Jangan terburu buru dlm mendapatkan apa yg kita inginkan dan mengabaikan sunatullah sesuatu perkara iaitu masa. Kita perlu beradaptasi dengan ketetapan Allah dan latih diri tenang sabar redha.
Nak buat macam mana?. Sentiasa mensuci kan Allah. Semuanya baik dan penuh hikmah tiap ketentuan Allah. Allah Maha Tinggi. Jangan sekali membuat kesyirikkan kerana Allah akan tinggalkan kita dan doa kita ditolak.
يُنَزِّلُ ٱلْمَلٓئِكَةَ بِٱلرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ أَنْ أَنذِرُوٓاْ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱتَّقُونِ
Dia menurunkan para malaikat dengan (membawa) wahyu dengan perintah-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya, yaitu: "Peringatkanlah olehmu sekalian, bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka hendaklah kamu bertakwa kepada-Ku". (An Nahl 16:2)
* key word - ruh, Amrihi, Mai Yashaq, Anziru, Lailahailla Anna, Fattaqun
Ruh ditafsirkan dengan maksud wahyu. Seolah Wahyu itu adalah roh yang manusia perlukan
Wahyu adalah Al Quran dan kitab2
Amrihi
Setiap perintah Allah adalah ketetapan Allah dari azali lagi cth perintah solat, puasa bulan Ramadhan. Siapa yg sampaikan perintah ini?. Malaikat sampaikan. Malaikat perantara bagi melaksanakan ketetapan Allah dalam bentuk wahyu...seperti perintah...larangan
Rezeki, Rahmat, Ilham, Ajal,
Perintah Allah adalah ketetapan Allah bagi kita semua
Ketetapan berbeza...utk seorang suami? Isteri dan anak.
Paksa anak cucu ikut mcm kita. Jangan. Laluan hidup orang berbeza. Kita perlu pandu hidup dia dengan wahyu . Kita berlapang dada dgn org sekeliling kita. Meraikan perbezaan jalan dan cara setiap orang.
Wahyu diberikan kepada siapa yang Allah kehendaki. Allah memberi sesuatu kpd sesiapa yang dia kehendaki. Minta pada Allah kehendak Allah pada kita yang baik2 dan elok.
Baik kalau kita doakan ..jadikan setiap keinginan dan kehendak aku adalah sama dengan apa Yang Engkau kehendakkan untukku.
Doa dari hadis daif. Boleh beramal. Ambil pendapat boleh beramal atau tidak. Jangan berdebat.
Ya Allah berilah aku pilihan dan pilihlah untuk ku(sesuai dgn kehendakMu)..Allahumma khaiyirrni wakh tarli.
Taufiq ialah kehendak kita sama dgn kehendak Allah. Senang dan mudah. Settle. Pastinya itu yang terbaik. Setiap yang Allah kehendakkan untuk kita adalah yg terbaik.
Pilihan akan terbaik kerana itu Allah yang kehendakkan . Kebanyakkan sekarang..bercanggah. kehendak kita tak matching...ini sebab jadi huru hara hidup kita dan kita jauh daripada ketetapan Allah
إِن تَكْفُرُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنكُمْ ۖ وَلَا يَرْضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلْكُفْرَ ۖ وَإِن تَشْكُرُواْ يَرْضَهُ لَكُمْ ۗ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu. (Az Zumar 39:7)
Bila kita pilih yg bercanggah dgn kehendak Allah.Allah lepaskan tapi dia tak redha dgn itu. Mcm mana nak dpt redha?. Jadikan keinginan dan kehendak kita sama dengan kehendak Allah. Ini maksudnya kita dapat taufiq. Allah inginkan kita memilih bersyukur dan beriman.
Anziru *
Inzar (Peringatan /Warning)v Tabshir(berita gembira dlm bentuk janji2 kebaikkan dunia dan akhirat.
Tugas Nabi dan Rasul adalah memberi peringatan manusia tentang Tiada Tuhan melainkan Allah . Menyuruh manusia mempertuhankan Allah sahaja. Iltifat(gaya bahasa tinggi dalam ilmu balaghah) apabila ayat yg sebelumnya berbicara tentang org ketiga..indirect...tidak langsung...tiba2 pada hujung ayat tukar pada * Anna* . Ayat orang pertama.
Contoh Surah Al Fatihah
Bahagian depan ayat indirect...org ketiga
Iyya qanak budu wa iyya kanas ta iin...jadi ayat langsung
Surah An Nahl banyak menggunakan ayat orang ketiga..indirect.. sampai
Annahu Lailahailla anna - pertuhankan Allah sahaja .
Jangan ada syirik dalam ibadah.
Pastikan Tauhid kita benar2. Usaha untuk jauhi syirik kerana ianya sgt berbahaya
Jangan ambil ringan syirik. Hati2 dan usaha. Yakin semuanya dari Allah.
Antara syirik manusia buat:
Bila dapat ketetapan yg dia suka dan senang nikmat dia berkata Tuhan ku telah memuliakan ku.
Bila diuji dengan musibah. Menahan rezeki dll. Dia kata Tuhanku menghinaku.
فَأَمَّا ٱلْإِنسٰنُ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكْرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكْرَمَنِ
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (Al Fajr 89:15)
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبْتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهٰنَنِ
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". (Al Fajr 89:16)
Ujian baik dan buruk sama je. ALLAH nak tgk respond kita. Positif?
Intipati Surah An Nahl ada pada hujung..iaitu mentauhidkan Allah...tiada tuhan melainkan Allah. Dan manifestasi tauhid sebenarnya adalah dalam ketaqwaan. Iaitu kesungguhan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.
Puasa adalah latihan untuk mencapai dan meraih taqwa. Ikut sunnah Nabi...sahur, terawikh...
Semangat dan iman kita sama wlpn dah tiada solat terawikh di masjid. Dia tetap semangat
Taqwa adalah BUAH dari Tauhid. Taqwa ialah kesungguhan mencari jalan laksana perintah Allah dan cari jalan untuk menjauhi larangan.
Ayat 1 n 2 kata kunci surah An Nahl.
No comments:
Post a Comment