanggungjawab seorang perempuan

Rasul hanya lelaki sahaja. Kalau tak paham tanya Ahlul zikri : orang berilmu- ahli kitab.
Dari Nabi Adam ke Nabi Isa, semua lelaki.

Dibekalkan  pada Nabi dan Rasul dengan
1. Bukti dan Hujah yang jelas (bil bainat) - hujah logic, hujah mantik dan termaksud mukjizat..cth tongat jadi ular, tangan keluar cahaya, laut terbelah
*Nabi Muhammad ada mukjizat selain Al Quran..cth belah bulan, ulamak kumpul kebih 100

2. Wa Zubur - (jamak Zabur) Kitab - Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran


Allah menjelaskan apa yang diberikan kepada Nabi SAW
Dan kami turunkan pada kamu zikr (peringatan) iaitu Al Quran bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan dan menyampaikkan pada manusia. Mudahan mereka bertafakkur. Dapat mengambil hikmat dalam semua yang disebutkan dalam Al Quran untuk kegunaan kehidupan mereka.

Tadabbur-
Dalam Surah An Nahl -selepas jelas nikmat2 hissi (jelas) dan boleh dilihat 1-16. Langit bumi, manusia, binatang ternak, gunung dll

Ayat 17 - 44 dan selanjutnya -Allah jelaskan nikmat maknawi
Allah sebenarnya nak menunjukkan nikmat maknawi- iaitu hidayah, betapa mahalnya  dan specific hidayah taufiq, tidak semua dapat (tak banyak). Hidayah amat perlu kita syukuri.. nikamt islam dan iman,.Takkan rasa nikmat ini sehingga masuk syurga. Hidayah - Benih dan Akar segala amal soleh


وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ ٱلْأَنْهٰرُ ۖ وَقَالُواْ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَىٰنَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْلَآ أَنْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ ۖ لَقَدْ جَآءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلْحَقِّ ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلْكُمُ ٱلْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan".
(Al A'raf 7:43)

Siapa berjaya didunia berjaya cabut rasa iri, cemburu, dendam dan boleh memaafkan, tidak benci - spt satu nikmat syurga. Kalau sebaliknya, satu seksaan.
Nikmat orang disyurga, dicabutkan Ghil - dendam iri cemburu

Terasa bagi dia betapa bertuah mereka dapat hidayah petunjuk Allah didunia  untuk mengamalkan amal soleh yang membawa mereka jadi Ahli Syurga  .Sangat bersyukur dan rasa bertuah. Akan merasa kepentingan hidayah dalam diri dan hidup

Nikmat Akhirat bermula dengan nikmat hidayah. Maka hargai dan guna sebaiknya. Jangan sia siakan. Seseorang akan merasa ini amat penting dalam dirinya. Sangat berharga.
Jaga dan peliharalah..samapi Allah mintak kita mohon 17 kali sehari. Kuncinya pada hidayah. Tunjukkan kami jalan yang lurus (17 kali dalam Al Fatihah - kunci pada hidayah . Mahal. Sayang bila kita siakan.

Orang kafir nampak hidayah depan mata, tapi masih tolak. Ada yang nampak dan guna sbeaiknya, dia jaga dan sedar harga hidayah. Asalakan dapat pegang hidayah ini, tak kisah tinggal kampung, harta...tak apa
Sahabat Nabi menjaga elok2 hidayah dan sanggup hijrah meninggalkan kampung halaman
Orang yang faham nikmat BESAR hidayah, walaupun kadang dipegang bagai memegang bara api. Sahabat nabi terpaksa berhijrah.

Consequent hidayah - kita kene tinggalkan /buang (Tahali)segala buruk yang ada. Remove something from ourselves. Kalau tak buang, Allah takkan sempurnakan hidayah itu pada kita.

لَهُۥ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Ar Ra'du 13:11)

Manusia ada malaikat yang jaganya untuk melaksanakan perintah perintah Allah...Allah takkan merubah keadaan sesuatu kaum sampai dia ubahkan apa ada dalam diri dia (hati - buang yang kotor)
Ubah cara fikir dan respons. Hidayah memerlukan pada perubahan dan meninggalkan kebiasaan atau tempat yang buruk. Hijrah.

