Monday, 27 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 123-124 : 27 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 27.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 123-124.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ ٱتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.
(An Nahl 16:123)

إِنَّمَا جُعِلَ ٱلسَّبْتُ عَلَى ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُواْ فِيهِ ۚ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ ٱلْقِيٰمَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang-orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi putusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu.
(An Nahl 16:124)
..............

Kita bersyukur sudah sampai penghujung surah, pertemuan lepas 119-122 , mengenai Nabi Ibrahim sebagai contoh teladan dan ikutan bagi umat Nabi Muhammad. Allah telah beri 9 SIFAT/perkara pada Nabi Ibrahim - 

1.  Allah panggil Nabi Ibrahim  'satu umat' hebat. UMMAH
-dia seorang sahaja beriman yang lain semua tidak pada zaman itu
- hebat keperibadiannya ,  menwakili semua manusia, naiseperti banyak manusia, semua umat manusia 
- paling dipercayai, dicontohi, diikuti, teladan 
- Beza dari segi tauhid

2.  TAAT pada Allah

3. JIWA TULUS - jiwa yang sangat tulus

4. Tak termasuk orang musyrik, dari kecil  sampai mati

5. Seorang yang pandai bersyukur - dengan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Dia tak tidor selagi tak belanja orang makan, mesti ajak orang makan. Akan tunggu orang untuk makan..pernah ajak malaikat yang benrnentuk manusia, ,orang itu kata dia ada penyakit kusta dan beritahu Nabi Ibrahim, apa jawapan Nabi, dia kata dalam keadaan kamu begitu, aku WAJIB beri kamu makan, kerana awak mempunyai kedudukka yang tinggi kerana diuji dengan penyakit. Cara pandang yang sangat baik. Sangat bersyukur

6. Allah pilih untuk jadi rasul utusan

7. Allah bagi petunjuk ke jalan yang lurus dan tak pernah menyimpang. Selalu ada pada jalan benar

8. Allah bagi pada dia kebaikkan dan keistimewaan di dunia - dengan penghormatan dan ikutan oleh orang Islam, orang yahudi, orang kafir  . Begitu tinggi kedudukannya di dunia. Tokoh yang dihormati. Ini sebab doanya sendiri, Surah AS Syuara  - Jadikan aku ini menjadi kenangan yang baik bagi orang yang datang lepas aku..Orang cerita hanya yang baik pasalnya - termasuk orang yahudi, kafir, quraisy

9. Di Akhirat, kedudukan BELIAU sangat hebat

Uamt Nabi Muhammad adalah umat yang mengikuti agama NAbi Ibrahim
1. Menolak syirik dan mengutamakan tauhid - Nabi Ibrahim sangat tegas dengan syirik dan mempertahankan agama tauhid kepada Allah - Teladan yang baik. Kita kene menolak apa jenis syirik pun. Jangan campur aduk, Ketepikan. Doa Iftitah - hanifan muslima - aku hadap wajah/serah/tunduk hanya pada Allah.

Syirik Akbar dan Syirik Asrar dan Syriki Harfi (Riyak) - Jangan terbabit, Mukhisi na Lahuddin. Murnikan niat dan tegas dalam bab syirik. USaha istiqamah dalam tauhid

2. Cara berdakwah yang sangat bijaksana berdialog dengan bapa dan kaumnya, ajak fikir secara logik, kisah dia pecahkan patung kecil dan cakap patut besar buat...kaumnya tak percaya...kemudian dia tanya, kenapa sembah tuhan yang tiada kuasa. Dia juga pernah dialog dengan Raja Namrud, hidup dan mati, Tuhan yang tenggelamkan matahari...Raja itu tak boleh membantah - Hujah yang menyebabkan musah dia bukam.
Sentiasa berdakwah, di kampung, di syam, di mesir, di makkah - hidupnya adalah dakwah - Dia terkenal sebagai orang yang lemah lembut, simpati, epmpati, tak sampai hati, tak pernah doakan yang buruk pada umatnya, semua doanya positif, zuriat soleh dll. Dakwah penuh himah dan bijaksana

3. Syariat Haji dan Umrah - Setiap tahun pergi ke Makkah, dia pergi tengok Hajar dan Ismail. Ini peristiwa ziarah Makkah dan Ibadat Korban. Semua berlaku pada zaman Nabi Ibrahim kita hidupkan kembali dengan ibadah haji, umrah dan korban

4. Hari Raya Mingguan - Hari Jumaat - 
Orang Yahudi dan Nasrani berselisih

Addin - Seluruh  hal hukum hakam, syariat, 
Luas - besar cakupannya
(hutang - agama umpama hutang pada Allah)

Millah (Mala - kecenderungan dan keinginan
Kebiasaan yang diamalkan, cara hidup nabi Ibrahim - dakwah, pengorbanan, usaha beri terbaik untuk orang sekiling

Puasa dan Solat kita tak sama dengan syariat  Nabi Ibrahim.

Surah Al Kausar -  Ibadah Korban sangat digalakkan. 