An Nahl -41
Kalau niat kerana Allah *Fillah* insya Allah , Allah akan tolong . Di dunia lagi akan dapat kebaikkan yang banyak - tunjukkan kesan transformasi, nampak kebaikkan yang banyak.

Rasul bersabda,
Allah akan PASTI  ganti dengan lebih baik apa yang kita tinggalkan yang haram/kemaksiatan/lagha) kerana Allah, untuk jaga iman dan hidayah, . Jaga niat, kerana Allah. Untuk menjaga iman dan hidayah. Allah sedang siapkan sesuatu yang hebat sekiranya kita SABAR.

Kisah seorang ulamak yang warak dan sangat zuhud, didatangi seorang lelaki yang susah yang ingin belajar dengannya. Ulamak beri syarat, awak kene buat segala yang saya buat. Pemuda bersetuju. Banyak puasa dari makan. Dia bertahan kerana
Sampai satu hari, tuan guru tak makan 3 hari dan dia mula tidak tahan pada hari ketiga - dia keluar untuk lihat rumah jiran apa yang boleh dimakan. Dia tengok ke dapur...rumah 1 ada orang, rumah 2 ada orang dan satu rumah takde orang, dia lompat masuk dan cuba ambik makanan....terung (dia dah tergigit - dia teringat kata2 Tuan Guru - kalau kau sabar, Allah akan ganti dengan lebih baik), Dia sabar dan tak makan, terus keluar

Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu tuan guru, yg datang seorang perempuan yang janda yang berharta dan ingin mencari orang baik untuk jadi suami.  Minta Tuan Guru carikan. Dia syorkan anak muridnya, yang baik dan gagah dan taat pada saya. Insya Allah puan akan bahagia. Tuan Syeikh panggil anak murid ni, nak kahwin tak? . Dia jawab macam mana nak kahwin diri saya pun tak lepas...Tuan guru explain puan ni nak peneman dalam ketaatan , lain dia dah ada.

Dinikah merekahari tu juga. Lepas nikah, perempuan tu bawak balik kerumah...ternyata rumah isteri itu adalah rumah yang dia masuk gigit terung tadi. Dia menceritkan hal itu pada isterinya . Conclusion -Benarlah, siapa yang meninggalkan yang haram, Allah menggantikan dengan yang lebih baik.

Sangat penting mengiringi hijrah (keinginan jadi lebih baik) kita *FILLAH* - kerana Allah.Insya Allah akan beri ganjaran dunia dan akhirat.




































Friday, 8 May 2020

Tadabbur AlQuran Ramadhan Ustaz Dr Firdaus Sulaiman: Tadabbur Surah An Nahl. 16 Ramadhan- Menjadi Mukmin Produktif 09.05.2020

Nota Perkongsian Ramadhan Hari 16(9.5.2020)
Tadabbur Surah An Nahl Ayat 38-40
Tema: Menjadi Mukmin Produktif
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Segala Pujian Bagi Allah untuk segala nikmat. Kita tidak mampu menghitung nikmat Allah pada kita. Lebihkan syukur sebanyak banyaknya. Selawat pada Nabi SAW dan Doa.

Bacaan:

وَأَقْسَمُواْ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمٰنِهِمْ ۙ لَا يَبْعَثُ ٱللَّهُ مَن يَمُوتُ ۚ بَلَىٰ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh: "Allah tidak akan akan membangkitkan orang yang mati". (Tidak demikian), bahkan (pasti Allah akan membangkitnya), sebagai suatu janji yang benar dari Allah, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui,
(An Nahl 16:38)


لِيُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِى يَخْتَلِفُونَ فِيهِ وَلِيَعْلَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّهُمْ كَانُواْ كٰذِبِينَ

agar Allah menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu, agar orang-orang kafir itu mengetahui bahwasanya mereka adalah orang-orang yang berdusta.
(An Nahl 16:39)


إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَىْءٍ إِذَآ أَرَدْنٰهُ أَن نَّقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia.
(An Nahl 16:40)

Tafsir:

Mereka nafikan ada hari kebangkitan , tolak langsung, hanya ada hidup didunia dan mereka yakin dengan sumpah yang sungguh2. Menolak lagsung hari kebangkitan. Keyakinan kafir Mekah - Musyrik.
Allah membantah - pasti manusia akan dibangkitkan, janji Allah benar akan terjadi. Keyakinan Kafir Quraisy bercanggah dari apa yang Allah telah tetapkan.

Allah menjelaskan ramai manusia di zaman Nabi Muhammad, tidak meyakini hari kebangkitan, tiada ilmu. Zaman sekarang pun juga ramai manusia juga. Ada yang mengaku Islam juga tak yakin.
Hari Kebangkitan adalah hari yang pasti dan benar. Sama dengan ada hari kita mula, akhir dan bangkit semula.

Fungsi Hari Kebangkitan -
1. Menjelaskan mana yang benar antara perbezaan antara manusia, percanggahan pendapat manusia. Terutama hal kebenaran agama.
2. Untuk menjelaskan pada orang kafir bahawa mereka salah dan berdusta/bohong.
(2 Fungsi hari kebangkitan)

Kalau orang kafir Quraisy mengatakan mustahil dibangkitkan kerana susah. Allah membantah dan mengatakan cukup utk DIA cakap jadilah (KUN) dan ia akan terjadi.

Beza dengan manusia yang perlu persiapan yang panjang dan bantuan dari orang lain. Ini menolak kenyataan kafir quraisy, tak ada yang mustahil dengan Allah. Tiada yang susah atau mustahil. MEnolak kenyataan Orang Kafir. Kalau Allah ingin, senang sahaja.


Tadabbur-
Semalam, kita bincang kehendak Allah dan kehendak Manusia. Allah menganugerahkan manusia keinginan dan dgn ini diberi kebebasan memilih dan setiap pilihan akan bawa pada dosa dan pahala.
Keinginan manusia diberi kebebasan memilih dan akan dipertanggungjawabkan dan diberi pahala atau dosa.

Pilihan Apa?
 Iman atau Kafir? Taat atau Kafir? Beribadah atau Tak Beribadah. Hati2 dengan pilihan.

Orang Kafir merasakan Allah tak mengingkari kezaliman mereka, TIDAK Allah hantar Nabi dan RAsul dan mendatangkan azab. RAsul elah menyampaikan risalah dengan jelas dan terang
Jadi kita juga perlu mengambil usaha untuk menyampaikan dengan terang dan jelas. Tugas kita mencari ilmu bagi menyampaikan  kebenaran dengan jelas dan tepat.
Mesti  berusaha menguasai ilmu komunikasi bagi menjadi Mukmin yang benar produktif dan berjaya.


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُواْ ٱلطّٰغُوتَ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلٰلَةُ ۚ فَسِيرُواْ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ

Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(An Nahl 16:36)

حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلٰلَةُ**
Haqqat Ala Dalallah (Patut Sesat)

**Ada yang patut dapat hidayah dan ada yang patut sesat.

Haqqat : Berhak/Layak/Patut
1. patut dapat hidayah - siapa, kita dah bincang
Siapa patut dapat hidayah? Orang yang menggunakan segala potensi yang dikurniakan hidayah fitrah hidayah irsyad, hidayah hawwas, hidayah deen  untuk mencari hidayah  taufiq, fahuawal muhtadi ...bersambung sambung hidayah sehingga kehidupannya selalu dalam bimbingan Allah

2. patut dapat kesesatan -
Siapa?
Diberi hidayah tapi abaikan semua dan hanya mengikut hawa nafsu tanpa pertimbangkan dengan akal dan agama. ...hidayah fitrah, akal, hidayah irsyad, hidayah hawwas, hidayah deen dll tapi tak ikut, nak melencong ..malah walaupun dilahir dari ibu bapa soleh taat dan teladan baik tapi pilih jalan melencong, nak cara sendiri, tinggal ibubapa dan  boleh jadi murtad. (Mohon dijauhkan)

Ada perkara yang memudahkan kita sampai kepada hidayah dan ada juga banyak perkara
membawa kita pada kesesatan -

Taghut : nafsu, syaitan, berhala hala dunia yang jadi sembahan,
Rasul diutus mengingatkan kita pada Taghut.