Ayat 124 - kesalahan orang Yahudi dan Nasrani - mengubahkan syariat ajaran Nabi Ibrahim..Raya mingguan dari Jumaat (Nabi Ibrahim), mereka tukar pada hari Sabtu. Mereka tidak ikut ajaran Nabi mereka.
Nabi Musa memerintahkan mereka untuk rayakan hari Jumaat - Satu hari, iaitu pada hari Jumaat - jangan kerja harian, khususkan untuk beribadat pada Allah. Mereka enggan menerima - perangai orang yahudi cuba menukarnya -Hari Jumaat- hari selesai menciptakan langit dan bumi - sempurna. Mereka cuba nak kiaskan Allah dengan manusia. Dia kata Allah ada kerja hari Jumaat, so sabtu lagi free nak layan mereka. Mereka berbeza pendapat, ada nak jumaat dan ada nak sabtu

Allah SWT selalu diminta pada setiap saat dan hari, dia sebok- itu tak menjadi masalah. Tiada namanya hari rehat, setiap hari dia sibok. Orang yahudi cuba menlogikakan dengan logik manusia.

Allah tak tidor, tak penat dan tak perlu akan rehat.

Allah menerima perminataan orang Yahudi agar hari sabtu untuk beribadah sahaja, ini ketetapan yang tegas. Allah uji pula dengan keluar ikan yang banyak ...mereka kemudian engkar dan mengambil ikan, terus mereka ditukar jadi kera dan babi

Orang Nasrani nak hari Ahad, taknak hari jumaat .
Mereka bertengjar dan bergaduh . Allah bagi petunjuk pada kita untuk menerima ketetapan hari Jumaat. Hanya perlu fokus pada time waktu solat Jumaat. Allah bagi kita kemudahan - hanya beberapa jam ditengahari...lepas tu pergi cari kurniaan Allah.  Masa solat jumaat dari khatib naik mimbar samai selesai, kene focus

Allah akan tunjukkan pada mereka, perselisishan mereka dan apa yang BENAR. Yang benar itu adalah ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW

Mukmin produktif akan tunduk dan patuh pada tiap perintah Allah dan RAsul, tak akan menolak. Orang Yahudi dan Nasrani cuba negotiate bab Ibadah...mintak discount. Mcm kanak2 yang mintak discount ibadah. Orang Mukmin merasakan ibadag adakalah nikmat, dia merasakan itu minimum, dia taqarub dengan Allah dengan amalan2 sunat. Yang fardhu tu hanya minimum order. Mukmin produktif takkan menyoalkan ketetapan syariat Allah dan Rasul. Dia melihat ketentuan Allah sebagai satu yang hebat dan himkah yang besar, menghargai dan menghormati. Perlu diterima dengan , redha, kelapangan dan kesabaran - pastinya Allah akan beri bantuan.



















TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 119-122 : 25 JULAI 2020M

 Nota Perkongsian 25.07.2020

Tadabbur Surah An-Nahl ayat 119-122.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُواْ ٱلسُّوٓءَ بِجَهٰلَةٍ ثُمَّ تَابُواْ مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ وَأَصْلَحُوٓاْ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nahl 16:119)

إِنَّ إِبْرٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan),
(An Nahl 16:120)

شَاكِرًا لِّأَنْعُمِهِ ۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah. Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus.
(An Nahl 16:121)

وَءَاتَيْنٰهُ فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَإِنَّهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ لَمِنَ ٱلصّٰلِحِينَ
Dan Kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.
(An Nahl 16:122)

......................

Pertemuan lepas - Perkara yang diharamkan oleh Allah :  kita diharamkan melakukan perkara yang membawa pada syirik , kekufuran dan  kita diharamkan makan bangkai, darah, khinzir dan binatang yang disembelih bukan niat untuk Allah.

Allah memberi keringanan bagi orang dipaksa kepada kekafiran/kekufuran (hatinya tidak rela) dan juga kalau terpaksa makan yang haram kerana darurat, kalau makan boleh mati - memafkan dan tak kira sebagai dosa. Dimaafkan, dengan syarat hati dia cenderung pada keimanan. 

Ayat 119
Allah menambahkan keringanan pada manusia yang melakukan kesalahan disebabkan kejahilan dan kebodohannya. Beza kesalahan yang dibuat kerana jahil dan kesalahan yang dibuat walapun ada ilmu pengetahua tentang dosa itu. Dosa lebih besar dan dasyhat bila tahu tapi masih buat, itu perbuatan fasik, Allah tak beri hidayah pada orang yang fasik. Dosa lebih berat.  

Allah mengampun orang yang berbuat dosa sebab kejahilan, selagi mana dia bertaubat (syarat) lepas dia sedar dan berusaha untuk meninggalkan dosa itu sehabis baik dan memperbaikki dirinya. Dengan cara? menambah ilmu dan menghilangkan kebodohan. Beramal pada yang sahih. Allah mudah untuk menerima taubatnya, dan Allah bersedia memberi limpah kasih sayangnya.

Allah benci pada orang yang mempermainkan apa kebenaran yang dia  sudah ketahui. Perbuatan fasik. Dah tahu berdosa , tapi masih buat.

tadabbur - Mukmin produktif boleh sahaja lakukan kesalahan dan dosa. Tetapi dosa itu mungkin dibuat atas kekhilafan/tak tahu , tapi dia cepat2 bertaubat dan membaikki diri, bersedia untuk berubah. Bersedia menerima kesalahan dan memperbaikki. Beza orang kafir yang susah menerima kesalahan, dia akan limpahkan pada orang lain. 