إِن تَحْرِصْ عَلَىٰ هُدَىٰهُمْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَن يُضِلُّ ۖ وَمَا لَهُم مِّن نّٰصِرِينَ
Jika kamu sangat mengharapkan agar mereka dapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang yang disesatkan-Nya, dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong.
(An Nahl 16:37)

 فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَن يُضِلُّ

Golongan orang yang JAUHdari petunjuk Allah:-
1.Golongan Zalim  - zalim pada diri, zalim dengan melakukan syirik dan zalim pada orang lain/makhluk Allah yang lain. Hati2. Jangan kita berlaku zalim.

أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبْرٰهِۦمَ فِى رَبِّهِۦٓ أَنْ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرٰهِۦمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحْىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحْىِۦ وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرٰهِۦمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأْتِى بِٱلشَّمْسِ مِنَ ٱلْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ ٱلْمَغْرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظّٰلِمِينَ
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah 2:258)

2.Golongan Kafir - Engkar,  asyik menolak kebenaran, meremehkan kebenaran. Asyik Tolak

يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُبْطِلُواْ صَدَقٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكٰفِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Al Baqarah 2:264)

3. Golongan Fasik - dah tahu kebenaran dan dalam hati boleh terima, tapi buat lain dan bercanggah dengan apa yang dia imani.

ذٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يَأْتُواْ بِٱلشَّهٰدَةِ عَلَىٰ وَجْهِهَآ أَوْ يَخَافُوٓاْ أَن تُرَدَّ أَيْمٰنٌۢ بَعْدَ أَيْمٰنِهِمْ ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱسْمَعُواْ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفٰسِقِينَ
Itu lebih dekat untuk (menjadikan para saksi) mengemukakan persaksiannya menurut apa yang sebenarnya, dan (lebih dekat untuk menjadikan mereka) merasa takut akan dikembalikan sumpahnya (kepada ahli waris) sesudah mereka bersumpah. Dan bertakwalah kepada Allah dan dengarkanlah (perintah-Nya). Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(Al Maidah 5:108)

4. Golongan Khianat, Pecah Amanah - siakan amanah.
ذٰلِكَ لِيَعْلَمَ أَنِّى لَمْ أَخُنْهُ بِٱلْغَيْبِ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى كَيْدَ ٱلْخَآئِنِينَ
(Yusuf berkata): "Yang demikian itu agar dia (Al Aziz) mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya, dan bahwasanya Allah tidak meridhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.
(Yusuf 12:52)

5. Golongan Orang suka Dusta /Bohong
أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلْخَالِصُ ۚ وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلْفَىٰٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِى مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ كٰذِبٌ كَفَّارٌ
Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.
(Az Zumar 39:3)

6. Golongan berlebihan,  melampaui batas, foya foya, berlebihan, buat satu bukan ikut kadar yang sepatutnya , kalau tak insaf segera dan terus buat, Allah akan jauhkan dari hidayah
وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌ مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمٰنَهُۥٓ أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَن يَقُولَ رَبِّىَ ٱللَّهُ وَقَدْ جَآءَكُم بِٱلْبَيِّنٰتِ مِن رَّبِّكُمْ ۖ وَإِن يَكُ كٰذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُۥ ۖ وَإِن يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُم بَعْضُ ٱلَّذِى يَعِدُكُمْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ
Dan seorang laki-laki yang beriman di antara pengikut-pengikut Fir'aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar niscaya sebagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.
(Al Ghaafir 40:28)

Hidayah yang dimaksudkan di sini ialah Hidyah Taufiq, Iaitu dapat mengamalkan hidayah melaksanakan petunjuk. Hidayah Irsyad semua golongan nampak dan merata - kafir, zalim, fasik. Siapa boleh ubah diri maksudnya dah dapat hidayah taufiq. Hidayah Taufiq paling mahal dan hanya hamba Allah terpilih dapat, maka JAGALAH. Bersyukur sebanyaknya kita dipilih.