Mukmin produktif kalau salah, akan mengaku kesalahan dan akan berusaha untuk memperbaikki diri dan membetulkan kesalahan. Allah suka mukmin seperti ini , iaitu yang mengaku kesalahan. Tidak mengaku kesalahan adalah seperti perangai Iblis.  Nabi Adam bila sedar terus memohon pengampunan dan bertaubat, dengan doa Rabbana Zalamna.....
Perbaikki diri dan istiqamah dengan kebenaran dan ketaatan.

Allah suka pada orang yang sentiasa bertaubat dan yang menyucikan diri...dia tak mahu lama2 dalam dosa. Kita mesti bersedia untuk memperbaikki diri.

SOALAN - bagaimana rawat sakit dengan Al Quran
Ayat- ayat syifa ada 7 
Ruqyah syariah - menggunakan ayat Al Quran dan doa Nabi 
Usaha untuk merawat orang yang sakit - cancer dll . Cara

Bersuci
Hadap Kiblat
Niat- apa yang baca sebagai penyembuh diri/ . Mudahan berkat bacaan akan mengangkat kesakitan
Al Fatihah
Awal Baqarah 102
Ayat Kursi
3 Ayat akhir Al Baqarah
Ayat2 Syifa
Surah Al Hasyr
3 Qul
Doa Nabi2

Ayat 120
Allah menjelaskan bantahan Allah terhadap orang Quraisy - yang mengatakan mereka berbuat syirik dan makan benda haram kerana datuk mereka Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail buat yang sama. Allah bantah - Nabi Ibrahim seorang yang taat, tak pernah engkar, dia tunduk yang patuh, orang yang lurus (hanifa), orang yang hati tulus untuk dapat redha Allah dan mencari kebenaran. Seorang yang baik da tidak pernah terlibat dalam perbuatan syirik. Tak pernah ajar untuk sembah berhala...penyelewangan sebahagian orang Arab Quraisy yang bawak sembahan (dia pergi parsi dan bawak balik berhala)...kemudian ramai yang ikut.

Pada suatu masa ada 365 berhala di Makkah. Bukan Nabi Ibrahim ajar dalam penyembahan berhala. Tauhid Nabi Ibrahim jelas, tak pernah melakukan perkara yang syirik. 
Doa Iftitah - kita lazimi tiap2 solat.

Manusia yang kita  mesti teladani selepas Nabi Muhammad adalah Nabi Ibrahim, kita sebut nama Nabi Ibrahim juga dalam solat kita. Salawat Ibrahimiyah. Mereka (Nabi Ibrahim dan keluarga) adalah teladan kita selepas Nabi Muhammad. 

Mukmin produktif berusaha sedaya upaya untuk teladani Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim sering disebut dalam Al Quran. Doanya banyak dirakam dalam Al Quran..doa untuk anak cucu, kota makkah dan umat. Terkenal Nabi Ibrahim..Halim*, penyantun dan sangat belas kasihan. Tak pernah doakan keburukan pada lawannya. Dia tak lawan, dia hijrah...dia pergi syam, palestin, mesir, makkah. Dia orang yang tak sampai hati tengok orang kene hukum..seorang yang Halim. Kajilah sirah Nabi Ibrahim (Al An Am, Hud) . Berjaya didik anaknya, Nabi Ismail dan keturunanya

Ayat 121
Allah menjelaskan dengan lanjut keutamaan Nabi Ibrahim , bukan setakat teladan dan seorang yang taat dah hanif dan paling utama dia hamba yang sangat bersyukur. Pentingnya syukur kita dah belajar pada ayat awal, Allah bagi contoh teladan hanba yang sangat bersyukur. Dia tak berhenti daripada bersyukur dan menggunakan nikmat2 dijalan Allah . Contoh orang yang menghormati tetamu, suka beri makan. Dia pastikan ada orang yang dijamu dirumah dia hari- hari. Hari2 masak, kambing yang gemuk sihat untuk tetamu makan. Dia guna semua nikmat sebaiknya, Ada ilmu dikongsi ada harta dia sedekahkan. 

Kesan pada ketaatan dan keteladanan dan kehanifan dalam beragama - Allah pilih dia diantara hamba2 nya yang hebat...Ulul Azmi - Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad . 

Pada bulan Zulhijah, peninggalan Nabi Ibrahim, ibadah Haji dan korban. Kalau ada harta dan tak buat ibadah korban, maka kita tidak teladani Nabi Ibrahim. Jangan kisah pasal mahal.
Jangan cari yang murah seperti orang kaya yang cari yang murah untuk korban,  kisah pakcik pakai basikal...orang biasa2, dia datang cari binatang korban yang mahal, taknak yang murah. Kita pilih yang terbaik , jangan bagi yang cincai. Semesti dengan Agama da untuk Allah , bagilah yang TERBAIK (BIR) - tak sampai Bor selagi tak infaq apa yang kita sayangi.

Kerana kesyukurannya Allah bimbingnya ke jalan lurus yang akan menghantarnya kepada Redha Allah dan syurga Allah.

Mukmin produktif  sangat pandai bersyukur dan menghargai - sampai Alah buka pintu hidayah dan kebaikkan sehingga menjadi hamba yang muqarabun,

Sesuatu mudah, nilainya kurang di sisi Allah, maka bersusah dalam mencari redha Allah. 