Kalau Allah dah jauhkan kita dari Hidayah. Tiada siapa boleh tolong dan kita hanya bergantung pada diri sendiri.

Ayat 39, An Nahl
يَخْتَلِفُونَ
Manusia

Semua orang berbeza. Pandangan dan FIkiran. Perbezaan ini adalah sunatullah dalam kehidupan kita

Mukmin  produktif kene faham prinsip ini betul2 dan jangan terlalu terkilan bila orang tak setuju dan tak ikut cakap kita. Jangan paksa orang setuju nanti tak terbuat apa.

Kalau kita tahu apa yang dibuat itu baik setelah kaji, bertanya dan belajar, maka tawakkal pada Allah, jangan layan comment dan pendapat orang itu ini dan jangan layan, TERUSKAN usaha. Mukmin produktif faham ini.

Ikhtilaf mesti kita terima. Kalau tolak perbezaa maknanya kita seolah tolak sunatullah. Ini akan menganggukan kita, nanti  fikrian penat dan lelah - kenapa orang tu mcm tu. Di Dunia, kebenaran nisbi ** ini berdasarkan hujah yang kita pilih. Kebenaran hakiki hanya Allah akan tunjukkan pada kita pada hari Kebangkitan.Allah wujud hari pembalasan untuk tunjuk pada kita mana yang betul dan salah

Nabi SAW pernah kata , kita menghukum dengan zahir. Apa yang yang tersembunyi serah ada Allah Jangan duduk bicara sibuk hal isi hati orang lain. Tiada gunanya. Jangan sibuk, Kita tak boleh buat apa pun.  Mukmin produktif mesti paham  menghadapai perbezaa dan terima ikhtilaf ini. Jangan layan sangat. Kita boleh cuba nasihat dalam ikhtilaf yang perlu kita buat, namun dia mungkin tak nak dengar , maka biarkan. Surah ASy Syura  15 - ayat bagus sebagai panduan menghadapi kehidupan bermasyarakat. Dikatakan setanding
Ayat Qursi - yang jelaskan prinsip hubungan manusia dengan Allah

Ayat dibawah menjelaskan prinsip hubungan manusia dengan manusia

فَلِذٰلِكَ فَٱدْعُ ۖ وَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ ۖ وَقُلْ ءَامَنتُ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِن كِتٰبٍ ۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ ٱللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَآ أَعْمٰلُنَا وَلَكُمْ أَعْمٰلُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ ٱللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ
Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nya-lah kembali (kita)".
(Asy Syuura 42:15)

Ramai orang tak boleh terima dan sibuk mengumpat dan lain2.
Jangan buang masa bercerita pasal kesalahan dan perbezaan orang lain. Waste of time and energy. Focus pada apa yang kita  hendak capai. Jangan sibok hal orang lain!! Banyak masa ke??!!

Ayat 40, Surah An Nahl - Sangat penting difahami dan dihayati oleh orang yang ingin produktif dalam hidupnya. Iaitu Kefahaman pada kuasa Allah

 إِذَآ أَرَدْنٰهُ dan  كُن
Aradna (kami) bukan maknanya tuhan itu banyak, merujuk pada kebesaran Allah dan sistem  Allah yang melibatkan malaikat dalam apa yang dikehendakinya

Kalau Allah Nak/Mahu/Kehendak, Tiada yang MUSTAHIL

Tiada yang mustahil bila Allah berkehendak. Faham ini dan pegang ini!
Kalau Allah nak sekejap sahaja dan mudah sahaja..ringan sahaja . KUN

Kita mesti selalu doa -
Jadikanlah apa yang aku hajati ini, juga Engkau inginkan
YA Allah, jadilah apa yang kami sangat inginkan ini, Engkau inginkan bagi kami
Doa agar apa keinginan yang kita ada, Allah pun ada yang sama
Doa dimudahkan apa yang kita hajati, dengan mendoakan Allah berkehendakan yang sama

Namun, pemberian Allah melalui process (tarbiyah mendidik dan melatih kita) untuk kita lebih hargai seperti kita mungkin buat pada anak kita.

Kita perlu sabar dan menunggu, Sabar dengan kesabaran yang indah.