Ayat 122

Allah jelaskan kesan pada ketaatan, tauhid   -  Orang yang bersyukur, taat dan jadi teladan akan diberi kebaikkan dunia dan akhirat...habis satu kebaikkan, sambung kebaikkan yang lain, tak sempat buat kemungkaran...kebaikkan makin lama makin tambah dari segi quality dan quantity...kebaikkan ditambah - keamanan, ketenangan, kebahagian

Balasan orang bersyukur- Allah anugerahkan  kebaikkan di dunia dan akhirat dan dijadikannya di akhirat termasuk orang yang soleh.

Perkataan Soleh - Soluha - Baik/Layak/Patut - layak untuk dapat pahala. Amal soleh patut dapat pahala, orang soleh layak untuk dapat keredhaan Allah dan syurga Allah. Doa selalu pada Allah untuk jadi orang yang Soleh.

Seorang mukmin produktif, Insya Allah dengan ketaatan, keteladananya, ketauhidannya dan kesyukuran yang dia tanam dalam diri, akan mendapat kebaikkan dunia dan akhirat
Susah atau miskin takkan lama...Allah akan beri kehidupan yang lebih baik. Balasan yang lebih baik. Mari kita berusaha untuk menjadi mukmin yang benar2 produktif.















Wednesday, 22 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 116-118 : 22 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 22.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 116-118.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

وَلَا تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ ٱلْكَذِبَ هٰذَا حَلٰلٌ وَهٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

(An Nahl 16:116)

مَتٰعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
(Itu adalah) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka azab yang pedih.

(An Nahl 16:117)

وَعَلَى ٱلَّذِينَ هَادُواْ حَرَّمْنَا مَا قَصَصْنَا عَلَيْكَ مِن قَبْلُ ۖ وَمَا ظَلَمْنٰهُمْ وَلٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan dahulu kepadamu; dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

(An Nahl 16:118)

...........................................

Mukmin Produktif amat menjaga setiap perbuatannya, yang dia lafaz, tak berani nak cakap apa dari diri dia sendiri, Dia berpegang pada syariat dan berpegang kuat pada hukum haram dan halal dan tahu dengan jelas.Tidak mereka  sesuatu , rujuk pada Al Quran dan Sunnah jika ada yang syubhat. Dia menjaga diri dari syubhat - tinggalkan  - hati akan cenderung pada yang baik. Meninggalkan syubhat akan menyelamatkan diri. 

Ular, Singa, Binatang Liar - penjelasan dari Hadis Nabi
Juga dari kebiasaan orang Arab yang tak bertentang dari Islam

Usul Fiqh - adakah yang diharamkan untuk umat sebelum umat Nabi, juga diharamkan kepada umat Islam. 

Mahzab Shafie - ada tambahan mengikut hadis2 Nabi

Ayat 117 -
Orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah akan rugi. Mungkin bukan di dunia, tapi pasti di akhirat, kerugian yang besar dengan azab yang pedih. Dahsyat.

Dari segi tadabbur - Sebagi mukmin produktif yang mencari kebahagiaan akhirat.
tak tergoda dengan kesenangan dunia dan memakan yang haram untuk kesenangan dunia yang sedikit. Kita berusaha sungguh2 untuk mengikut hukum haram dan halal.
Lebah akan makan hanya yang bagus. Mukmin adalah seperti lebah. Kita jaga diri dari yang haram dan pilih yang betul2 halal dan baik. Lebah ambil hanya yang baik, dan dia dapat keluarkan benda yang terbaik ,iaitu madu. Makan baik, hasil baik. Hidup baik di dunia, di akhirat lagi jauh lebih baik

Jangan terpedaya dengan kebebasan orang kafir didunia ini, makan sahaja apa yang mereka nak. Kesenangan sementara sahaja dan mereka akan dihisab dan diazab dan akan terus sengsara sampai bila bila. Mukmin produktif fokus untuk memastikan kehidupan akhiratnya jauh lebih baik dari kehidupan dunianya.

Ayat 118-
Perkara yang diharamkan bagi orang2 Yahudi (sebelum Nabi Muhammad) - yang telah dijelaskan pada surah sebelum ini Al An Am 146. 
Perkara yang diharamkan - 
a. semua haiwan yang berkuku - burung helang, singa, harimau 
b. lemak sapi dan kambing ( tak boleh makan lemak kecuali yang melekat/dalam isi perutnya/tulang ) - boleh makan daging sahaja
Ini adalah kerana kezaliman dan kederhakaan mereka sendiri - Kami bertindak sesuai dengan tindakan mereka. Orang Yahudi banyak dihukum dan diseksa. Mereka sangat degil.
Meraka sangat engkar dengan ketetapan Allah.

Ulama berbeza pendapat - adakah apa yang diharamkan bagi orang Yahudi, diharamkan pada umat Islam. Ulamak ada khilaf . Ada Ulamak kata diharamkan juga untuk umat Islam

Allah mengingatkan orang mukmin supaya berhati hati dalam setiap tindakan. Kerana tindakan itu akan menentukan cara Allah 

Riwayat  Zaman Nabi Musa (Mungkin benar mungkin salah). Nabi ingatkan jangan terlalu percaya dan jangan pula dustakan. Untuk ambil iktibar

Pasangan suami isteri yang miskin susah dan derita bertahun tahun- satu hari mereka berbincang untuk jumpa Nabi Musa untuk mintak doakan mereka kaya dan hidup senang agar kami lebih taat. Mereka pergi jumpa dan minta Nabi  Musa doa, Nabi doa.  Allah makbulkan dengan syarat, iaitu hanya dapat kekayaan setahun sahaja. Mereka gembira dan juga gerun. Lepas tu terus jadi kaya, murah rezeki - ketika dapat kekayaan dia teringat pesanan Nabi Musa supaya hati2 - mereka pun bermesyuarat , suami kata - kita guna betul2, infaq betul2, sedekah habis2, gunakan kekayaan ini ke jalan Allah , kerana kita minta kaya untuk lebih taat -Betul, mereka bantu orang miskin , anak yatim dll - sibuk derma sini sana, sibuk dengan fisibillah, 1 tahun berlalu lepas tu berlalu lagi...mereka pun hairan, mereka jumpa Nabi Musa dan menceritakan hal mereka...mereka pelik, dah lewat setahun..tapi tak susah pun...bukan ke dulu kami akan susah lepas setahun...Nabi Allah Musa kata Allah suka dengan perbuatan mereka dan Allah tambahkan lagi

Nikmat Allah bila digunakan di jalan Allah, Allah akan jaga. Sikit atau banyak.  Takdir buruk diubah pada takdir baik. Ketetapan Allah Mubram (tak boleh ubah) dan Muallam (boleh berubah mengikut perlaksanaan kita)

Syukuri nikmat Allah, jika kita benar2 menyembah Allah - syukuri dengan berbuat amal soleh. Pastinya, Allah akan tambah. Tapi kalau kufur, azab akan pedih. Tak kisahla berapa yang Allah bagi, kita buat yang terbaik. Jaga tindakan. Jangan jadi macam orang YAhudi yang engkar dan kufur nikmat, Bagi nabi Musa dan Harun, selamat dari Firaun dll - Mereka tak sabar dan tak boleh tahan dengan satu jenis makanan - mintak bawang putih bawang merah, kacang pool dll . Allah turunkan man dan salwa, tapi mereka tak bersyukur dan kufur. Allah cabutkan daripada mereka nikmat.

Jangan tengok berapa kita dapat, tapi tengok bagaimana kita gunakan apa yang kita ada ke jalan Allah. Jangan sampai kemurkaan Allah. Mukmin produktif berhati hati dan menjaga response pada nikmat yang diperolehi.

























Sunday, 19 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 113-115: 20 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 20.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 113-115.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.


Bacaan:

Disebabkan kezaliman perbuatan sendiri - datangya musibah malapetaka dari aman tenang kepada kelaparan dan kerisauan dan kesengsaraan.

Ayat 113
Mengingkari Kerasulan Nabi Muhammad - datang seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri..yang kenal betul dengan beliau- bukan orang asing. Namun walapun kenal Rasullulah dan akhlak budi pekerti, sirah dan silah mereka tahu.

Ahlul Kitab mengetahui mengenai Nabi seperti mereka kenal anak mereka sendiri, tapi sayang mereka mendustakan bila Nabi ajak pada kebenaran dan kebaikkan.

Nabi pernah diri atas bukit dan panggil orang Quraisy - Wahai Orang Quraisy - pernahkah kamu dengar aku berdusta ? Mereka jawab TIDAK PERNAH...Mereke percaya Nabi. Kemudian Nabi memberitahu tentang azab akhirat/bencana sekiranya aku
Nabi pun cakap adanya syurga dan neraka. Mereka yakin tak ada kebangkitan dan balasan lepas mati. Hidup habis dengan mati. Bila di ajak mengtauhidkan Allah dan buat kebaikkan, mereka terus berubah dan nisbah pada nabi pembohong, pendusta, penyair, gila dll. Mereka berubah serta merta bila disampaikan kalimah kebenaran La Ilahhailallah...

Sebab apa? Mereke kufur nikmat utusan Nabi yang besar - semestinya mereka bersyukur ada nabi dikalangan mereka. Kufur nikmat paling besar bila engkar kenabian Rasulullah. 
Selepas mereka engkar itu, datanglah pada mereka AZAB atas kezaliman mengengkari kerasulan Nabi dan mempersekutukan Allah dan tidak percaya kalimah tauhid

Kesudahan yang hina dan teruk. Seksaan di dunia dan akhirat yang dhasyat

Mukmin produktif, menyedari segala Nikmat2 Allah dan faham kebesaran nikmat Allah, terutama Rasul yang diutus. Rasullulah Rahmat pada seluruh Alam. Bertuah kita, contoh teladan dari segala hal, memimpin umat , keluarga, kesabaran, kemuliaan.

Antara nikmat besar yang tak boleh dinafikan dan rasa bertuah jadi umat Nabi Muhammad...sebaik baik mahkluk -- nurun ala nur..cahaya di atas cahaya - Mukmin rasa bertuah dan ikut contoh teladan Rasululllah, dalam hal agama dunia dan akhirat. Usaha untuk pegang teguh dengan cara kepimpinan dan akhlak2nya pada semua. 

Betapa kerdilnye kita, jauh kita dari kemuliaan Nabi SAW. Berdoalah untuk  sentiasa teguh dalam ajaran Nabi dalam zaman ini hingga akhirnya

Penting menghayati Nikmat2 Allah - Hissi dan Maknawi - Rasa syukur dan bertuah dengan ajaran Nabi Muhammad. Akan jadi orang hebat dunia dan akhirat kalau kita ikut segala teladan Nabi.

Mereka sampai kebuluran dan kelaparan.

Ayat 114
Makanlah yang direzekikan dari yang halal dan baik-
Imam Ar Radzi - ayat asasnya ditujukan pada orang kafir - Alalh suruh tinggal yang haram, betulkan aqidah dan keyakinan dan makanlah yang baik2
Ibnu Abbas - ayat ini ditujukan pada orang beriman pada zaman perang Badar - mula pada  ayat ini, ayat madaniyah (turun di Madinah). - Harta rampasan sebelum Nabi diharamkan makan, tapi pada zaman Nabi Muhammad, siapa yang ikut perang akan diberi bahagian harta rampasan perang...

Bersyukur dengan nikmat, makanlah tapi bersyukur dengan  melaksanakan ibadah. Makanlah yang halal dan baik, tapi jangan lupa bersyukur dengan menyembah Allah dan laksanakan ibadah, solat, zakat, puasa, zikir, baca Quran

Nikmat makan dan minum, sangat besar. Rasulullah bagi tunda solat jika makanan telah terhidang. Maka nikmati betul2. Jangan pandang lain2. Hayati betul2 . Doa lepas makan dilazimi.

Mukmin produktif amat mementingkan makanan yang halal dan baik/berkhasiat - bukan yang merosakkan kesihatan. Cuba jaga sebaiknya. Kalau masuk yang haram, akan merosakkan hati dan jiwa. Kalau tak toyyib, akan merosakkan jasad. Ada Hati/Jiwa dan ada Jasad, dua dua kene betul. Halal - Hati Jiwa, Toyibban- Jasad.

Bila berat melakukan ketaatan, salah satu punca adalah apa yang kita makan. Mukmin produktif sangat menjaga makananya dan kesyukuran dan ibadahnya.


Ayat 115
Allah menjelaskan tentang perkara yang haram untuk dimakan (ayat ayat madaniyyah). 
Quran disusun pada akhir hayat Nabi Muhammad...Jibril talaqqi dan tadarus dengan nabi..pada akhir2 Ramadhan.

Dulu ayat2 turun ikut masa , lepastu disusun ikut urutan mushaf sekarang. Sususan terkahir. Iqra awal tapi duduk belakang...AL Baqarah turun lambat, tapi disusun didepan. Ada hikmah 

Kesimpulan yang haram ada 4
1. Bangkai , setiap yang mati bukan disembelih secara syarie
-kecuali bangkai dari laut - kisah bangkai ikan paus, Rasulullah kata halal
-air laut juga boleh bersuci
2.  Darah yang mengalir - dulu orang Arab minum eksotik, cucuk belakang kambing dan unta, tampung darah dan minum fresh - tidak boleh . Dikecualikan hati dan limpa
3. Daging Babi - keseluruhan yang berasal dari Babi (tulang,rambut, bulu, kulit dll) - pendapat jumhur ulamak.
4. Segala sembelihan bukan kerana Allah dan tidak disebutkan nama Allah. 
Haram sembelih untuk jaga sesuatu tempat/ritual. Allah sangat murka

Pada darurat dan terpaksa, Allah SWT memberi keringanan (rukhsah) untuk makan yang diatas bila amat terpaksa/darurat - boleh melakukan tapi ada garis panduan 
*tapi dalam hati tak boleh menerima/taknak/menolak
*tidak berlebihan - hanya sekadar untuk lepas dari kebuluruan - mengancam nyawa dan jiwa. Kalau tak makan, boleh mati. Kalau ada pilihan lain, tak boleh ambik yang haram. Dosa besar kalau ambil

Allah tahu manusia lemah, bila terpaksa - Allah ambpunkan , juga atasa dasar kasih sayang Allah tak mahu kita derita

Mukmin produktif sedar benar2 bahaya yang haram, usaha keras untuk menghindarkannya. Mukmin jaga masa depan akhirat. Tidak buat yang haram. Dia akan tahan setahannya di dunia, kecuali dalam keadaan amat terpaksa...dengan hati yang sedih
Dia tetap jagi diri, sebab dia tahu ada balasan untuk setiap apa yang dilakukan
Jaga diri, keluarga, orang yang dekat dan sayangi - untuk jaga halal dan haram.

Apabila Senang gelisah, kecewa, risau - mungkin ada yang haram telah masuk dalam badan. 

Nabi ajar doa - amalkan.










Friday, 17 July 2020

TADABBUR SURAH AN-NAHL AYAT 110-112 : 17 JULAI 2020M

Nota Perkongsian 17.07.2020
Tadabbur Surah An-Nahl ayat 110-112.
Tema: Bagaimana menjadi Mukmin yang Produktif. 
Oleh: Ustaz Dr Firdaus Sulaiman

Alhamdulilah dan bersyukur kita kehadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dan nikmat  di atas kita semua. Mudah mudahan Allah swt membukakan pintu khazanah ilmu untuk kita sehingga mendapat ilmu yang bermanfaat. Amin ya Raabal Alamin. Selawat dan salam tidak lupa kita sampaikan peruntukan untuk junjungan Nabi besar Muhammad saw.



Bacaan: ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُواْ مِنۢ بَعْدِ مَا فُتِنُواْ ثُمَّ جٰهَدُواْ وَصَبَرُوٓاْ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nahl 16:110)

۞ يَوْمَ تَأْتِى كُلُّ نَفْسٍ تُجٰدِلُ عَن نَّفْسِهَا وَتُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
(Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi tiap-tiap diri disempurnakan (balasan) apa yang telah dikerjakannya, sedangkan mereka tidak dianiaya (dirugikan).

(An Nahl 16:111)

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ ٱللَّهِ فَأَذٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلْجُوعِ وَٱلْخَوْفِ بِمَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ
Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.
(An Nahl 16:112)
....................................................................

Ayat 110
ayat ini ditujukan pada sahabat yang hijrah - 1.hijrah ke habsyah (raja yang adil walau kristian) dan dapat perlundingan - hanya beberapa puluh sahabat 2. hijrah ke madinah - ramai sahabat - tinggal tanpa bawak apa2.. sehelai sepinggang, sampai di madinah sebagai orang miskin - ahlul sufah..orang yang duduk di pinggir masjid - mereka lakukan utk jaga iman, tinggalkan rumah dan harta.

Allah tak sia-siakan usaha untuk sabar dan berhijrah - akan dianugerah Maghfirah
Ini utk Amar yang terpaksa mengaku kafir - hal lain jadi mudah setelah dapat pengampunan. Penyekat kebaikkan adalah dosa yang tidak diampun...bila jadi musibah pada kita, untuk keluar dari musibah itu, mohon ampun dan istighfar banyak...insya Allah

Keampunan Allah adalah kunci terbukanya banyak kebaikkan. Amalan yang sangat dicintai. Bertaubat adalah amalan yang amat disukai. Allah suka orang orang yang bertaubat dan berusaha untuk suci diri.

Surah Ali Imran 133-135
Bersegera untuk dapatkan keampunan Allah - kemudian boleh dapat syurga

۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمٰوٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

(Ali Imran 3:133)

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(Ali Imran 3:134

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

(Ali Imran 3:135)

Allah mengatakan mereka sangat sabar dan kesabaran mereka akan menjadi asbab keampunan dan termasuk orang yang Dikasihi. Walaupun di uji macam2 tapi dapat keluar dari ujian.

tadabbur - 

1. Bila kita dalam situasi susah dan terpaksa buat sesuatu yang batil, tapi jgn biarkan diri terus berada dalam situasi batil, hukuman akan diangkat, namun  kita kene cari jalan KELUAR  , jangan selesa,  kena jari jalan dengan berhijrah . Cth bekerja di bank conventional, pekerjaan ada unsur syubhah cth dengan orang bukan Islam.

Mesti berusaha keras untuk keluar dari pekerjaan yang syubhah....awal2 memang terpaksa susah dan berjihad. Namun akan datang pertolongan Allah

2. Setiap kesabaran /jihad kita , usaha kita untuk mencari redha Allah , pasti akan berbuah kebaikkan - keampunan dan kasih sayang Allah. Lebih lagi bila bertemu Allah di syurga kelak.  Kita akan amat puas hati dan bahagia. Allah sibuk layan kita, tak pernah lalai, Allah sentiasa lihat usaha kita.


Ayat 111
Mengingatkan kita tentang akhirat - bahawasanya kesabaran kita akan dapat raih bila kita bawa nilai akhirat /pandangan akhirat pada tiap usaha kita. Kalau pandangan dunia sahaja, cepat akan give up. Mesti semua urusan kita ada dimensi Akhirat. Pada hari Akhirat akan nampak betul, tanggungjawab pada diri kita - setiap orang berusaha untuk bela diri/pertahan dengan berbagai mcm hujah dan alasan untuk lepas dari berbagai tuduhan. Akhirat adalah hari pengadilan- tanpa kecuali. Dari baligh hingga mati. Mahkamah Allah. 

Allah sudah membukukan segala yang kita buat di dunia. Lengkap bukti dan saksi. Yang akan menjawab adalah tangan dan kaki mereka ...mulut ditutup.

Ayat ini  juga sebagai Tasliyah - penawar hati orang Islam  beriman yang diuji kuat dan terpaksa hijrah - hingga di syurga dapat pembalasan yang baik. 

Allah Maha Adil - semua akan dapat berdasarkan amalannya - semua akan diberi keadilan. Dosa akan dibalas dan amal soleh kesabaran akan di gandakan dan disempurnakan - melengkapkan balasannya sampai cukup...semua orang akan rasa cukup/puas. Orang beriman akan rasa bukan sahaja keadilan Allah, tapi kemurahan dan kesyukuran Allah SWT

tadabbur - Mukmin produktif faham betul akan KEADILAN dan kefahaman ini bantu dia untuk tenang dalam menghadapi ujian. Mungkin di dunia kita dizalimi, hak diambil namun Allah Maha Adil dan keadilah ini akan diperolehi di akhirat

Bila kita diuji, kita perlu ada beberapa keyakinan dan Minda
1. Tauhid - segalanya datang dari Allah untuk menguji kita - kembalikan pada Allah
2. Keluasan Ilmu Allah - Allah bagi ujian ini sebab Allah tahu apa paling sesuai dan tepat untuk kita
3. Minda Hikmah Kebijaksanaaan Allah - Tiada yang terjadi tanpa Hikmah tersembunyi - kalau sabar, pasti akan dapat hikmah dan kita akan rasa bertuah
4. Minda Keadilan Allah SWT - Allah Maha Adil - Allah tak akan letak kan kita dalam situasi ini tanpa sebab dan kesan /gantian/manfaat
5. Minda Kasih Sayang Allah - Allah sangat sayang kan kita. Kerana sayang Allah uji, kalau tak sayang , dia biar leka seronok2 sampai bila-bila - bila uji, kita akan selalu mohon pertolongan

Allah sentiasa dekat. Allah sangat Pengasih. Jangan susah hati dalam ujian, walaupun dalam keadaan sangat getir.

Ayat 112
Allah membuat perumpamaan (agar kita makin faham perkara yang tak nampak/abstrak). Cth, Laju mcm kilat.
Allah datangkan perumpamaan. Kota Makkah (aman tenteram bertahun tahun dan murah rezeki), kota suci walapun masih sembah berhala. Haji dilakukan sejak zaman Nabi Ismail... Kota MAkkah didatangi untuk Haji dan Umrah - Sentiasa ramai orang. Mengalahkan paris, london NY..tak pernah sunyi (kecuali skrg covid).

Zaman sebelum mereka seksa sahabat nabi, rezeki mereka murah , semua datang membeli sesuatu...kurma dll. Sebagai kenangan dan punyai nilai. Dulu makmur, mereke juga kaum berniaga dan keluar berbiaga...syam dan yemen... Surah Quraisy....Dapat jalan dengan aman tenteram pada musim panas dah sejuk

Tetapi nikmat itu mereke kufuri dengan syirik dan menzalami dan seksa sahabat nabi. Halau sababat mereka. Kelakuan mereka itu, buat Allah tarik nikmat 1. aman tenteram 2. rezeki.  Datang perasaan takut yang Nabi kan datang serang...setiap kezaliman kita buat akan buat hati kita tak tenang...hilang rasa aman tenteram.

Dalam masa sama, dulu orang Arab seronok nak pergi sana, tapi bila dengan kezaliman...mereka tak seronok nak pergi makkah......jadinya perang Badar ...terputus perniagaan ...Sampai satu tahap ada kelaparan di Makkah. Lalu mereka kufur dgn nikmat Allah  - iaitu nikmat Kerasulan Nabi Muhammad SAW - 
Allah merasakan /memakai pakaian KELAPARAN...tak rasa kenyang...perasan takut menyelubungi mereka dan rasa tak selesa...nak pergi mana mana pun risau dan takut...

Allah ubah keadaan mereka punca dari perbuatan mereka sendiri . Kezaliman manusia sendiri  akan membawa kepada ketidak tenteraman hati dan jiwa.

tadabbur - Mukmin produktif paham kunci prinsip bersyukur bertambah nikmat. Kufur nikmat adalah kunci kesusahan dan ketidak tenteraman akan bertambah dan meningkat. Orang mukmin berusaha keras untuk sentiasa bersyukur..insya Allah , Allah akan hindarkan kita dari kelaparan dan resah/risau .

Jangan ubah nikmat Allah dengan kekufuran dan keengkaran. Dari aman ke susah, dari senang jadi susah. Perbuatan kita akan menentukan bagaimana Allah  berurusan dengan kita. Maka berhati hati dalam setiap perlakuan dan perkataan.

Kepelbagaian rasa dan warna2 hidup kita (susah dan senang) - agar kita paham dan yakin  segalanya dari Allah. Bila diuji dengan tarik nikmat, kita sabar, Allah akan ganti yang lebih baik. Selalu kembalikan segala pada Allah, jiwa akan bahagia dan tenang.

Orang Mukmin mesti merasakan  KUASA Allah sentiasa, dia  akan sedar selalu,siapa yang tak rasa akan lalai, kufur..kunci ketenangan dengan merasakan KUASA Allah pada setiap saat dan ketika. Allah mengatur segalanya 


Nota Tambahan - Surah Ar Rad 11

  إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ   Masih menurut At-Thabari, maksud ayat ini justru menjelaskan bahwa semua orang itu dalam kebaikan dan kenikmatan. Allah tidak akan mengubah kenikmatan-kenikmatan seseorang kecuali mereka mengubah kenikmatan menjadi keburukan sebab perilakunya sendiri dengan bersikap zalim dan saling bermusuhan kepada saudaranya sendiri.  


 يقول تعالى ذكره: (إن الله لا يغير ما بقوم)، من عافية ونعمة، فيزيل ذلك عنهم ويهلكهم = (حتى يغيروا ما بأنفسهم) من ذلك بظلم بعضهم بعضًا، واعتداء بعضهم على بعض،   Artinya: “(Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum) yang berupa sehat sejahtera dan penuh kenikmatan kemudian kenikmatan itu menjadi dibuang dan dirusak oleh Allah, (sampai mereka mengubah sesuatu yang ada para pribadi mereka) yaitu dengan sikap dzalim antar sesama dan permusuhan terhadap orang lain” (Muhammad bin Jarir at-Thabari, Jami’ul Bayan fi ta’wilil Qu’an, [Muassasah ar-Risalah: 2000], juz 16, hlm. 382).

Sumber: https://islam.nu.or.id/post/read/112873/tafsir-ar-ra-d-ayat-11--motivasi-mengubah-nasib-